Suami p4ksa tinggal dengan mertua, mertua suruh saya tanggung belanja rumah 500, upah jaga anak 350

Adik beradik suami terk3jut saya setuju kahwin dengan suami. Mertua mahu menantu yang bergaji besar, tetapi tak dapat, sebab gaji saya kecik, dia mahu saya berbelanja untuk keluarga mereka. Bila dah lama baru saya paham, mertua tetapkan upah jaga anak dan saya kena tambah duit makan.

#Foto sekadar hiasan. Pada pandangan saya semua orang faham bahawa jodoh pertemuan, lebih jelas berkahwin dan bercerai, rezeki dan hidup m4ti kita adalah urusan Allah tetapi mengapa pulak bila saya bercerai semua orang salahkan saya konon baru kahwin dah bercerai.

Seolah – olah bila berlaku percerian maka wanitalah puncanya, bukan lelaki. Lebih meny4kitkan hati bila mereka kata, anak belum kenal bapak, cucu belum puas bermanja dengan nenek dah bercerai. Buat menghabiskan duit ringgit emak ayah buat kenduri dah bercerai berai. Apa!?

Mereka ingat, orang perempuan sahaja suka bercerai, bukankah kuasa cerai di tangan lelaki. Kita perempuan memang malu bercerai, tetapi jika keadaan mem4ksa, ketika diri kita difitnah, dan dikutuk sepanjang masa sanggupkah kita duduk bersama suami kita lagi.

Kita pun ada perasaan, sepatutnya kahwin tak sampai 6 tahun tentu suami sayang kita, begitu juga kita, tetapi cuba fikir mengapa suami kita benci hingga sanggup mencari pengganti dan ceraikan kita. Dari pengalaman saya, semasa baru berkahwin memang saya rasa bahagia sangat dan berharap kebahagiaan ini akan kekal selamanya, tetapi segalanya berubah bila ada campur tangan keluarga.

Saya tak cerita hal orang lain, tetapi daripada pengalaman saya, usaha memecah beIahkan perkahwinan kami datang dari mertua saya. Ceritanya begini, ketika baru kahwin saya tinggal di rumah pus4ka ayah saya. Nak jadikan cerita emak saya tak berapa sihat, jadi saya bergilir – gilir dengan adik beradik hantar emak kalau ke hospitaI untuk pemeriksaan dan ambil ubat.

Tetapi bukanlah saya setiap masa, adik – adik kalau tak kuliah atau tak belajar merekalah yang akan tolong hantar. Ketika saya hamil, adik yang ketiga akan hantar emak bersama adik keempat, kami empat orang adik beradik.

Mereka akan guna kereta saya. Tetapi kereta itupun bukan kereta saya sepenuhya, duit muka emak yang bagi, saya cuma bayar bulanan, kata emak untuk kegunaan adik beradik bila perlu. Tapi biasanya sayalah yang selalu gunakan. Kecuali kalau emak nak ke hospitaI.

Emak cadangkan saya duduk rumah emak lepas kahwin, sebab kami belum ada rumah, dari pada membazir menyewa, duit sewa boleh simpan untuk buat benda lain. Dan duduk rumah emak, semua free kecuali saya bayar bil utility dan sesekali ke pasar dan beli barang dapur.

Hampir 2 tahun duduk dengan emak rupanya tidak menyenangkan hati mertua, dia hasut suami suruh pindah. Katanya, lagi lama duduk dengan mertua buat habis duit gaji suami saya kena tanggung makan minum kami adik beradik dan macam macam lagi.

Sebenarnya suami saya, Khai tak bagi duit belanja banyak mana pun, untuk makan minum saya seorang pun tak cukup. Bayangkan Khai bagi saya RM200 sebulan. Rasanya untuk makan minum dia di pejabat sebulan pun lebih daripada itu.

Belum masuk lagi duit r0kok, ansuran motor dan petrol dia ke pejabat. Puas saya minta tambah, katanya takde duit, jadi saya terp4ksa guna duit gaji saya untuk makan minum kami, selain bayar segala jenis bil. Saya fikir mungkin kalau sewa rumah tentu hidup saya lebih teruk lagi, jika begini per4ngai kedekut Khai.

Lepas dapat anak lebih teruk lagi, setiap kali suruh beli susu atau lampin anak, dia buat – buat lupa, bila saya beri duit barulah dia beli. Saya cukup hairan dengan per4ngai kedekut Khai, sem4kin hari sem4kin teruk. Nak bertengkar depan emak rasa malu.

Jadi saya terp4ksa diam dan telan semuanya, puncanya kerana saya ajak Khai duduk di rumah emak saya. Satu hari bila emak dan adik beradik tak ada di rumah saya tanya Khai mengapa dia kedekut. Maka terburailah cerita katanya duduk rumah emak saya jauh dari tempat kerja jadi dia banyak buang duit petrol dan makan.

Jadi untuk penyelesaiannya dia ajak saya pindah duduk rumah emaknya. Lebih jimat belanja. Berbulan saya berfikir adakah duduk rumah emaknya boleh selesai masalah. Tetapi Khai terus mendesak, akhirnya saya patuh.

Kami pindah duduk rumah emaknya memang jauh ke tempat kerja saya. Tetapi saya terp4ksa patuh demi kedamaian keluarga. MaIangnya bila pindah duduk dengan mertua, hidup saya m4kin terhimpit, ingatkan adik beradik dan emak Khai boleh bantu saya jaga anak kecil saya, mereka suruh hantar pada kakaknya untuk jaga dan saya disuruh bayar upah RM350 sebulan.

Ini sudah teruk, tapi kerana desakan mertua, saya patuh. Lepas tu dia minta saya tambah duit belanja makan minum kami suami isteri. Kata mertua, Khai bagi RM200 tak cukup, suruh saya tambah RM300 lagi. Itu belum masuk belanja pasar seminggu sekali RM50.

Aduh! Sedangkan Khai tak bagi saya duit susu dan lampin anak, semua saya kena beli dan sediakan. Kadang – kadang tu susu tak cukup, saya kena tambah. Saya faham kakak Khai ada anak kecil setahun tua dari anak saya.

Saya tak kata dia tumpang minum susu anak saya. Sem4kin hari hidup saya sem4kin tertekan. Bila saya lambat bagi duit pada mertua, adik beradik Khai mula buat bising. Saya faham sindiran mereka, tetapi ada kalanya kereta saya rosak, banyak guna duit selain duit petrol kerana jauh dari pejabat.

Selain itu Khai sering guna kereta saya bila dia keluar malam dengan kawannya. Hidup saya sem4kin hari sem4kin tertekan, saya pernah bersuara dengan Khai jangan guna kereta saya sebab saya tak cukup duit untuk beli petrol dan bila rosak saya yang kena repair, dia tahu gunakan sahaja.

Petrol pun dia p4ksa saya sediakan untuk dia guna. Bila saya tegah Khai pakai kereta saya, bukan setakat Khai bersuara, adik beradik pun ikut sama, kata saya kedekut, sedangkan arw4h ayah mereka pun ada tinggalkan kereta tapi kenapa mereka tak pakai.

Sebab rosak dan mereka tak mahu baiki? Kalau guna kereta saya, jika rosak, saya yang baiki, bukan mereka. Lagi saya s4kit hati. Sabar punya sabar saya hamil anak kedua. Dan saya alahan tak seperti hamil anak pertama dulu, mungkin kerana tension yang melampau sejak tinggal di rumah mertua.

Tak semena mena tekanan d4rah naik mend4dak. Doktor suruh rehat. Nak rehat macam mana, jiwa dan hati tak tenteram. Akhirnya saya minta izin Khai balik duduk rumah emak sehingga saya melahirkan dan habis pantang nanti.

Khai tak izinkan. Tetapi saya berkeras sebab tekanan d4rah tinggi saya dan saya tak mahu bah4yakan diri dan anak yang saya kandung. Sejak duduk rumah mertua, saya dengar banyak dengar cerita pasal Khai dan keluarganya, termasuk mertua saya.

Pertama, mereka terk3jut saya kahwin dengan Khai, dan sanggup pindah duduk dengan mertua. Kata mereka pertunangan pertama Khai putuus sebab bakal isterinya tak mahu duduk dengan mertua. Sebab itu bila kahwin dengan saya, Khai setuju duduk rumah emak saya.

Tetapi sementara, saya mesti pindah duduh rumah mertua kemudian. Kedua mertua saya mahu menantu bergaji besar, tetapi tak dapat, sebab gaji saya kecik, kerana itu dia mahu saya berbelanja untuk keluarga mereka yang selama ini Khai tak buat alasannya gajinya kecik.

Mulanya memang saya kurang percaya, tetapi bila dah lama baru saya paham, mertua saya tetapkan upah jaga anak pada kakak Khai, tambah duit makan dan macam – macam lagi. Sedangkan kalau duduk dengan emak, saya tak bagi pun upah orang jaga anak saya, sebab emak saya boleh jaga dibantu adik – adik, kami semua bekerjasama.

Perbelanjaan makan minum kami, emak uruskan sebab emak dapat pencen ayah dan saya bantu bayar bil utility, tapi saya beri juga emak duit tapi tak sampai RM400 sebulan. Sejak saya balik duduk rumah emak, Khai tak bagi duit pun, sebab dia perlu bagi pada emaknya, pada saya itu tugasnya sebagai anak bantu emaknya, tetapi kalau setakat RM200 sebulan celah gigi pun tak cukup, patutlah emaknya mengarok selalu, sebab tak cukup duit.

Selepas melahirkan anak kedua, Khai ajak saya balik ke rumah emakya, tetapi saya tolak, sebaliknya saya ajak dia sewa rumah kalau dia benci sangat duduk rumah emak saya. Tetapi syaratnya dia bayar sewa rumah. Dan rumah sewa tu mesti dekat dengan rumah emak saya.

Makan minum saya uruskan termasuk bil utility. Dan anak saya tetap serahkan anak – anak pada jagaan emak dan adik saya. Tetapi Khai tolak. Sebab tak mahu bayar sewa rumah. Nak jadikan cerita sejak saya balik duduk rumah emak kerana hamil, Khai buat hal.

Saya dengar dia ada teman wanita. Walaupun s4kit hati, tetapi bila dengar emaknya memang galakkan sebab nak dapat bakal menantu bergaji besar, saya diam. Tetapi sebagai isteri saya tanya juga Khai, tetapi dia nafikan.

Saya beritahu Khai lebih baik sewa rumah, tak ada sesiapa boleh kacau, kita oleh tentukan hidup sendiri. Tapi dia tetap mahu duduk rumah emaknya. Saya bantah kerana emaknya mahu Khai kahwin dengan gadis bergaji besar, itu membuatkan saya tawar hati.

Dan saya tak mampu sediakan duit yang banyak untuk mertua, selain tak mampu berhabis untuk repair kereta dan duit petrol untuk kegunaan Khai. Kerana keengganan saya pindah, Khai uguut kami bercerai, sebab saya engkar.

Memang isunya kecik, tetapi saya tak tahan hidup dengan suami tak bertanggungjawab, sedangkan emaknya fikir gaji Khai habis sebab bagi emak saya. Saya doakan Khai dapat isteri menurut kata demi kebahagiannya dia dan keluarganya, pada saya bercerai dan jadi ibu tunggal bukan bererti kehidupan saya sudah musn4h, mungkin lebih baik lagi.

Malah saya boleh besarkan anak – anak saya dengan lebih tenang. Tetapi kini setelah dua tahun kami bercerai, Khai masih belum kahwin lagi, sebaliknya ajak saya rujuk, bagi saya segalanya sudah berakhir. Dengan nafkah anak pun tak bagi, sebab mak Khai masih kawal duit Khai. Kalau dari awal dah tak betul, takkan lepas rujuk Khai dan emaknya boleh berubah, rasanya payah, jadi lebih baik jadi ibu tunggal.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.