
Kami kahwin secara rahsia sebab mak mertua tak suka saya stautus janda. Saya jaga suami elok – elok, makan minum, pakaian dia, saya mandikan dia balik kerja, urut dia setiap malam dalam sejam dua. Hari ni genap seminggu suami tak balik…
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum admin dan semua. Saya cuma nak meluah, perkahwinan saya dah 3 tahun alhamdulillah. Genap hari ni, 1 minggu dah suami tak balik rumah lepas berg4duh hal kecil. Sampai makcik saya kata dia tak matang. Ye, saya pun anggap suami tak matang. Tak sesuai dengan title ketua keluarga.
Dia sengaja balik kerja lambat sampai berbuka di luar, balik hanya untuk mandi dan keluar semula. Saya dah seminggu berbuka sambil rendam air mata sedangkan saya masak untuk dia sekali. Tapi harini dia tak balik langsung. Untuk pengetahuan semua, kami berkahwin secara rahsia, sebab mak dia tak suka saya kerana status saya sebagai janda.
Tapi dia tetap nak teruskan berkahwin dengan saya walaupun saya dah kata tak nak sebab mak dia sampai h1na saya depan orang ramai. Dia pujuk, merayu saya untuk terima dia. Macam – macam janji manis yang doa taburkan. Dia akan balik ke rumah keluarga dia setiap hujung minggu.
Biasanya dia pergi pagi sabtu, malam ahad tu dah balik ke sini. Tapi ni pertama kali sampai isnin tak balik, jadi saya rasa dia tidur rumah keluarga dia lagi. Saya sebenarnya dah tak tahan dia asyik keluar rumah tak balik. Alih – alih saya yang nampak terhegeh kejar dia tanya “sampai bila nak macam ni?”, dia akan bagi respond angkuh sampai saya rasa s4kit sangat macam saya tak penting.
Saya pernah datang ke arah dia kalau kami berg4duh hal kecil, tapi saya diam je tak cakap apa – apa sebab takut ada yang dia tak suka dengar, alih – alih yang keluar mulut dia. “kenapa ni? Nak g4duh ke?”. Sedangkan saya datang nak berdamai.
Saya tak tau nak handle macam mana orang macam ni sebenarnya, dia suka cakap benda yang saya tak cakap. Dia suka cetuskan kemarahan lepas tu dia yang baran balik. Contoh, saya suruh dia mandi lepas balik kerja. Kadang – kadang saya saja tak mandikan dia sebab nak dia biasakan mandi sendiri lepas balik kerja sebab kawasan tempat kerja dia kilang, anak ada masalah paru – paru, pernah batuk berbulan – bulan sampai lembik.
Terus dia kata, “tak suka saya kat rumah lagi la kan?” Saya macam, penat nya Ya Allah. Sepatutnya perempuan per4ngai macam ni. Saya yang jaga makan minum dia, pakaian dia, saya mandikan dia balik kerja, urut dia setiap malam dalam sejam dua.
Jadi saya rasa s4kit dilayan macam tu. Rasa macam saya tak patut dilayan macam tu. Sedangkan saya, walaupun kami berg4duh, saya tetap pandang dia dengan kasih dan empati. Dia, kalau berg4duh, terus pandang saya macam musvh. Ni bukan pertama atau dua kali.
Saya pernah cakap g4duh teruk macam mana pun, jangan keluar rumah. Setidaknya saya masih ada rasa nak sediakan makan minum, siapkan pakaian dan lain – lain. Erti kata lain saya akan turunkan ego saya. Kalau dia keluar rumah, memang saya tak buat sebab dia dah buat saya menangis sorang – sorang sampai pujuk diri sendiri, bila dah pujuk sendiri, hati dah jadi kecewa dah nak buat semua tu. Jadi taw4r hati.
Dia pernah setuju, tapi dia buat lagi dan lagi. Saya dah penat nak menangis setiap hari sedangkan dia kat luar lagi suka berjauhan dari saya. Sampai saya tanya diri saya, dia sayang saya ke tak sebenarnya? Ada ke suami para isteri dalam ni buat perkara sama? Asal bertengkar je nak lari rumah? Apa awak buat?
Berapa lama mereka tahan di luar? Mereka pernah bertanya khabar tak pasal anak ke, barang dapur tak cukup ke? Saya pernah dengar ada yang suami orang lain yang pergi sampai berbulan – bulan. Saya tak sanggup, tak kuat. Ni pun saya usaha sibukkan diri tapi setiap kali lepas sibukkan diri, mesti lepas tu jadi rasa nak menangis teruk.
Saya pula ada sejarah MDD (major depressive disorder), saya takut terjadi balik. Takut saya tak sedar saya terbuat benda di luar kawalan. Kalau dulu saya selalu overd0se. Dan saya tak tahu, sama ada saya dah betul – betul sembuh atau belum sebab saya dah berhenti jumpa doktor, dah tak makan ubat sebab mengandung masa tu.
Lagi satu, saya takut nak suruh dia balik, saya takut kalau saya ajak dia, dia menyampah dengan saya pula. Tapi kalau tak cari, saya yang s4kit dan terg4ntung macam ni. Saya nak minta tolong, harap tak ada yang cakap mengguriskan hati sebab saya betul – betul tengah down.
Saya cuma nak meluah dan minta pendapat apa perlu saya lakukan. Saya surirumah, suami saya tak bagi bekerja sebab suruh jaga anak masih kecil. Kalau kerja, mungkin boleh sibukkan diri dan bersosiaI. Nak mengadu dengan kawan masih tak puas.
Sebab saya tak nak kacau kawan hari – hari hanya disebabkan saya menangis hari – hari selagi suami tak balik. Saya sampai drive sendiri tengah malam ke rumah makcik saya yang jauh dalam 1 jam dari rumah semalam sebab betul – betul dah tak tahan. Tapi bila balik, jadi sedih dan down balik.
Komen Netizen :
Fira Nur Ain : Sejenis suami yang play v1ctim. Suka kalau kita merayu – rayu. Hidup ni terlalu singkat untuk fikirkan hal laki macam tu 24 jam. Perkahwinan ni kalau buat kepala otak serabut, better jadi single mom. Kepala tak serabut, hati pon senang. Per4ngai cam budak sangat, minta digosok 24 jam.
Nur Syahirah : Sis saya takdak kat tempat sis. Tapi s4kit tu saya dapat rasa bila membaca luahan sis. Apapun jangan putus berdoa kepada allah beri petunjuk yang lebih baik. Insyaallah besar ganjaran sis bersabar dengan per4ngai suami sis.
Nasihat saya kalau dia melampau sangat pergi lah cari pihak berwajib yang boleh handle masalah keluarga sis. Sebab tak semua orang pandang kita dengan aspek positif sis. Pergi heret dia kaunseling kalau taknak jugak saya rasa sis pun tau jawapannya.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.