Suami tak kerja sebab kena tipu, bos tak bagi gaji. Aku jadi str3ss. Aku halau suami keluar rumah. Aku kemas baju dia, c4mpak dari atas rumah.

Masa aku s4kit dia jaga aku. Dia masakkan untuk aku. Dia mandikan aku bila aku tak larat nak bangun. Kadang – kadang aku suruh dia p0tongkan kuku, ikatkan rambut, dia buat je. Kami bergurau, berlari – lari macam budak kecil. Mana nak dapat lelaki macam tu.

#Foto sekadar hiasan. Aku dan suami dulu bercinta lepas aku habis SPM. Masa tu jiwa tengah muda, so pilih yang handsome je la. Masa kenal dia, dia memang tak bekerja. Kerja dia merempit je. Masa dating pun selalu aku je yang keluarkan duit. Dia kadang – kadang je.

Aku tak tahu dia dapat duit dari mana. Aku tak kisah sangat pasal duit sebab aku bukan mata duitan. Bila family dan kawan – kawan aku dapat tahu aku berkawan dengan dia, semua halang. Diorang cakap dia hisap barang sejenis, iaitu ice. Aku pun tanya dia.

Dia mengaku dan cakap dia nak orang bimbing dia sebab family dia pun tak kisah pasal dia. Aku pun nekad nak ubah dia. Tiba – tiba aku dipanggil masuk universiti, so kami bercinta jarak jauh. Family aku cakap selalu nampak dia bawa perempuan sana sini.

Bila aku tanya, dia tak mengaku. Jadi aku anggap family aku je yang buat cerita supaya kami berpisah. Walaupun aku dengan dia jauh, tapi aku rasa dia dekat dengan aku sebab apa apa masalah dan jadual harian kami semua kami kongsi. Kawan – kawan aku dalam universiti pun dia ingat nama walaupun dia tak pernah jumpa. Dia la yang jadi penguat semangat aku bila aku down.

Ada satu masa tu aku break dengan dia. Kami terus lost contact. Entah macam mana dia muncul balik. Dia cakap dia diam sebab dia masuk penjara sebab kena tuduh bersubahat. Katanya kawan dia ada barang. Tak tahu la betul ke tak. Aku pernah halang dia berkawan dengan budak – budak tu semua. Dia cakap tak boleh sebab tu je kawan dia yang ada.

Kawan dari kecil sampai besar. Rumah pun sebelah – sebelah je dalam kampung, memang susah nak elak. Aku pun bagi peluang kali kedua untuk dia. Family aku marah lagi sekali sebab dia bekas banduan. Aku cakap, tak semestinya orang macam ni tak ada masa depan.

Kalau semua buang orang macam ni, sampai bila – bila pun dia tak berubah. Lama – lama family aku dah malas nak layan aku sebab dah penat bagi nasihat. Sampai satu tahap aku dah bekerja, aku minta izin nak kahwin. Aku cakap buat yang wajib je.

Family aku setuju dan kami bernikah tanpa buat majlis. Dia ada bekerja sebagai buruh. Kerja kontrak je, biasalah kat kampung memang kerja macam tu yang banyak. Tapi tak lama, seminggu je kerja lepas tu berhenti sebab kena tipu. Kerja tapi gaji tak bagi.

Aku pun nekad bawa dia pergi Kuala Lumpur. Deposit rumah semua aku sediakan. Rumah dengan tempat kerja aku dekat, jadi aku jalan kaki je. Bila dia nak datang Kuala Lumpur, aku belikan motor supaya senang dia pergi kerja. Duit belanja pun aku bagi.

Aku dengan dia ke hulu ke hilir cari kerja untuk dia sebab dia tak ada kelulusan. Belajar pun tak habis. Dapat la kerja dekat kedai makan. Berapa ringgit sangat la gaji kedai makan. Aku tak kisah, janji dia berubah. Biar dia datang sini jauh dari kawan – kawan dia yang bermasalah.

Sekarang dia dah okey. Tak keluar rumah. Seharian habis masa dengan aku. Aku nampak perubahan dia. Yela, dia datang sini pun tak kenal sesiapa. Kami makan pun bercatu sebab tak ada duit. Gaji dia bukanlah besar sangat. Hidup dekat Kuala Lumpur pula memang banyak guna duit. Tapi aku tak kisah, janji aku bahagia dengan dia.

Lepas tu aku keguguran. Dalam masa pantang, dia yang jaga aku. Dia masak untuk aku, belikan apa – apa keperluan untuk aku. Aku nak apa – apa tengah malam pun dia bangun. Kami hidup bahagia sangat. Bergurau – gurau setiap hari. Dia sangat romantik, penyayang dan penyabar.

Masa aku s4kit dia jaga aku. Dia masakkan untuk aku. Kerja rumah pun kami buat bergilir – gilir. Dia mandikan aku bila aku tak larat nak bangun. Kadang – kadang aku mengada suruh dia p0tongkan kuku aku atau ikatkan rambut aku. Semua dia ikutkan je. Dia ikut je rentak aku. Kami bergurau, berlari – lari macam budak kecil. Mana nak dapat lelaki macam tu.

Walaupun dia macam tu, dia sebenarnya lebih matang daripada aku. Aku selalu meng4muk walaupun benda kecil. Dia banyak bersabar dengan aku. Yela, masa tu umur aku baru 21 tahun. Bila aku marah je, mesti aku c4mpak barang sampai pecah.

Pernah sampai satu tahap aku halau dia keluar rumah. Aku kemas baju dia dan aku c4mpak dari atas rumah ke bawah. Dia diam je. Sekali pun dia tak pernah naik tangan dengan aku walaupun per4ngai aku dah melampau. Aku pernah buang makanan yang dia beli sebab dia lambat balik.

Aku suka marah – marah dia. Benda kecil pun aku besarkan. Aku rasa aku jadi macam tu sebab gaji aku lagi besar daripada dia. Tambah pula dia selalu berhenti kerja. Selama tu aku yang tanggung dia. Aku memang str3ss sangat. Bila fikir balik, kesian dekat dia.

Dah la str3ss kena tipu dengan tempat kerja, lepas tu kena hadap per4ngai aku pula. Aku dah banyak sangat cari kerja untuk dia. Tapi dia memilih. Yela, dia tak ada kelulusan dan tak pandai cakap English. Dekat Kuala Lumpur ni kalau nak gaji besar memang kena pandai speaking. Kerja promoter dia tak nak. Kerja ni tak nak, kerja tu tak nak. Tapi bila dapat kerja yang dia suka, memang dia rajin.

Aku pernah pergi tempat kerja dia semata – mata nak tengok dia kerja sebab nak pastikan dia tak tipu aku. Memang dia sangat rajin. Kerja tak berhenti – henti sampai makan pun lewat. Tapi dia selalu kena tipu dengan majikan. Biasalah, kebanyakan kedai makan.

Ada satu masa tu aku dapatkan kerja untuk dia melalui kawan aku. Gaji kira tinggi juga sebab ada lebih masa. Mula – mula dia tak suka. Aku p4ksa juga sampai dia setuju. Dia pergi temu duga dan tunggu panggiIan. Masa tu aku cuti dan balik kampung. Dia pun ikut balik sekali.

Bila aku balik Kuala Lumpur, dia tak nak ikut. Dia cakap dia nak jaga mak ayah dia yang dah tua sebab tak ada siapa nak jaga. Kerja yang dia mohon tu pun dia cakap dia dah tolak. Masa tu aku memang geram dan marah sangat. Bermacam – macam aku buat untuk dia. Aku dah dapatkan dia kerja yang paling baik, tapi ni je balasan dia untuk aku?

Aku terkilan sangat. Macam macam aku buat supaya dia berubah, tapi dia sendiri yang tak nak ubah diri dia. Dua tahun aku hidup dengan dia. Susah senang sama – sama. Tapi dia macam tak hargai semua penat lelah aku. Aku mula give up. Aku minta cerai dan dia ceraikan aku.

Sekarang dia dah kembali dengan dunia lama dia. Hari ni genap tiga tahun aku tak berjumpa dengan dia. Selama tiga tahun ni aku memang tak boleh move on. Macam – macam lelaki aku kenal. Macam – macam lelaki aku berkawan. Aku cuba bina kehidupan baru, tapi aku tak boleh jumpa lelaki yang macam dia. Penyayang, penyabar, romantik, jaga aku masa s4kit, masakkan untuk aku dan sama – sama buat kerja rumah.

Apa pendapat semua? Patut ke aku kembali dengan dia atau cari yang lain? Aku risau orang lain tak boleh sayang aku macam mana dia sayang aku. Tak boleh terima baik buruk aku macam dia. Sebab aku dah tak jumpa lelaki macam dia. Selama tiga tahun aku berkawan dengan lelaki lain, tak ada seorang pun yang berkenan di hati.

Bukan aku tak usaha, tapi memang aku dah usaha. Kebanyakan yang aku jumpa semuanya kikis duit, panas baran, pentingkan diri sendiri. Yang paling penting, aku masih tak jumpa lelaki yang sanggup susah senang dengan aku. Aku masih muda, tapi aku rasa hidup aku kosong je sekarang.

Ulasan Pembaca :

Diana Wijaya :  Hmmm, setakat nak lelaki yang boleh tahan per4ngai awak, tu je yang awak nak? Tak kerja pun tak apa? Makan tanggung, ber4k cangkung pun tak apa? Awak pernah terfikir tak kenapa awak bercerai dulu? Sebab gaji awak lebih besar daripada dia. Sebab tu awak boleh layan dia macam tu. Apa saja yang awak buat, dia tak meIawan sebab dia tahu dia tak ada kemampuan. Perjalanan awak masih jauh lagi. Semoga awak bertemu dengan orang yang lebih baik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :