Suami kerja agen insurans tapi nak nampak mewah. Curi duit saya, beli BMW. Hutang sana sini untuk nampak hebat.

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Suami kerja sebagai ejen insurans. Tapi gaya hidup dia macam gaji puluh – puluh ribu. Beli BMW, guna emas saya gadai di AR Rahnu. Dia sanggup masuk wad berkali – kali semata – mata nak buat tuntutan insurans. Ya, dia sanggup bedah diri sendiri!

#Foto sekadar hiasan / AI. Salam semua. Di sini saya nak bertanya pendapat dan luahan hati, sebab saya sangat buntu sekarang. Otak saya ni rasa macam beku, tak tahu nak fikir apa dah. Saya harap bila saya tulis ni, sekurang – kurangnya saya dapat sedikit kelegaan dan kalau boleh, harap ada yang sudi bagi pendapat yang boleh buka sedikit fikiran saya ni.

Saya sudah berkahwin selama sebelas tahun. Anak pun sudah tiga orang. Pada awal perkahwinan dulu, segala macam dugaan masih boleh saya hadap. Perit memang perit, tapi saya telan juga. Saya diamkan. Saya anggap semua tu ujian rumah tangga, sebab tak semua orang dapat jalan lurus dalam rumahtangga mereka.

Tapi masuk tahun kesebelas ini, hati saya mula penat. Semuanya bermula beberapa minggu lepas bila anak saya sendiri yang tunjuk telefon bimbit suami saya. Dia tanya, “Apa tu mama?” Masa tu skrin telefon suami terang dan saya ternampak sendiri wallpaper dia.

Gambar seorang wanita tanpa seurat benang pun. Entah gambar siapa pun saya tak tahu. Terkedu. Terkilan. Tergamam. TerIuka sangat. Saya rasa macam tak dihorm4ti langsung sebagai isteri. Rasa macam tak ada nilai diri. Dah jadi macam benda.

Dari situ, saya mula teringat balik semua benda yang dia pernah buat pada saya. Saya mula rasa marah yang saya pendam selama ni tiba – tiba meIetup. Selama sebelas tahun ni, saya pernah hadap macam – macam. Bayangkan, suami guna duit saya sebanyak tiga puluh ribu ringgit tanpa izin. Sampai sekarang, duit tu langsung tidak dipulangkan.

Dia guna nama saya untuk beli kereta BMW, jadikan saya penjamin, guna slip gaji saya untuk beli barang – barang lain. Semua sebab saya kerja tetap dan ada slip gaji. Masa anak pertama, saya pernah kantoi dia “bersayang – sayang” dengan perempuan Thai. Dekat aplikasi entah apa. Ada panggiIan manja “darling darling” dan macam – macam. Saya maafkan.

Pernah juga kantoi buat panggiIan Iucah dengan perempuan lain. Saya maafkan juga. Dia memang kaki maksi4t mata. Pantang nampak perempuan. Tapi saya diam lagi, saya maafkan lagi. Saya sabar. Nafkah pun bagi bila ada, tak tetap. Dan sekarang ni, sudah bertahun – tahun, dia ada satu per4ngai pelik.

Dia suka pinjam duit sana sini untuk tutup hutang dia. Hutang dia tu pun sebab per4ngai dia sendiri. Dia kerja sebagai ejen insurans. Tapi gaya hidup dia macam gaji puluh – puluh ribu. Suka sangat menunjuk. Pakai BMW, konon hebat. Tapi rumah? Guna nama dan pot0ngan gaji isteri. Realitinya, dia tiada simpanan langsung.

Lagi menyedihkan, dia sanggup masuk wad berkali – kali semata – mata nak buat tuntutan insurans. Ya, dia sanggup bedah diri sendiri, ambil risiko kesihatan, asalkan dapat duit cepat. Padahal itu bukan duit halal. Tapi itulah caranya. Saya dah banyak kali tegur. Suruh dia cari kerja tetap, kerja jujur, kerja halal. Tapi semua masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Dia lebih rela tidur sepanjang hari. Bila bangun tidur, tengok filem pula. Tak ada inisiatif langsung nak kerja walaupun dia ada motor, ada kereta. Grab ke, Foodpanda ke, Lalamove ke, semua dia tak nak buat. Sebab katanya tak ada duit cepat dan banyak. Saya sudah penat.

Lepas saya tahu tentang wallpaper gambar b0gel tu, saya buat ‘silent treatment’ selama beberapa hari. Tapi saya sedar, takkan selesaikan apa – apa kalau saya diam saja. Jadi saya ajak dia berbincang. Saya juga minta tolong kakak ipar, abang ipar dan adik ipar untuk bantu tegur dia.

Saya harap bila adik beradik sendiri yang tegur, dia akan lebih sedar dan malu. Saya cakap elok – elok, saya minta dia berubah. Saya cakap, cukup – cukuplah hidup macam ni. Tolong carikan kerja yang betul – betul boleh jamin kehidupan kita anak beranak. Tapi tetap sama. Dia malas. Dia str3ss sebab duit tak cukup. Tapi dia tak buat apa – apa untuk ubah nasib sendiri.

Sekarang, sebagai penjamin kereta BMW dia yang sudah dua bulan tak bayar, saya pula yang kena cari jalan nak bayar sebab pihak bank sudah mula cari saya. Baru – baru ini, dia buat kerja lagi. Emas saya yang saya gadaikan di Ar-Rahnu, dia buat overlap.

Dia guna nama saya untuk dapatkan lebihan duit. Dan sekarang, dia masuk wad lagi. Masuk wad semata – mata sebab nak buat tuntutan insurans. Guna badan sendiri sebagai modal. Sampai macam tu sekali. Saya sudah betul – betul letih. Saya rasa kosong.

Saya tertanya – tanya, adakah saya perlu pergi ke unit kaunseling? Sebab saya dah tak tahu nak buat apa. Nak berdepan dengan dia pun jiwa saya jadi kacau. Dia memang tidak pernah kasar, tak pernah naik tangan, tapi secara emosi dan mental, saya rasa macam ditindas.

Dia tiada mak ayah untuk tegur dia, jadi saya seorang isteri ini nak harapkan siapa lagi? Saya cuma minta sedikit pendapat daripada kalian semua. Kalau saya nak ke unit kaunseling, saya kena mula dari mana ya? – Isteri Buntu (bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Nura Naz : Dah kahwin sebelas tahun kan, berapa kali perkara tidak bermoral macam ni dah berlaku. Tapi tak pernah menyesal dan berubah pun. Lagi isteri pula dah macam menanggung biawak hidup. Isteri yang bekerja, kereta pun isteri yang jadi penjamin, rumah isteri bayar, harta isteri pula digadainya.

Semata – mata sebab tak naik tangan tapi tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab tu nak cakap baik? Sebelas tahun ini pun tak berubah, apa yang jamin pergi kaunseling boleh selesaikan masalah? Tak salah untuk berusaha, teruskan istikharah tapi buatlah persediaan untuk ketenangan di masa depan.

Siti Abdullah : Baik? Rendah betul standard “baik” akak. Dah alang – alang bertahan, hadap sahajaIah kak sampai salah seorang meninggaI. Besar pahala akak hadap per4ngai jantan pend3ra emosi macam tu. Allah takdirkan dia jadi jalan untuk memudahkan akak dan anak – anak ke syurga lah tu. Tapi bah4ya betul per4ngai dia. Hati – hati sahajaIah kak, kang dia daftar insurans, hibah atas nama akak diam – diam. Anak – anak pula dapat bapa macam tu, risau lah…

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.