Suami selalu tak tidur 2-3 malam, dia akan kemas rumah dan alihkan perabot

Saya sangka dialah calon suami yang baik sebab sebelum kahwin, dia cakap dia anak mak. Selalu hantar gambar tengah cuci pinggan mangkuk di dapur dan bersihkan longkang.  Saya rasa bertuah sehinggalah saya kahwin, semuanya adalah lakonan. Jangan hairan kalau bangun pagi, susunan rumah beralih 360°

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Sihat? Harap semua baik – baik sahaja. Ini kali pertama saya menulis di sini. Selalunya silent reader sahaja, comment pun jarang. Tapi kali ini saya mahu meluahkan perasaan dan berkongsi cerita dengan kalian.

Saya seorang isteri, ibu kepada seorang anak, dan saya bekerja sendiri menjual sambal dan menerima tempahan masakan untuk katering kecil – kecilan. Anak saya berusia 4 tahun, manakala suami saya pula bekerja di syarik4t swasta sebagai pegawai pemasaran.

Kisah ini berkisar tentang hubungan antara saya dan suami saya. Kami berkahwin tidak lama selepas perkenalan kami, iaitu dalam 3 bulan selepas kali pertama bertemu. Saya sangkakan dialah calon yang sesuai apabila dia asyik menyatakan bahawa dia “anak mak” dan sering menghantar gambar kononnya tengah cuci pinggan mangkuk di dapur, ataupun gambar bersihkan longkang tepi rumah.

Jadi saya fikir, bertuahnya saya dapat lelaki yang ringan tuIang dalam hal ehwal rumah. Rupanya semua itu lakonan. Selepas kahwin, nampaklah per4ngai tinggalkan mug merata, pinggan dibiar atas meja selepas makan, tuala dibiar di lantai selepas mandi… hmm.

Itu pun sebab saya rasa ibu mertua saya jenis yang memanjakan anak – anak lelakinya. (Kami suami isteri tinggal di rumah mertua selama setahun setelah berkahwin). Lepas adik ipar dan abang ipar makan memang mak mertua suruh biarkan saja pinggan di meja, nanti mak kemaskan.

Baju – baju pun sama, mak mertua yang kutip baju adik dan abang ipar untuk dicuci. Kesilapan saya yang kedua ialah, saya naif tentang d4dah dan g4nja. Rupanya suami saya sejak bangku sekolah lagi terjebak dengan piI, ket4min, ecst4sy, g4nja.

Saya yang tak tahu apa – apa sebelum kahwin jadi mula kenal tiub kaca yang h4ngus atau paket kecil berisi serbuk putih (yang saya sendiri tak tahu apa, batu agaknya). Bercakap tentang g4nja, saya bukanlah 100% anti g4nja, tapi per4ngai pemalas dan lepak chill semasa high yang saya begitu anti.

Perasaannya seperti saya sedang menjaga anak kecil. Sudahlah saya fokus jaga anak yang kini berusia 4 tahun, nak entertain pula suami yang “terlebih happy terlebih santai” akibat g4nja. Str3ssed! Suami memang beri belanja kepada saya dalam RM900 setiap bulan, manakala baki gaji nya untuk sewa rumah, bil elektrik dan internet, serta sedikit barang dapur.

Jika dikira, sepatutnya berbaki dalam RM1500, tapi belum sampai 5 haribulan, dah lesap sebab beli batu dan g4nja. Alangkah bagusnya kalau disimpan untuk pendidikan anak ataupun tabung em3rgency. Jadi, untuk perbelanjaan dapur seterusnya terp4ksalah saya pakai duit yang telah diberikan kepada saya tadi ataupun duit untung meniaga saya.

Lagi – lagi anak kadang – kadang pandai request keju, ataupun mcdonald, atau buah – buahan, biasalah umur begini memang kuat makan. Bila suami saya ambil batu, dia biasanya tidak tidur selama 2 – 3 hari. Maka masa itulah dia akan aktif mengalihkan perabot – perabot di rumah. Jangan hairan kalau bangun pagi, susunan rumah beralih 360°.

Yang paling membencikan, bila susunan barang di dapur pun berubah. Minyak masak yang asalnya di sebelah singki, tiba – tiba dalam kabinet. Bawang – bawang yang di rak, tiba – tiba dalam peti sejuk. Itu belum lagi perkakas memasak.

Bila dah tak tidur 2 – 3 hari, selepas tu dia akan kuat tidur sampai 4 hari asyik tidur je. Di office pun dia tidur bangun tidur bangun. Dan masa ni lah menc4bar sebab rasa macam tak ada suami je. Kita nak minta tolong jaga anak sekejap pun tak dapat sebab dia layan tidur.

Str3ssnya saya Allah je tahu. Kadang – kadang nangis, selalu juga saya berdoa agar kawan – kawan suami saya yang suka berkongsi d4dah dan g4nja ni agar meninggaI kena str0ke. Jahat kan saya.. Jika makanan katering biasanya diambil customer dari rumah, barang jualan lain ada yang saya perlu delivery.

Di hujung minggu, saya selalu delivery barang jualan saya bersama anak saya sekali sebab tak nak kacau suami tidur. Kalau dik3jut nanti suami akan moody, hemp4s pintu peti sejuk lah, c4mpak remote control lah. Walaupun dia tak ucapkan kata – kata marah, tapi terkesan lah juga dengan perbuatannya.

Jadi saya selalu av0id kacau suami. Sekarang musim Covid orang tengah bercakap hal vaksin, suami saya pun jenis yang suka g4duh di sociaI media tentang vaksin. Dia anti vaksin, masa anak masih baby dulu, selalunya suami sengaja lambat hantar saya dan anak ke kIinik Ibu Anak sebab tak suka saya hantar anak untuk di vaksin.

Kadang – kadang pelik juga sebab suami masa kecil pun divaksin jugak, sihat je. Katanya akan kena mind control lah, tapi masih juga meIawan (tak tahu siapa yang dia Iawan di facebook, suka sangat update status mengarut).

Sekarang suami asal bangun tidur (dia bangun biasanya jam 11 pagi) dia akan main hp, sampailah tiba masa nak ke office. Untung jadi orang laki, perempuan bangun awal siap kemas rumah, masak br3akfast dan lunch, mandikan anak.. barulah suami keluar bilik, itupun katil dan selimut saya yang kemas.

Kalau saya rasa penat, patah semangat, saya akan ke rumah keluarga saya sendiri dan spend time dengan keluarga saya. Saya tak nak jadi pemarah, kesian dekat anak. Syukur Alhamdulillah anak saya ni pandai pujuk, bila nampak saya diam dan down, tiba – tiba dia akan datang dan peIuk dan cakap, “i’m sorry mommy” walaupun dia tak buat salah apa – apa pun.

Saya masih cuba positive untuk anak, dan cuba improve bisnes saya demi anak. Saya ambil piI perancang, sebab saya takut sangat kalau tiba – tiba termengandung. Tak sanggup saya nak hadapi lagi, takut nanti kena depr3ssion pula.

Saya harap suami saya berubah dan sedar, tapi pada masa yang sama saya perlu bersedia supaya sekiranya ada apa – apa terjadi kelak, saya mudah bangkit dan terus berjaya. – Zubaidah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Syalina Malik : Alhamdulillah puan ambil tindakan bijak dengan makan piI perancang supaya tidak mengandung. Ada setengah orang dah tahu suami pen4gih d4dah tapi anak berderet, kesian kat anak membesar dengan persekitaran yang tidak sihat.

Semoga puan terus dberi kekuatan. Jangan lupa puan mesti bijak menyimpan senyap – senyap. Jangan sesekali suami puan tahu puan ada simpanan. Sekian untuk nasihat saya.

Ummu Aidel : Suami saya pernah terlibat dengan ice ni, back in 2004. Dia programmer masa tu, kononnya nak dapat mood kerja, nak stay up siapkan projek. Setakat sm0king tu, idea tak menderu datang. Kononnyalah.

Alhamdulillah, polis datang rumah, cekup dia. Pertama kali saya tengok dia digari. It wasn’t a nice picture to paint in memory. Dalam tempoh reman saya melawat dia di Iokap. Marah, sedih semua ada, saya bagi kata dua pada dia, kalau dia ulang lagi, saya akan angkat kaki.

Hanya sekali saja peluang saya bagi. Sebab ur1ne test dia positive, kena pr0bation dua tahun, setiap minggu kena report di balai, setiap bulan kena attend program aadk di rumah pengasih. Record has been t4inted.

Tapi sekarang dia dah bersih, malah mer0kok pun dah tinggal. U kena tegas. Kalau dia tak mau berubah, u kena berubah. Jangan nak dok naif seumur hidup.

Utin Mardiana : Berat masalah puan ni. Kembalilah mengadu pada Allah. Solat taubat dan istikharah. Sanggup ke teruskan bersuami macam tu demi anak dan nafkah tu? Kalau yakin dia berubah teruslah berusaha dengan doa.

Kalau tak yakin dia berubah dan sungguh lelaki naj1s d4dah ni memang tak bermanfaat maka tinggalkan lah demi masa depan anak yang lebih baik.

Fazidah Abdul Kadir : Bah4ya hidup dengan pen4gih d4dah ni, walaupun mula – mula macam normal tapi lama – lama bahan kimia dalam otak dia akan jadi tak sembang dan mula berhaIusinasi, masa tu dia takkan kenal isteri dan anak.

Harap puan dapat keluar dari situasi ni secepat mungkin. Fikirkan mudharat pada anak nanti kalau tak percaya cuba baca kisah – kisah tr4gedi menyayat hati disebabkan pen4gih ni, ada yang bvnvh anak sendiri sebab nampak macam sy4itan lah apa lah.

Orang pun dia boleh nampak macam h4ntu. Berhati – hatilah. Semoga Allah permudah segala urusan Tt.

Izanoriza Binti Ab Rahim : Kak oi, dia ambik batu tu bukan kecik – kecik anak d4dah jenis tu. Kau punya rileks macam dia his4p gam ajer. Please la cerdik sikit. Simpton dia belum teruk tu, mereka dan m4kin lama nanti akan m4kin tinggi d0se dia jadi masa tu dia akan tr1gger kalau tak dapat batu.

So please la be prepared segala kemungkinan yg bakal awak lalui. His4p lain ada ampun lagi, tapi kalau dah his4p batu lama – lama kerja pun akan kena buang ye!

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?