Suami m4kin dingin. Dia kata tak ready nak kahwin, tiba-tiba dapat anak pula. Jadi dia pilih untuk curang dengan rakan sekerja

Setiap hari saya termenung, fikir pasal tu. Suami tak civm dahi saya sebelum pergi kerja, saya jadi nak marah, jadi emo. Sebab saya jumpa gambar dia civm dahi Farah. Dengan Farah, dia panggil sayang. Dengan saya, dia panggil nama je..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Saya nak meluahkan perasaan sambil meminta pandangan dari semua. Saya berkahwin dengan suami dua tahun lebih sudah. Dikurniakan anak yang sangat comel berusia setahun. Saya berkenalan dengan suami dari sekolah menengah. Tapi kenal gitu – gitu saja, sebab lain batch. Contact pun jarang – jarang sebagai kawan.

But then, masa third year degree, suami bagi hint yang dia ada hajat dengan saya. Saya terima sebab kenal dia sebagai seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab, beragama, dan lain – lain. Masa tu (2017), saya umur 22, dia 23.

Kami plan nak kahwin dalam masa 4 tahun lagi nak kahwin umur lagi. Semua berjalan elok, masa tahun 2018 dia datang rumah jumpa parents dan sebagainya. Kami pun berhubung jarang – jarang melalui phone dan pernah jumpa dua kali saja sebab nak jaga hubungan sebelum kahwin.

Fast forward, tahun 2020, 2021 camtu, family dah mula tanya – tanya. Mak saya lah terutamanya, iyalah sebab dah datang rumah apa semua kan. Jadi saya pun tanya – tanya dia, bila dah akhir 2021 tu saya perasan dia berubah.

Dia banyak tak reply mesej, alasan busy. Saya mula rasa tak sedap hati, tapi tiap kali saya tanya, dia hanya kata busy kerja. Akhirnya awal tahun 2022 kami kahwin. Tu pun banyak mak dia yang contact saya masa last – last tu untuk decide tarikh, etc.

Tapi saya bersangka baik saja, ya lah sebab mak dia kan. So okay je lah. Lepas kahwin, kami PJJ. Jarak kami 6 – 7 jam perjalanan. Jadi jarang sangat jumpa. Sebulan sekali macam tu je. Bulan kelima perkahwinan, saya pregnant.

Dan alhamdulillah, saya dapat pindah ke satu daerah dengan suami masa tengah pregnant 6 bulan. Sepanjang perkahwinan, semua berjalan dengan baik, cuma saya perasan kadang – kadang suami dingin dengan saya. Kami ‘bersama’ pun, kebanyakannya saya yang mulakan. Tapi saya tak syak apa – apa sebab fikir, suami penat kerja.

Izin Allah, bulan lepas saya ambik phone dia masa dia tengah tidur, masa tu dia tengah scroll ig. Macam nak pecah hati saya, rupanya dia ada hubungan dengan perempuan lain, satu tempat kerja dengan dia. Apa yang kita baca selama ni, apa yang kita tengok kat drama, jadi kat diri sendiri.

Tuhan saja tahu perasaan saya masa tu. Kecewa, marah, sedih. Semua ada. Saya terus mesej perempuan tu. Perempuan tu, saya namakan Farah (bukan nama sebenar). Farah bagitahu, dia kata dia dah lama nak stop bila tahu suami ni dah kahwin.

Thing is, diorang bercinta sebelum saya kahwin. Dua minggu sebelum nikah, baru suami bagitahu Farah yang dia akan kahwin. Tapi Farah kata perasaan dah muncul dan diorang continue dating, mesej, jumpa. Tapi bila saya dah tak pjj, Farah kata dia berusaha untuk stop tapi suami selalu mesej dia. Dan salah dia sebab melayan.

Hubungan mereka ni, pernah sampai atas katil beberapa kali, tapi tak sampai buat ‘hubungan suami isteri’. Mesej – mesej sangat banyak, ada mesej – mesej Iucah juga. Selalu dating dalam kereta buat ‘ringan – ringan’. Banyak dating masa saya tengah PJJ dan masa dalam pantang sebab saya berpantang kat rumah mak kat kampung.

Okay sambung, lepas suami bangun tidur, saya confront dia. Dia mengaku dan dia kata diorang tak pernah ‘bersama’. Dia akui kesilapan dia dan sama macam Farah bagitahu, benda tu banyak jadi masa kami tengah PJJ dan dalam pantang.

Lepas dah tak PJJ, banyak thru mesej je dan jumpa tapi tak banyak. Dia minta maaf sungguh – sungguh, dia merayu – rayu, dia mohon diberi peluang kedua. Dia mengaku dia berubah sebelum kahwin tu sebab jumpa dengan Farah ni sebenarnya.

Tapi memilih untuk teruskan perkahwinan. Dia kata dia sayang saya dan betul – betul nak berubah. (Tapi dengan Farah, dia kata dia tak sayangkan saya sebab tu dia continue dengan Farah. Farah cerita). Lepas kantoi tu, saya memang tawar hati, saya minta dilepaskan. Tapi dia pujuk – pujuk semua, saya terima dia kembali.

Depan saya, dia delete semua conversation dia dengan Farah, block IG Farah, delete semua gambar Farah, etc. Dia kata tu kekhilafan terbesar dalam hidup dia. Farah pun, memang dia pilih untuk undur diri. Dia minta maaf dengan saya dan dia pun kata dia dah lama nak stop tapi tak kuat sebab dah sayang.

Bila jadi camni, dia okay dan rasa inilah masanya untuk dia tak jadi pengganggu rumahtangga orang lagi. (Dengan jadi benda ni, terjawab lah kenapa sikap suami yang dingin tu. Suami kata, puncanya sebab dia tak ready nak kahwin lagi, pastu pregnant pulak. Dia tak ready dengan semua tu. Dia str3ss masa tu, jadi dia meluah kat Farah dan bermula lah bibit percintaan mereka).

Lepas dari tu, suami memang layan saya baik. Sangat baik. Dan jaga anak kami dengan sangat baik. (Oh lupa, memang sebelum – sebelum ni pun dia jaga anak kami dengan sangat baik). Dan bila sebut pasal anak, memang anak pun jadi sebab utama saya pilih untuk kekalkan perkahwinan ini.

Memang menitik air mata tengok muka anak setiap kali bincang pasal ni. Cuma masalah sekarang ialah, saya rasa hampir setiap hari saya akan termenung, memikir pasal tu. Suami tak civm dahi saya sebelum pergi kerja, saya jadi nak marah, jadi emo. Sebab saya jumpa gambar dia kiiss dahi Farah.

Suami tak peIuk saya masa tidur, saya jadi emo. Sebab saya jumpa gambar dia peIuk pinggang Farah dan dalam mesej – mesej tu, beberapa kali dia kata nak peIuk Farah. Kiranya sekarang, saya jadi selalu emo. Begitu lah, saya tend untuk triggered dengan apa yang saya jumpa dalam phone dan mesej – mesej suami dengan Farah masa kantoi haritu. Penat sangat rasa.

Kita jadi ada trust issue dengan suami. Kita jadi rasa suami tak sayang kita. Kita jadi sedih, marah, kecewa, emo memanjang. Ada jugak terfikir untuk berpisah, tapi suami nak pertahankan. Dia mohon bagi peluang kedua dan memang dia banyak berubah.

Subuh, Maghrib dia solat kat masjid. Isyak solat berjemaah dengan saya. Memang saya nampak usaha dia untuk berubah. Tapi begitulah, perasaan kita sebagai isteri ni, rasa sangat terpukuI, rasa dikhi4nati, s4kit sangat hati.

Sampai sekarang setiap hari saya akan termenung. Memikirkan apa yang patut saya lakukan. Jika teruskan perkahwinan? Adakah hati saya ni akan okay satu hari nanti? Betul ke suami betul – betul sayangkan saya? Macamana saya nak cope dengan emosi yang tak tentu hala sekarang ni?

Adakah saya akan merana sepanjang perkahwinan ni sebab teringat kejadian – kejadian suami dengan Farah? Dengan Farah, dia panggil sayang. Dengan saya, dia panggil nama je (sebab dulu pernah request untuk dia panggil nama).

Tapi lepas jadi camni, rasa nak giIa bila compare apa yang dia buat dengan Farah, dengan apa yang dia buat dengan kita. Jika memilih untuk berhenti, macamana dengan anak – anak kami? Itu lah concern utama saya.

Sedihnya jika anak membesar tanpa seorang ayah dalam keluarga yang sempurna. Satu side, bukan nak berbangga, tapi untuk jelaskan situasi. Kelebihan saya, Tuhan bagi rupa paras dan fizikal yang cantik dan elok untuk saya.

Saya cikgu, pelajar yang tak kenal memang ingat saya tak kahwin lagi. Masa kat uni dulu pun, ramai yang nak masuk meminang secara serius, tapi semua saya tolak sebab setia dengan suami sekarang. Bila jadi camni, saya jadi terfikir, kalau aku dilepaskan, akan ada lelaki yang betul – betul sayangkan saya. Tapi betul ke?

Janda anak satu, tentu tak sama dengan masa bujang dulu, kan. Jahat ke pemikiran seorang isteri begini? Tolong saya kawan – kawan. Mungkin ada yang pernah alami, pernah hadapi benda yang sama. Saya sangat perIukan pengalaman, kata – kata nasihat dari semua.

Maaf ayat terabur, sebab emosi pun tengah terabur. Terima kasih semua. Admin tolong approve. saya sangat perIukan kata – kata dari semua kerana, saya takde tempat untuk meluahkan. – Jiwa Yang Sedang Sesak (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nuriah Abdrazak : Teruskan perjalanan hidup seperti biasa. Buat biasa. Tak yah nak overshadowed walaupun dia ur suami. Relaks2 sudah. Sembang benda yang perlu sahaja. Genggam anak u baik – baik. Pernah tak baca seorang isteri yang terp4ksa menelan habis – habis. Akibat suaminya berpoligami.

Si isteri, dia tak melawak sangat dah dengan suami dia. Dia cakap benda yang perlu sahaja. Sehingga suami dia rindu laa suara dia. Kemesraan dia. Riuh rendah anak – anak dalam rumah pun dah tiada. Walaupun si suami dah kahwin lain. Betapa rindunya suasana tu buat si suami.

Tapi h4mbar sudah buat si isteri dan anak – anak. Mereka lebih bahagia tanpa adanya ayah dalam rumah. So for u. u rasa tak best dah kan dalam rumah. Create lah dengan anak. Dan u seorang Cikgu kan. Cari kebahagiaan di luar. Bukan makan luar. Enjoy diri sendiri. Hormat diri sendiri dahulu. Bersyukur dengan diri sendiri dahulu. Minta tolong dengan Allah banyak – banyak. doa..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.