Suami ket4gih main game, anak demam panas hampir kena tarik. Dia suruh saya memandu sendiri dalam hujan lebat

Satu hari, anak demam teruk, saya mintak bawak ke kIinik. Suami boleh suruh saya pergi sendiri sebab dia dalam game. Masa tu hujan lebat. Macam mana saya nak memandu sambil tengok anak. Suami cakap, “kau dengan anak kau pergi m4mpus la!”

#Foto sekadar hiasan. Hi warga facebook. Sebelum ni ada orang yang post tentang isteri kuat main game ML kan. Luahan dia tu sangat panjang, saya tak habis baca. Jadi tak pasti apa isi dia. Tapi saya nak cerita pasal bekas suami saya yang ket4gih pada game tu.

Sejak main game tu, dia jadi sangat baran, baran pada saya dan anak – anak. Kami jadi m4ngsa ket4gih game dia tu. Masa dia main game tu, jangan la kita tanya apa – apa, nescaya segala binatang h4ram dia panggil kita. Kalau dia main game tu, jangan kita bising ka apa. Anak – anak selalu jadi m4ngsa pukuI sebab budak – budakkan bising.

Masa cuti, tak boleh ajak ke mana – mana dah. Dia nak spend time untuk game ja. Akhirnya saya bersama anak ja ke mana – mana seperti tiada suami. Lebih baik takde suami kalau macam tu kan. Solat tunggang langgang la, sebab game lagi penting..

Setiap kali dia main game tu, akan sentiasa dengar mulut dia m4ki hamun dengan perkataan kesat. Anak – anak saya dengar, budak cepat serap, aura negatif. Bila si ayah marah, atau guna perkataan kesat, anak akan terkebil – kebil tengok muka saya.

Mesti dorang confuse, saya ajar lain tapi ayah dorang cakap je benda tak elok. Sampai satu hari anak sulung cakap perkataan tu pada adik dia. Productivity kerja dia memang ke laut la. Malam dia akan tidur lambat. Pagi dia bangun lambat jugak.

Tergamak menipu bos alasan itu ini supaya tak datang kerja. Kadang – kadang ambik mc palsu. Kadang – kadang bagi alasan masuk kerja lambat. Tayar pancit, anak s4kit lah. Macam – macam la alasan dia bagi. Lepas tu dia sambung tido.

Saya tak tahu sampai bila dia boleh bertahan kerja dengan menipu macam tu. Satu hari nanti mesti boss dia akan tahu sikap penipu dia tu. Kadang – kadang pagi pukuI 7 dia bangun tu, dia boleh main game. Sedangkan dia perlu ke kerja dah masa tu.

Dulu sebelum dia terlibat dengan game ni, dia ok ja. Ada la dia main – main game lain tapi takde per4ngai dia macam tu. Masa tu dia agak penyayang pada anak – anak. Masih boleh berkomunikasi dengan baik. Mudah diajak berbincang.

Saya tak sedar bila dia boleh terlibat dengan game ni. Sebab hal keluarga semua saya yang urus. Jadi saya takde masa nak pantau dia, nak pantau anak – anak lagi. Saya juga bekerja tapi saya juga kena urus semua benda.

Satu hari, anak demam teruk. Saya mintak bawak ke kIinik. Dia boleh cakap awak pergi la sendiri. Reti memandu kan.. Masa tu hujan sangat lebat. Macam mana saya nak memandu sambil nak tengok anak. Saya mintak tolong dia.. Boleh dia cakap, kau dengan anak kau pergi m4mpus la. Sebab masa tu dia tengah kusyuk dengan game Mobile Legend tu.

Saya call ibubapa saya. Sebab risau anak tarik ke apa. Dia masih tak peduli. Duduk dalam bilik main game. Sebenarnya dah lama saya m4kin tawar hati dengan dia. Bagi saya dia takde fungsi pun untuk rumah ni walaupun memang dia ada bagi duit.

Macam saya cakap, kalau setakat bagi duit, saya pun bekerja. Saya pun menyumbang. Tapi apa peranan seorang ketua keluarga? Didikan pada anak isteri langsung takde. Malah anak m4kin belajar benda tak baik dari dia.

Nafkah batin memang sangat jarang. Sebab dia akan main game dalam bilik. Bila anak – anak dah naik, dia akan turun bawah. Sebab tak suka budak – budak bising kan. Lepas tu selalu tido di ruang tamu ja la. Jarang sangat masuk tido dengan saya melainkan dia nak tu.

Bukan nak kata saya nak sangat benda tu. Tak. Tapi sebagai perempuan, dengan macam – macam tekanan yang saya hadapi, sentuhan seorang suami kadang – kadang buat saya rasa dihargai. Tapi saya dah tak harap apa pun pada dia. Tawar hati.

Kita ni dah s4kit hati dengan per4ngai dia, mana la ada rasa nak bermanja – manja dah. Lepas kejadian anak demam tu, saya dah nekad nak pisah dengan dia. Jujurnya, saya masih harap dia berubah. Saya fikir andai saya mintak cerai, dia akan sedar apa salah dia. Dan mintak peluang macam suami – suami lain.

Tapi sangkaan saya salah. Dia kata hah bagus la kita pisah. Aman sikit hidup aku. Saya hanya senyum sinis saja la. Nampaknya game tu la segala – galanya untuk dia. Kami berpisah secara baik. Ni dah nak masuk 5 bulan dah.

Sekali pun takde dia cari saya mahupun anak – anak.. Mujur jugak baran dia menyebabkan anak – anak takut dengan dia. Anak tak rapat dengan dia. Kalau anak jenis rapat dengan ayah, pasti susah untuk saya pujuk anak untuk ikut saya.

Tak pasti la hidup dia aman ke tak seperti yang dia inginkan. Mungkin aman la kot. 24 jam boleh main game tanpa gangguan. Hidup saya? Lagi aman. Sangat – sangat bahagia sekarang ni. Hidup dalam realiti tiada suami adalah lebih baik dari hidup bersama suami tetapi tiada realiti. – Cocomelan (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Azila Abdullah : Betul dah tu dia angkat kaki bang kita ni ketua keluarga, buat macam ketua keluarga la. Game nak main boleh tanggungjawab lain kena terus pikul jugak. Rumah tangga ni kerja pasukan. Macam contoh tadi anak demam teruk nak bawak pegi spitaI. Boleh dia suruh pegi sendiri dengan anak hujan – hujan lebat tu. Laki takde hati je gamak biar bini susah macam tu. Duit beribu pun tak boleh nak sedapkan hati.

Abeawi Ali : Baru 5 bulan.. tengok laa sikit hari lagi. Ah hidup tonggang langgang. Kerja kena buang akan melutut memujuk rayu kononnya nak balik baik sebab anak sebab akan berubah. Main games nim sama jugak jvdi. Malah sesetengah games itu jvdi. Bila dah jadi kaki games kemudian jadi t4ik games jangan sekali – kali harap boleh berubah apa lagi meringan – ringankan bab – bab agama terutama solat dan baca quran.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.