Baru 8 tahun kahwin anak dah 6 orang, umur aku baru 30 tapi dah macam nenek orang

Perkahwinan aku baru masuk 8 tahun tapi dah ada 6 orang anak. Aku terus terang dekat suami yang aku penat tapi dia bandingkan dengan ibunya yang besarkan 8 orang anak. Tiba – tiba dapat tahu aku mengandung anak ke-7, aku menangis, aku lompat bintang hari – hari. Satu hari aku jumpa dengan amoi jiran sebeIah rumah..

#Foto sekadar hiasan. Aku nak buat confession mengenai sesuatu yang aku lakukan 3 tahun lepas. Aku tau aku akan dikecam, mungkin ada insan baik hati yang akan bagi kata nasihat, ada insan yang kesian akan doakan yang baik – baik.

Tapi aku redha kalau dikecam. Sebab apa yang aku dah buat memang berd0sa tapi aku terp4ksa. Confession ni aku buat sebab sebelum ni viral ada sorang ustaz cakap anak ramai bukti kelakian dan kesuburan wanita. Aku tak setuju sangat.

Aku buat perkenalan dulu supaya kalian dapat menghakimi aku secara keseluruhan. Aku seorang wanita berumur pertengahan 30an dan beranak 6. Aku dah masuk 8 tahun kahwin. Maksudnya aku beranak 1 tahun sekali. Dulu aku kerja. Gaji boleh tahan la.

Aku dulu sekolah asrama, belajar sampai degree. Dapat anak kedua, suami aku suruh aku berhenti kerja jaga anak. Sebab bayaran pengasuh mahal, katanya. Dia suruh duduk rumah, jaga, susukan anak, banyak dapat jimat duit.

Dia mampu. Dia janji akan bagi aku nafkah, apa saja aku nak. Awal – awal memanglah dia tunaikan janji. Masuk anak keempat, janji mula dilupakan. Bila aku minta duit, macam peminta sedekah. Kena bebel dulu. Baru bagi. Itupun setengah daripada apa yang aku minta.

Baju baru? Baju dalam baru? Kasut baru? Dah lama aku tak bau barang baru. Kulitt muka pon menggerutu sebab aku tak ingat bila terkakhir aku buat facial. Dulu masa bergaji aku selalu pergi spa dan facial. Suami aku kerja sendiri. Gaji ikut rezeki.

Tak tetap. Tapi dia memang rajin cari duit. Bawak lori, tolong kawan niaga pasar malam, bazar. Tapi akibatnya keluar kerja sebelum matahari naik. Balik kerja bila dah tenggeIam. Bab jaga anak, dia boleh diharap. Tapi bab tolong buat kerja rumah, dia memang tak sentuh langsung.

Semua aku buat sendiri. Tapi dia tak bising kalau baju berlonggok, rumah sepah. Cuma aku yang s4kit mata. Jadi aku gagahkan diri buat. Malam – malam kalau suami dah balik, dia layan anak – anak. masa tu aku ambil untuk uruskan hal rumah.

Keluarga mertua dan ipar, mereka di negeri lain. Mereka tak campur sangat urusan kami sekeluarga. Tapi mereka keluarga besar. Suami aku ada 8 adik beradik. Ibu bapa aku dan meningg4I dunia masa aku ada anak 1. S4kit tua. Mula – mula ayah, lepas tu ibu.

Aku ada seorang adik laki, dia sekarang ambil master. Belum kahwin. Kami tak rapat. Biasa – biasa je. Aku tak pakai apa – apa penghalang kehamilan. Aku mahu. Tapi suami tak izinkan. Dia suka anak ramai. Meriah, katanya. Lagipun dia rajin layan anak.

Aku sungguh penat tapi aku b0doh, ikut kata suami memb4bi buta. Sampailah takdir, aku mengandung anak ke-7.. tepat anak ke-enam ku 1 tahun 2 bulan. Aku mengandung lagi. Aku nangis. Aku tak sanggup. Aku letih sangat. Aku baru 30-an tapi aku nampak macam nenek orang. Aku dah beruban.

Aku rayu suamiku supaya bagi aku masa untuk diri aku tapi ayat dia, ’mak saya dulu boleh je. Besar elok je saya adik beradik. Tak ade siapa takde urut lah orang dulu – dulu’. Aku str3ss. Aku rindu kawan – kawan aku yang sekarang dah lost contact.

Aku takde orang nak luah. Aku pernah juga luah aku penat kepada suami. Aku minta dia ingat janji – janji dia masa aku berhenti kerja. Dia tuduh aku tak bersyukur. Tak bersyukur dia masih lagi setia, balik rumah setiap malam walaupun selepas penat seharian kerja.

Dia kata aku tak reti berterima kasih sebab muka aku tak pernah senyum. Aku sedih. Aku bagitahu, aku penat. Senyum pun tak larat. Bukan aku tak bersyukur. Tapi tolong la. Aku penat. Dia diam je. Setiap kali lepas g4duh, dia akan diam.

Takde penambahbaikan. Naikkan sikit duit rumah pon dia tak buat. Dia tak bagi aku uruskan duit. Barang dapur, dia beli. Yuran tadika anak, dia bayar. Pampers, dia beli. Aku tak ada duit. Aku buat sedikit online bisnes, jadi agent dr0pship, hasil tu aku buat main kutu, dan simpan sikit – sikit.

Aku mengandung anak ke 7. Aku menangis melihat urine test yang aku curi – curi suruh jiran ahmoi aku beli. Aku kira – kira bila kali terakhir aku peri0d, maksudnya baru mengandung 5 minggu. Aku tiba – tiba jadi m00dy sangat.

Dengan anak – anak aku jadi garang sangat. Dengan suami aku dah pandai g4duh Iempar barang. Aku tak bagitau aku mengandung. Aku tak bagitau sesiapa aku mengandung. Hari – hari aku lompat bintang, naik turun tangga, tak makan, supaya badan aku lemah dan tak mampu mengandungkan anak ini.

Aku jadi benci dengan semua orang. Termasuk diri aku. Aku pernah menangis pukuI 2 pagi di luar rumah sambil pukuI – pukuI perut. Selepas 2 minggu. Aku tak tahan. Aku tengok duit simpanan aku ada 3 ribu. Aku simpan diam – diam hasil dr0pship, kutu.

Dengan duit tu aku beli baju dalam baru, spender baru, aku jimat – jimat. Satu hari, aku tekad. Aku nak gugurkan kandungan ini. Aku ada jiran cina yang sosiaI. Aku panggil dia ahmoi. Aku tahu sebab dia selalu bawa laki lain – lain balik rumah.

Dia je manusia yang berborak dengan aku di taman ni. Wanita – wanita lain semua jenis membawang. Aku tak nak kisah hidup aku jadi bahan bawang mereka. Aku beranikan diri tanya dia pernah gugurkan kandungan tak. Dia tanya kenapa tanya soalan pelik.

Aku terus terduduk depan dia, nangis macam orang tak siuman. Aku meraung – raung cakap aku dah taknak anak. Aku tak larat. Aku penat.. Suami aku tak faham. Tau nak anak banyak tapi semua aku yang buat. Dia pujuk aku. Dia bagi aku satu alamat.

Dia kesian tengok aku menangis. Dia kata dia tolong. Aku guna duit simpanan aku upah satu bibik harian untuk seminggu. Kebetulan suami aku ada job bawa lori ke Kelantan. Katanya tak balik 2 – 3 hari. Lepas tu aku dengan ahmoi pergi kIinik tu.

Aku berdebar, tapi aku tekad. Doktor tu scan, ada janin berusia 7 minggu, dia pon bagitau prosedur (aku tak nak cerita details) apa dia akan buat. Dan harga. Harga tu aku mampu bayar jadi aku setuju je. Cukuplah kalian tahu aku menangis teruk sambil minta maaf semasa prosedur.

Aku cakap aku tak mampu. Ayah dia tak menolong. Aku penat, aku str3ss. Semua dah selesai. Suami aku balik, aku cakap yang aku peri0d pain. Bibik tu aku pakat dengan dia untuk tipu suami. Aku cakap tu bibik jiran, bercuti tak bawa bibik.

Bagi pinjam seminggu. Suami aku diam je. Tapi dia tak selesa ada bibik kat rumah. Dia keluar dengan kawan pergi memancing (ni sebab dia taknak upahkan aku bibik. Dia tak selesa ada orang asing dalam rumah). Seminggu lepas procedur tu, doktor ada suruh datang untuk check betul ke dah tak ade.

Aku angkut semua anak – anak dan ahmoi ke kIinik. Anak – anak aku bising dalam kIinik, ahmoi tolong jaga sementara aku check dengan doktor. Doktor kata dah takde. Aku nangis lagi. Dia kata dia faham. Bukan kali pertama ada wanita datang kata tak ready pregnant sebab anak kecik, suami tak menolong, atau tak mampu.

Aku diam je. Dia suruh aku pakai alat pencegah kehamilan. Aku kira-kira duit aku ada lagi. Aku setuju. Aku pakai alat. Doktor kata tahan 5 tahun. Hal ni 3 tahun lepas. Sekarang anak – anak aku dah besar sikit. Aku pon boleh simpan duit lebih banyak sebab boleh buat lebih banyak kerja.

Aku berniaga online. Tak harap suami lagi. Dia tau aku berniaga, lagi lah dia jadi kedekut. Aku dengan suami dingin. Aku bosan dengan dia. Hubungan kami atas katil je. Aku tak risau lagi sebab dah pakai alat. Dia tak berubah langsung.

Masih ditampuk lama. Aku sampai sekarang sedih dengan apa yang aku dah buat. Aku rasa berd0sa. Tapi kalau aku tak buat, aku yang mer0yan. Aku hari – hari minta ampun dekat Allah. Semoga Allah ampunkan aku. Aku sayang anak – anak yang aku ada.

Biarlah ayah mereka macam tu. Aku nak didik mereka supaya tak jadi macam ayah mereka. Akhir kata, anak ramai bukan ukuran kelakian atau kesuburan. Tapi tanggungjawab. Tanggungjawab bukan hanya bagi sp3rma. Tapi membesarkan, didik, nafkah. Isteri pon manusia.

Kami bukan kilang anak. Lepas tu harap semua kami buat semua. Aku kadang – kadang rasa benci dengan suami. Tapi aku sabarkan diri dengan alasan sekurang – kurangnya dia tak pukuI aku dan anak – anak. Tahan je la selagi nyawa dikandung badan.

Aku harap wanita di luar sana lebih bijak. suami tak izinkan pakai pencegah kehamilan tu, lantakkan. Bukan badan mereka yang penat. pakai je senyap – senyap. Harap kalian tolong doakan d0sa aku diampunkan. Suami aku berubah. Anak – anak aku membesar jadi manusia bertanggungjawab. – Insan berd0sa

Komen Warganet :

Rozza Roha : Aku rasa berd0sa sangat bila kite buang janin dalam kandungan. Tp Aku mengerti akan keadaan isteri yang mend3rita dengan suami yang ada tu. Ingt beIa anak 6 orang tak letih ker. Kadang – kadang isteri takde masa untuk diri sendiri.

Suami pun tak ade beri nafkah untuk keperluan isteri. Memang boleh str3ssed. Seluar dalam baju dalam tak berganti tu bukan sebab dia tak boleh beli tapi kadang – kadang bila dia nak beli, Dia fikirkn keperluan anak – anak sebab tu la ada isteri yang macam nih.

Sabar la dik, In shaa Allah, bila anak – anak awak dah besar nanti, rezeki awak akan lebih baik. Tk pe la bersusah – susah sekarang ni. Suami tu nanti akan menjawab di sana akan segala perbuatan dia pada isterinya nanti.

Muhamad Aiman Ghazali : Bagus puan! Puan bijak. Cari solution instead of mengadu je. Jangan pikir da pasal baby tu. Ada hikmah semua benda. Kalau beranak banyak – banyak tak terjaga pun berd0sa besar.

Anak tu amanah. Jadi housewife memang str3ss. Puan pergi je zumba ke me time ke. Upah bibik jaga anak – anak satu hari setiap minggu.

Ally Alifah : Saya faham apa yang confessor c0nfess dan aIami. Saya dari keluarga besar. Memang mak saya uruskan semuanya. Ayah saya tak bagi nafkah. Saya faham, bukan salah confessor. Sebab itu, agaknya saya jadi malas nak berkahwin. Sebab saya tak nak aIami apa yang confessor aIami dan apa yang mak saya aIami.

Lynn Abd Latiff : Aduhai, taat isteri ada batasnya. Merancang itu hak seorang isteri, suami takde hak dalam merancang sebab yang menangung akibatnya adalah isteri seorang. Saya tau anak itu datang dengan pakej rezeki tapi kalau kita tak larat nak mengandung, bersalin, membesar dan mendidik mereka, apa kesudahannya? Yang menjadi m4ngsa anak – anak yang tak berd0sa. Semoga kuat berju4ng sebagai isteri yang celik ilmu selepas ini.

Farah Bashirah : Alhmdulillah satu jalan cerita yang banyak bagi moral value khas untuk ibu – ibu suri rumah yang tengah down jaga anak sorang – sorang. Buat bisnes dan simpan duit sendiri antara langkah bijak akak ni. Ya kita pun berhak tentukan apa yang kita nak. Tahniah buat tt, antara cerita yang membina bukan sekadar luahan minta simpati je.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.