Kali kedua aku nak failkan selepas perg4duhan dahsyat dengan suami yang mengakibatkan aku dihadiahkan buku lima oleh suami. Pada masa itu sem4kin aku nak bercerai. Tapi aku masih tak hantar borang ke mahkamah sehingga hari ini.
#Foto sekadar hiasan. alam semua. Aku R seorang wanita bekerja dan telah berkahwin 12 tahun. Perkahwinan kami diaturkan oleh keluarga. Pada masa itu aku memerIukan status berkahwin supaya dipostingkan di semenanjung.
Aku takut posting ke Sabah Sarawak kerana pada masa itu kebanyakan yang solo akan dipostingkan ke sana. Aku mengenali suami melalui keluarga aku yang berkenan dengannya. Ditambah ibu yang bimbang aku tidak mempunyai teman lelaki selepas tamat belajar. Jadi akhirnya aku berkahwin dengan suami aku.
Suami aku baik – baik sahaja tetapi aku baru tahu yang dia seorang kaki lepak malam. Pada awal perkahwinan lagi dia menunjukkan habit keluar malamnya untuk minum – minum bersama kawan. Aku tak kisah pada mulanya disebabkan aku seorang introvert yang pandai menghiburkan hati sendiri di rumah dengan menonton tv dan mendengar muzik.
Tetapi setelah bertahun-tahun aku mulai rasa sakit hati kerana anak-anak rapat. Waktu malam aku penat mengurus anak-anak ditambah pekerjaanku ada yang perlu dibuat di rumah juga. Jadi kadang-kadang emosi aku terganggu dan sering menjerit-jerit kepada anak-anak.
Suamiku pula suka melibatkan diri dalam bisnes MLM dan kerap membuat pinjaman. Aku juga dip4ksa membuat loan pada awal perkahwinan. Bisnesnya bukan bagus kerana dia bukan jenis fokus. Dia akan lari dari satu bisnes ke bisnes lain.
Aku akui pada masa itu aku agak naif kerana fokus pada membesarkan anak – anak. Aku meletakkan kepercayaan pada suami untuk mengurus kewangan. Tetapi bila bertahun – tahun baru aku sedar yang dia sangat cetek pengurusan kewangan. Akibatnya perbelanjaan sering tersasar dari bajet.
10 tahun perkahwinan pelbagai masalah yang aku hadapi. Contoh seperti, sewa rumah tertunggak, bil api air tertunggak, kereta nak kena tarik, kene pindah rumah dan berg4duh. Bila terjadi masalah begitu yang akan menyelesaikannya adalah aku.
Akulah yang akan mencari duit untuk menyelesaikan tunggakan. Aku meminjam dari adik beradik, bermain kutu dan ada juga aku membuat loan sehingga gaji aku menjadi kecil seiring dengan pertambahan anak. Pada masa itu anak aku ada 3 orang.
Selain masalah di atas, suami aku juga tidak rajin membantu kerja – kerja di rumah. Rumah jarang – jarang kemas jika tidak aku yang mengemasnya. Urusan persekolahan anak juga semuanya aku. Aku letih mental dan fizikal.
Bukan aku tidak pernah ingin bercerai, tetapi aku tiada jalan lain kerana gaji aku juga kecil. Aku masih perlu dirinya untuk menampung kehidupan. Jadi aku mengambil prinsip go with the flow. Pada masa kemuncak aku sudah hilang sabar, aku ada mengugvtnya untuk bercerai sekiranya tidak bekerjasama mengurus wang dengan betul.
Pada masa itu aku ambil kad ATMnya dan aku yang mengatur perbelanjaan keluarga. Untuk membayar bil, sewa rumah, kereta dan selebihnya duit makan minum aku yang uruskan. Dia menurut sahaja. Aku ingatkan masalah itu akan selesai tetapi masalah lain pula timbul.
Untuk pengetahuan, dia masih lagi suka keluar malam. Baliknya biasalah pagi buta. Keesokan harinya bekerja seperti biasa dan kadang – kadang tidak balik sampailah larut pagi. Sebabnya lebih suka melepak dengan kawan.
Pernah sepanjang bulan puasa, dia tidak berbuka dengan aku dan anak – anak. Lebih seronok berbuka bersama kawan. Ketika itu aku baru habis berpantang anak ke 4. Sepanjang berpantang pun kebanyakan aku yang memasak makanan sendiri.
Aku dah lali dengan sikapnya sehingga menjadikan aku seorang yang tidak kisah lagi apa yang dia nak buat. Aku juga tak ingin lagi nak mengubahnya dan tak berharap dia berubah sebab habitnya itu. Aku malas nak mengambil tahu hal dia lagi.
Kami kurang komunikasi dan sem4kin aku tawar hati kepadanya. Aku malah pernah berdoa biarlah dia ada skandal dengan wanita lain supaya aku boleh bercerai dengannya dan hidup single. Masalah baru yang aku nyatakan tadi ialah di tempat kerja.
Aku tak pernah terfikir nak berskandal. Tak pernah dalam kamus hidup aku nak suka lelaki lain bila telah berkahwin. Tetapi aku rasa ini adalah ujian terbesar aku menjelang umur akhir 30 an. Aku selalu terpandang seorang lelaki ini di tempat kerja.
Aku tak tahu kenapa aku suka dengannya. Aku menjadikan dia sebagai healing di tempat kerja kerana di rumah aku kesunyian tiada partner untuk bonding – bonding. Lagipun aku sudah tawar hati dengan suami. Aku asyik memikirkan cerai kerana tidak mahu lagi jadi isteri yang member0ntak dalam hati tidak sukakan suaminya. Aku bukan lagi isteri yang taat.
Aku juga tidak tidur sebilik lagi dengannya dalam 4 tahun macam tu. Jika dia berkehendak dia pandailah menarik aku ke bilik lain. Setiap hari ke tempat kerja adalah menyeronokkan pada aku. Aku hanya nak pandang lelaki itu.
Tapi aku tak nak fikir lebih jauh. Aku sekadar suka melihatnya. Lama – kelamaan aku perasan yang lelaki itu macam tahu aku suka pandangnya. Semenjak itu sem4kin kerap pula aku dan dia terserempak. Aku keliru jika dia juga ada perasaan sama seperti aku. Aku rasa berd0sa. Aku nak pindah tempat kerja. Aku tak nak ganggu kehidupannya.
Lelaki ini masih bujang tapi sudah berpunya. Aku tahu aku cuma kesunyian sebab emosi aku terabai sepanjang perkahwinan. Tetapi lama – lama dari setahun ke setahun sem4kin sering aku terserempak dengannya jadi sem4kin aku susah nak move on darinya.
Jangan salahkan lelaki ini kerana sebelum kedatangannya lagi aku telah lama ada masalah dengan suami aku dan berniat untuk bercerai. Kedatangannya hanyalah di tengah – tengah kemuncak kemelut hidup aku. Aku sebenarnya pernah menjejakkan kaki ke mahkamah untuk menghantar borang cerai.
Tetapi pada masa itu borang aku tak lengkap. Jadi pada masa itu proses tertangguh. Kali kedua aku nak failkan selepas perg4duhan dahsyat dengan suami yang mengakibatkan aku dihadiahkan pen4mpar dan penvmbuk. Pada masa itu sem4kin aku nak bercerai.
Tapi aku masih tak hantar borang ke mahkamah sehingga hari ini. Aku tak tahu nak buat apa. Separuh hati aku memang nak bercerai sebab aku tak bahagia lagi dengan kehidupan rumahtangga aku. Separuh hati aku menahan diri kerana aku masih perIukan suami untuk cover perbelanjaan hidup dan anak – anak.
Gaji aku masih tak mampu untuk hidup sendiri. Aku buntu. Setiap hari aku jadi depr3ss sehingga prestasi kerja menurun. Aku nak bercerai. Aku nak hidup bahagia. Mana mungkin aku boleh bahagia jika hati aku sudah tawar dan hari – hari aku bencikan suami dan tak boleh ikhlas lagi untuk taat kepadanya. Kepada semua yang membaca, berilah aku nasihat apa yang harus aku buat. – R (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Cik Puan Ria : Isteri macam tuh la kan.. tahan tahan tahan , tak sedar dah berlalu 12 tahun. Bab suami masalah, memang takleh nak kata apa la sis, segala penceritaan itu, memang nampak suami memang bermasalah.. Namun biasa proses penceraian ni kena lalu kaunseling dulu, bukan minta cerai lulus terus macam tuh ja.
Dan pendapat saya sis, pusing la macam mana pun, bila melibatkan jatuh cinta pada orang dalam tempoh perkahwinan, itu tetap salah sis. Tak kisah la tawar hati, atau apa saja. Patut dah sedar buat salah kena stop terus. Tak boleh layan perasaan itu lagi dan lagi.
Alasan untuk tak rasa sunyi, memang dah salah sis, awak masih isteri orang yang sah. Tak kisah apa pun kekurangan suami, kena settle ikut cara yang patut dahulu. Kasihan pada awak sebenarnya sis tapi tetap tak boleh tutup mata atas apa yang tak betul. Kalau betul dah tawar hati, buat cara betul..
Intan Niwanamia : Suami macam tu sampai 4 ketul dah keluar dah pon. Apa benda la kau ni. Patutnya masa anak first dah tau per4ngai lelaki macam tu memang terus cakna hal perancangan keluarga. Bukan lagi banyak keluar.
Memang tak cukup la gajinya dengan 4 orang sekali gus kena tanggung. Kalau masa awal ada anak first tu mesti rasa boleh lagi tanggung anak walaupon gaji sikit. Yang ada perasaan terhadap lelaki tu better move on dulu. Ingat Allah lah, masih isteri orang. Selesai kan urusan family dulu baru nak menggatal.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.