
Suami minta aku tolong persiapkan beg pakaiannya. Aku yang seterika baju nikah kami dulu, kini aku juga yang seterika baju nikah untuk suami pakai menikah sekali lagi esok. Aku hantar suami ke kereta dengan senyuman
#Foto sekadar hiasan. Aku kini sedang diuji oleh Allah dengan satu ujian yang aku sendiri tidak pernah bayangkan akan berlaku dalam hidup aku. Ujian yang bukan sekadar menguji perasaan, tetapi menguji iman, kesabaran, dan sejauh mana aku mampu menerima takdir yang Allah tuliskan untuk aku sebagai seorang isteri.
Dalam diam, aku belajar untuk senyum walaupun hati aku sedang retak sedikit demi sedikit. Aku masih ingat dengan jelas, minggu lalu, suami aku berada di negara gajah putih, sedang menghitung waktu untuk bernikah dengan isteri kedua.
Cuaca elok, pada waktu orang lain mungkin sedang lena tidur, aku pula sedang berjaga dengan perasaan yang bercampur baur antara redha, cemburu, sedih, dan pasrah. Aku baru berumur 28 tahun, masih muda dan orang kata masih cantik.
Tapi dalam usia semuda ini, aku terp4ksa memilih antara diceraikan atau dimadukan. Pilihan yang langsung tidak pernah terlintas dalam fikiran aku sebelum ini. Walau berkali – kali suami mahu menceraikan aku, tetap aku pertahankan.
Aku halang mulutnya daripada terlafaz perkataan itu. Semuanya sebab aku tak mahu anak aku membesar dalam keluarga yang berpecah. Aku tak sanggup melihat anak aku melalui hidup dengan gelaran anak broken family seperti yang selalu aku dengar orang sekeliling cerita.
Kurang 24 jam, iaitu pagi esoknya, akan rasmilah aku berkongsi kasih suami. Namun dalam perit ini, aku masih cuba bersyukur. Aku masih bergelar isterinya, masih diberi peluang untuk berkhidmat sebagai seorang isteri, walaupun hakikatnya aku kini perlu berkongsi.
Aku sendiri yang izinkan suami berkahwin lagi. Entah dari mana datangnya kekuatan yang Allah hadirkan dalam diri aku. Mungkin sebab terlalu penat menangis, terlalu penat meIawan takdir, akhirnya aku memilih untuk mengalah dengan cara yang paling meny4kitkan.
Suami minta aku tolong persiapkan beg pakaiannya. Masa itu tangan aku menggigil, tapi aku tetap bangun. Ya, isterinya ini yang seterika baju nikah kami dulu, kini aku juga yang seterika baju nikah untuk suami pakai menikah sekali lagi esok.
Aku siapkan samping songket, lengkap dengan butang baju melayu. Aku lipat satu persatu dengan kemas, seolah – olah aku sedang siapkan suami untuk majlis kami sendiri. Bezanya, kali ini bukan aku pengantinnya. Begitu juga baju – baju kemeja dan seluar kerja, enam pasang untuk seminggu suami aku akan bermalam di rumah isteri keduanya nanti.
Setiap kali aku lipat baju, hati aku terasa seperti dicubit – cubit. Aku terbayang suami pakai baju itu, tapi bukan di depan aku. Pagi itu, aku sebagai isteri yang sedang menghitung detik suami menerima akad perempuan lain, menolong suami sangkutkan baju nikah itu dalam kereta.
Ya, aku sendiri yang masukkan baju itu ke dalam kereta. Oh, kuatnya hati ini. Tanpa setitis air mata pun yang jatuh. Aku hantar suami ke kereta dengan senyuman, gurauan, mood dan muka yang ceria. Aku sendiri pun tak tahu dari mana datangnya tenaga untuk berlakon kuat.
Dalam hati, aku sedang menjerit, tapi di luar aku ketawa seperti tiada apa yang berlaku. Suami yang awalnya aku rasakan tiada perasaan, tidak peduli pun aku ada atau tidak, tiba – tiba menangis memeIuk aku selepas aku salam, civm dan kucup tangannya dengan begitu lama.
Lebih lama kucupan ini daripada kucupan semasa pernikahan kami empat tahun lepas. Masa itu aku sendiri hampir tewas. Lutut aku menggigil, d4da aku sempit, tapi aku tetap berdiri. Suami minta maaf. Aku maafkan. Aku minta dia ampunkan segala d0sa aku selama ini sebagai isterinya.
Dalam kepala aku cuma terlintas satu perkara, mungkin ini kali terakhir aku dapat peIuk dia sebagai isteri tunggal. Aku mohon suami doakan aku kuat, sebab aku tahu aku sebenarnya tak kuat. Tiga hari lepas aku sudah puas menangis sampai kering, tiada air mata lagi mahu dititiskan.
Aku menangis dalam bilik air, atas sejadah, dalam peIukan bantal, sampai d4da aku rasa s4kit sendiri. Ada satu malam, aku terduduk atas lantai bilik, tengok gambar perkahwinan kami lama – lama. Aku tanya diri sendiri, di mana silap aku.
Apa kurang aku sebagai isteri. Aku masak, aku jaga anak, aku jaga rumah, aku jaga maruah suami. Tapi kenapa tetap aku perlu melalui semua ini. Aku sedang kuatkan hati dan memikirkan kenapa aku yang terpilih menerima ujian ini.
Mungkin Allah nak aku rehat. Mungkin Allah nak aku belajar berdiri atas kaki sendiri tanpa terlalu berg4ntung pada manusia. Mungkin Allah nak aku manjakan diri, ada masa untuk diri sendiri, ada me time yang selama ini aku lupa sebab terlalu sibuk jadi isteri dan ibu.
Selama ini hidup aku cuma berkisar tentang suami dan anak, sampai aku lupa siapa diri aku yang sebenar. Mungkin juga Allah rindu pada aku. Rindu aku sujud lama – lama, rindu aku menangis atas sejadah, rindu aku merintih dan meluahkan segalanya hanya kepada Dia.
Allah, Al-Quran di rumah pun sudah berhabuk. Dulu aku rajin baca, rajin mengaji, rajin berdoa. Tapi bila hidup terlalu selesa, aku mula lalai. Bila ujian datang, baru aku sedar betapa jauhnya aku daripada Dia. Manusia selalunya hanya akan kembali bila diuji. Aku pun sama.
Sekarang baru aku faham, ujian ini bukan semata – mata tentang suami berkahwin lagi, tapi tentang hubungan aku dengan Allah yang selama ini aku ambil mudah. Aku mohon doakan aku kuat. Kuat berper4ng dengan emosi sendiri. Sebab yang paling susah bukan meIawan orang lain, tapi meIawan hati sendiri yang penuh dengan cemburu, marah, kecewa dan rasa tak adil.
Ada masa aku rasa tenang, ada masa aku rasa sesak sampai susah nak bernafas. Ada masa aku boleh senyum, ada masa aku tiba – tiba menangis tanpa sebab. Emosi aku turun naik, sekejap redha, sekejap member0ntak. Saat ini, aku seorang isteri yang sedang diuji dengan tsunami cemburu yang maha hebat.
Aku cemburu membayangkan suami aku melafaz akad dengan perempuan lain. Aku cemburu membayangkan dia tersenyum, dia gembira, sedangkan aku di sini belajar untuk menelan hakikat. Doakan ikatan suami isteri kami berdua kuat.
Doakan aku dikurniakan kesabaran yang tinggi untuk menempuh hari mendatang. Aku tak tahu bagaimana hidup aku selepas ini, tapi aku tahu aku perlu terus berjalan walaupun hati aku sedang berd4rah. Aku tidak minta jadi kuat sepenuhnya, aku cuma minta cukup kuat untuk bangun setiap hari, senyum di depan anak, dan terus percaya bahawa setiap ujian Allah pasti ada hikmah di sebaliknya. – Mira (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Jaja Aimin : Aku tak ada nak marah pun kat suami kau tu tapi yang aku marah bakal madu kau tu. Tak ada perasaan langsung ke? Macam dah tak ada sangat dah yang bujang, laki orang juga yang gi ambik. Memang tak faham betul aku!
Ini jenis suka barang second hand ke macam mana? Yelah, nanti orang kata, dah jod0h diorang kan, tapi benda boleh elak, elak la. Jangan ikut nasfu sangat. Semoga sis terus kuat dan macam yang kau tulis, mungkin Allah nak bagi kau ‘me time’, jadi gunakannya. Jangan duk membazir air mata tu ye. Terus sabar dan kuat!
Zana Al Khaulah : SaIute dengan ketabahan puan yang masih muda, puan sebaya dengan anak saya. Ya Allah, berikanlah kekuatan pada anak ini untuk dia menghadapi ujian mu ini, kau lapangkanlah dad4nya, berikanlah anak ini ketenangan dan kedamaian, ketaj4man fikiran, keredhaan dan kelembutan jiwa. Wahai anak berdoalah pada NYA, agar dianugerahlan sesuatu yang terbaik buat mu nak di dunia mahupun di akhir4t kelak.
Marhaini Sulaiman : Ujian ini datang dariNya. Dan kepadaNya jua tempat dikembalikan segala yang tidak termampu kita pikul. Bersabar dan redha, besar ganjarannya, insyaAllah. “Me time” bersamaNya akan lebih nyamankan jiwa. Moga puan diberi kekuatan walau apa ujian yang mendatang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.