Walaupun aku kahwin dengan wanita pilihan nenek tapi aku sayang isteri aku

Nenek tunjuk gambar passport perempuan tu nama Aina, memang cantik, lembut. 1 haritu tu, aku terambik dia punya biskut. Dia punya hangin. Bergema rumah tu dengan suara dia. Masa tu memang aku hilang sabar, dia pun mer0yan macam orang giIa. Aku ni bukan jenis pemarah, tapi malam tu Aku tengking dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalam dan Hai admin. Nama aku Far umur 26. Aku nak cerita pasal perkahwinan aku yang diaturkan oleh family aku. Aku pun tak tahu macam mana nak mula. Perkahwinan aku ni, bukan parents yang tentukan. Tapi nenek aku. Ok bermulalah kisah.

Aku ni memang cucu kesayangan nenek aku, sebab aku ni jenis yang dengar cakap sikit. Apa – apa yang nenek aku suruh, aku jarang meIawan. Aku ikut je apa kata dia. Termasuklah bab perkahwinan aku ni. Kisahnya bermula bila sepupu aku yang umur 22 tu kahwin dulu daripada aku.

Memang family beIah ibu aku ni, ramai yang kahwin awal. Jadinya, bila aku yang berumur 25 ni tak kahwin lagi, nenek aku anggap aku ni bujang tak laku. Aku ni jenis malas nak fikir pasal kahwin, sebab aku nak tumpukan pada ekonomi aku dulu.

Aku nak kukuhkan ekonomi aku dulu baru laa aku fikir pasal kahwin. Tapi alhamdulillah, umur 25 tu memang aku dah ada semuanya. Rumah, kereta, simpanan kahwin and simpanan peribadi. Aku cakap “Nek, biar laa Far tua pun. Lelaki kahwin umur 30 still ok lagi. Far baru 25 nek, muda lagi nek.”

Tapi nenek aku tetap berkeras “takde Far, tunggu kamu ni, sampai kiam4t pun kamu tak kahwin.” Aku diam je laa malas nak ambik port sangat. Lepas sebulan, nenek aku diam je. Aku ingatkan nenek aku tak jadi nak jod0h kan aku.

Rupanya dalam diam nenek aku dah rancang. Seminggu lepas tu, nenek aku tunjukkan gambar passport perempuan tu. Nama dia Aina, Aina ni anak buah angkat nenek aku. Kiranya, dia ni anak kakak nenek aku laa.

Perempuan tu boleh tahan cun laa, selalu gambar passport laa paling buruk sekali. Tapi dia memang cantik, muka dia lembut. Aina ni umur 24, yatim piatu takde adik – beradik Neklong aku ambik dia dari makcik dia masa umur dia 10 tahun.

Dia ni cantik, pandai buat kerja rumah, aku pernah jumpa dia sekali sahaja. Dia pernah tunang, tapi tak de jod0h. Okey, dah tahu pasal Aina kan. Nenek aku tanya, “setuju tak ? Kalau setuju, nenek teruskan. Budak ni memang bagus, sebab rajin pandai buat kerja rumah, pandai masak.”

Aku cakap “suka hati lah nek, Far ikut je. Tanya laa ibu ayah. Kalau ibu ayah setuju, Far pun setuju.” Long story short, aku pun berkahwin dengan dia. Well, dia memang ok. Tapi a bit awkward sebab aku tak pernah jumpa dia, betul – betul masa kahwin tu laa aku jumpa dia.

Masa tempah baju kawin pun pergi lain – lain masa. Sebab aku busy. Memang lembut cara dia cakap, cara dia layan parents aku. Aku memang bersyukur laa sebab dipertemukan dengan perempuan macam dia. Tapi masa malam tu, lepas masuk je bilik.

Dia terus diam, sepatah pun dia tak cakap. Tapi aku takde laa fikir apa – apa, mungkin just dia letih or malu dengan aku. Lepas seminggu, aku pindah ke rumah yang aku beli tu. Lepas pindah rumah aku ni, dia sikit – sikit berubah.

Dia tidur bilik lain, aku jadi macam terdiam. Sebab dekat rumah ibu aku, dia layan elok je bergurau bagai. Dekat rumah aku ni, dia boleh tidur bilik lain? Dia tak masak, dia tak kemas. And aku ajak dia berbincang. Kau tahu dia cakap apa?

“Ni bukan pilihan aku, kau yang nak kawin dengan aku. Buat apa aku nak buat benda semua ni ?”. Serious memang aku terk3jut. Aku tanya dia, “dah tahu tak nak kawin, kenapa setuju ?” Dia baIas “kau ingat aku ada pilihan ke ?”.

Hari – hari kitorang berg4duh, sampai 1 masa. Aku hampir nak lafaz cerai. Tapi aku tahan, walaupun aku marah. Aku tak pernah bahasakan ‘kau aku’ dengan dia. Aku tetap panggil Sayang. Aku memang tak cerita benda ni kat family aku, termasuk nenek.

Aku taknak nenek rasa serba salah. Sepanjang perkahwinan aku, Aina tak pernah bagi aku sentuh dia. Ini aku tak kisah sangat, mungkin dia malu or masih tidak bersedia. Tapi dia memang tak nak aku sentuh dia, even kalau aku nak pegang tangan pun dia tak bagi.

Hari – hari aku berdoa, supaya dibukakan hati dia untuk aku laa. Sedangkan aku boleh terima dia, aku boleh kongsi semuanya dengan dia, tapi kenapa dia tak boleh ? Aku layan dia dengan baik, aku hormat dia sebagai isteri and sebagai perempuan.

Tapi dia langsung tak hormat aku sebagai suami apatah lagi sebagai lelaki. 1 haritu tu, aku terambik dia punya biskut. Dia punya hangin. Bergema rumah tu dengan suara dia. Masa tu memang aku hilang sabar, dia pun mer0yan macam orang giIa.

ku ni bukan jenis pemarah, tapi malam tu Aku t3ngking dia “Sampai bila nak macam ni ?! Bagitahu saya!” Dia terus diam. Malam tu, dia takde kat rumah. Aku tak tahu dia pergi mana. Aku tanya ibu, aku tanya nenek, tanya mak angkat dia pun diorang semua tak tahu.

Malam tu, aku ingat lagi pukuI 11.45 malam. Dia hantar WhatsApp dekat aku, dia tulis “Lepaskan aku.” Tapi aku saja tak baIas. Esoknya, dia still tak balik. Aku baIas WhatsApp dia yang malam tadi punya. “Saya bagi awak masa 2 bulan untuk fikir benda ni, kita baru je kahwin, tak sampai setahun lagi. Ingat apa pesan nenek, apa pesan ibu. Kalau awak rasa awak boleh perbaiki, kita sama – sama perbaiki hubungan ni.”

Sepanjang hari aku rasa tak tentu arah, aku memang sayang dia. Siapa tak sayang bini kan? Dan, genap sebulan dia tak balik, dia bagi whatsapp “aku dah fikir betul – betul, ceraikan aku.” Masa ni memang aku betul – betul Iost.

Selama sebulan aku tunggu jawapan dia, aku mengharapkan dia akan kekal dengan aku. Tapi dah ini yang dia nak, aku akan tunaikan. Bulan 8 tahun lepas, aku lafazkan cerai di pejabat agama. Mungkin tak ada jod0h aku dengan dia, aku halalkan makan minum dia.

Mungkin dia ada calon yang lebih baik dari aku, tak apa lah. Oh ya, nenek dan family aku hanya tahu kisah aku ni bila seminggu sebelum aku lafaz cerai. Diorang agak terk3jut, sebab aku tetiba je nak cerai. And diorang marah aku, sebab tak cuba untuk seIamatkan perkahwinan aku.

Aku pun cakap kat diorang yang aku salah. Aku memang menyalahkan diri aku sepenuhnya, kenapa aku tak salahkan dia ? Sebab bagi aku dia perempuan yang baik, tapi mungkin atas p4ksaan family angkat dia, yang buatkan dia str3ss untuk kahwin dengan aku.

Alhamdulillah, aku tenang. Mungkin ini bahagian aku, insyaAllah ada pengganti Aina. Ada yang lebih baik dari dia mungkin. Moga dia pun jumpa yang lebih baik dari aku dan yang boleh bahagiakan dia. Itu jelah cerita aku, yang mana rasa cerita ni macam tak logik, terpulang.

Ini memang pengalaman aku, kalau ada pengajaran, korang ambil lah jadikan teladan. Yang buruk tu korang jadikan sempadan. Terima Kasih Admin, Assalamualaikum.

Sambungan… Assalamualaikum admin and the readers yang baca 1st confession aku. Okey ini sambungannya. 1st sekali, ada yang cakap pernah baca kat tempat lain kisah aku ni. Ya, memang aku pernah post dekat 1 page sebelum ni.

Dan aku tak tahu pula dah diapprovekan, aku search tengok – tengok laa dah approve rupanya. So ni aku sambung dekat sini je. Lepas aku bercerai dengan Aina, Aina ada whatsapp aku, dia cakap “minta maaf dan halalkan segala makan minum aku”.

Lepas dari mesej tu memang aku dah Iost contact dengan dia. Aku try call untuk tanya khabar, tapi tak jawab. And then dia bIock aku dekat all socmed. Ya, dia betul – betul dah buang aku. After 3 bulan, dalam bulan 12 macam tu, Neklong merangkap bekas mak mertua aku meninggaI, Aina ada datang masa ni.

Dia yang uruskan jenaz4h, dan mandikan arw4h Neklong. Oh ya, Neklong aku takde anak. So sebab tu laa dia ambil Aina sebagai anak angkat dia. Aina masih macam dulu, rapat dengan adik – adik aku, dengan family aku.

Memang suka menyakat dengan adik – adik aku, tapi bila aku datang je. Dia pun mula laa larikan diri. Aku ada laa cuba nak borak dengan dia, tapi dia cuba elak dari jumpa aku. Yelah, mungkin dia awkward kan atau dia memang benci tengok aku.

Takpe, aku faham. Selepas malam ketiga kenduri arw4h, dia balik rumah dia kat Melaka. Apa yang buat aku terk3jut adalah, ada lelaki yang ambil dia. Aku tak pasti itu suami dia atau Ex tunang dia. “Cepat betul awak jumpa pengganti ya Aina.”

Bisik dalam hati aku. Aku sampai sekarang belum boleh lupakan Aina, tapi Aina dah ada pengganti aku. 1 hari tu, aku pergi Melaka sebab ada urusan kerja kat sana. Masa tengah lunch, Tiba – tiba ada perempuan tegur aku. Oo D kawan Aina rupanya, so aku borak – borak dengan dia.

And then aku tanya la khabar Aina, dia cakap aina okey sihat semua. Suddenly D dia cakap “Kau tau ke, Aina dah kahwin dengan tunang dia ?” Aku dengar ni terk3jut juga laa, rupanya lelaki yang ambil dia tu adalah suami dia, merangkap bekas tunang dia.

Kawan Aina sambung lagi, “tapi dia selalu mengadu kat aku, suami dia selalu balik lewat. Taktau buat apa, Aina takde anak. Selalu juga Aina mengadu kat aku diorang g4duh besar. Aina dah failkan cerai” aku pun dengar je.

Kitorang pun sembang sampai dah tak perasan dah habis waktu lunch. Aku minta nombor D supaya senang aku nak tanya khabar Aina. Aku lepas cerai, aku cuba untuk cari lain. Tapi tak boleh, sebab tak ada yang macam Aina.

If Aina cerai dengan suami dia, aku sanggup kahwin dengan dia balik. Itupun kalau dia sudi terima aku laa. Walaupun perkahwinan aku cuma bertahan untuk 5 bulan, tapi aku memang dah sayang dia. Tipu laa kalau aku tak teringat kat dia langsung, tak apa lah.

Mungkin ada laa sebab kenapa Aina buat benda ni. 1 yang aku nampak hikmah lepas aku cerai is, aku m4kin dekat denganNya. Aku banyak mengadu pasal perasaan dan isi hati aku dekat dia. Bila aku sedih and teringat Aina, aku akan mengadu dekat sejadah, hanya itu sahaja yang boleh buat aku tenang.

Doakan aku supaya dipertemukan jod0h yang baik, if Aina jod0h aku. Aku dengan terbuka hati. If bukan, semoga Allah mempertemukan dengan gadis yang jauh lebih baik dari yang sebelum ini. Kalau korang rasa resah, janganlah pergi karaoke or shopping or mana – mana yang meIalaikan.

Tapi sebaliknya pergiIah luahkan dekat Allah. Korang akan tenang setenang tenangnya. Sekian confession aku. Assalamualaikum.

Sambungan… Okey, dah baca part 1 and 2. Baca pulak part 3 ni, mungkin ramai yang tertanya kan, apa yang ada kat Aina ni. Sampai aku ‘Terhegeh – hegeh’ kan sangat kat dia. Mungkin kat confession sebelum ni, aku cerita sikit je pasal Aina, so ini kisah latar belakang Aina.

Parents Aina meninggaI dalam acc1dents, masa umur dia 7 tahun. Aina anak tunggal, and dia tinggal dengan makcik dia, sampai umur 10 tahun, makcik dia pula meninggaI sebab ada s4kit jantung. So umur 10 tahun tu dia tak sekolah, sampailah Neklong aku jumpa dia, masa tu tengah kerja tolong ambil order kat 1 warung kat kampung, and dia duduk dengan makcik warung tu.

Lepas Neklong aku jumpa dia, barulah dia sambung sekolah. Ini aku tau cerita daripada nenek aku. Jadi, aku rasa Aina tu tanggungjawab aku. Walaupun kalau nak ikutkan aku boleh je terima orang lain, bukannya takde siapa nak kat aku.

Tapi aku yang taknak, aku ada rupa, ada harta. Dan disebabkan itu, perempuan pandang aku kerana apa yang aku ada je. Aku boleh masak dan kemas sendiri, aku pun dah biasa berdikari tapi Aku cuma nak Aina, aku taktau apa yang istimewanya Aina.

Aina anak yang baik, tak pernah meIawan cakap ibu aku, cakap Neklong. Aku tak boleh nak cerita kebaikan dia, sebab dia tak pernah tunjuk baik dia. Bila dengan aku, dia tunjuk yang per4ngai buruk je. Tapi aku percaya, dia perempuan yang baik.

Bila dia dengan family aku, baru aku nampak. Oo dia ni sebenarnya baik. Mungkin dia berkasar dengan aku, sebab dia nak aku lepaskan dia. Aku tak salahkan dia pun, kahwin p4ksa kan. Siapa yang reIakan ? Dan salah aku juga, sebab tak pandai ambil hati dia.

Semalam (Jumaat), D ada mesej aku. Dia bagitahu yang Aina mengadu dekat D yang Aina baru lepas kena tamp4r dengan Suami dia. Aku baca ni terus naik angin aku, aku suruh D cakap kat Aina. Yang aku masih tunggu Aina, kalau sudi terima aku.

Ambil no aku, dan aku tunggu jawapan dari dia. Aina balas mesej D tu, dan Aina cakap “D, kau boleh cakap kat Far yang aku taknak dia dah. Even aku cerai pun aku takkan balik dekat dia!!” Aku tau, aku salah sebab bagi mesej ni.

Sebab Aina masih isteri orang, tapi aku betul – betul tak terfikir. Sebab dah marahkan suami dia punya pasal. Lepas dari mesej tu, aku sedar. Aku kena ‘move on’, tak boleh terus berharap dengan apa yang aku inginkan. Aku kena terima hakik4t, yang jawapan Istikharah aku bukanlah Aina.

Berkali – kali aku buat Istikharah, tapi aku masih yakin dengan Aina. Allah buat aku yakin dengan Aina bukan sebab untuk bersatu, tapi Allah yakinkan aku yang Aina lah yang aku patut lupakan yang patut aku berhenti kejar.

Betul cakap korang, tak perlu kejar orang yang belum pasti sayangkan kita, tapi aku degil. Dan berharap dia akan terima aku balik, maIangnya Aina berkeras buang aku terus. Dah 3 kali airmata jantan aku jatuh hanya kerana Aina, pertama masa aku lafaz aku terima nikahnya Nur Aina bt ********, kedua jatuhnya airmata aku masa aku lafaz cerai.

Dan ketiga, masa aku berdoa meminta Allah memudahkan hati aku untuk lepaskan Aina. Sekarang aku pandang Aina bukan dengan Pandangan sebagai Bekas Suami, tetapi pandangan sebagai seorang Abang kepada Adik perempuannya. Sekarang aku anggap Aina sebagai Adik, sama seperti adik perempuan aku.

Sayang ada 2 jenis,

1. Kalau kita sayang, kita kena lepaskan dan doakan kebahagiaan dia.

2. Kalau kita sayang, kita kena berusaha supaya dia jadi milik kita. Dan jangan lepaskan dia, terus – menerus temb4k dia dengan doa.

Dulu, aku jenis no 2. Tapi sekarang, aku terp4ksa untuk menjadi jenis no 1 pula. Bercerai tak semestinya harus membenci. Hidup 1 pilihan, pilihan itulah yang akan menentukan pilihan seterusnya. Dengan Lafaz “Aku Terima Nikahnya” aku bersatu dengan Aina, dan dengan lafaz jugalah berpisah dengannya.

Lafaz yang setiap lelaki berhati – hati dalam tutur bicara. Lafaz “Aku ceraikan Nur Aina” Aku doakan semoga Aina baik – baik saja dan semoga dia dapat menyeIamatkan rumahtangganya. Sungguh, menyelamatkan sebuah rumahtangga itu ibarat sebuah kapal kecil yang dipukuI ombak, di tengah lautan yang bergeIora.

Dan aku buka semula hati aku.. Doakan aku kuat. First time confess, dan tak sangka sampai 3 part. Aku akhiri confession ini di sini, terima kasih atas nasihat yang korang bagi. Sekian, Assalamualaikum. – Far Away From You

Komen Warganet :

Aisyah T4hir : Dear confessor, faham yang awak masih sayangkan Aina. Tapi insyaAllah dengan melupakan dia akan buat awk lebih tenang dari awk kecewa mngharapkan orang yang tak pasti. Terima kasih juga sebab sedarkan saya untuk lebih meminta kepadaNya dari meminta kepada manusia. Semoga awak bertemu dengan kebahagiaan Ilahi yang mampu jentik hati awak untuk lupakan Aina.

Tiy Adib : Biasa kalau macam ni, bila dah move on dan kita dah ada pengganti nanti dia akan terhegeh balik kat kita. Selalu macam tu lah. Apa pun, all the best. Jangan tenung lama sangat pada pintu yang dah tutup sampai tak perasan pintu lain ada yang terbuka dan menanti.

Bunga Kasih : MasyaAllah baiknya kamu. Bangganya kerana wujud lagi lelaki seperti kamu. Lelaki ini adalah pemimpin dan peIindung bagi wanita. Moga kamu akan bertemu jod0h dan temui kebahagiaan. Pasti wanita yang berjod0h dengan kamu adalah wanita yang sangat beruntung sekali.

Farah Hana : Aku dapat rasakan kau lelaki yang baik. Satu hari nanti aku yakin kau dapat jumpa bidad4ri sebenar kau. Yang sayang kau. Yang tak akan buang kau macam yang Aina buat. Yang terima diri kau yang sebenar. Yang baik. Yang hormat kau dan family kau. Teruskan berdoa bang.

Radin Arishah : Confessor ni nampaknya memang lembut hati, baik dan penyayang. Tentu ada hikmah di sebalik Aina tak nak terima tu, one day akan tau juga. Akak rasa macam confessor nak move on tapi masih menaruh harapan.

Kasih sayang tak boleh dip4ksa, dan kalau terlebih sayang nanti dipermainkan. Rasanya, buat masa ni, tak perlu cari orang lain semata – mata untuk lupakan dia sebab tak adil untuk wanita lain. Harap awak boleh lupakan Aina secepat mungkin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.