Suami mengaku memang dia ada kekasih dan merancang berkahwin tidak lama lagi, katanya keputvsan adalah muktamad. Dia tetap akan berkahwin, kerana terp4ksa menyelamatkan maru4h gadis yang telah tern0da oleh lelaki lain dan dia amat kasihan dengan gadis tersebut.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan semua pembaca. Nama saya Suhana. Ini adalah kisah sedih saya ynag terp4ksa hidup bermadu. Di awal perkahwinan memang hidup kami bahagia, tetapi suami saya Khamil, hobinya suka kerja balik lewat malam.
Banyak kerja atau tidak dia memang suka balik lewat. Bila lewat sampai rumah tentulah dia tak boleh bantu saya menyelesaikan kerja – kerja rumah. Sebagai suami isteri sepatutnya kita bekerjasama dalam semua hal lainlah kalau saya suri rumah sepenuh masa, ini kita sama – sama bekerja.
Tentulah saya perIukan suami membantu dalam apa juga tugas. Lebih teruk lagi saya tak boleh memandu dan saya tidak dihantar atau diambil oleh suami ke tempat kerja alasannya tempat kerjanya jauh dan dia selalu sibuk.
Keadaan berterusan setelah saya mengandung dan melahirkan anak, setiap benda dalam rumah saya terp4ksa uruskan sendiri. Khamil tak boleh bantu alasannya sibuk. Nak jadikan cerita Khamil dapat tawaran kerja baru yang mem4ksa dia bertukar ke tempat lebih jauh.
Bila berjauhan kami terp4ksa tinggal berasingan kata Khamil saya tak perlu mengikutnya. Walaupun masih dalam satu negeri, tetapi kesesakan lalu lintas di KL, dan kesibukan tugas, mem4ksa kami berjauhan. Saya terp4ksa mengikut kehendak Khamil.
Khamil pulang seminggu sekali. Itu pun kalau tidak sibuk dan tidak bekerja sampai malam. Tinggal berasingan membuatkan saya terp4ksa berdikari menguruskan semua hal sendiri, menghantar bayi ke rumah pembantu hinggalah mengambilnya menjelang senja.
Begitu juga kalau s4kit. Kalau nak tunggu suami takut pulak anak s4kit tenat. MaIangnya bila dah duduk berasingan tanpa kita sedari suami boleh jatuh cinta lagi. Sebagai isteri yang muda ketika itu memang saya rindukan suami.
Saya mengharapkan suami saya seperti suami orang lain, sentiasa berada di sisi, menghulurkan bantuan ketika diperIukan, tambahan pula kita mempunyai anak yang masih kecil yang memerIukan perhatian ibu dan ayahnya, tetapi ketika itu sayalah ayah dan sayalah ibu.
Kalau difikirkan memang amat menakutkan, kami tinggal berdua sahaja. Lebih menakutkan bila baca akhbar ada cerita tentang pembvnvhan, r0mpakan dan sebagainya, tetapi saya terp4ksa kuatkan semangat dan bersabar demi kasih sayang terhadap suami tercinta.
Empat tahun hidup bersendirian dengan anak, akhirnya Khamil kembali tinggal bersama kami, perubahan yang amat meng3jutkan, tetapi saya gembira. Ketika itu hanya Allah tempat kita mengucapkan syukur dengan harapan ikutan kasih sayang kami terus berpanjangan.
Nak jadikan cerita bila suami sentiasa bersama kita, barulah kita nampak perubahannya, memang ada kelainan tentang tingkah laku dan kehidupannya. Kerana ingin mendapatkan kebenaran satu hari saya bertanya adakah dia wanita lain dalam hidupnya.
Tanpa diduga, Khamil mengaku memang dia ada kekasih dan merancang berkahwin tidak lama lagi. Waktu itu, mana – mana wanita tentu dapat ramalkan reaksi saya. Walaupun saya tidak pengsan, menangis dan meraung, tetapi saya jadi kelu tak dapat berkata – kata.
Di pejabat saya tak boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas, saya jadi kehilangan punca. Selepas beberapa hari saya tanya Khamil lagi apakah benar dia hendak kahwin lagi, katanya keputvsannya adalah muktamad.
Dia tetap akan berkahwin, kerana dia terp4ksa menyelamatkan maru4h gadis yang telah tern0da oleh lelaki lain dan dia amat kasihan dengan gadis tersebut. Bila saya tanyakan umurnya, saya terk3jut, umurnya cuma setahun berbeza dengan saya, bukanlah muda sangat.
Kalau dia dah berkahwin tentunya anaknya lebih ramai daripada saya. Khamil berjanji dia tidak akan mensia – siakan hidup saya, dia tidak akan ceraikan saya, dia cuma mahu saya benarkan dia bernikah sebab wanita tersebut mahu mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran, untuk melepaskan hajatnya.
Waktu itu walau dipujuk dan disemb4h pun Khamil tetap dengan keputvsannya, dia tidak akan berganjak walau seinci pun. Akhirnya kerana saya terlalu sayangkan suami, saya terp4ksa menandatangani surat izin berpoIigami.
Dengan surat izin tersebut lepaslah hajat wanita tersebut hendak buat majlis perkahwinan yang diidamkan di kampungnya di Pantai Timur. Ketika itu Khamil sudah berhenti kerja dan mengusahakan perniagaannya sendiri.
Mereka telah memilih tarikh perkahwinan tetapi saya membantah kerana kebetulan sama dengan tarikh ulang tahun perkahwinan saya. Khamil bersetuju mengubahnya, walaupun bakal isterinya membantah. Namun Khamil terp4ksa menangguhkan kerana masalah perniagaannya yang memerIukannya memberikan perhatian yang lebih.
Tambahan pula ketika itu Khamil menghadapi masalah kewangan. Kerana tiada tempat hendak memohon bantuan, Khamil terp4ksa meminta bantuan saya. Kerana sayangkan suami, saya bantu Khamil. Dengan harapan bila bisnesnya berjaya hidup kami akan lebih senang lagi.
Tetapi maIangnya duit tersebut digunakan untuk pernikahannya. Waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Saya percayakan Khamil berlaku adil kepada saya, tetapi masalahnya, Khamil merasa terlalu sukar untuk berlaku adil.
Sebagai contoh setiap kali sampai gilirannya di rumah saya, si madu akan menghubungi Khamil mengadu pelbagai masalah kerana dia terp4ksa tinggal sendirian. Dia memang mengganggu hidup kami, seperkara lagi setiap kali Khamil balik ke rumah saya kami sering bertengk4r biarpun masalah kecil – kecil aja.
Saya tak tahu mengapa kami sering berg4duh. Hinggakan panggiIan telefonnya juga boleh buat kami bert3ngkar, dan itulah yang sebenar yang dicari oleh si madu tu. Dia memang suka kami berg4duh.
Tetapi saya tidak pernah menganggunya ketika giliran Khamil ke rumahnya. Hinggakan kalau anak saya demam atau s4kit yang memerIukan saya membawanya ke doktor, saya tidak akan telefon Khamil. Semuanya saya buat sendiri.
Begitu juga halnya kalau kami pergi bercuti, Khamil cuba berlaku adil, tetapi si madu tu tak pernah senang hati, dia akan sentiasa menghubungi Khamil mengadu dan merayu dengan pelbagai masalah. Kadang – kadang tu waktu kami nak masuk tidur, Khamil terp4ksa melayan dia berbual di telefon dahulu beberapa lama sebelum boleh dan dibenarkan masuk tidur.
Gangguan dari si madu ni bukan sahaja datang semasa dia belum ada anak, semasa dia mengandung lagi hebat. Dia akan sentiasa telefon Khamil. Cara dan perbuatannya seumpama tidak membenarkan Khamil datang ke rumah saya.
Tetapi sedarkan dia bahawa dia tu cuma isteri kedua. Nampak gayanya orang yang ambil suami orang lebih kuat mengganggu hidup isteri yang suaminya kena ambil. Adilkah tindakan si madu ini?
Sekarang setelah ada anak kecil keadaannya lebih teruk lagi, setiap kali Khamil di rumah saya dia tak suka tinggal sendirian dengan anak kecilnya dia akan telefon Khamil suruh balik. Alasannya anak demamlah, s4kit perutlah, kembung dan macam – macam lagi.
Saya perhatikan Khamil memang mengikut kehendak si madu ni, jadi pak turut tetapi dengan saya dia baran, tambah – tambah bila mertuanya datang. Akibatnya hidup saya tidak tenteram, saya tak tahu kenapa Khamil cepat baran dan meng4muk bila balik rumah saya.
Kerana isu kecil pun dia akan mengam0k, lepas tu dia tinggalkan saya balik ke rumah isteri barunya. Saya tak tahu sampai bila hidup saya jadi begini, sem4kin hari Khamil menjadi begitu dingin dengan saya. Tak mahu sentuh saya, kalau saya sentuh pun tidak akan mendapat baIasan darinya.
Dan setiap kali saya cuba mendekatinya balik ke rumah dia cepat berubah jadi pemarah dengan isu kecil sekalipun. Masalah inilah memeningkan kepala saya, sampai bila saya mesti bersabar? Sepatutnya suami berlaku adil bila berpoIigami, adil memberi nafkah zahir batin, tetapi kalau nafsu suami diik4t hingga dingin kepada saya apakah ini adil?
Dan bagaimana suami boleh hidup bahagia kalau fikiran suami sentiasa diganggu oleh gangguan oleh ilmu hitam dan kuasa asing?
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.