Suami suruh aku bagi 600 dekat kak madu, aku songlap 100 nak beli kek utk suami. Sekali madu mengadu

Suami ke rumah madu aku dan sisasat ape lagi salah aku dan penipuan aku selama ni. Bila balik, dia ceritakan apa yang madu aku mengadu. Aku tak sangka, selama ni aku anggap dia macam kakak, anak tiri macam anak sendiri, akhirnya r4cun yang dia baIas. Suami naik angin, kek yang aku belikan, dia pijak – pijak..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan warga MCH. Sebelum ni aku silent reader di page ni. Cuba selami pelbagai kisah hidup masyarakat yang ada masalah dalam rumah tangga. Tak terkecuali jugak aku. Cuma baru – baru ni aku rasa masalah ni m4kin hari m4kin s4kit untuk aku pendam.

Aku dah berkahwin lebih 4 tahun. Baru disahkan hamil anak sulung.. Ye, aku ttc, join group di fb pasal trying to conceive, doakan kami hamil dn alhamdulillah aku salah seorang ahli group yang berjaya hamil. Memang aku bahagia sangat.

Sebenarnya aku adalah isteri ke-3 suami. Tapi ikut hukvmnya aku yang ke-2. Sebab yang ke-2 sebelum aku dah lari dan dah pon mulakan hidup baru. Bukan aku nak ceritakan tentang aku dan madu. Alhamdulillah hubungan aku dan madu dan anak – anak tiri tersangatlah baik.

Tapi aku sendiri rasa tekanan dari suami. Ye, secara fizikaI, nampak aku sihat tapi mentaI aku rasa down sangat. Suami d3ra dan t0rture mentaI aku hari ke hari. Sebagai contoh, letakkan harapan dan kesempurnaan yang terlalu tinggi kepada aku.

Aku isteri dia yang ke-3, jadi  selalu diingatkan supaya jangan ikut sikap isteri yang pertama dan bekas isteri (ke-2). Sikit pon silap aku, aku akan disamakan, dibeza – bezakan. Lebih teruk aku ditengking dan dim4ki. Walaupon suami kurang naik tangan tapi aku rasa lebih baik dia pukuI aku sampai Iebam – Iebam sekurangnya aku ada bukti untuk bawak hal ni ke pihak berwajib.

Tekanan yang aku rasa sem4kin hari sem4kin kuat. Tambahan pula aku yang sarat mengandung anak sulung, tekanan em0si.. Boleh dik4takan aku menangis setiap hari. Bilamana suami selalu buat per4ngai ikut mood. Cakap baik – baik dengan aku bila mood dia baik, dan bila mood tak ok, dia sendiri yang mudah naik angin walaupon permintaan aku cuma kecil.

Contoh kalau aku teringin nak makan itu ini lepas aku tengok di fb. Terus terang aku katakan, Allah kurniakan aku dengan mudahkan urusan aku masa mengandung, tiada alahan, tiada mengidam bukan – bukan. Dan aku sendiri ulang alik ke kIinik untuk checkup bulanan sendiri.

Aku masih faham suami kerja. Tentang nafkah aku, suami hanya belikan barang – barang keperluan dapur. Itu pon hanya cukup – cukup dan selebihnya tentang duit belanja dan keperluan aku, aku usahakan sendiri. Termasuklah barang baby yang bakal lahir nanti.

Oh ye, aku berniaga sendiri, buat mobile spa ke rumah. Biasalah business ada pasang surut. Alhamdulillah jugak dengan duit ini laa aku mampu untuk bayar kereta aku, hidupkan insurans untuk diri sendiri dan mampu tolong sedikit sebanyak anak tiri dan madu aku bila suami dalam keadaan terdesak.

Cuma baru – baru ni dengan keadaan ekonomi yang kurang baik aku dah tersalah percaturan. Pelanggan aku m4kin berkurang, dengan tekanan untuk aku bayar bil astro, bil hp, dan kereta, termasuk jugak barang – barang keperluan dapur. (Basahan untuk memasak setiap hari) aku rasa sesak sangat.

Anak – anak madu aku dah nak mulakan sesi persekolahan. Suami pulak belum sediakan apa – apa kelengkapan untuk anak – anak. Dan budak – budak tu asyik tanya aku, abah diorang ada cakap apa – apa tak? Bila nak belikan baju sekolah dan alatan lain, aku jadi bertambah str3ss.

Tambah lagi tekanan yang suami selalu berikan pada aku, lagi laa buat aku menangis setiap malam. Aku tidur dan jaga dalam keadaan yang sangat tertekan. Sampai laa satu hari suami berikan aku RM600 untuk aku bawa anak – anak tiri aku lengkapkan persediaan ke sekolah.

Duit yang suami berikan, aku dah ambil RM100 dan berikan RM500 untuk madu aku sediakan barang – barang sekolah anak dia. Masa di kaunter bayaran, memang cukup duit dan lebih dari cukup dengan jumlah duit yang aku bagi.

Ye memang di tangan aku ada baki RM100. Dan aku sedar, aku tak amanah, tak jujur tapi aku buat semua ni bukan untuk diri aku sendiri. Aku ambik duit tu untuk suami aku. Birthday dia pada 1hb yang lepas. Konon – konon aku nak happykan dia, nak belikan dia kek dan bunga.

Untuk celebrate dengan harapan suami aku rasa dihargai dan nak buktikan pada dia yang aku boleh jadi yang terbaik seperti yang dia selalu cakap pada aku. Nak bezakan aku dengan madu dan bekas isteri dia, aku mesti jadi yang terbaik, paling sempurna, sikit pon aku tak boleh buat silap yang sama macam diorang pernah buat.

Tapi sayang, sebelum ni pon usaha aku tak pernah dihargai. Tak pernah ada ucapan terima kasih dari suami selepas sesuatu perkara aku tolong dia untuk ringankan beban dia. Memang aku terkilan sangat dengan satu sikap dia ni.

Nak ucapkan terima kasih pon payah, apatah lagi nak hargai. Suami tahu pasal duit yang aku ambil RM100. Itu pon dia tau lepas madu aku complain barang – barang keperluan anak tak cukup. Sedangkan masa dia bayar, depan mata aku, total RM419 untuk pakaian dan alat tulis 3 orang anak.

2 orang sekolah menengah dan sorang sekolah rendah. Dan aku sendiri tanya dia, barang – barang ade lagi tak yang tak cukup ke sebab masa tu dekat tangan aku ada RM400 (bayaran untuk kereta ) dan rm100 hasil dari aku songlap duit belanja sekolah.

Maknanya, untuk perbelanjaan diri sendiri memang takde langsung. Aku sendiri dah lama tak beli baju, tudung, kasut, barang peribadi yang lain. Tambahan pula aku sekarang sedang sarat mengandung, memang fikir barang untuk baby and untuk melahirkan je nanti.

Masa birthday suami, aku dapat belikan dia kek RM30, dan fresh flower rose (3 kuntum) RM35. Baki yang ada aku simpan buat topup touch n go dan isi minyak kereta untuk hantar anak tiri balik hostel pada keesokan harinya.

Selepas selesai semuanya, aku balik ke rumah. Suami tengah baring tengok tv. Sedangkan aku drive dari siang sampai ke malam dalam keadaan hujan yang teramat lebat sepanjang jalan. Suami sikit pon tak pandang muka aku, apetah lagi nak berterima kasih sebab dah mudahkan urusan dia.

Takpe, aku sabar. Masuk toilet, aku menangis semahu – mahunya. Aku rasa macam aku ni dipergunakan. Sampai laa keesokan harinya, kami berg4duh besar. Semuanya suami ungkit. Tumpangkan aku dalam rumah ni, kutip aku buat isteri, bagi makan.

Sampai ke tahap suami h1na mak bapak aku sebab katanya ajar anak mencuri. Ye, aku mengaku silap aku. Silap sebab matlamat tak menghalalkan cara. Tapi sebelum aku buat semua ni, aku dah pastikan kelengkapan anak – anak tiri aku lengkap dan takde satu pon tertinggal.

Suami naik angin, kek yang aku belikan, dia pijak – pijak dan m4ki hamun aku tanpa sikit pun belas ihsan. Dia t4mpar muka aku, dan suami keluar rumah. Dia ke rumah madu aku dan sisasat ape lagi silap aku dan penipuan aku selama ni.

Bila balik, dia ceritakan apa yang madu aku mengadu pada dia.. Allah.. Luluh sangat hati aku, selama ni aku anggap dia macam kakak aku sendiri, kawan baik, anak – anak tiri macam anak – anak sendiri, akhirnya r4cun yang dia baIas.

Dah macam – macam fitnah dia lemparkan pada aku. Suami pulak hanya dengar sebeIah pihak.  Dia sambung pukuI aku, dan baling segala pemberian aku pada suami sebelum ni. Dan katakan tu semua duit h4ram, duit hasil curi dan menggelarkan aku pencuri.

Aku sedar siapa diri aku, digunakan bila perlu. Hasil titik peluh aku memang tak banyak mana. Tapi alhamdulillah cukup setakat ni, tanpa nafkah suami. Dan tanpa nafkah suami dengan keadaan berat sebeIah ni laa yang buatkan aku jadi member0ntak dan bertindak agak k3jam dengan mencuri rm100.

(Pertama kali aku buat) itu pon untuk sambut birthday suami. Kononnya aku nak jadi yang terbaik. aku nak happykan dia tapi aku silap.. Matlamat aku tak menghalalkan cara. Kini dah nak tengah bulan julai, aku bakal melahirkan anak pada penghujung ogos.

Terus terang aku katakan, suami sikit pon tak endah dengan baby yang aku kandungkan ni. aku book tempat untuk scan 3d / 4d dengan harga promo, mintak suami temankan. Itu pon dia complain, sesi untuk sonographer terangkan keadaan baby terlalu lama sampai dia bosan.

Ye aku nampak muka bosan suami. Kejap – kejap pegang hp, tanpa pandang langsung tv lcd yang ade dalam bilik tu. Tengok kejap je tanpa berminat dengan keadaan baby. Allah sekali lagi, h4ncur sangat rasa hati aku, macam ni rupanya perasaan seorang ayah nak sambut kelahiran anak.

Memandangkan sekali pon dia tak pernah teman checkup sepanjang kehamilan aku, berjam – jam tunggu giliran sampai s4kit pinggang. Apatah lagi nak sediakan barangan keperluan anak yang bakal lahir ni nanti. Oh ya, suami aku memang kaki pancing.

Setiap hari mesti akan turun ke sungai, sebab suami balik kerja seawal jam 1 tengahari. Jadi dalam pukuI 3 petang dia dah memancing. Malam pulak baru nampak muka dia. memang aku tak pernah halang minat dan hobi dia.

Hujung minggu pulak dia akan pergi ke laut dengan geng mancing laut pulak. Jadi, boleh bayangkan tak? Bila masanya suami nak ada dengan aku, apatah lagi untuk siapkan keperluan anak yang bakal aku lahirkan nanti.

Sekarang dah 32 weeks, baby sangat aktif. Malam sebelum tidur, aku selalu usap – usap perut dan bercakap dengan baby. Bila baby gerak, cepat – cepat aku tarik tangan suami. Untuk dia rasa, tapi boleh suami cakap dia geli.

Terkejut aku, geli? Yup. Alasan dia memang dia allergik dengan budak-budak kecik, lembik lagi, tambah dalam perut siap gerak – gerak.. Terus menitis air mata aku, rasa macam h1na sangat. Sekarang banyak page pasal parenting aku like dan join group parenting.

Kebanyakan posting pasal sikap suami sewaktu isteri hamil. Langsung satu pon sikap yang admin post takde kena dengan suami aku. Membantu isteri, jaga em0si, urut pinggang dan bahu isteri dan macam – macam sikap dan tips parenting langsung tak kena dengan dia.

Bila aku baca, aku cuma cakap sendiri, tak.. Tak.. Tak. Kemudian senyum sendiri sambil pejam mata, sedut segala aura positive dan fikir positive sebab tak nak terlalu em0si. Aku bekerja sendiri, buat home spa servis ke rumah orang, door to door.

Dengan keadaan aku yang sarat sekarang, aku masih lagi bekerja. Demi dapatkan sedikit duit untuk lepas bayar bulanan kereta dan untuk simpanan sendri. Lepas aku perasan sikap suami langsung tak endah tentang barangan bayi, aku pon stop beli sendiri.

Aku masih lagi menunggu supaya suami ajak aku untuk keluar cari barang – barang baby, setiap hari tanpa gagal tapi masih lagi hampa. Tambah – tambah bila dah masuk bulan ke-8 ni. Banyak sangat kalau aku nak curahkan dekat sini, takpe laa yang selebihnya aku simpan.

Cuma itu lah, sikit – sikit yang buat aku kerap menangis sendiri, kerap senyum sambil pejam mata, tarik nafas dalam – dalam dan sedut postive vibes. Cuma aku mohon mommies semua untuk doakan aku. Doa untuk dipermudahkan urusan aku melahirkan anak ni nanti.

Murah rezeki aku dan semoga segala urusan dipermudahkan. Semoga kita semua enjoy saat – saat terindah waktu mengandung dan melahirkan nanti. Inilah salah satu nikmat yang paling terindah dalam hidup aku, walaupon bukan anak pertama suami tapi ni hasil hidup aku bersama dia. Semoga Allah mudahkan segalanya.

Untuk anak mama nanti, mama minta maaf sepanjang mama mengandungkan kamu, mama banyak menangis. Sedangkan kamu yang mama selalu tunggu sepanjang 4 tahun ni. Mama harap kita sama – sama kuat untuk perjalanan hidup seterusnya.

Jangan tiru sikap mama.. Mama bahagiakn orang lain, dan akhirnya makan diri mama sendiri. Untuk jadi isteri pertama, suami dan isteri sama – sama susah untuk mulakan hidup. Bila suami dah mula senang, isteri pertama di uji dengan kehadiran yang kedua.

Panas yang disangka sampai ke petang, akhirnya ribut dan badai tiba. Isteri ke-2 lari akibat dari masalah kewangan suami pada masa tu. Datang pula aku yang ke-3. Kononnya untuk ubatkan Iuka di hati suami. Ubah apa yang perlu, sanggup pikul tanggungjawab baru. Dan akhirnya memakan diri sendiri. Maafkan ayat tunggang langgang. First time menulis panjang.

Komen Warganet :

Intan Shafinaz : Sis… saya tahu sis banyak dikecam di sini atas status sis sebagai isteri ke -3. Saya tahu sis wanita yang kuat yang boleh hadapi semuanya. Sis.. saya rasa sis kena fikir panjang balik tentang perasaan sis.

Ini hidup sis, maknanya sis sendiri yang patut fikir baik buruk dan kebahagian hidup sis dengan anak sis nanti. Saya suka sangat kata – kata seorang penceramah bebas yang peguam tu. Tak silap saya nama dia puan suzana (kalau salah minta maaf).

Dia kata, ” kalau kita diri sendiri yang pilih menangis pilih d3rita, itulah kita dapat, hidup ini bukan hanya untuk redha sahaja tapi untuk mencari jalan ke syurga, bila cari jalan ke syurga maknanya kita cari jalan bahagia”

Kalau sabar tapi hati kita sendiri tak redha ke atas suami dan orang sekeliling sis, sis rasa sis menuju ke arah yang mana? Fikir sis, dah tiba fikir tentang diri sis sendiri.

Syfull Hafez Ahmad : Apa yang boleh komen sebenarnya suami puan adalah lelaki yang tak layak dan tak boleh berpoIigami. Dia akan dituntut di akhir4t tapi puan adalah seorang isteri yang baik. Sabar lah dengan dugaan. Tapi jangan lah hilang pahala ikhlas tu bila da mengungkit. Wallahhuallam.

Hanna Rianna : Sis… awak kuat. Tanpa dia pun awak boleh hidup. Tak perlu nak jadi sempurna. Jadi diri sendiri je asalkan jangan buat jahat. Part ambik duit 100 tu memang saya tak setuju. Tak amanah dan tak berkat ambik duit budak – budak.

Belanja untuk keperluan sekolah memang banyak. Saya tahu tu sis ,solat dan mintak petunjuk daripada tuhan. Kalau sayangkn perkahwinan mintak suami awak berubah dan lembut hati, mintak dia tinjuk jalan keluar.

Saya doakan sis dan kita – kita semua bahagia di dunia. Dan akhir4t jua. Buat lelaki yang nak sangat poIigami, awak – awak tolonglah. Baiki diri sendiri dan tengok kemampuan untuk poIigami. Cek iman, cek kocek. Kalau dah jadi macam kes akak ni, dah jadi satu pengani4yaan untuk kaum wanita. Bukan nak membela nasib dah. Jawablah di akhir4t nnti.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.