Suami meninggaI sebab c0vid, sekarang aku dah jumpa pengganti tapi suami orang

Bila S bagitahu yang dia demam, aku jadi tr4uma, teringat arw4h suami yang bermula dengan demam. Aku yang ambil berat tentang dia dan bawak S pergi kIinik sebab isteri S takde. Aku tak sengaja tersuka dekat dia, sedangkan isteri S tengah mengandung. Aku happy sangat sampai satu malam aku teringat arw4h suami..

#Foto sekadar hiasan. Entah macam mana nak mulakan kisah aku. Nama aku Zura berumur awal 40-an. Mempunyai 3 orang cahayamata. Ekoran dari pandemic C0vid -19, aku menjadi balu dan anak – anak kehilangan ayah dalam masa yang singkat.

Tak pernah terfikir arw4h suami akan meninggaIkan kami dalam waktu ini. Suami aku tua 3 tahun dari aku. Sungguh aku lost. Tak tahu macamana nak harungi hidup ni tanpa suami. Sebab dia suami yang baik. Selama 15 tahun kami hidup berumahtangga. Akhirnya Tuhan menjemputnya.

Mujur aku ada kerjaya, anak – anak aku heret ke sana ke sini untuk ke mana saja aku pergi mesti aku bawa anak – anak. Ketiga – tiga anak aku ni sudah pun bersekolah. Mereka lah penguat semangat aku. Setelah setahun aku harungi hidup menjadi balu barulah aku ada kekuatan untuk bersosiaI semula dengan kawan – kawan.

Barulah ada kekuatan keluar dengan kawan – kawan dan join aktiviti luar. Jadi  bermula dari sinilah aku mulai rapat dengan dengan seseorang aku namakan S. S ni aku kenal dah lama dah hampir 10 tahun. Arw4h suami aku pun kenal dia sebab aku dengan dia dulu satu tempat kerja sehinggalah dia bertukar ke cawangan lain yang tak lah jauh sangat.

Isteri S pun kenal aku, diorang sekarang dah ada 2 cahayamata. Dan isteri S tengah mengandung anak ke 3. Selalunya aktiviti kami isteri S akan join, tapi dia dah tak boleh join sebab tak berapa sihat. M4kin hari kami m4kin rapat, sampaikan sepupu aku tegur.

Adakah S tu boyfriend aku? Bila nampak kami selalu bersama. Demi Allah masa tu aku tak ada sebarang perasaan pun dekat S. Tambahan pulak dia bukan type lelaki yang aku suka. Dia cuma lelaki melayu yang biasa saja.

Arw4h suami aku dulu ada mix dengan Arab sikit (maaf bukan nak berbangga). Sejak kena tegur dengan sepupu aku tu, baru aku perasan rupanya S sangat caring dekat aku. Sebelum ni aku tak pernah nampak pun. Selalu dia akan tanya kabar aku, ambik berat pasal aku.

Dah makan ke belum. Tolong order makan dekat aku. Apa yang aku suka pun dia tahu semuanya. Sehinggalah satu hari S demam. Time ni isteri S pulak balik kampung lepas boleh merentas negeri, isteri dia balik dulu kemudian dia akan menyusul.

Aku ni bila ada saja sapa – sapa demam memang aku cuak. Teringatkan arw4h suami aku dulu pun bermula dengan demam saja. Terus aku beli ubat, beli vitamin segala bagi dekat S. Aku beli makanan dan hantar dekat dia.

Sampai lah masuk hari keempat dia masih lagi demam. Kali ni aku terus bawa dia pergi kIinik. Orang tak sihat memang mahukan perhatian, dalam tak sedar aku mula sukakan S. Lepas pergi check kat kIinik dan buat swab test segala, dia hanya demam biasa saja.

Selama berhari – hari aku caring pasal dia. Aku tersuka tanpa sengaja. Maafkan aku. Dekat sinilah salahnya aku. Tak dapat aku pendam lama – lama perasaan ni. Aku berterus terang saja dengan S. Dengan harapan dia menolak aku.

Rupanya aku salah, dia sedia tempat di hatinya untuk aku menumpang kasih katanya. Dah lama dia perhatikan aku macam lost lepas kehilangan suami. Memang aku happy sangat time ni, sebab dah ada bahu untuk bersandar.

Dah ada telinga untuk mendengar. Dah ada hati untuk dicintai. Hanyut aku dibuai asmara. Hubungan kami sudah tentu tanpa pengetahuan isteri S. Entah kenapa, satu malam aku terjaga dalam pukuI 3 pagi macam tu. Segar pulak rasa lepas terjaga tu. Aku bangun dan ada rasa nak solat.

Aku solat ja macam biasa, selepas solat masa aku panjatkan doa untuk orang – orang tersayang, teringat pula arw4h suami yang setahun lebih pergi bertemu penciptanya. Tiba – tiba juga teringat hubungan aku dengan S.

Menerjah rasa bersalah aku kepada isteri S. Aku kah pengkhi4nat kepada kaum sendiri? Allahu macam mana lah perasaan isteri S sekiranya dia tahu semua ini? Sudah tentu h4ncur hati dia. Sebab dia percayakan aku dan S.

Dah la dia tengah sarat mengandung. Sejak dari itu, aku block semua sociaI media dan whatsapp S. Tak mahu aku jadi peruntvh masjid, memp0rakperanda hubungan diorang. Biarlah hilang bahu untuk aku bersandar, tetapi aku masih ada tanah untuk aku bersujud.

Masih ada cinta agung yang boleh aku rebut. Maafkan aku wahai isteri S, memang engkau tak tahu apa – apa sehingga saat ini. Tapi rasa bersalah tetap ada dalam diri aku. Pembaca semua, doakan aku kuat ya. Moga tidak terjebak lagi dengan suami orang. – Zura (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Tiara Clara : Orang tu test market je kau cair. Isteri tengah mengandung tu hasil percintaan dorang yang sesungguhnya. Mungkin banyak ragam isteri time preggy, dia alihkan perhatian dia pada kau. Korang pula banyak aktiviti bersama.

Beringatlah aktiviti apa pun walau rapat macam bff sekali pun laki orang jangan nak mesra dan rapat sangat walaupun wife dia ok. Bersyukurlah k tak pernah suami buat macam tu sepanjang kau mengandung, suami kembali ke rahmatullah tu hati boleh redha walau s4kit tapi bayangkan apa perasaan wife S bila kau nak ambil laki dia buat laki kau.

BaIas kebaikan orang jangan bawa perasaan! Set your limit, jaga jarak. Kenapa tak text wife S yang dia s4kit. Kau pun sama ambil kesempatan nak buat si S suka kau.

Riena Sabrie : Kan betul di mana hidup kita ada pilihan, kan? Tahniah puan. Puan telah memilih untuk membuat pilihan. Dan puan memilih untuk tidak meny4kiti hati perempuan lain. Dan puan tidak memilih untuk memberi alasan” dah takdir. dah j0doh.. bla bla… “.. Puan seorang yang bijak. InsyaAllah puan akan bertemu yang lain selepas ini.

Zetty É Dolce : Sebab tu dalam pergaulan especially kita yang berstatus balu (mahupun janda) jagalah batas pergaulan. Supaya kita terhindar dari perkara yang tidak baik dan fitnah. Tak salah pun kalau awak nak berkahwin kalau itu dah namanya pun j0doh tapi elakkan lah dari ganggu rumah tangga orang dan jangan fikir singkat untuk elakkan masalah di kemudian hari.

Saya pun isteri kem4tian suami. 16 tahun hidup bersama dan 2 tahun dah dia pergi. Sikit pun tak pernah niat hati nak cari pengganti sebab cinta arw4h pada saya dan begitu juga saya pada dia sangat kuat.

Saya sentiasa berdoa agar Allah jagakan hati saya untuk arw4h dan saya nak jumpa dia semula di sana kelak. Yes, qada dan qadar Allah tentukan tapi perbuatan, keputvsan semua pada kita. Buat masa ni fokus lah pada keluarga dan kerjaya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.