Suami tiba-tiba bawak kawan baik dia, lelaki umur 40 tahun kerja kedai kami. Suami siap bawa tinggal sekali katanya, kesian takde mak ayah, keluarga

Aku dan suami akan berpindah pada bulan Mac tahun depan ke rumah baru. Suami aku memutuskan untuk mengajak kawan baiknya tinggal bersama kami. Baru ni suami bagitahu, dia dan kawan baik dia nak pergi berjalan tapi tak ajak aku. Suami siap sponsor tiket flight, visa. Aku kena tinggal kat rumah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, nama aku N. Aku dalam lingkungan usia 20an dan telah berkahwin dengan suami pada bulan Julai tahun lepas. Sehingga sekarang, perkahwinan aku dan suami masih bahagia ditambah pula dengan berita yang aku sudah mengandung 3 bulan. Alhamdulillah..

Apa yang aku nak ceritakan di sini adalah sekitar 2 bulan lepas kawan baik suami aku telah datang untuk bekerja di kedai kami. (Aku pun berkenalan dengan suami kerana bekerja di kedai itu di mana suami aku adalah pemiliknya). Suami aku cakap kawan baiknya seorang yang sangat baik dan dia akan menjaga kawannya kerana kawannya keseorangan (ibu bapa telah meninggaI dan tiada ahli keluarga).

Kawan baiknya jauh lebih tua daripada kami, mungkin sudah lebih 40 tahun. Aku takde la berasa apa – apa cuma kadang – kadang aku perasan bahawa kawan baiknya hanya akan membuat kerja dengan bersungguh – sungguh bila suami aku ada sahaja. Bila suami takde, hanya duduk saje.

Bila suami keluar kebiasaannya aku yang akan membereskan tugas – tugas tersebut (mungkin aku berfikir terlalu negatif tapi perasaan aku tak boleh dielak). Berd0salah aku kalau dia tak berniat pun macam tu tapi aku dah selalu rasa macam tu.

Terpulang kepada pembaca nak menilai macam mana tapi jangan la percaya 100% takut apa yang aku cakap ni tak betul sangat. Berbalik kepada cerita suami aku dengan kawan baiknya, aku makan hati apabila suami aku merancang untuk pergi ke luar negara untuk melancong tetapi dia tak ajak aku. Dia ajak kawan baiknya itu.

Aku berfikir bahawa aku ini isterinya ditambah pula sedang mengandung anaknya tetapi sanggup dia nak meninggaIkan aku keseorangan menguruskan kedai (bila 2 orang pergi bercuti tak cukup tenaga la nanti, mesti aku akan jadi lebih penat kerana bekerja lebih).

Aku sangat terasa hati kerana dia lebih memilih untuk meluangkan masa – masa gembiranya bersama kawan baiknya itu berbanding aku, isterinya sendiri. Aku memanglah belum sarat mengandung tapi kalau aku terlampau letih kadang – kadang perut aku akan mengeras, berasa s4kit dan aku takut perkara ini akan berlaku apabila dia bercuti nanti.

Beberapa hari lepas aku berpura – pura merajuk kerana aku nak ikut pergi bercuti sekali. Aku seorang yang suka travel tapi aku sedih apabila suami lebih memilih kawan baiknya untuk diajak bercuti. Suami kemudian cakap kalau aku nak pergi sekali boleh tapi bayar tiket sendiri. Nanti duit passport semua dia tanggung (aku masih belum ada passport).

Aku setuju tapi hari ni nampaknya cakap tak serupa bikin sahaja apabila dia suruh aku memohon visa secara online bagi pihak kawan baiknya itu. Jika dia ingin aku pergi sekali mesti dia dah suruh aku pergi buat passport. Jujur, aku sangat terasa hati.

Yang lebih meny4kitkan hati aku apabila dia sponsor semua bayaran visa dan tiket flight kawan baiknya itu. Aku hanya mampu menangis dalam hati. Sampai hati dia menyuruh aku bayar tiket sendiri tapi dia sanggup sponsor semua perbelanjaan untuk membolehkan kawan baiknya itu pergi travel. Aku sensitif sangat ke pembaca?

Aku faham dia dah kawan lama dengan kawan baiknya itu tapi dalam situasi ni aku rasa macam aku ni tak penting dalam hidup dia. Seolah – olah kalau aku dan kawan baiknya lemas dia akan memilih untuk menyelamatkan kawan baiknya. Hal kedua yang membuatkan aku tak puas hati adalah kami akan berpindah pada bulan Mac tahun depan ke rumah baru. Suami aku memutuskan untuk mengajak kawan baiknya tinggal bersama kami.

Aku tak pasti apa yang bermain di benak fikirannya. Nak tolong kawan kerana kasihan pun perlu la berpada – pada. Kawan baiknya mampu untuk menyewa tetapi dia tetap berdegil. Aku bukan gadis yang lantang bersuara. Apalah sangat yang mampu aku katakan. Aku hanya berdiam diri sehingga sekarang.

Normal ke kalau bawa lelaki bukan muhrim tinggal sekali dengan perempuan. Aku pasti tidak. Adakah normal pembaca? Secara keseluruhannya, aku tau masalah aku cuma masalah kecil. Bagaimanapun, kawan baiknya seorang yang baik pada pendapat aku.

Cuma mungkin aku yang terlampau sensitif dalam semua perkara. Aku tidak berniat nak memburukkan sesiapa. Aku hanya nak share cerita aku. Apa pendapat pembaca? Kalau korang nak kecam atau bagi nasihat dipersilakan sebab aku nak tau pendapat orang ramai macam mana. – N (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Amalina Yahaya : Pelik betul lah. Takkan sampai nak duduk serumah. Suami dia ni tak boleh fikir ke tentang privasi rumah tangga dan aurat isteri tu. Aku tak faham, memang tak normal suami macam tu. Tolonglah wahai suami, kalau nak kahwin lepas tu aniaya isteri, baik tak payah kahwin.

Nak bercuti pun dengan kawan, bukan dengan isteri. Sponsor macam – macam untuk kawan tapi dengan isteri berkira. Memang nampak mencurigakan sangat. Mohon tuan punya cerita siasat lagi hubungan dua orang tu. Aku tak nak tuduh apa – apa, cuma suruh siasat je sebab zaman sekarang ni ramai yang pelik – pelik. Lagi pula tengah mengandung tapi suami dah macam tak teruja langsung dengan isteri sendiri.

Maizura Madzalan : Kalau sampai nak ajak tinggal serumah dengan korang laki – bini, memang mencurigakan sangat. Tak normal ya. Takkan awak nak pakai tudung dalam rumah sendiri sebab ada “kawan baik” suami awak tu. Fikir kat situ pun dah pelik. Adu dulu pada keluarga, cuba siasat hubungan mereka dengan adik beradik suami.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :