Suami nafikan hak anak saya, akhirnya saya rela anak di’bin’kan Abdullah dlm sijil kelahiran

Semasa nak bersalin saya minta nurse simpankan barang berharga, tapi kebetulan suami dalam wad, nurse suruh suami yang pegang. Selepas pembedahan, bila saya masuk dalam ward semula, atas katil ada tas tangan saya. Dan bila dibuka semua duit tunai saya telah dicuri. RM 2000 lesap..

#Foto sekadar hiasan. Saya nak berkongsi cerita. Hampir sama seperti kisah sebelum ini, bezanya saya bernikah dengan lelaki yang mengandungkan saya. Lelaki itu bukan lah bf saya tapi atas kelalaian saya, akhirnya saya mengandung benihnya.

Dia hanya lah kawan biasa saja, ikutkan mana mungkin saya benarkan dia menyentuh saya. Dia telah memasukkan ubat tidur dalam minuman saya dan ketika itulah dia memperlakukan saya seenaknya. Maaf, saya hingga sekarang saya masih tak dapat menerima kenyataan saya adalah m4ngsa r0goI.

Saya sudah cukup dewasa dan matang untuk tidak membenarkan lelaki selain suami menyentuh saya. Dan tiap kali membayangkan saya adalah m4ngsa membuatkan saya depr3ssed. Kejadian berlaku hanya sekali dan sebulan selepas itu, saya dapati haid saya lewat dan setelah buat pregnancy test dan berjumpa doktor saya disahkan mengandung 4 minggu.

Saya lantas berhubung dengannya, mengatakan saya hamil dan minta dia bertanggungjawab. Namun dia tak mahu, katanya mana mungkin sekali kejadian itu saya boleh hamil. Dipendekkan cerita, saya memberanikan diri berjumpa keluarganya dan menceritakan hal sebenar.

Ibunya menerima baik saya dan meminta anaknya bertanggungjawab. Maka kami bernikah ketika kandungan memasuki usia 9 minggu. Semua urusan pernikahan saya uruskan, tiada hantaran tapi saya adakan untuk menutup mulut tetamu yang hadir dihari pernikahan.

Selepas nikah dia terus tidak balik ke rumah. Saya isteri yang tidak pernah disentuh selepas nikah. Ketika itu rupanya dia bersekudukan bersama teman wanitanya dari indonesia. Dia katakan kepada wanita tu yang dia telah difitnah oleh saya dan anak yg dikandung saya bukan anaknya.

Dia berkata dia bernikah dengan saya kerana kasihan pada ibunya yang menangis bila tahu dia merosakkan anak orang. Sejak itu wanita itu sering mengganggu saya dengan whatsapp prov0kasi sehingga menyebabkan saya amat tertekan.

Dalam keadaan mengandung suami dan wanita itu mem4ki hamun dan mengugut melalui sms, whatsapp dan telefon. Mengatakan bahawa mereka akan menyebarkan berita bahawa saya mengandung anak h4ram. Saya lalui tempoh kehamilan seorang diri.

Bukan mudah kerana semasa hamil saya diIanda sindr0m carpeI tunneI dan itu menghadkan pergerakan tangan saya untuk memandu dan sebagainya. Saya banyak menangis semasa mengandung, tekanan perasaan yang sangat hebat.

Saya wanita berkerjaya, sudah punya serba serbi. Alhamdulillah, berkahwin dalam usia lewat, maIangnya bersuamikan lelaki yang salah. Semuanya kerana saya mengandungkan anaknya dan saya mahu dia bertanggungjawab. Saya juga sudah punya teman lelaki ketika itu.

Namun kisah cinta kami tamat sebaik saya tahu saya mengandung. Saya melahirkan anak minggu ke-35 secara emerg3ncy ceaser, bersaIin di hospitaI swasta. Ketika saya menunggu di ward untuk ditolak masuk bilik bedah dia datang dan kebetulan saya mahu serahkan barang berharga dan beg duit pada nurse.

Melihat dia ada di ward, nurse menyuruh suami yang memegangnya. Selepas pembedahan, bila saya masuk dalam ward semula, atas katil ada tas tangan saya. Dan bila dibuka semua duit tunai saya telah dicuri. RM 2000 lesap.

Keesokkan hari saya buat laporan polis. Pegawai penyiasat datang ke hospitaI dan mengambil kenyataan dari saya. Jiwa dan hati saya hilang melayang diperlakukan sedemikian dalam keadaan baru melahirkan secara pembedahan, s4kit Iuka pembed4han, tumpah d4rah, anak tak cukup bulan.

Allah.. Hari ini bila saya mengenangkan saya tak tahu mana saya dapat kekuatan untuk men3mpuh semuanya. Saya seorang diri menghadapinya. Ibu ayah dah tua. Hanya meratap akan nasib anak nya yang seorang ni. 7 hari di hospitaI, saya balik pandu kereta, bawak anak sorang diri.

Allah benar – benar menjaga saya dan anak saya. Wanita tu semasa saya berpantang kerap hantar sms whatsapp m4ki hamun. Yang paling saya ingat dia tulis, dia nak saya m4ti mer0yan. Anak usia hampir 2 bulan baru saya pergi ke JPN untuk daftar.

Lewat kerana suami main tarik tali untuk daftarkan. Menjelang tarikh akhir daftar saya sendiri pergi JPN, di sana suami mintak duit untuk daftarkan anak untuk letak maklumat bapa dalam sijil. Ketika itu saya sangat – sangat sedih.

Anak saya dinafikan haknya oleh ayahnya sendiri. Hati saya bagai disi4t – si4t, pedih, hiba. Saya bernasib maIang bersuamikan dia tapi anak saya lebih maIang berbapakan dia. Dia minta buat DNA test untuk buktikan itu anak dia.

Apa saya buat di JPN? Walaupun dokumen saya lengkap, dan boleh dinasabkan atas namanya. Saya memilih untuk anak saya dibin kan Abdullah. Ruangan bapa biarlah tiada maklumat kerana manusia sezaIim dia tidak layak untuk memiliki zuriat.

Saya sangat berdend4m dan begitu berkeinginan untuk buktikan melalui DNA test itu anaknya. Tapi bila fikir mendalam semua itu tak beri makna pada lelaki seperti dia. Baik saya laburkan bayaran DNA untuk pendidikan anak saya.

Melayani dan menanggung anak seorang diri, kebahagiaan saya dengan anak rupanya. Saya jadi lupa dend4m kesumat saya pada suami dan wanita itu. Allah lahirkan bahagia yang sebenarnya apabila saya sabar dan tabah menjunjung amanah yang dihadiahkan buat saya.

Anak saya berusia 6 tahun sekarang. Bijak dan kacak. Sangat menyejukkan hati saya. Mudah dibentuk dan mendengar kata. Dah boleh harap buat kerja rumah dan paling saya terharu, dia mempunyai sifat empati yang tinggi dalam dirinya.

Suami dan wanita tu masing – masing telah menerima kifarah. Benarlah, doa orang terani4ya lambat laun Allah makbulkan. Anak saya adalah lelaki. Saya bersyukur saya tak buat ujian DNA sebab anak tu copy paste muka ayah dia.

Paling ketara berdagu lekuk dan berlesung pipit sama seperti ayahnya. Sebelum dia ditangkap dan masuk penjara, dia ada datang untuk melihat anaknya. Tapi saya panggil polis sebab saya pernah buat laporan keselamatan saya, anak, keluarga dan harta benda saya.

Kalau terjadi apa – apa, dia lelaki yang saya syak dan perlu disoal siasat. Walaupun saya tak pernah cinta dia, tapi bila dalam persiapan untuk nikah tu, saya redhakan hati untk terima dia j0doh saya dan sedia terima dia seadanya sebab saya nak anak saya ada ayah.

Tapi maIangnya.. Untuk ibu – ibu tunggal, fokuslah pada masa depan anak dan kesihatan mentaI dan fizikaI anda. Jangan toleh belakang dan lepaskan dend4m kesumat. Insyaallah perjalan kita dipermudahkan. Allah tak akan menguji kita di luar kemampuan kita.

Komen Warganet :

E-car Nazrin : Sedih baca.. Sebab tu kalau ada kes terIanjur / rogoI, kalau si lelaki tu awal – awal tak nak bertanggungjawab tak perlu kahwin la. Memang dia tak akan bertanggungjawab gak. Buat siksa si perempuan dan si “anak” je andai nak kahwin gak.

Baiklah fokus pada kandungan, jaga anak baik – baik tanpa perlu kahwin ngan #lakiTagune. Semoga dipermudahkan hidup awak dan anak. Semoga berbahagia dan dalam rahmat Allah sentiasa.

Noraini Abd Samad : Siapa kata lelaki akan bertanggungjawab selepas kita berkahwin dan mengandungkan anak dia? Hari tu kan ada yang cakap macam tu. Ladies, kalau dah lelaki tu memang taknak berubah, dia kahwin 4 pun tetap juga per4ngai masih sama.

Buat wanita di luar sana, selepas tahu anda dirogoI, mohon terus ke hospitaI dengan segera. CERITAKAN pada doktor bahawa anda telah dirogoI. Jangan mandi, sebab nanti sisa air mani tu hilang. Air mani ada bukti DNA lelaki berkenaan.

Biar doktor buat pemeriksaan menyeluruh, ambil keterangan dan doktor akan beri ubat untuk cegah mengandung. Dengan laporan perubatan itulah kita akan guna untuk laporkan kepada pihak polis. Untuk Puan yang menulis, tahniah kerana berani. Semoga Allah kurniakan kebahagiaan bersama anak tersayang.

Rayyan Yusof : Respect!. You are indeed a great woman. Benarlah jadi perempuan ni kena kuat dan tabah hadapi ujian dan dugaan. Setiap masalah selalu ada penyelesaian, setiap kesulitan pasti akan ada kemudahan, setiap usaha selalunya ada harapan, setiap doa selalu ada jawapan. Untuk sy4itonnirojim tu baru kau tahu langit tinggi atau rendah..!

Fatini Najwa : Selepas baca perkongsian, tiada sedikit pun perasaan kasihan buat kakak ini. Yang ada hanyalah bangga dan kagum dengan kekuatan seorang wanita yang cukup tabah mengharungi dugaan yang datang. Teruskan menjadi wanita hebat dan izinkan kami curi sedikit kekuatan akak

Noor Fazilahayu : Allahuakbar.. kuatnya puan. Saya bangga dengan puan. Saya harap perempuan kat luar sana kuat dari segi fizikal, em0si dan mentaI bila berlaku kes kehamilan luar nikah ini, sama ada s3ks tu rela atau p4ksaan seperti puan.

Kita selalu melihat orang selalu ingin berkahwin dengan lelaki yang menghamili mereka. Pada pendapat saya. Jika memang benar lelaki itu mau berkahwin dan bertanggungjawab maka teruskanlah. Tetapi jika mereka taknak bertanggungjawab tak perlulah kita nak hadap sangat dia orang jadi suami kita sebab nilah salah satu contohnya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?