Terkahwin dengan suami orang, sebelum ni cek dekat pejabat agama status bujang. Rupanya tak daftar kahwin Siam

Aku masih ingat lagi tangisan dia saat meluah kepada aku mengenai kisah hidupnya. Dia telah ditinggalkan isterinya yang dengan membawa pergi dua anak mereka selama tempoh setahun lebih. Aku sengaja kutuk bekas isteri sekali suami melenting. Aku siasat melalui adik ipar aku dan isteri rakan karibnya.

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Jiha (Nama Samaran). Sudah tiga tahun aku mendirikan perkahwinan bersama suami dan kami mempunyai seorang anak yang kini berumur 1 tahun 6 bulan. Pada akhir – akhir ni, aku selalu tertanya, “PerIukah aku berundur demi kebahagiaan suami aku?”

Kisahnya bermula begini, aku berkenalan dengan suami aku pada hujung tahun 2019 di media sosiaI dan bernikah pada bulan 10 2020. Aku berkenalan dengan suami sewaktu dia telah ditinggalkan isterinya yang membawa pergi dua anak mereka selama tempoh setahun lebih.

Aku masih ingat lagi tangisan dia saat meluah kepada aku mengenai kisah hidupnya. Dia tak sangka isterinya pulang ke rumah keluarganya buat selamanya dan dia dihalang untuk berjumpa dengan anak – anaknya atas disebabkan kesusahan yang menimpa dirinya.

Pada ketika itu, katanya dia telah berpisah dengan isterinya. Pada awal perkenalan, aku kesian dengan dia sebab bila dia menceritakan kisah kehidupan dirinya dan keluarga. Suami merupakan anak sulung jadi dialah yang banyak menampung keperluan ibu bapa dan dua orang adiknya.

Pada masa tu niat aku cuma berkawan tapi tak lama lepastu dia luahkan perasaan pada aku menyatakan dia selesa berbual dengan aku dan mula jatuh hati pada aku. Awalnya aku tolak tapi lepas 2 – 3 bulan aku tengok kesungguhan dia terhadap aku, aku pun mula jatuh hati.

Selepas mendirikan rumah tangga selama 3 bulan, suami bagitau ada perkara yang dia sembunyikan selama ni dan dia nak bagitau aku supaya tiada sebarang rahsia dalam perkahwinan kami. Dia mengaku bahawa dia masih berhubung dengan isterinya yang telah berpisah dengannya.

Sebenarnya sepanjang masa berhubung dengan aku memang dia selalu berhubung dengan isterinya cuma aku tak perasan sebab dia save contact isteri dia kononnya sebagai partner in business. Aku buat tak kisah je sebab kalau berhubung pun mereka selalu berg4duh dan menjerit di panggiIan telefon disebabkan hal duit.

Selepas aku mengandungkan anak aku pada bulan pertama awal januari 2021, aku mula tak puas hati dengan suami bila aku dapat tau dari rakan karibnya sendiri yang dia sebenarnya bukan boleh move on dengan 1st wife dia.

Aku sengaja cakap, “Yana (bukan nama sebenar 1st wife) tu buruk kan? Yelaa dengan per4ngai dia tak habis – habis cari g4duh dengan abang.” Suami terus melenting bila aku kutuk bekas isteri dia macam tu. Aku tak faham apa yang buat dia marah sangat jadi aku selidik melalui adik ipar aku dan isteri rakan karibnya.

Selepas 5 bulan aku mengandung, aku meng4muk giIa dengan suami bila dapat tau rupanya dia belum ceraikan Yana. Mereka cuma berpisah tapi bukan bercerai. Untuk pengetahuan semua, suami dan Yana berkahwin di siam kerana tidak mendapat keizinan bernikah dari keluarga yana.

Suami juga belum mendaftar pernikahan mereka jadi statusnya masih lagi bujang. Dia boleh cakap dekat aku yang dia menipu sebab dia takut aku tak boleh terima dia berstatus suami orang. Aku marah tak boleh terima lalu aku menjerit suruh suami aku ceraikan Yana.

Suami aku marah cakap aku ni per4ngai macam sundal sanggup nak meruntuuhkan sebuah rumahtangga demi kepentingan sendiri. Dia cakap kalau dia berpisah dengan Yana, dia takkan tau lagi khabar anak – anaknya. Selama tempoh aku mengandung, kami memang selalu berg4duh sehingga masing – masing hilang kawalan diri dan cuba menced3rakan diri sendiri.

Aku banyak kali meminta cerai dan nak gugurkan kandungan tetapi suami tak izinkan. Aku dim4ki suami sebab bertindak macam orang tak w4ras. Memang aku bertindak macam orang giIa sebab aku tahu dia sebenarnya masih sayangkan Yana.

Adik ipar perempuan aku selalu bercerita macam mana suami aku ni hampir jadi giIa asyik menangis sebab ditinggalkan Yana. Lepas 2 bulan aku cuba menenangkan diri, aku selalu cuba muhasabah diri dan elak str3ss sebab bayi dalam kandungan.

Aku pun berfikir takkan aku sanggup pisahkan seorang ayah dengan anak – anak dan aku berdoa meminta yang terbaik untuk perkahwinan kami. Tak lama lepas tu suami selalu dapat berjumpa dengan anak – anaknya. Yana ni tinggal di negeri sembilan.

Suami memang selalu bawa aku ikut sekali sebab rumah kami di selangor jadi dia tinggalkan aku di hotel sementara dia berjumpa dengan anak – anaknya. Dia begitu gembira sewaktu jumpa dengan anak – anaknya dalam masa sama dia sedih tak dapat tengok anaknya ketika itu berusia 2 dan 3 tahun membesar depan mata.

Keluarga mertua memang tak suka dengan Yana dik4takan Yana ni mata duitan. Hubungi anaknya sekadar untuk meminta wang tetapi mereka tidak dapat bertemu dengan cucu – cucunya. Yana pula selalu mempersalahkan suami kerana selalu melebihkan keluarga lebih dari dirinya.

Yana ni berasal dari keluarga senang manakala keluarga suami boleh faham sendiri rasanya sebab dia banyak perlu menampung keperluan keluarga walaupun dua orang adiknya telah bekerja. Pada tahun aku mengandung tu memang kami hidup susah sehingga tak mampu bayar sewa dua bulan, dan dihalau keluar ketika aku mengandung dan seharian kami berteduh dalam kereta dan dua hari seterusnya kami tidur di hotel bajet sementara mendapatkan rumah sewa.

Keluarga aku tak banyak tau perihal aku sejak bernikah dan aku banyak membohongi keluarga aku. Mereka tidak tahu bahawa aku telah berhenti pengajian aku di universiti diberhentikan suami disebabkan cemburu dan risau sekiranya berlaku apa – apa terhadap aku sepanjang pjj.

Namun aku selalu meminta wang alasan utk membayar yuran dan perbelanjaan pada ayah aku walhal duit itu aku gunakan untuk membantu suami menampung keperluan hidup. Beribu duit yang diberi ayah aku untuk menampung kelangsungan hidup kami.

Pada tahun 2022, alhamdulillah kami mula hidup senang walaupun ada naik dan turunnya. Nama aku digunakan untuk membuat pinjaman kereta dan peribadi bagi memulakan perniagaan. Suami selalu dapat berjumpa dengan anak – anak dan memberi nafkah yang cukup pada pertengahan tahun 2022.

Aku tak kisah suami selalu berjumpa dengan anak – anak walaupun Yana ikut sekali sebab aku selalu baca whatsapp macam mana Yana ni selalu m4ki dan menyatakan perasaan benci terhadap suami aku. Waktu call pun dia selalu layan acuh tak acuh dan bagitau dia keluarganya nak jodohkan dia bersama orang lain.

Suami aku pun dah tak kisah kalau Yana nak bernikah dengan orang lain asalkan anak – anak tidak terabai tapi Yana tak pernah tau bahawa suaminya ni sebenarnya dah berkahwin dengan aku. Pada suatu hari, ketika suami berjumpa dengan anak – anak dan Yana berlaku perg4duhan pagi tu sebab suami aku lambat datang berjumpa dengan untuk bawa anak – anak bawa pergi lunch.

Dia m4ki hamun suami aku dengan macam – macam perkataan. Suami aku dah terbiasa dih1na jadi dia tak kisah. Yana bagitau suami aku, dia kenal lelaki baik yang berminat kat dia. Suami aku buat taktau lalu bagitau pada Yana yang dia dah ada aku dan berniat nak menghalalkan aku walaupun sebenarnya kami dah halal.

Pada awalnya Yana tidak memberi reaksi tapi waktu makan malam depan anak – anak ketika suami tengah reply chat customer, dia r4mpas phone suami aku dan tengok semua chat aku dan suami. Yana marah seolah tak berpuas hati dengan suami bila ada orang lain.

Dia tanya suami aku, “Dah berapa lama berhubungan dengan Jiha?! Senang je kan lelaki, tau – tau dah ada yang lain.” Suami aku membaIas bahawa Yana tinggalkan dia selama 3 tahun dan bukannya ada perasaan terhadap dia jadi tak salah pun kalau dia nak cari pengganti.

Yana tetap tidak mengaku salah kemudian dia memberitahu dia tak kisah kalau suami nak cari pengganti. Tiba – tiba pada pagi subuh sewaktu kami di hotel, Yana asyik call suami kemudian whatsapp suami aku bertanya kalau sudah bertolak pulang ke rumah.

Dia bertanya khabar suami aku dengan baik sekali. Suami aku sendiri terk3jut kenapa Yana tiba – tiba bersikap macamtu tapi dia buat tak endah. Bermula dari situ, Yana selalu call suami untuk bertanyakan khabar dan mula ambil berat sekiranya suami dah makan atau belum.

Aku pun macam pelik tapi 3 hari kemudian yana menangis teresak waktu call suami aku dia cakap yang dia tak tenang bila suami aku nak kahwin lain dan menyatakan bahawa dia sebenarnya masih sayangkan suami aku.

Yana bagitau dia sebenarnya dah tawar hati tapi tak lama lepastu dia mula rasa sayangkan suami aku kembali. Aku terkedu dan tak faham mengapa perkara sebegini berlaku walhal dia selalu menyatakan dia benci suami aku. – Jiha (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Shida Samsudin : Pompuan ni 2 benda. Satu, cepat kesian.. dengar konon lelaki tu susah la kena tinggal dengan bini la konon tak bahagia la apa semua cepat kesian.. tu selalu jadi kes menyondol. Sebab konon – konon nak jadi yang terbaik dari isteri si polan, yang boleh menyambut lelaki tu. Dia jantan la woi, pandai – pandai la pujuk hati.

Due, dia tak boleh hak dia dimiliki orang lain. Sebab tu yana tu tiba – tiba jadi nak balik kat laki dia, jadi tergugat sebab selama ni laki dia tergiIa – giIakan dia bila laki dia tak kisah dia rasa tewas. Tapi kes ni eh masih suami dia yang sah.

Laki kau yang tak settlekan urusan berpisah sampai bertahun – tahun, laki kau memang taknak lepaskan yana. So yang selalu b0doh lagi m4ngsa tu perempuan yakni kau. Yang untung tetap lelaki kau.

Lily Lin : Serabutnya baca… Masa kahwin tak selidik betul – betul ke. Kalau i report je kat pihak berkenaan sebab suami u tak egister first marriage dia sebab kahwin kat Siam so apa status dia dengan Yana kat sini? Macam mana anak – anak diorang boleh dapat sijil kelahiran kalau dua – dua mengaku bujang? Pelik lah ermmm…

Aini Mohamad : Bab kamu laki bini dan madu kamu tu.. malas nak komen. Cuma nak cakap bab kamu dan ayah kamu. Berhenti menipu. Berhenti minta duit. Bertambah baik kalau kamu minta ampun dan berterus terang.
Tak berkat pun duit kamu dapat hasil dari menipu ayah sendiri untuk kepentingan kamu dan suami.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.