Suami macam sedar aku buka whatsapp dia. Dia sampai je, terus aku bagi buku lima. Aku baca mesej ‘geli-geli’ mereka depan suami

Usia kami masing – masing tak muda, hampir ke lubang kubvr. Boleh suami skandal dengan kekasih lama. Masing – masing dah gendut pun masih bersayang – sayang. Depan suami, aku suruh dia call perempuan tu. Suami dah menggelupur..

#Foto sekadar hiasan. Untuk permulaan, Mak kenalkan diri Mak sebagai Mak dan suami Mak yang sempat curang 2 minggu tu sebagai Mok. Makcik yang merupakan bekas kekasih lama Mok, Mak gelarkan sebagai Ron. Usia pun dah tak muda kami ni. Semuanya hampir ke lubang kubvr.

Ceritanya agak kelakar bagi Mak tapi mungkin agak biasa bagi pembaca. Mak bagi sikit gambaran awal ya. Kekasih lama Mok ni Mak pernah tahu ceritanya dari kawan sekerjanya dan suami Mak juga. Mak tak selidik pun hal Ron ni sebab bagi Mak takda kena mengena dengan Mak pun.. tapi sorang kawan sekilang dia ni beria – beria bagi tahu bahawasanya Ron sedih dan kecewa Mak kahwin dengan kekasihnya (suami maklah).

Bila dengar lagu jamal abdillah menangis jer katanya kat kilang tu. Mak layankan jer ceritanya dan rasa kasihan juga. Tapi minta maaflah.. Mak tak tahu menahu pun kisah cinta suami Mak sebelum kahwin. Lepas kahwin baru dia cerita dia pernah bercinta dengan Ron.

Selepas beberapa bulan Mak dan suami kahwin si Ron tu pun kahwin juga. Dalam sedih – sedih tu kahwin juga dia. Cepat juga dapat pengganti. Selang beberapa bulan kami kahwin dia pun kahwin. Dalam gambar kahwin dia tu siap pakai baju pengantin pink duduk selimpuh atas katil kahwinnya. Kawan dia tu lah yang bagi gambar pada Mak.

Nampak beria sungguh kawannya tu nak Mak tahu. Apa motifnya pun Mak tak tahu. Mungkin dia nak Mak sampaikan pada suami Mak. Tapi Mak diam – diam je.. sebab Mak pun sibuk hal Mak. Tapi apa pun Mak tetap faham perasaan Ron.

Mak minta maaflah sebab Mak tak tahu pun Ron sayang sangat pada Mok. Kisah cinta mereka pun tragis.. dihalang keluarga Mok sebenarnya. Sebab apa keluarga Mok tak suka Mak ada dengar juga dari suami Mak.. tapi malas nak cerita sini.. panjang sangat.

Al-kisah pun terjadi.. walaupun dah setahun yang lalu kisah ni.. Mak ada free sikit ni boleh lah Mak kongsikan kat sini sebagai pengajaran dan teladan.. bukan jadi ikutan pulak ya! Satu hari Mak nampak perbezaan suami Mak ni.

Mak ada nampak sekeping gambar perempuan dalam hp suami Mak.. irasnya seperti Ron. Macam mana Mak tahu?… eh.. eh.. kan Mak dah pernah tengok gambar kahwin Ron. Mak tanya suami Mak kenapa simpan gambar Ron lagi. Tapi seperti biasalah kaum mereka ni susahkan nak mengaku.

Jadi dalam diam Mak mulalah download wassap web. Memang tak sangka ia seperti yang dirasakan.. paling Mak terk3jut adalah suami Mak si Mok tu bercinta semula dengan Ron yang terpisah selama berpuluh tahun tu.

Gambar tu bukan tersimpan lama oleh suami Mak.. tapi sebenarnya baru di send semula oleh Ron kepada Mok semenjak mereka berwassap tu. Mungkin bertujuan nak mengimbauu kenangan mereka. Selepas kantoi pasal gambar tu.. suami Mak wassap pada si Ron minta jangan wassap dia kerana keadaan tengah panas katanya.

Sebenarnya tak da panas pun.. helok je.. Mak releks jer.. dia yang menggelupur. Selepas kejadian gambar tu, masa terluang Mak di isi dengan menjadi spy.. buka wassap web sentiasa. Maka ayat – ayat cinta mereka amatlah menggelikan dan loya dibaca.

Masing – masing dah gendut pun masih bersayang – sayang. Masa Mak busy membaca wassap web diorang suami Mak seolah tahu dan dia terus datang ke arah Mak. Mak tak cerita panjang.. Mak bagiIah penumbvk dulu sebelum dia menggelupur.. tujuan Mak nak bagi dia tenang.

Paling loya Mak baca si Ron dengan tulus menasihati suami Mak agar memadam semua wassap setelah mereka bersembang supaya tidak kantoi seperti gambar tu. Nasihat yang padu tu tak sempat suami Mak follow sebab Mak dah Screensh0t semua perbualan mereka dan janji – janji mereka untuk bersatu semula.

Mak bacakan semua wassap tu depan suami Mak.. seperti yang dijangka dia menggelupur seolah – olah Mak membaca ayat ruqiah. Mak terus dail nombor fone Ron depan suami Mak. Ron tak angkat. Seolah tahu itu nombor fon Mak.

Mak minta hp suami Mak.. dan hulurkan pada suami Mak. ”sila dail nombor ni”. Suami Mak turutkan dalam keadaan terp4ksa.. kalau tak dail mungkin akan kena sed4s lagi tumbvkan. Dengan laju Ron angkat panggiIan tersebut.

Tapi apabila mendengar suara Mak yang bercakap dia terus putuskan talian. Keadaan masa tu Mak biarkan berlalu.. Esoknya Mak pulak terp4ksa pujuk Ron dengan wassap.. Mak kata jangan risau Mak restu korang berdua.

Si Ron nampak m4kin berani bercakap dengan Mak.. Mak tenang dan mungkin dia rasa Mak senang dibawa berbincang. Dari serendah suara sampailah setinggi – tinggi suara pada Mak dilontarkan seolah Mak yang curang dengan suami dia.

Paling Mak rasa nak munt4h apabila Ron meminta Mak faham akan perasaan mereka berdua yang setelah sekian lama tak berjumpa. Ron kata lagi dia dan suami Mak kenal dulu dari Mak kenal suami Mak. M4kin Mak layan luahannya m4kin berani dia meminta – minta Mak faham keadaan mereka.

Dia cuba nak psik0 Mak. Tapi dia lupa Mak ni ada ijazah.. dia tu spm pun takda. Akhirnya Mak minta dia berikn nombor fon suaminya pada Mak. Ron tiba – tiba menggelupur dan menangis merayu macam filem kasim selamat.. merayu supaya kes ni tidak dipanjangkan kepada suaminya.

Si Ron punya menggelupur dia mengadu dan meminta suami Mak nasihatkan Mak agar Mak tidak beritahu kes kecurangan dia kepada suaminya. Dia putuskan talian. Setelah itu Mak cuba dapatkan nombor telefon suami Ron dari beberapa risikan. Dapat!.. tapi Mak terharu.. punyalah si Ron ni takut pada suaminya.. dia dah berterus terang dulu kes ni tapi tak tahu lah versi yang macam mana.

Apabila Mak wassap je semua bukti screensh0t kepada suami Ron.. suami Ron menasihati Mak supaya jangan ganggu isterinya. Dan menyatakan suami Mak lah punca segalanya mencari isterinya semula. Mak ok jer ayat tu.. Mak harap suaminya tak menyesal dengan kata – katanya tu.. kalau tak bertepuk sebeIah tangan takkan menjadi cinta 2 minggu tu.

Takpa lah Mak nak gelak lagi.. tapi Mak tahan. Mak faham perasaan suaminya tu. Apapun Mak happy sebab suaminya dah tahu.. apa pun suaminya respon Mak tetap yakin hatinya juga h4ncur. Apapun Mak nasihatkan agar semua di luar sana teruskan kehidupan susah senang dengan pasangan yang kita ada.

Jangan sesekali bula kisah lama. Tak da gunanya.. yang berlalu biar jadikan kenangan.. yang di depan mata jagalah sebaiknya. Sekian cinta 2 minggu. – MAK (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Jessie Dalysa : Memang patut kena sed4s pun, lagi elok kalau Ron pun kena sekali, ingatkan Ron dah cerai dengan suaminya, beria minta chance kat mak, rupanya masih isteri orang.. Gatai amattt nohhh! Bingaiii

Izawati Eyza : Walau kisah tragis, tapi gaya penceritaan mnghiburkan.. bila baca menggelupur mcm kena rukyah, tergelak terus. Semoga ik4tan perkahwinan mak dan mok diberkati Allah selamanya. Steady mak.

Sarfina Isa : Steady la mak. Pandai handle masalah dengan tenang dan bijak. Cerita lah lagi mak. Walaupun ceritanya pedih tapi gaya penulisan mak menghiburkan.. hehe

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.