Janda suami aku giIa talak sedangkan mereka dah cerai 3 tahun. Setiap hari akan call suami aku banyak kali. Aku dah tak tahan, aku suruh dia jadi isteri nombor 2!

Bila suami aku tak balas WhatsApp dia, alasan tidur, mandi, main game pun dia akan telefon bertalu – talu sampai aku sendiri s4kit hati. Tengah berjalan dengan suami pun, dia p4ksa juga suami aku balas mesej. Kalau tak balas, dia telefon suami, suami tak jawab, dia mesej aku pula bertalu – talu.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum w4rga FB yang dirahm4ti Allah. Entah kenapa sejak kebelakangan ni aku asyik terfikir satu soalan yang buat kepala aku makin serabut. Aku ni dikira menumpang kasih ke sebenarnya. Aku kahwin dengan suami aku dalam keadaan dia dah lama bercerai dengan isteri pertama.

Bertahun – tahun juga sebelum aku kenal dia. Cuma masalahnya, walaupun dah bercerai, hal diorang ni masih bersangkutan sampai sekarang. Yang ni ugvt macam ni, yang sana ugvt nak bawa lari anak balik Indonesia lah, suami orang Malaysia, nak b0moh sampai m4ti lah.

Dan yang kelakarnya, diakui sendiri oleh pihak sebelah sana, diorang memang dah tak sekelamin hampir tiga tahun. Dia sendiri mengaku suami aku dah lafazkan talak satu lebih kurang tiga tahun lepas. Masalah diorang ni sebenarnya aku malas nak masuk campur sangat. Membebankan otak aku.

Literally akan bagi kesan dalam rumah tangga aku sendiri. Aku kahwin bukan nak jadi penonton drama bersiri orang lain. Tapi yang aku tak boleh terima, dia hebahkan sana sini kononnya dia isteri pertama, dan aku ni isteri kedua, rampas laki orang.

Siap bagitahu w4rga bawang taman lagi. Menumpang kasih, per4mpas, pengganggu. Siap nak dakwa aku sebagai orang ketiga di mahkamah. Macam – macam gelaran dia bagi kat aku. Padahal sebelum kahwin dengan aku, suami aku bercinta dengan seorang cikgu.

Orang sampai panggil diorang cinta m4ti. Aku sendiri tahu betapa dalamnya sayang dan cinta suami aku pada cikgu tu dulu. Diorang putus pun salah satu sebab cikgu tu tak boleh tahan per4ngai janda ni. Sampai satu tahap, masa aku mengandung, aku sendiri yang malas nak fikir banyak, aku suruh je diorang nikah balik kalau masih nak sangat.

Aku cakap, kau panggil lah suami aku suami kau juga. Tapi selagi tak nikah, jangan kau menjaja sana sini kononnya suami aku tu hak kau. Tapi dia tetap buat. Tetap memburukkan aku, tetap fitnah aku. Jadi sekarang ni siapa sebenarnya per4mpas. Siapa sebenarnya menumpang kasih.

Kadang – kadang aku terfikir, ke aku kena sedar diri yang aku ni cuma watak tambahan dalam konflik rumah tangga diorang. Aku ni baru tak sampai setahun kenal suami aku, tapi diorang dah bercerai hampir tiga tahun. Kelakar betul masalah rumah tangga zaman sekarang.

Apa dia ingat dia je ada perasaan. Aku ni tunggul kayu ke, batang pisang ke, pucuk paku ke, ubi kayu ke. Suami aku ada dengan aku depan mata dua puluh empat jam, tapi tangan dia macam berakar kat telefon. Bila suami tak balas WhatsApp dia, alasan tidur, mandi, ke tandas, main game pun dia akan telefon bertalu – talu sampai aku sendiri naik s4kit mata.

Tengah berjalan dengan suami pun, dia p4ksa juga suami aku balas mesej. Kalau tak balas, dia telefon suami, suami tak jawab, dia mesej aku pula bertalu – talu. Kadang – kadang sampai aku yang kena marah dengan suami sebab per4ngai dia.

Ada satu hari tu, kami tengah makan kat luar. Baru suap nasi dua tiga kali, telefon suami berbunyi tak berhenti. Aku tengok muka suami aku dah berubah. Terus hilang selera makan aku. Suami aku bangun pergi luar kedai untuk jawab telefon dia.

Aku tinggal sorang dekat meja, orang sekeliling tengok aku macam aku ni isteri yang tak penting. Masa tu aku rasa kecil sangat. Rasa macam aku ni tak wujud pun dalam hidup suami aku. Mulut janda tu pula macam ular belit sana sini. Dia suruh aku bayar duit yang suami aku pernah hutang dia.

Padahal masa dia bagi duit tu, aku belum wujud pun dalam hidup diorang. Aku kenal suami aku pun belum lagi. Dia sendiri yang buat janji, kalau aku bayar, dia takkan ganggu aku dan suami lagi. Tapi lepas aku bayar, dia pusing cerita. Dia cakap kat suami aku yang aku sogok dia. Lepas tu dia kata aku yang letak syarat. Pandai berlakon perempuan tu.

Macam – macam lagi dia twist cerita. Dia cari g4duh dengan aku, lepas tu dia mengadu kat suami aku kononnya aku yang cari g4duh. Dia nak nampakkan aku jahat kat mata suami aku. Aku tak boleh lupa peristiwa satu malam tu. Sebab tekanan, sebab str3ss, aku hampir keguguran.

Doktor cakap kandungan aku lemah, aku kena banyak rehat, jangan emosi sangat. Tapi mana mungkin aku tak emosi bila hidup aku diganggu hari – hari. Aku ni jenis kasar sikit, tapi aku tak banyak cakap. Aku tak pandai menipu. Janda dia pula depan orang lembut, bertudung labuh, kadang – kadang berpurdah berniqab lagi. Tapi mulut macam longkang.

Bukan sekali aku kena marah dengan suami aku sebab cerita dari mulut janda dia. Siap pernah hampir keguguran lagi sebab mulut pu4ka dia. Aku banyak sabar. Setiap kali dia cari g4duh, aku diam. Aku fikir anak dalam perut. Aku jarang mengadu kat suami aku.

Tapi akhirnya dia juga yang pandai mengadu domba. Kau takkan jangka perempuan yang nampak ayu dan lemah lembut boleh buat benda keji belakang kau. Suami aku pula bukan jenis romantik. Panggil aku sayang pun sebulan sekali.

Tapi bila aku dah lena, masa tu baru dia usap kepala aku, civm aku, peIuk aku, usap perut aku. Sebelum tidur, aku banyak menangis sebab janda dia. Aku selalu rasa suami aku tak sayang aku. Bukan sebab suami aku, tapi sebab gangguan janda dia.

Siapa tak s4kit hati bila suami ada dua puluh empat jam dengan kita, tapi perempuan lain boleh ganggu sesuka hati. Aku tak nak jadi macam dia. Ugvt suami, ugvt nak bawa lari anak ke luar negara. Aku kalau nak bawa lari anak, aku pergi United Kingdom ke, United States ke, sambil sambung PhD. Tapi aku tak buat. Aku simpan semua dalam diri.

Kadang – kadang aku tak tahu tahap tekanan aku ni macam mana. Aku lebih suka makan dari fikir masalah. Kalau tak fikir makan, aku fikir benda yang tak sepatutnya. Bila janda dia tak berhenti mesej dan telefon suami aku, aku diam. Main game sampai habis bateri. Nangis senyap – senyap. Murung juga kadang – kadang.

Dia siap bandingkan aku dengan diri dia. Dia kata masa dia mengandung dulu, suami layan dia macam puteri. Tak pernah marah, tak pernah maki. Layanan kelas pertama. Dia sengaja buat aku s4kit hati. Sengaja nak aku tertekan masa mengandung. Allah je yang tahu hati aku ni dah jadi macam apa.

Jadi persoalan dia, aku ni menumpang kasih ke. Aku pernah cakap dengan suami aku, aku ni datang dalam hidup dia menumpang kasih. Tapi menumpang kasih anak. Bukan menumpang kasih janda dia. Suami aku pula suka menyakat aku sebab kes viral tu.

Sebab aku isteri kedua dalam hidup dia, bukan isteri nombor dua. Tapi janda dia tetap canang kononnya dia isteri pertama yang setia menunggu. Entahlah. Kadang – kadang aku rasa aku ni bukan menumpang kasih. Aku cuma menumpang sabar. Menumpang kuat. Menumpang w4ras dalam rumah tangga yang sepatutnya tenang, tapi jadi medan per4ng emosi orang lain.

Komen Netizen :

(Alysa Ramlee): Cara penulisan nampak bijak, tapi kenapa b0doh sangat, weii. Tak reti block dekat WhatsApp ke, block contact ke, tukar nombor telefon baru ke. Ini zaman block orang yang ganggu kehidupan lah. Tolong majukan sikit otak tu. Banyak je cara untuk elakkan perempuan tu ganggu kau. Kau mengadu panjang – panjang, jawapannya block je. Haih, tak faham aku spesies yang suka serabutkan kepala otak sendiri ni.

(Dieyla Dalila): : Sis ni baik sangat dengan janda tu. Sila jarakkan diri lah dari WhatsApp dan call. Kalau boleh block terus. Cakap je sis tak ada kena mengena. Terus terang dengan suami sis, pilih dia atau sis. Kalau suami sis tak sayang sis, sis move on cari kebahagiaan sendiri. Kumbang bukan seekor.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :