Suami tetap nak ceraikan aku dan desak pergi pejabat agama sebab kekasihnya tak mahu hidup bermadu

Perangai suami mula berubah lepas anak kedua bersalin. Semuanya sebab kesempitan wang dan dia mula terjebak dengan jual ‘ubat penenang’. Hidup dia dah lali dengan keluar masuk penjara dan akulah yang pergi ik4t jamin dan percaya janji dia akan berubah. Pernah sebulan dia tak balik rumah bila aku jumpa dia dah ada perempuan lain…

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum WBT. Ini pengalaman aku sebagai pedoman dan iktibar kepada pasangan yang mahu kahwin atau yang sudah berkahwin. Janganla rasa bosan ya baca. 🙂

Aku mendirikan rumahtangga di usia yang sangat muda. Aku berumur 20 tahun masa tu. Masa tu kasih sayang kami tiada apa yang mampu gugat.

Terlalu menyayangi dan mencintai. Meriah perkahwinan kami dan bahagia sangat – sangat. Kami duduk sementara di rumah ibu mertua lepas tu menyewa di tempat lain. Tak lama kemudian dikurniakan cahaya mata perempuan.

Indah sungguh rasanya. Selepas 3 tahun kahwin, kami beli rumah. Rumah flat kos rendah. itu je kemampuan kami. Aku kerani biasa. Dia makan gaji dengan keluarganya. Berniaga pasar. Tapi kami bahagia sangat.

Komitmen kami dah sem4kin tinggi. Anak lagi. Duit pengasuh, makan minum, susu, pampers, bayar kereta. Mesti la kan kalau dah ada anak. Selalu juga kami meminjam sana sini.

Tapi kami bahagia. Susah senang sama – sama. Itula janji kami. Ditambah masa tu aku diberitakan hamil anak kedua. Seronoknya kami. Perjalanan kami seperti biasa. Seperti pasangan yang bahagia dan selalu orang kata kami ni sweet couple.

Masa bersalin anak ke dua lelaki pulak tu. Sepasang la katakan. Dapat plak kunci rumah. Seronok la lagi. Lepas habis pant4ng terus pindah rumah baru. Maka, bermula satu episod ke satu episod. Diduga dengan kewangan yang meruncing. Anak dah dua. Dengan kos sekolah lagi.

Semua mesti tahukan banyak nak dibayar. Dengan gaji kami yang tak seberapa. Ditambah lagi suami juga sudah berhenti berniaga dan bekerja di tempat lain. Gaji bulanan yang kecil. Dia bukan ada kelulusan. Baru kerja sebagai pemandu forklift.

Hasil pertolongan kawan – kawan. Nasib ada lesen memandu kereta. Kalau tak susah juga dapat. Masa ni kami dah mula meminjam Ah L0ng. Tolak gaji bulan – bulan. Tahulah Ah L0ng ni kan bukan murah. Dari situ banyak bayaran tertunggak termasuk kereta dan rumah.

Dan lain – lain. Masa tu kami korek lobang sana tutup lobang sini. Macam tu la. Tapi kami tak pernah g4duh dan hanya macam tu la. Sayang kami tetap macam tu. Kalau keluar bawa anak – anak, macam orang ada duit je Iagaknya. Gembira. Bahagia je.

Satu hari tu, suami aku balik kerja. Dia kerja shift malam masa tu. Balik je terus tidur. Aku kemas rumah macam biasa. Layan anak – anak.

Tengah kemas nampak ada satu kotak hitam atas meja. Aku bukak. Dalam tu ada macam serbuk putih kaca tu berpeket, gunting dan plastic kecik. hati dah tahu ini benda tak elok. Walau tak pernah tengok pun sebelum ini. Tapi rasa benda tak elok.

Aku terus k3jutkan suami dan tanya. Dia diam sekejap. Kemudian dia cakap dia baru start jual benda ni. Baru sebulan. Nak tambah duit belanja. Duit tu untuk bayar hutang bukan makan kata dia. Aku cakap dad4hkan ni? Dia cakap. Ubat penenang. Bahasa dia. Aku bising dan bebel.

Suami aku cakap bagi la dia masa untuk berhenti dan dia akan berhenti sebab dia tak boleh berhenti macam tu saja. Suami aku jelaskan dengan nada lembut. Suami aku memang begitu walau badan dia tegap. tapi tutur lembut dia buat kau faham, Aku fikir. Baikla. Aku bagi dia masa.

Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Tiada tanda mahu berhenti. Aku mula dih4ntui risau yang meIampau. Rumah ada je orang datang. Waktu malam biasanya. Sampai pagi. Kalau keluar jalan – jalan dengan anak – anak tak kan sampainya tempat yang nak dituju.

Pusing sana hantar barang dia dulu. Kurang – kurang dua jam. Anak – anak selalu member0ntak. Yala budak – budak kalau nak jalan – jalan suka la.

Sampai tidur bangun balik dalam kereta. Nak kata susut hutang tak juga. Aku dah mula rasa beng4ng, marah dan s4kit hati. Aku mula suarakan.

Dia mula marah. Aku diamkan jela. Dia banyak habiskan masa di luar dengan kawan – kawan yang datang rumah. Dia selalu hantar aku pergi kerja. Balik kampung. Ke mana – mana aja. Semua urusan bayar bil dia yang uruskan. Aku banyak pada anak – anak, rumah la. Satu hari tu masa hantar aku pergi kerja, masa hantar aku tu aku cakaplah mak dia minta pergi kedai sebab hari tu dia cuti.

Tiba – tiba dia naik angin cakap aku mengadu dengan mak dia pasal dia. Aku cakap tak ada. Terus dia sep4k aku sampai bengk4k pipi aku. Dah tentu aku menangis. Dia minta maaf la malam tu. Aku ni masa tu cakap tak pe. Awak tak sengajakan.

Sayang kan. Aku maafkan dia. Lepas tu ada kenduri kat kampung aku, kena balik. kami pun balik la dengan anak – anak. Tapi dia hantar je aku. Kata ada hal. Masa kat kampung mak aku nampak Iebam. Dia bising la. Aku cakap jatuh tangga. Mak tak percaya. Tapi aku biarkan saja.

Selesai kenduri, malam tu pukul 4 pagi aku dik3jutkan dengan panggiIan telefon dari balai polis mengatakan suami aku ditangkap kerana dad4h dan diminta datang sekarang.

Tergamam. Tanpa fikir banyak aku pinjam kereta saud4ra aku dan memandu pagi – pagi buta sorang – sorang sebab keluarga aku tak tau hal dad4h ni. Sampai di balai aku diminta 3 ribu untuk ik4t jamin. Mana nak cari duit.

Aku tanya suami dia kata dia pun tak da. Tanpa fikir panjang aku telefon rakan aku minta tolong. Nasib dia kesian aku dan bagi aku pinjam. Lepas ik4t jamin kami terus balik ke kampung.

Kat kampung mak dah bising. Dan mereka dah tahu hal sebenar. Mak minta aku tinggalkan suami aku. aku diam saja. Buntu.

Suami aku semalaman merayu berjanji tak ulangi lagi. Aku pening. Esok pagi aku cakap dengan mak aku. “Mak, aku ikut suami balik dengan anak – anak.” Mak aku marah sangat. Adik beradik aku pun.

Aku buat tak tau. Aku sayang suami aku. Suami aku dah janjikan. Dia tak macam ni dulu. Aku yakin dia boleh berubah.

Tapi itu semua hanya pembohongan terbesar dia. Selepas itu dia masih buat lagi dan sem4kin teruk. Jiwa, hati aku bagai dicucuk – cucuk dengan p1sau dengan kelakuan dia.

Aku tak boleh cerita dengan sesiapa. Rasa malu sangat. Jiwa aku terganggu.. Dia rasa tak bersalah. Selalu keluar masuk penjara.

Aku jamin. Janji. Buat lagi. Janji lagi. Masuk penjara lagi. Itulah pusingan dia. Dia pulak dah berhenti kerja. Tak kerja. Semua aku bayar. Bagi kat dia duit untuk bayar bil tapi dia pakai untuk benda lain. Aku masa tu tak tau nak buat apa. Dengan dia malam keluar esok pagi baru balik.

Dia dengan anak – anak baik. Macam biasa. Tapi akulah yang mer4na. S4kit dad4. Aku tahan demi anak – anak. Demi sayang aku pada dia. Rasa nak bercerai ada. Tapi datang dan pergi. Kejap nak cerai kejap sayang. Pelik hati ku ini dikaburi sayang yang meIampau pada suami aku.

Satu hari tu kami g4duh besar. Kerana aku dah tak boleh terima dah. Dia pukuI aku dan keluar rumah tak balik hampir sebulan.

Masa sebulan tu la aku rasa kosong. Anak – anak tanya ayah mana. Aku pulak terumbang ambing. Aku dah biasa dengan dia. Marah ke apa ke dia ada juga. Kawan yang tahu suruh aku cari dia. Merata aku cari dia dengan anak – anak. Dia langsung tak hubungi kami.

Aku tertekan yang sangat – sangat. Aku cari kawan – kawan dia. Akhirnya ada yang simpati. Bantu kami. Ketemukan kami. Tapi pertemuan ini lagi meny4kitkan. Dia kata dia dah ada perempuan lain dan ingin ceraikan aku.

Aku? Aku rasa semua rasa s4kit yang s4kit dalam dunia tu datang sekali terus direct ke dad4. Masa tu soalan aku.. Apa salah aku?

Peng0rbanan aku ini baIasnya? Dia cakap kekasih dia tak mahu bermadu dan perlu ceraikan aku. Masa tu aku balik bawa anak – anak. Meratap. Meratap kehilangan kekasih yang paling aku sayang. Dua minggu aku tak tidur. Aku pergi kerja macam biasa.

Aku berg4ntung ubat tahan s4kit. Aku rasa panas dalam dad4 ni. Minum 10 cawan teh o ais sejuk sekali harung. Sampai tekak rasa sejuk giIa. Suara hilang.

Aku memandu malam – malam berjam – jam sambil nangis dalam kereta. Anak aku tinggalkan. Mereka tidur di rumah. Hari – hari suami hantar pesanan ringkas bila nak naik pejabat agama.

Aku mula berfikir. Aku tak nak cerai. Aku nak suami aku balik. Aku usaha nak baik pulihkan hubungan kami. Aku cari suami aku lagi. Bincang dengan dia. Aku cakap awak balikla rumah. Dua kali seminggu pun tak pe. Dia setuju. Setiap kali dia balik aku masakkan dia sedap – sedap.

Aku layan dia baik – baik. Ada juga dia tak balik aku masak. Aku sabar lagi. Aku tak mintak duit pun masa tu. Sebab aku baru dinaikkan pangkat. Aku ada duit. Dia tak tahu.

Aku hanya nak dia saja. Dia tak bagi pun duit. Kadang dia balik dia cerita dia g4duh dengan kekasih dia la. Aku dengar je walau s4kit hati. Aku cakap pujuklah baik – baik. Aku tak nak aku jadi macam terlalu marah dia walau hati ini s4kitnya Allah je tahu.

Bulan berikutnya dia mula ambil barang kami dalam rumah untuk bagi kekasih dia.

Dia mula mintak kereta yang aku bayar tiap bulan. Nama dia tapi aku yang bayar. Dia mula pukuI aku. Masa tu aku mengandung. Aku keguguran. Aku dah bagitahu aku mengandung. Dia percaya itu bukan anak dia. Masa keguguran aku sedih sangat.

Aku ingat anak boleh bantu dia untuk kembali pada aku. Aku masa tu rasa sangat pedih, s4kit yang teramat s4kit. Sampai aku rasa nak bunvh diri pun ada. Makan panadol dua papan. makan ubat tahan s4kit 10 biji. Apa salah aku. Kenapa buat aku macam ni?

Nasib Allah masih panjangkan umur aku masa tu. Kami terus tak sehaluan dan sem4kin jauh. Aku sangat kecewa. Dan dia masih tetap mem4ksa dan nak ceraikan aku.

Satu ketika, aku duduk di satu taman untuk tenangkan fikiran sebentar dengan bawa anak – anak. Masa tu ada h4mba Allah ni tanya soalan yang buat aku terpana. Dah solat?

Solat? Masa tu aku fikir dah lama aku tak solat. Lama sangat. Bukan ke syurga aku bawah telapak kaki suami aku? tak cukup ke.. Singkat sesingkatnya akal aku waktu tu.

Kadang Allah bagi ujian tanda peringatan. Kata dia. Orang tu terus balik tinggalkan aku terpinga – pinga. Tu je nak tanya? Aku tak nak fikir siapa orang tu. Aku fikir malam tu. Aku tak pernah berdoa kan, tak pernah tanya Dia.

Aku nangis sampai tertidur. Esok aku beli la buku solat. Aku buat solat Istikharah. Aku buang kejap masalah aku. Walau tak sangat tapi rasa ketenangan itu wujud.

Masih lagi melayan gangguan pesanan ringkas dan panggiIan dia yang mendesak ke pejabat agama. Masih tak balik. Satu malam, aku terima pentunjuk.

Masa tu dah dekat sebulan selepas aku mula dekatkan diri pada pencipta aku. Petunjuk dalam mimpi tu menunjukkan dia bukan milik aku lagi. Aku tersedar dalam keadaan terduduk waktu itu masa bukak mata tanpa sedar. Bukan semasa baring. Aku anggap itula petunjuk dia bukan milik aku lagi.

Kemudian, dalam pada itu aku hantar pesanan ringkas ke dia. Aku cakap. Kita jumpa di pejabat agama untuk proses perceraian. Dia kata ok.

Selepas beberapa hari kami ke pejabat agama, lalui sesi kaunseling dan sebagainya dan tak berjaya pulihkan keadaan kami. Dan seterusnya pada satu tarikh maka taIak telah jatuh ke atas aku dengan taIak satu. Keluar dari mahkamah syariah aku menangis sepuas hati.

Melepaskan semuanya. Aku dah bergelar ibu tunggal selepas 8 tahun dalam perkahwinan. Aku lalui 3 hari selepas bercerai dengan bingung. Selepas 3 hari aku terima panggiIan dari balai polis lagi kata dia ditangkap lagi.

Aku beritahu aku bukan isteri dia dan biar kan dia di dalam tu. Aku bagitahu keluarga dia. Masing – masing kata biarkan dia dalam penjara. Selepas seminggu ntah macam mana dia keluar dari penjara, mencari aku nak rujuk. Apa? Senangnya., mana kekasih kesayangan kau.

Dia cakap tak nak susahkan perempuan tu? Apa??? kuat betol dad4h tu permainkan akal kau kan. Aku dah tak mau ada apa – apa hubungan dengan kau. Sejak itu, dia sering ganggu hidup aku kat rumah, di pejabat dan di mana saja.

Aku terp4ksa duduk rumah saud4ra sini, adik sana, abang situ, balik kampung nak elak dari dia yang boleh dipanggilkan giIa taIak tu. Gangguan dia sangat extr3me sampai ada masa nak hunus p1sau ke leher aku kalau tak nak balik dengan dia. Report polis jangan cakaplah. Banyak dah buat.

Anak – anak. Aku terp4ksa bagitahu keadaan sebenar kami. Aku serabut dengan perangai dia. Aku letakkan anak – anak rumah mak aku. Aku dah nekad. Aku tak nak terIuka lagi. Aku sewakan rumah aku dan aku sendiri sewa di bilik sewa yang dia tak tahu aku di mana.

Aku tukar tempat kerja. Dia ganggu anak – anak aku di kampung. Tapi aku cakap kalau kau ganggu anak – anak aku larikan dan report balai. Dia tak ganggu la anak – anak.

Sejak itu aku fokus pada kerja. Dia masih ganggu tapi dengan anak – anak la tapi tak la meIampau. Aku malas nak panjangkan cerita.

Aku nak fokus dengan kerja. Selepas itu dia ganggu nak jaga anak. Pada mulanya aku tak bagi. Tapi sebab dia suka mengganggu, Aku bagi anak perempuan kami untuk dijaga olehnya. Sorang satu. berat hati tapi apa mampu aku buat. Hampir 2 tahun aku dah mer4na.

Aku penat. Tapi sekali sekala aku ambil anak aku juga. Perjalanan hidup aku, aku teruskan dengan bekerja keras pagi malam. hujung minggu. Kumpul duit belanja aku anak – anak, simpan sikit – sikit hingga aku mampu beli kereta sendiri, pergi bercuti sampai luar negara.

Di naikkan pangkat. Aku syukur dengan apa aku ada sekarang. Aku dengar dia dah kahwin dengan kekasih dia tu balik. Sejak itu anak aku tak dapat aku jumpa. Duit nafkah anak tak de pun dia bayar. Biarla Allah hitung kan nanti.

Tak guna tuntut jika tahu dia takkan bayar. Bukan tak pernah mintak. Duit Eddah dan Mutaah juga dia tak nak bayar. Sebab kata aku curang. Dia dengan isteri baru dia macam – macam la kata aku. Emmm.. Bila dah banyak ambil dad4h macam – macam benda boleh buat cerita.

Sampai sekarang pun dia masih buat cerita yang dia bercerai sebab aku curang. Tak apela. Terima kasih terusan bagi pahala pada aku. Nak tutup a1b sendiri dengan buat cerita nak nampak dia baik. Aku malas nak g4duh lagi. Jadi aku biarkan jela.

Selama aku diceraikan, banyak hutang aku terp4ksa tanggung sebab dulu dia kan berniaga, jadi semua nama aku. Dia? Mana nak bayarkan.

Aku jual rumah flat aku juga untuk langsaikan hutang. Aku percaya pada rezeki Allah. Janji aku usaha. Aku usaha dan jalankan tanggungjawab aku pada anak dan mak aku. Aku belajar serba sedikit agama. Dari satu tangga ke satu tangga aku meniti.

Aku cuba bayar dan selesaikan satu demi satu hutang aku. Ya. saat jadi ibu tunggal ramai yang mengata dari membantu. Aku malas ambil kisah sangat.

Adalah juga aku sedih. Sorang – sorang jalani semua ini. Tapi aku ada teman – teman yang baik yang selalu ambil kisah. Jadi, aku tak nak fikir sangat. Bila mereka nampak bekas suami aku susah.

Kerja macam – macam lagiIa aku yang dik4tanya. Aku dah lalui s4kit yang semua tak rasa. Yalaa benda tu kan dah lepas. Mana orang ingat. Sampai ada keluarga sendiri pulaukan aku percaya kata – kata bekas suami. Pahala lagi.

Aku malas nak fikir banyak tentang mereka bukan aku minta bantuan duit pada mereka pun selama ni.

Sekarang ni aku dah berkahwin dan ada rumah dan syarik4t kecil – kecilan sendiri. Dapat suami yang baik dan terima aku seadanya dengan anak aku.

Aku pastikan aku tidak lupa Allah dan cuba jaga perkahwinan baru ku ini sebaiknya. Menjadi keluarga yang bahagia ini kena seiring dengan tuntutan agama.

Pengalaman aku yang lepas banyak mengajar aku macam – macam untuk teruskan hidup. Betulla apa yang kita dengar selama ini. Peratus perceraian tinggi adalah sebab tak solat bukan sebab wang.

Bila aku dan bekas suami pernah tiada pegangan agama maka rumahtangga sebahagia macam mana pun tetap akan runtuh. Aku bersyukur ada sahabat – sahabat yang memberi semangat. Mak yang memahami aku dari mula. Bila aku dah senang sikit, aku tak pernah lupakan mereka.

Tanpa mereka siapa aku sekarang. Jangan dekati dad4h. Kebanyakkan susah kembali ke pangkal jalan. Bukanla semua. Tapi kebanyakan. Jangan mudah percaya seseorang sangat.

Setiap orang yang dengan kita tak kira siapa, perlu ada dalam diri sikap berhati – hati dan jangan mudah percaya.

Penting. Jangan all out bagi sayang dan cinta. Pastikan ada gab untuk kita. 80/20 or 90/10. Supaya bila kecewa tak la terlalu s4kit dan masih ada akal untuk berfikir. Jangan jadi macam aku.

Yang pasti, kasih Allah tak pernah hilang. Tak pernah lelah walau kita banyak kali lupakan dia.

Harap cerita aku ni bole beri panduan pada semua. Zaman sekarang ni lagi banyak cab4ran. Allah je boleh bantu dan guide kita.. Aku bersyukur Allah bagi aku peluang lagi tuk kenal Dia.

Terima Kasih baca.. 🙂 – Aralyn (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet : 

Amira Abdullah : Ambik la semula anak perempuan kamu tu. Kami semua di sini risau akan keseIamatan anak kecil tu. Awak sebagai ibunya bertanggung jawab untuk memastikan anak itu diberi perIindungan dan kasih sayang yang sewajarnya. Kedua – dua anak awak la harta dunia dan akhir4t. Jadi berjuanglah untuk dapatkan balik penjagaan anak perempuan awak.

Puan Zuera : Anak perempuan awak macam mana? Risau anak perempuan ditinggalkan dengan ayah yang kaki pukuI dan pen4gih dad4h. Risau dijual je anak tu. Semoga anak perempuan awak baik – baik saja dan sentiasa diIindungi Allah… Rasanya awak patut ambil anak perempuan awak sekarang ni..

Shahanie Habibur Rahman : Tahniah berjaya keluar dari kemeIut masalah rumahtangga tu. Tapi confessions ni buat saya sesak nafas kenangkan anak perempuannya. Dah tahu bekas banduan, pen4gih dad4h, pukuI, tak risau ke atas keseIamatan anak perempuan tu? Patutnya boleh minta perintah mahkamah masa bekas suami ganggu anak – anak tu? Report pun melambak. Aduhaiii.. maaf part anak ni I memang tak boleh nak tolak ansur jika ex sejenis gini.

Zairulhusni Wan Zein : Bila sampai perenggan serah anak pada ex suami, cerita lain macam perasaan confessor, kena Iempang dan sebagainya dah tak penting dah. Harunglah sebab itu pilihan puan berkali – kali. Cuma 1 je, semua orang kat sini ambil berat pasal anak perempuan tu. Tolong dengar nasihat semua orang di sini tentang perkara yang sangat penting dan confessor terlepas pandang, ANAK PEREMPUAN. Tolonglah ambil balik. Pastu tak perlu buat confession 2 nak rasionaI apa – apa dah, selesai dulu bab anak perempuan tu baru cerita balik.

Siti Najwa : Satu je nak cakap, ko ni tak sayang anak ke? Anak perempuan plak tu bagi pada bekas pen4gih. Tak tahu macam mana kehidupan anak tu dengan bapak dia. Bah4yanya bagi pada laki macam tu untuk beIa. Dah la tak dapat jumpa. Tak ada rasa apa – apa ke? Patut hak penjagaan dua – dua memang dapat kat mak sebab bekerja dan bapak plak pen4gih. Orang lain berm4ti – m4tian nak pertahankan hak anak boleh bagi senang – senang macam tu je…