
Niat hati nak cari pengganti selepas arwah suami pergi, sebaliknya aku dan anak-anak terperangkap dalam neraka dunia selepas berkahwin dengan suami panas baran. Dari masa mengandung sampai beranak, aku kerap disepak terajang, dimaki hamun, malah penderitaan memuncak apabila keselamatan anak-anak turut terancam!
#Foto sekadar hiasan / AI. As salam. Terima kasih admin. Sebelum kahwin semua yer indah tapi selepas kahwin baru aku rasa macam mana neraka di dunia. Aku rindu sangat – sangat dengan arwah suami aku, dah 7 tahun dia pergi. Tahun lepas aku berkahwin bunting pelamin.
Sebelum aku berkahwin suami baru rajin berusaha untuk menjadikan aku yang halal. Kami bercinta sekejap sahaja dalam beberapa bulan, terus tunang dan dalam masa terdekat terus nikah. Aku ada 4 orang anak dan baru beberapa bulan bersalin anak nombor 5, anak suami baru.
Bermulalah kisah malang aku dan anak – anak. Suami aku yang baru ni seorang yang panas baran. Dari aku mengandung sampai sekarang aku dipukul, dihina, dimaki dan dicerca termasuk anak – anak aku, tapi dia tidak berani memukul anak – anak aku, cuma marah – marah je sebab aku akan pertahankan. Apa yang aku buat semua salah, semua tak kena, aku sering dikata babi, bodoh dan macam – macam lagi. Ya, aku bodoh sebab berkahwin dengan dia.
Aku tak kerja tapi segala keperluan di rumah dan anak – anak semua aku tanggung. Aku ada side income lain, bolehlah dalam 2K sebulan. Rumah, kereta semua dah ada. Suami aku hanya basuh kaki masuk rumah kami sahaja. Dia seorang ayah yang baik untuk anak dia tapi bukan untuk anak – anak aku.
Bila anak nangis, cepat – cepat dia suruh aku susukan, tak kiralah waktu itu aku tengah sibuk memasak atau apa – apa sahaja, yang penting aku kena dahulukan anak bila dia nangis. Bagi dia aku adalah isteri yang tak boleh melawan kata dia langsung. Walau sepatah, walau benda tu tak betul, bagi dia seorang isteri itu mestilah taat segala perintah dia.
Kadang – kadang aku jadi fobia, hatta dia tengah mandi, aku terasa dia memanggil aku cepat – cepat aku tinggalkan kerja terus menghadap dia. Maksudnya dia dah biasa jerit – jerit kat aku. Bagi dia aku kena sepantas kilat sahut panggilan dia, kalau tak memang dimaki dia aku.
Hari – hari aku seperti biasa, sentiasa menangis. Pagi – pagi aku kejut dia bangun, habis aku dihambur dia kalau nasib aku tak baik memang kena sepaklah aku. Tengah hari dia balik kerja untuk rehat, kalau mood dia baik eloklah dia layan aku, kalau tak kena lagi aku dimaki dia tanpa apa – apa sebab.
Bila malam pun sama, selalu dia marah – marah aku bila makan. Kalau dah kena marah memang tak lalu aku nak makan. Kalau aku tak makan memang botol airlah hinggap kat muka. Masa aku mengandung lagi, dia tarik rambut aku dan diheret aku di jalan.
Bila anak ni keluar, itulah yang kau sayang – sayang. Sampai anak tu tercakar kuku di muka pun aku dijadikan mangsa kesalahan. Kalau diikutkan banyak benda aku nak ceritakan. Cuma di sini aku harap aku akan keluar dari rumah ni, walaupun ini rumah aku dan anak – anak.
Aku nak bawa anak – anak aku jauh dari sini, jauh dari dia. Jauh dari keluarga, kenapa keluarga? Bila kau hidup susah kau akan tahu macam mana keluarga kau. Tapi aku takde duit nak buat semua tu sekarang. Kalau aku pergi aku kena sewa rumah.
Rumah nak kena bayar deposit bagai, belanja lain – lain lagi. Memang kena banyak modal. Tapi aku usaha juga dalam masa terdekat ni sebab aku betul – betul tak tahan. Dia bukan setakat kaki pukul. Dia juga ada ambil barang batu, malas kerja walau gaji semua bagi aku tapi belanja untuk diri dia je lebih dari gaji dia, aku pula kena top up.
Suka main game, keluar lepak rumah kawan sampai berjam – jam, 4 jam sampai 8 jam. Suka video call, mesej WhatsApp, WeChat benda tak senonoh dengan perempuan lain. Tak pernah tahu pun apa yang jadi dalam rumah, aku kena buat semua. Walau kereta rosak tepi jalan aku kena usaha sendiri. Bayangkan aku tengah sarat mengandung dia suruh aku tukar gas.
Mesti ramai yang tertanya kenapa tak minta cerai. Dah banyak kali, tetap dia tak lepaskan sampai dia ugut parang di leher anak aku. Dan dia takkan bagi anak aku yang terakhir ni untuk aku ambil, memang dibunuh dia aku. Jadi kami berlima terpaksa bertahan untuk yang seorang ni. Aku tak sanggup nak bagi dia jaga.
Susu, lampin pakai buang pun dia tak pernah ambil tahu, nanti macam mana kalau anak ni dengan dia? Mati kelaparan aku rasa. Jadi kami terpaksa bertahan. Doakan aku cepat – cepat bawa anak – anak aku semua keluar dari neraka dunia ni. Aku tak kisah walau digantung tak bertali. Janji aku dengan anak anak jauh dari dia.
Komen netizen :
Dhia Damiaa Rizqi : Entahlah, aku kesiankan sangat dengan anak – anak dia. Apa nasib anak – anak dia nanti ya? Jagalah anak – anak sebaik mungkin. Itu adalah harta awak. Awak boleh letak cctv kecik, atau rakam guna hp diam – diam bila awak kena pukul, atau anak – anak kena maki ke. Boleh jadi bawah bukti. Tambah lagi bukti dia ketum, kaki perempuan. Nanti senang, hak penjagaan anak takkan dapat dekat dia.
Erin Zahar : Tak payah nak menangis dan menyesal, masalah sekarang suami puan dah takde tanggungjawab dan buat perkara tak sepatutnya kepada puan dan anak – anak. Firstly, report polis cerita semua perkara, jangan selindung. Kedua, pergi bagitahu keluarga terdekat kat kawasan rumah, pergi pejabat agama minta fasakh.
Kena nekad, tawakal. Rumah tu harta awak dan anak beranak, kenapa awak kena keluar? Walaupun itu rumah suami awak, awak pun ada hak tinggal kat situ, suami awak yang kena keluar. Walaupun awak lari mana, selagi dia masih suami dia akan cari. Selesaikan satu satu.
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.