Suami selalu hutang duit saya. Saya tengah sesak nak guna duit anak OKU, mak s4kit. Tapi suami sibuk nak bagi duit raya dekat saud4ra mara

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Sebelum kahwin, semuanya indah belaka. Biasalah, memang semua nampak yang manis. Tapi saya perasan suami ni sikit – sikit akan sebut mak dia. Awalnya, saya anggap benda tu normal…

#Foto sekadar hiasan / AI. Salam semua, tak tahu nak meluah pada siapa. Saya suri rumah yang buntu. Sebelum ini, saya adalah pencari rezeki utama (breadwinner) sebab keluarga saya taklah sebahagia orang lain. Jadi, dari sebelum kahwin memang dah rasa struggle hidup tu, tapi syukur, Allah itu Maha Baik.

Allah permudahkan urusan saya untuk sara mak disebabkan ayah saya wujud tapi statusnya “ghaib” sebagai seorang suami. Bermulalah hidup rasa sunyi, umur pun m4kin bertambah dan rasa nak ada peneman dalam hidup. Yelah, bila dah jadi breadwinner, semua benda kena struggle sendiri – jadi penat, sedih, semua ada.

Saya nak seseorang yang boleh saya bersandar, susah senang bersama, dan semestinya yang boleh membimbing saya, sebab status ayah saya yang ada tapi tiada itu. Sebelum kahwin, semuanya indah belaka. Biasalah, memang semua nampak yang manis. Tapi saya perasan bakal suami ni sikit – sikit akan sebut mak dia.

Awalnya, saya anggap benda tu normal sebab dia dibesarkan dalam keluarga yang, boleh dik4takan, perfect. Pada saya, ibu ayahnya jenis alim, tak ada isu pun dalam keluarga dia. Jadi, saya rasa memang patutlah dia dengar cakap mak sampai satu tahap bila saya dah berkahwin dengan dia.

Awal perkahwinan, dia masih lagi terbawa – bawa dengan pendapat mak dia. Selalunya saya berkecil hati sebab dia utamakan pendapat mak dia walaupun itu hanya hal remeh – temeh. Sampailah tahun kedua, saya dikurniakan zuriat. Tapi sekali lagi, kesabaran saya diuji.

Anak saya lahir dengan keadaan IUGR, dan doktor mendiagnosisnya dengan Laryngomalacia underlying Pierre Robin Syndrome. Ya Allah, saya terduduk. Dunia saya gelap sangat masa ni. Saya keluar masuk hospitaI sampai satu tahap saya berkampung berbulan – bulan di hospitaI untuk jaga anak tercinta.

Saya pun terp4ksa tinggalkan sumber rezeki saya untuk sara mak saya selama ini disebabkan ujian ini. S4kit, perit, tapi masih cuba bersangka baik. Sekarang saya dah jadi suri rumah sepenuh masa. Sebelum berhenti kerja tu pun dah berbincang tentang komitmen dengan suami, dan so far tak ada isu.

Tapi sekarang, isunya lebih kepada kos untuk anak tercinta pula sebab dia perIukan CPAP & bateri, yang setiap bulan sewanya dalam RM600 juga. Komitmen bulanan saya dalam RM2.5K juga sebab semasa bujang, saya sempat beli rumah. Yang lain tu komitmen biasa sahaja, kereta pun RM300++ je, rumah jelah yang tinggi nilainya.

Untuk pengetahuan semua, suami tak ada rumah lagi, dan masa saya masih bekerja dulu, dia ajak saya kongsi 50 – 50. Saya pun okay jelah sebab fikir kesian dan niat saya nak bantu dia juga. Bila dah jadi suri rumah ni, simpanan pun tak banyak.

Duit tetap keluar juga kalau mak saya ada craving apa – apa, s4kit, dan saya masih lagi bagi mak duit jajan. Kadang – kadang suami tu sesak juga tengah bulan, jadi saya akan dahuIukan duit saya. Di sinilah part yang mula buat saya turn off bila dah nak raya ni.

Saya minta balik duit yang dah saya dahuIukan sebelum ni sebab berbulan juga saya tunggu nak claim dengan suami. Tapi alasannya, “Dah nak raya ni banyak nak guna duit, so tak sure boleh bayar ke tak.” Lagi sekali dia utamakan nak bagi duit raya ke mak dan saud4ra mara dia.

Saya sangat terkilan. Kali ini saya dah macam taw4r hati dengan suami. Hutang tak nak bayar, tapi sibuk nak bagi duit raya. Saya sangat perIukan duit tu sebab sekarang saya suri rumah. Sedih saya, Min. Saya pun sampai dah lupa – lupa ingat jumlah sebenar yang dia patut bayar sebab terlalu lama menunggu dia ganti.

Sejak saya jadi suri rumah dan jaga anak yang tak sihat ni, saya m4kin emosi dan kerap bermasam muka dengan suami. Rasa macam isteri derh4ka pun ada. Tapi saya buntu. Saya nak kerja, tapi anak tercinta masih perlu susu melalui tiub. Mak pula dah tua, memang tak pandai nak uruskan hal susu ni.

Tapi kalau tak kerja, macam mana pula nasib saya kalau suami macam ni? Puas saya cari kerja kerja yang boleh dibuat dari rumah, tapi kebanyakannya di sekitar Klang Valley, sedangkan saya di selatan. Kadang – kadang rasa macam tak berguna pun ada duduk rumah ni. Rasa murung pun ada.

Apa patut saya buat ya nak hadap suami macam ni? Ikutkan hati, saya nak tinggal je anak ni pergi kerja, tapi… Allah saja yang tahu hati ni. – Hanum (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Liyana Sulaiman : Stop tolong suami. Biar dia pulak rasa sesak. Orang elaki memang akan take advantage benda – benda macam ni. Cara yang sepatutnya kalau nak bantu suami, biar dia bayar dulu semua komitmen, sampai dia “kering”,
baru awak hulur PINJAMAN.

Bukan bantuan ye. Biar suami sedar, yang dia TAK MAMPU pun nak sara anak bini, inikan pulak nak hulur kat sed4ra mara. Ramai lelaki akan triggered dengan statement ni, tapi korang kena faham basic nafkah tu apa. Di mana kedudukan seorang ISTERI dalam senarai nafkah. Faham yang tu je. Hugs confessor. Bukan mudah nak cari nafkah tinggalkan anak yang s4kit. Semoga awk diluaskan rezeki.

Anie Alja : Apakata dah alang – alang duduh rumah jaga anak sendiri, jadi pengasuh pada anak – anak jiran. Dapat 1 – 2 orang cukuplah. Atau offer ajar tuisyen mudah – mudah kat rumah. Offer jadi transit nanny untuk anak – anak jiran balik sekolah.

Atau belajar buat kuih frozen, sambil tengok anak, tengok TV, buat cookies dan jual, janji sedap. Mulut kena ringan bila jadi suri rumah, cari kawan, bina networking. Suami TT tu, duduk bincang, tanya tepat ke jantung, ‘dah tahu tak mampu, apa logiknya nak bagi duit raya kat orang selain pada mak sendiri?’ Kalau alasan nak jaga imej, air muka, pesan kat dia, jaga dulu AMANAH tuhan, malu kat tuhan dulu.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.