Suami kerja Oil & Gas tapi kedekut dengan anak bini. Duit habis pukuh ribu dekat kereta dan barang camping. Duit simpanan takde

Kebanyakan saya jumpa kawan – kawan suami yang dah lama kerja offshore, masing – masing dah beli rumah sendiri. Bila tanya suami, dia cakap kalau cerai nanti saya akan tuntut harta sepencarian..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya cuma nak luah isi hati saya sekarang. Saya dan suami masing – masing bekerja. Dia bekerja Oil & Gas di Sarawak sudah 10 tahun, saya dan anak – anak di KL. Sejak berkahwin, barulah saya kenal suami saya ni sangat boros dan kedekut.

Masa tu saya tak kisah la sebab belum ada anak – anak. Dia bayar sewa rumah, saya bayar bills dan barang dapur. Bila dah ada anak – anak, dia bayar yuran nursery tapi keperluan anak – anak saya yang beli. Dia beli baju untuk anak – anak pun masa newborn je 5 pasang dan tiap kali Aidilfitri.

Jadi, sepanjang anak – anak membesar, saya la yang belikan baju – baju mereka. Botol susu pun masa newborn tu jela sekali dia beli. Susu, pampers, barang dapur saya beli, kemudian baru dia bayar dekat saya. 6 bulan sekali belum tentu dia bayar.

Tiap kali minta dia bayar hutang, dia akan sentap dengan saya. Akan bagi silent treatment. Tak angkat video call bila anak – anak nak bercakap dengan dia. Salah satu sebab saya tak berpisah lagi, sebab anak – anak saya sangat sayangkan dia.

Dia bukan jenis buat kerja rumah dan melayan anak – anak, tapi anak – anak tetap sayangkan dia. Dia jarang dapat balik KL, kalau dia balik memang anak – anak berebut nak peIuk dan perhatian dari dia. Tapi bila dia balik, dia akan cari kereta dan kawan – kawan dulu.

Kebanyakan masa dihabiskan bercamping dengan kawan – kawan. Sehari sebelum balik Sarawak, baru dia akan duduk di rumah. Dia pernah cakap kat saya, kahwin ni macam kena sc4m sebab saya tak henti – henti minta duit.

Saya cuma minta dia bayar keperluan anak – anak je sebab saya tak pernah minta duit untuk saya pun. Jauh sekali nak minta barang kemas sebab saya tak suka pakai barang kemas. Kebanyakan saya jumpa kawan – kawan suami yang dah lama kerja offshore, masing – masing dah beli rumah sendiri.

Bila tanya suami, dia cakap kalau cerai nanti saya akan tuntut harta sepencarian. Saya memang speechless. Tak terfikir pun saya ke arah tu. Isu cerai tu pun sebab beberapa tahun yang lepas suami kantoi dengan saya, lebih 5 kali check in hotel. Bukan hotel di Sarawak, tapi di Semenanjung.

Kami berg4duh besar dan saya tuntut cerai. Sampai sekarang saya tak tahu siapa yang bersama dengan suami. PeIacur atau girlfriend. Isu tu terus senyap. Bila dia balik, saya akan periksa seluar – seluar dan barang dia. Kalau jumpa k0ndom, saya akan tolak bila dia ajak bersama. Risau ada peny4kit. Dan macam biasa, dia akan sentap dan bagi silent treatment.

Suami memang tiada duit simpanan. Em3rgency saving pun tiada. Kadang – kadang dia tak cukup duit, dia akan pinjam duit saya. Suami sejak dulu suka main kereta. Kalau dia buat kereta, kadang – kadang boleh habis puluh ribu. Habis macam tu je.

Lepas tu tambah lagi trend camping sekarang. Duit dia akan habis dekat barang kereta dan barang camping. Kadang – kadang geram sangat, saya rasa nak bakar koleksi kereta dan barang camping dia. Saya pernah terfikir nak berpisah, tapi anak – anak sangat – sangat sayangkan dia.

Ibarat budak bila tengok aiskrim atau coklat, mata terus bersinar bercahaya. Reaksi muka anak – anak saya macam tu la. Walaupun ayah mereka tak berapa nak melayan, mereka tetap sayang. Mereka belum mampu nak faham lagi.

Saya suka tengok bila tidur malam, anak – anak saya tidur pun tersenyum. Gembira sangat bila dapat tidur sebeIah ayah. Walaupun bunyi dengkur ayah tu dah sama macam bunyi ekzos kereta dia, masing – masing tidur lena.

Saya rasa penguat saya mampu bertahan sampai sekarang ni ialah anak – anak. Dan juga keluarga mertua. Keluarga mertua saya terlalu baik dengan saya, Alhamdulillah ini rezeki saya. Saya dah lama tinggalkan doa untuk suami saya berubah.

Hanya solat dan doa lazim saja. Saya rasa Allah tidak mendengar doa saya. Saya betul – betul rasa macam tu. Sem4kin kerap saya berdoa untuk suami berubah, m4kin kerap dia buat per4ngai, m4kin kuat ujian rumahtangga yang saya kena hadap. Berd0sa saya fikir macam tu, tapi saya betul – betul penat.

Cuma baru – baru ni saya mimpi saya m4ti cabut nyawa sendiri, dan anak – anak saya terabai, kebuluran. Baru saya tersedar, dah lama sangat saya tinggalkan doa – doa saya. Saya harap suami saya berubah sebelum ajaI kami tiba.

Doa di bawah ni yang saya kerap amalkan. Ada juga doa dari Ustazah Norhafizah Musa.

YA ALLAH, KAU LEMBUTKANLAH HATI SUAMIKU.. JADIKANLAH DIA KETUA KELUARGA YANG TAAT PADA AGAMANYA YA ALLAH. BUKAKANLAH PINTU HATI DIA DAN KURNIAKAN TAUFIK DAN HIDAYAH KEPADANYA YA ALLAH..

YA ALLAH, JADIKAN DIA SUAMI DAN BAPA YANG MAMPU MEMBIMBINGKU DAN ANAK – ANAKKU KE ARAH SYURGAMU YA ALLAH..

YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU MERAYU KEPADAMU. JADIKANLAH DIA SUAMI YANG SETIA DAN JUJUR KEPADAKU YA ALLAH..

LEMBUTKAN HATI SUAMIKU, LUNTURKAN EGO SUAMIKU YA ALLAH.. KURNIAKANLAH PERASAAN CINTA KASIH SAYANG RINDU DALAM HATINYA UNTUKKU DAN KELUARGA KAMI YA ALLAH.

YA ALLAH, JADIKANLAH JUGA AKU ISTERI YANG MAMPU MEMBUAT SUAMIKU RASA BAHAGIA DAN TENANG YA ALLAH..

JADIKANLAH AKU SEORANG ISTERI YANG SEMPURNA DI MATA DAN DI HATI SUAMIKU YA ALLAH, JADIKAN AKU CINTA TERAWAL DAN TERAKHIR DALAM HIDUPNYA YA ALLAH.

YA ALLAH, JADIKAN KAMI SUAMI ISTERI YANG MENCINTAI DI KALA DEKAT DAN JAUH, MENYAYANGI DI KALA SENANG DAN SUSAH, SALING KASIHI DAN CINTA DI DALAM SUKA DUKA DAN TAWA.

YA ALLAH, TERIMALAH IBADAH KAMI DAN JADIKANLAH KAMI PASANGAN SUAMI ISTERI YANG BERSATU KERANA REDHAMU YA ALLAH.

SATUKANLAH KAMI DI TAMAN SYURGAMU, SEMOGA IK4TAN CINTA INI SENTIASA DIPAYUNGI RAHMAT DAN REDHA MU YA ALLAH..

YA ALLAH, BERKATILAH RUMAH TANGGA KAMI DENGAN IK4TAN CINTA DAN KASIH SAYANG HINGGA KE SYURGAMU YA ALLAH. KURNIAKANLAH KETENANGAN DAN KEBAHAGIAN DALAM RUMAHTANGGA KAMI YA ALLAH.

AMPUNILAH D0SA – D0SA KAMI, D0SA – D0SA KEDUA IBU BAPA KAMI DAN KELUARGA KAMI, SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI.

YA ALLAH, LIMPAHKANLAH REZEKI YANG BERKAT DAN MENCURAH – CURAH SEPERTI AIR SUNGAI YANG MENGALIR DER4S KE ATAS KELUARGA KAMI YA ALLAH.

YA ALLAH, PELIHARALAH KAMI DAN KELUARGA KAMI DARI SEGALA KEBURUKAN DAN KEJAHATAN, LINDUNGIL4H KAMI DAN KELUARGA KAMI DARI SEGALA KEJAHATAN SAMA ADA YANG KAMI KETAHUI ATAU PUN TIDAK KAMI KETAHUI. AMIN YA ALLAH YA MUJIB.. – Mama (Bukan nama sebenar)

Noor Asikin : Ada gf, nak bertahan untuk apa…ntah. Sedangkan sis ada kerjaya. Lagi pun bila dia sebut tak nak beli rumah sebab takut isteri akan tuntut bila bercerai nampak sangat teruk pemikiran dia, sedangkan dah hampir 10 tahun puan pun tak kedekut dengan laki sendiri.

Teringat berpuluh tahun lalu punya cerita hampir sama macam puan, suami keja oil and gas tapi memang kedekut sangat dengan isteri dan anak – anak. Akhirnya isterinya minta cerai sebab hampir semua benda dia yang tanggung, baik tak berlaki macam tu.

Aween Hamdan AzwinNalisa : 10 tahun. Tiada perubahan. Maknanya suami tidak meletakkan sis dan anak – anak sebagai priority dalam hidup dia. Berpisahlah kerana 3 sebab – keg4nasan rumahtangga / mental, giIa perempuan / s3ks dan addict terhadap sesuatu (games etc). Banyak tanggungjawab dia sebagai suami dan bapa tidak dilunaskan dengan baik. Kalau diteruskan, dia jugak yang berd0sa.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.