Suami tolak saya ke lantai, dia kata biar gugur pun tak apa. Salah ke saya jaga mak yang str0k?

Saya anak tunggal dan dari sebelum kahwin lagi jaga mak yang s4kit str0k. Setiap kali pergi rumah mertua saya akan bawa mak sekali. Mertua saya ni pembersih jadi bila mak saya nak k3ncing ke ber4k ke mesti mertua kerap bersihkan bilik mandi dan tandas sebab dia kata ada bau..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, nak mintak pandangan dari para pembaca. Tolong hide facebook saya. Saya anak tunggal memang menjaga ibu saya, dia pun tak sihat dan pernah str0k. Sekarang alhamdulillah okey dari dulu cuma kaki sudah tak kuat nak melangkah berdiri, jadi ke mana sahaja saya pergi mesti ibu ikut.

Sekarang saya dah berkahwin, suami bersetuju duduk untuk jaga ibu saya. Rumah mak mertua saya tak jauh pun. Jadi sekali sekala dia nak tidur rumah mak dia, memang bila ke sana pun saya akan bawa ibu saya. Sampai dah 6 bulan kahwin, tapi ibu saya ni tiap kali nak ke rumah mertua saya dia tak suka.

Nak duduk rumah sendiri la, nak duduk rumah kakak dia la. Saya sampai menangis pujuk ke rumah mertua saya. Saya senang bila dia ada kat depan mata, suami pun macam tu. Mak dan ayah mertua pula, masa mula – mula kami kahwin dah faham semua tu, mereka dah pesan kat mak kalau kami balik ke rumah dia, mak saya ikut sekali. Tapi mak saya tak suka.

Mertua saya ni pembersih jadi bila mak saya nak k3ncing ke ber4k ke mesti mertua kerap bersihkan bilik mandi dan tandas sebab dia kata ada bau, jadi bila dah jumpa banyak kali, macam sekarang, banyak la yang tak kena.

Jadi semalam suami nak tidur rumah mak dia, macam biasa la saya dengan mak saya akan berg4duh. Menangis bila nak pergi sana. Sebab mak saya tak nak pergi. Kemudian suami balik dari kerja, dia siap – siap la nak balik ke rumah mak mertua saya.

Masa siap – siap saya pun tanya, kita tidur bilik tetamu la, biar mak saya tidur bilik saya dan suami sebab bilik tu dekat dengan tandas, mak saya malam – malam kuat k3ncing. Lepas tu bila suami dengar terus dia kata takpe la takyah la balik.

Dia cakap dia penat. Jenuh saya pujuk saya cakap dah alang – alang siap jom la balik, dia cakap penat. Pagi ni dia nak pergi kerja tiba – tiba dia persoalkan hal semalam pasal tak balik rumah mak mertua saya. Dia cakap tiap kali nak balik mesti ada masalah, salah ke apa yang saya minta tentang bilik tu, dia cakap patut tak payah cakap apa – apa sebab spoiI mood.

Saya mintak maaf dia m4kin merepek – repek, saya tak pernah merungut kalau beIah dia, dah macam ni tergur1s hati saya. Kalau mak dia tak sihat pun nanti, saya akan jaga macam saya jaga mak saya sekarang ni. Jadi pagi tadi kami berg4duh besar. Suami ambil semua pakaian nak balik rumah mak mertua saya.

Sampaikan dia buka pintu, dia terpij4k kucing peliharaan kami. Dia jadi marah dengan kucing tu dia sep4k kucing tu. Saya tolak dia, saya marah dia, saya tanya dia dah kenapa. Lepas tu dia tolak saya dengan kuat sedangkan saya mengandung. Menangis saya kat lantai tu.

Dia cakap biar la gugur pun tak apa. Apa nak jadi dia tak kisah dah, dah lama dia makan hati. Saya salah ke? Salah ke saya. Dia cakap dia tak boleh nak hidup macam ni sebab masalah ni akan sampai bila – bila. Nanti lepas bersalin dia akan uruskan semuanya.

Komen Warganet :

Chinta Naura : 1. Biarkan dia balik ke rumah mak dia. Tengah panas tu. Biarkan je dan tengok je apa tindakan dia nanti.

2. Jaga kandungan baik – baik. Itu yang paling penting sekarang. Jangan str3ss – str3ss. Tak elok untuk anak dalam kandungan.

3. Awak anak yang baik. Jagalah Mak elok – elok. Awak akan bahagia nanti, InShaAllah.

4. Kalau betul suami nak berpisah seperti yang dia katakan tu, biarlah. Mungkin itu yang terbaik. Nanti dapat fokus jaga anak dan mak. Kerja cari pendapatan sendiri.

5. Dekatkan diri dengan Allah. Banyakkan tahajud di sepertiga malam. Hati kita semua Allah yang pegang. Bahagia kita cuma Allah yang beri, bukan manusia.

Kuat yea. Jaga diri, jaga baby dan jaga ibu. Semoga dipermudahkan urusanmu. Aamiin.

AR Kur0be : Uih, h4ng ni kene belajar tolak ansur dengan laki h4ng ni. Masalah h4ng ni, h4ng takut sangat nak luahkan perasaan hati, jadi h4ng terasa dan dia 0versensitive. Akhirnya dedua terkapai sendiri. Gini la, lepas laki kau dah cool down, kau terus cakap dari hati ke hati. Kau cakap kau dah mengandung, kena jaga mak, mak kau tak selesa, rumah mertua dekat bla bla bla.

Kau bagi je laki kau tido sendiri rumah mak dia tapi tak perlu bawak kau sekali sebab mak dia dan mak kau tak selesa. Kau cakap je sekarang mak mertua kau sihat, jadi dia boleh cakap macam – macam tapi kita bukan selamanya muda. Mak mertua h4ng satu hari nanti akan tua dan tak boleh uruskan diri sendiri. Jadi buat masa sekarang, bagi peluang kau berkhidmat dekat mak kau macam mana dia nak berkhidmat untuk mak dia.

Kalau dia tak nak, kau bagi dia peluang c0ol d0wn sendiri dengan pisahkan tempat tido dan mungkin silent tr3atment. Kau ni jangan lembut sangat, dan laki kau jangan keras sangat. Kalau untuk kepentingan diir sendiri selagi tak menjejaskan orang lain kau kene suarakan. Dah, jaga kandungan tu elok – elok. Laki kau tu belum rasa dia dah jadi laki orang, bakal bapak orang, dia kemaruk nak jadi ‘anak yang baik, suami yang ditakuti isteri’, jadi memang akan suIit sikit. Bertabahlah.

Kamsiah Bt Talib Siah : Betullah sis dalam delima ye. Kesian ibarat ditelan m4ti mak diluah m4ti bapa. Harap dapatlah berbincang dengan baik, si suami kena bertolak ansur sebab dia berkahwin dengan sis yang merupakan anak tunggal dan punya seorang ibu tunggal yang tidak sihat dan sangat – sangat memerIukan perhatian sis.

Sepatutnya hal makan, tak makan hati ni tak timbul sebab sblum kahwin lagi dah tahu keadaan sebenar sis, apa lagi sekarang. Sis kena kuat sebab sis tengah mengandung. Suami sis kena bertimbang rasa. Kena releven bila buat keputvsan, jangan terlalu ikut rasa hati dan kata h4sutan sya1tan dan kawan – kawan.

Monasabirin : Ex suami saya pun macam tu dulu. Mak saya s4kit saya yang jaga, dia tak boleh terima. Saya tak kisah dia nak buat apa, yang penting saya jaga mak yang s4kit str0k. Alhamdulillah dah 17 tahun saya jaga mak str0k. Biarlah sampai hayat mak saya jaga. Saya tak kisah hidup sendiri dengan anak – anak tanpa suami.

Tie Arif : Hanya sebab nak minta emak tidur bilik TT dan suami kerana dekat dengan bilik air, suami merajuk balik rumah mak dia dan kini nak ceraikan isteri, sanggup tolak isteri mengandung dan doakan anak gugur.

Macam ni lah dik. Adik tak salah pun. Adik cuma bagi cadangan bagi memudahkan di pihak emak kandung dan suami. Di pihak suami, adik masih nak balik rumah mentua, di sebeIah mak, adik nak senangkan mak ke bilik air. Dalam masa yang sama nak mak ikut adik ke rumah mentua.

Kalau nak cadangan acik ni dik. Cadangan mewah kalau ada kemampuan ialah ambil pembantu rumah supaya bila adik bermalam rumah mentua, mak tak payah ikut, maid teman.

Cadangan yang tak mahal sangat ialah, setiap kali nak ke rumah mentua, upah anak – anak jiran yang besar bermalam di rumah mak.

Cadangan ke 3, kalau nak balik rumah mentua, balik dengan suami ziarah mentua tapi tinggalkan suami bermalam rumah mak dia, tapi adik balik lah rumah teman mak. Tak payahlah usung orang tua tu, dia tak selesa di rumah mentua. Mentua juga tak selesa mak bermalam di sana.

Seterusnya, memandangkan suami dah bagi kata dia nak uruskan perceraian. Biarkanlah dia. Adik tak salah apa pun. Satu hari nanti dia akan menyesal. Bukan semua isteri seronok bermalam rumah mentua. Nanti dia dapat lagi teruk baru padan muka dia.

Apa yang perlu adik lakukan sekarang ialah… bertenang, fokus pada kehamilan, solat dan pohonlah pertunjuk dari Allah. Jangan nak beria hantar mesej dekat suami tu pujuk rayu. M4kin lemak dia nak cepat ceraikan nanti. Bila lama tak contact dia, jika ada sayang dia pada adik, dia akan cari jalan penyelesaian.

Jika suami failkan penceraian sekalipun, adik boleh minta Sulh. Dalam sulh nanti, ceritakan masalah dan kemukakan cadangan – cadangan ni kepada suami. Itu jika dia masih sayangkan adik. Kalau dia berkeras nak bercerai, pastikan hak – hak yang layak untuk anak nanti dituntut. Begitu juga harta sepencarian dan mutaah.

Adik tak salah, tiada apa yang perlu disedihkan. Orang yang bersalah lebih banyak bebannya.