
Suami kata aku tak bersyukur dapat suami baik, bukan kaki pukuI. Dia nak kahwin dengan kawan dia tu sebab perempuan tu m4ngsa keg4nasan rumahtangga. Suami kesian dan tolong bayar kos cerai perempuan tu dan kahwin dengan dia. Dan aku akan diceraikan..
#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin siarkan. Aku ini memang pengikut tegar page ini melalui akaun sebenar aku. Akaun ini sekadar akaun kedua saja yang mungkin bila bila masa saja aku akan padam. Apa yang aku nak cerita ini agak panjang.
Dan kalau boleh, ambillah iktibar untuk wanita mahupun para isteri. Setiap hari aku baca kisah curang dan soal bersama suami isteri. Baru hari ini aku rasa tergerak hati nak meluah semua. Kalau rajin baca, kalau tidak rajin scroll saja ya, jangan sindir aku suruh lukis.
Aku ini asalnya perkahwinan kedua. Kahwin dulu bertahan dua tahun sebab suami main barang. Lima tahun kemudian aku kahwin baru, kali ini suami umur lebih muda daripada aku. Beberapa bulan kahwin, baru aku sedar aku ini ada masalah bab nafsu.
Perkahwinan dulu memang tidak sedar sebab suami dulu pun tidak ambil tahu bab hubungan badan ini, dan aku pun layan masa dia nak saja. Makanya bertahun kahwin, memang bab hubungan badan ini saja jadi isu. Tidak pernah g4duh bab lain.
Sebab selalunya bersama kadang – kadang dua tiga kali saja dalam dua tiga minggu. Ya, suami banyak makan hati bab ini sampai la dia layan p0rno dan layan sendiri. Mungkin itu memang tidak terhitung rasanya d0sa aku. Dalam masa yang sama juga masa itu kami sama – sama jahiI.
Tidak solat, tidak mengaji, hanya puasa saja terjaga. Suami juga asalnya seorang panas baran, cuma tidak pernah pukuI aku saja. Dengan izin Allah swt, dalam tahun 2022 macam itu, kami sama – sama berubah, jaga solat, jaga hubungan dengan Allah.
Suami juga daripada baran terus kurang baran. Dia juga tidak layan p0rno itu lagi. Memang dia berubah habis. Kami bahagia macam orang lain, suami bab tanggungjawab memang tidak culas. Dia juga tidak kedekut. Apa yang aku inginkan dia cuba penuhi.
Tapi aku ini bukan jenis suka membeli belah ke apa. Selalunya kalau ada apa – apa, aku suka guna duit aku sendiri sebab aku ada bisnes kecil – kecilan yang aku usahakan di rumah. Penghujung tahun 2024 adalah igauan ngeri buat aku. Satu malam, suami ingin aku layan, tapi aku menolak, dan pagi itu bangun tidur, aku tengok suami bad mood.
Dua tiga hari juga suami acuh tidak acuh layan aku dan muka juga nampak sikit ketat. Satu hari itu aku tanya dia, marah aku ke? Ya dia mengaku, dia marah. Dan paling buat jantung aku bagai nak gugur bila dia cakap dia taw4r hati dah dengan aku. Kosong.
Masa itu aku cakap, selama ini aku setia, aku sanggup bersusah senang dengan dia, tidak cukup makan pun aku redha, aku urus rumah, anak – anak sendiri walaupun dia jarang membantu. Ya, hanya kekurangan aku yang mungkin ada masalah nafsu dia terus taw4r hati?
Tapi dia balas semula selama ini dia tidak solat, dia tidak mengaji, dia baran. Kenapa dia boleh ubah diri dia, tapi aku tidak boleh, sedangkan itu tanggungjawab aku? Masa itu memang aku rasa bagai langit runtuh hempap diri aku. Terlalu berat.
Bila suami kata dah taw4r hati, suami cakap suami akan ceraikan aku. Aku cuba pujuk suami, aku mengaku silap aku, tapi suami tetap dengan pendirian dia. Aku diamkan diri sehari dua, mungkin marah suami akan reda. Kami diam tidak bertegur, suami akan reda sendiri.
Tapi aku silap. Suami minta aku telefon ayah aku, dia nak cakap sendiri yang dia nak akhiri perkahwinan ini. Masa itu hanya Allah saja yang tahu. Kebetulan masa itu aku telefon ayah aku sambil suap anak aku makan. Bila dengar suami cakap dengan ayah aku yang dia dah taw4r hati dengan aku, selebat – lebatnya air mata aku mengalir.
Dan aku juga tengok suami mengalirkan air mata. Ayah aku masa itu yang terk3jut cuba pujuk suami suruh selesaikan dengan baik sebab selama ini ayah aku tengok kami baik saja dan suami adalah menantu terbaik pada ayah aku. Tapi suami cakap hati dia memang dah kosong. Maka akan pilih waktu untuk kami bercerai.
Bila ayah aku tanya sendiri apa puncanya, aku hanya mampu cakap aku yang salah. Tapi aku tidak beritahu punca sebenar. Dan ayah aku hanya mampu cakap, tidak apa, masih ada masa, nanti dia akan doakan dari jauh semoga Allah masih jaga rumah tangga aku.
Pada malam itu masa baring dengan suami, aku tanya suami, suami ada pilihan lain dah ke? Sekali lagi jantung aku rasa bagai nak pecah bila suami mengaku dia berhubung dengan kawan sekolah dia dulu. Dia cerita perempuan itu dalam proses nak minta cerai dengan suami dia sebab dia m4ngsa d3ra suami dia.
Luluhnya hati aku bila suami cakap awak patut bersyukur awak dapat suami macam aku berbanding dia yang kena d3ra dengan suami. Aku tidak terkata apa. Aku tanya suami aku, siapa perempuan itu dan orang mana, suami beritahu nama dan kampung mana.
Walaupun aku tidak kenal tapi dia masih lagi orang kampung kami. Aku dan suami asalnya sekampung, cuma kampung lain – lain saja. Pagi itu aku nak solat subuh, dan suami kerja pagi, aku tengok suami sedang berbalas WhatsApp. Aku tanya perempuan itu ke, suami yakinkan. H4ncur luluh hati aku.
Tapi aku tidak cakap apa. Aku senyum dalam h4mbar. Lepas solat, aku mesej kakak ipar aku. Beritahu semua yang suami nak ceraikan aku dan dalam masa yang sama suami berhubung dengan kawan lama dia. Kakak ipar minta aku bersabar dan dia akan cari gali siapa perempuan itu.
Asalnya aku cakap tidak perlu. Penceraian ini bakal berlaku pun punca dari aku sendiri, maka tidak hairan kalau suami cari orang lain. Petang itu balik kerja, suami meng4muk bila dia dapat tahu aku mengadu pada kakak dia. Rupanya tanpa aku tahu, kakak ipar dapat cari gali perempuan itu atas bantuan kawan dia.
Dan kawan dia pula memandai pergi ser4ng perempuan itu. Kecoh keadaan di kampung masa itu bila suami nak ceraikan aku sebab suami nak kahwin lain. Bila suami meng4muk, aku terasa bagaikan rumah tangga aku bakal musn4h dalam masa terdekat.
Selepas suami meng4muk, suami terus berkurung dalam bilik belakang. Petang itu juga aku telefon ayah aku, keadaan m4kin tegang. Dan ayah aku cakap, tidak apa la balik saja kampung. Aku dan suami duduk lain negeri dengan keluarga di kampung.
Tapi ayah aku meletakkan syarat. Kalau aku balik kampung, jangan bawa balik anak – anak. Biar anak – anak tinggal dengan suami saja. Masa itu aku menangis, aku tidak sanggup berpisah dengan anak – anak, apatah lagi anak bongsu masih kecil lagi.
Tapi ayah cakap, ayah buat macam ini sebab nak ajar suami biar dia rasa susah bila aku tidak ada. Bayangkan kalau aku balik kampung dengan anak – anak, suami di sini hidup senang lenang sebab tidak payah susah payah nak jaga anak. Kalau aku balik kampung, aku boleh cari kerja atau urus perniagaan aku. Tidak perlu susah payah urus anak.
Makanya aku bersetuju walaupun hanya Allah saja yang tahu s4kitnya nak berpisah dengan anak – anak. Malam itu lepas solat Maghrib, tidak berhenti aku berzikir Ya Latif, moga lembutlah hati suami untuk aku ajak bincang hal anak – anak dan penceraian kami.
Aku keluar bilik cari suami di bilik belakang. Aku masuk bilik yang tidak berkunci, aku tengok suami tengah baring menghadap dinding. Masa itu aku ingatkan dia tidur, rupanya dia melayan perasaan. Dengan perlahan aku cakap nak ajak berbincang.
Masa itu dalam keadaan takut, memang aku harap suami tidak marah lagi. Aku tengok muka dia sembab. Aku tanya kenapa? Tapi dia geleng kepala. Aku tidak tanya banyak, aku tanya dia, betul ke dia nekad nak ceraikan aku? Dia dah betul – betul taw4r hati? Tapi dia diam.
Dalam takut – takut juga aku cakap, tidak apa la kalau nak bercerai, aku terima, aku anggap semua salah aku, aku mengaku kelemahan aku yang selama ini tidak jaga batin dia. Aku beritahu ayah minta dia jaga anak – anak, dan ayah minta aku balik seorang. Suami diam tidak bersuara, hanya angguk kepala saja.
Dengan takut – takut juga aku tanya dia ada apa – apa ke yang berlaku sebab wajah dia memang nampak lain. Dia cakap dengan aku, dia dah sekat semua nombor perempuan itu, nombor kakak dia semua. Aku terk3jut, kenapa? Apa yang jadi? Dia cakap dia tidak akan percaya mana- mana perempuan lagi.
Aku masih tak faham, aku tanya, aku ke orangnya? Sebab aku terfikir sebab aku beritahu kakak dia yang dia ada perempuan lain. Tapi dia geleng. Aku masih tidak puas hati, ada apa sebenarnya? Suami cerita perempuan itu buat cerita yang dia m4ngsa d3ra.
Suami dia itu ok saja tidak ada masalah apa pun. Rupanya dia nak berpisah dengan suami dia sebab nakkan suami aku saja. Aku tanya dari mana suami tahu semua ini, rupanya daripada kakak ipar aku juga. Kakak ipar aku beritahu perempuan itu buat cerita dekat saud4ra mara dia yang suami aku ini duda.
Kalau dia kahwin dengan suami aku, hidup dia senang sebab suami anggota kerajaan, ada pangkat, kewangan stabil nak dibandingkan suami dia. Kakak ipar aku juga beritahu perempuan itu baru balik bercuti dengan suami dia. Itu pun dia p4ksa suami dia buat pinjaman dua ribu untuk bawa dia pergi bercuti.
Dalam masa yang sama juga perempuan tu cakap suami aku nak bantu dia bercerai, nak bayarkan semua bil penceraian. Aku mengucap panjang bila dengar semua cerita ini. Aku tanya suami betul ke, suami mengaku memang dia ada niat nak bayarkan semua kos belanja untuk penceraian perempuan itu, cuma dia tak sangka perempuan itu tipu dia.
Kakak ipar marah suami aku sebab beria nak runtvhkan rumah tangga orang, tapi hakik4t sebenar suami tidak tahu niat sebenar perempuan itu. Yang suami tahu dia ikhlas nak bantu perempuan tu bercerai sebab dia cakap dia m4ngsa d3ra.
Paling suami tidak boleh terima bila dengar suara mak dia iaitu mertua dari voice yang kakak dia hantar. “Kenapa buat mak macam ini?” Ya, suami kalah bila melibatkan maknya. Bila suami dapat tahu cerita sebenar perempuan itu, suami kesal tidak habis dan terus buat solat taubat sebab ada perancangan nak runtvhkan rumah tangga orang tanpa tahu hal sebenar.
Dan malam itu juga suami kesal sangat dengan apa yang jadi. Mungkin suami ingat lepas bercerai, dia boleh kahwin dengan perempuan itu. Aku termenung, aku pandang wajah suami aku. Ya, inilah suami aku, sanggup bantu orang lain walaupun orang itu tak ada kena mengena dengan dia.
Masa ini aku bersyukur sangat ada suami seperti dia yang tidak pernah berkira dan kedekut. Sebaliknya akan cuba bantu. Kami sama – sama menangis, aku minta maaf dengan suami silap aku selama ini. Ya, aku mampu jadi seorang isteri yang boleh buat apa saja, aku juga boleh urus anak – anak tapi aku gagal jaga batin suami. Itu silap aku.
Allah makbulkan doa aku, doa abah dan keluarga lain. Rumah tangga aku dapat diselamatkan. Dan paling aku bersyukur, aku tak perlu berpisah dengan anak – anak. Aku cakap dengan suami aku akan cuba akan berubah. Selama ini aku baca kisah orang, aku bagi nasihat pada orang, tapi bila Allah uji aku apa yang orang lain lalui bab curang, bab layanan suami isteri, taat semua, baru la aku tahu tinggi rendahnya langit itu.
Sempurna macam mana pun kita sebagai isteri, tapi kalau bab hubungan badan batin tidak terjaga, pasti rumah tangga itu tetap juga tidak sempurna. Kita nak ingat balik, kita perempuan nafsu paling banyak. Tapi lelaki hanya satu. Ya, hanya satu itu saja yang orang lelaki obseskan berbanding hal lain.
Maka aku berusaha juga untuk berubah, tak boleh layan perkataan malas, penat aku lagi. Tidak boleh ambil lewa. Kalau pun aku tidak nak, aku kena layan juga agar suami puas. Sikit sebanyak, jadikan la pengajaran cerita aku ini. Andai satu hari nanti aku gagal lagi, masa itu aku dah redha atas kekurangan aku.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.