Suami ugvt kalau saya balik rumah ibu, dia nak ambik anak

Saya sekarang tengah mengandung. Saya teringin sangat nak makan masakan ibu tapi suami halang saya balik. Dia kata mak dia pun boleh masak untuk bagi saya makan. Dia tak faham ke saya rindu dekat ibu, ibu pun sedih sebab rindu dekat saya. Suami ugvt kalau saya balik juga, dia suruh saya bungkus semua pakaian duduk sana terus, tapi anak nanti bagi dekat dia..

#Foto sekadar hiasan. Salam min, mohon hide nama saya.

Saya baru berkahwin 8 bulan. Apa perlu saya buat bila suami tak nak pindah dari rumah mak dia? Dulu sebelum kahwin dia kata cuma duduk sementara je. Lepas kahwin dia kata akan tinggal sini smpai 3-4 tahun atau selamanya. Lepas kahwin haritu saya ikut dia pindah ke utara tanah air. Jauh tinggalkan tempat saya dibesarkan. Saya tinggalkan semua yang saya ada di bandar, kerja, family, kawan – kawan. Bila datang utara saya tak dapat cari kerja. Tinggal dalam rumah mak dia. Rumah mak mertua yang panas, kotor, banyak sampah dengan kucing penuh. Mak mertua peniaga, memang tak peduli pasal rumah. Sampah dan botol – botol plastik buruk dia simpan bertimbun di sekeIiling rumah dan belakang rumah. Dalam rumah pula penuh almari – almari buruk yang tak pakai dan barang – barang lama yang bersepah. Memang seperti kapal pecah. Saya pula dari kecil dibesarkan dalam rumah yang kemas, bersih, teratur. Saya jadi tertekan bila duduk dalam rumah yang macam ni..

Dalam rumah ni bukan hanya ada mak mertua tetapi nenek dia yang dah nyanyuk dan perlu layan kerenahnya yang setiap hari menguji kesabaran. Tiap kali saya mandi, dia akan ketuk pintu dengan kuat dan akan m4ki – m4ki depan pintu kalau saya lambat buka.

Dekat sini juga ada kakak ipar dengan tiga orang anak lelaki yang lasak. Suaminya bekerja di ibukota Dulu mereka tinggal di sana. Tetapi 4 tahun lepas dia berhenti kerja dan balik tinggal dgn mak dia disini. Tak tahu bila dia nak balik sana semula. Sejak saay datang sini saya yang bersihkan rumah ni dan memasak. Bersihkan rumah sekejap je, lepas tu anak kakak ipar tu sepahkan balik. Maknya buat tak endah je anak sepahkan rumah dan asyik dengan pegang hp.

Bila suami saya balik, dia tengok rumah bersepah dia kata saya tak buat kerja dalam rumah ni. Saya goyang kaki dalam rumah ni. Saya kawin untuk jadi orang gaji dalam rumah ni ke?

Tiap malam saya menangis mengenangkan nasib. Tak tahu nak mengadu pada siapa hanya menangis atas tikar sejadah. Saya nangis dengan keadaan saya pregnant sekarang ni lagi. Bila saya nak bincang baik – baik pasal rumah sewa dengan suami, dia akan naik angin. Dia kata dia tak nak keluar dari rumah ni. Nak jaga mak dia dan nenek dia. Tu alasan. Dia bukan tak ada adik – beradik lain. Mak dia juga masih sihat. Masih keluar berniaga. Nenek dia bukan tanggungjawab dia. Pakcik dan Makcik dia ramai. Lepas tu tuduh saya macam – macam kata saya tak suka family dia.

Apa – apa dia akan menangkan family dia dan saya yang akan dipersalahkan. Dia kerja dari pagi smpai lewat petang. Bukan tahu apa yang saya lalui dalam rumah ni. Bila balik dia akan cari mak dia, kakak dia atau anak anak buah dia dulu. Saya seperti orang asing dalam rumah tu. Kalau nak pergi mana – mana family dia akan ikut kami skali. Kalau family dia tak ikut, anak – anak buah dia yang ikut. Kami tak ada masa berdua pun. Bila saya suarakan hal ni dan kata nak keluar berdua sahaja, saya yang kena marah. Dia tuduh saya benci family dia, benci anak buah dia. Dia kata tu tanggungjawab dia kena jaga kakak dia dan anak buah dia. Hak saya mana sebagai isteri? Kakak dia bukannya janda. Dia dah berkahwin kenapa suami saya yang kena jaga dia dan anak dia. Suami dia pula saya tak faham kenapa biarkan anak bini dekat sini. Sejak kawin saya belum rasa kehidupan berumahtangga lagi, tak bahagia.

Bila sekali dua dapat keluar berdua, dia hanya diam. Tengah makan pun layan hp, tak ada nak sembang dengan saya. Perubahan tu memang ketara sangat bila dia keluar berdua dengan saya dan family dia. Bila saya masak. Dia akan merungut tak sedap. Makanan apa yang saya masak macam ni. Saya sedar saya bukanlah pandai memasak. Biasa sahaja. Tapi saya cuba dan usaha agar dia suka apa yang saya masak tapi bila dia merungut macam – macam hati saya rasa sebak sangat. Tak boleh ke dia ambil hati saya sikit. Tapi jika mak atau kakak dia yang masak, walau tak sedap, dia akan puji. Hati saya terIuka, pedih. Saya luahkan di sini bukan untuk buka a1b suami cuma nak meluahkan rasa hati yang sebak. Saya tak nak cerita pada ibu dan keluarga saya sebab saya tahu ibu baru sahaja kehilangan ayah. Saya tak nak menambahkan kesedihan ibu lagi..

Tu belum adik lelaki bujang dia balik weekend. Saya perlu menutup aur4t 24 jam. Nak mandi pun susah. Bila saya nak balik rumah ibu. Jenguk ibu pun dia tak bagi. Saya terasa nak makan masakan ibu, minta balik 2 – 3 hari je. Untuk hilangkan teringin nak makan masakan ibu saya tapi bila saya minta izin dia. Dia kata kalau nak balik rumah ibu pergi bungkus kain baju. Duk sana terus tapi anak nanti bagi kat aku!

Ya allah saya cuma minta balik sekejap je kenapa sampai dia naik angin macam tu. Dia tolak saya, tangan saya Iuka kena tangan dia dan ada sikit Iebam bila dia tarik lengan saya. Dia Iempar biskut biskut yang ibu bekalkan dekat saya atas lantai. Saya hanya mampu menangis. Ibu dengan arw4h ayah tak pernah buat saya macam ni skali. Dia kata kalau nak makan. Mak dia pun boleh masakkan. Kenapa nak ibu masakkan? Mak aku masak tak sedap ke?!

Dia tak faham . Saya mengidam teringin nak makan masakan ibu. Tu je. Dia nak saya hormat family dia, jaga hati family dia tapi dia tak jaga hati family saya pun. Ibu selalu call tanya khabar saya dan tanya bila nak balik sini. Ibu rindu, saya hanya tahan sebak tetapt saya terp4ksa bagi macam – macam alasan pada ibu. Tak nak ibu tahu hal sebenar. Ibu sayangkan menantu dia tapi ibu tak tahu menantu dia buat ibu dan anak ibu macam ni.

Selalu pujuk hati. Allah uji aku sebab Allah sayang aku, sambil menangis. Ada hikmah Allah nak bagi lepas ni, saya tengok kawan – kawan saya yang dah kawin selang beberapa bulan dengan saya.. Semua happy dengan suami mereka. Kenapa saya tak macam tu? Saya kesian dekat anak dalam kandungan ni.

Saya sedih, saya tertekan sangat tinggal di sini. Bila tertekan saya rasa macam nak bercerai je walaupun usia perkahwinan saya tak sampai setahun. Tapi saya fikirkan masa depan anak yang bakal saya lahirkan. Saya tak nafikan suami saya baik. Cuma bab pindah rumah, tinggal asing, nak balik rumah ibu, tu dia akan naik angin. Sampai bila saya perlu bertahan di sini. Tak lama lagi anak saya lahir. Saya tak nak besarkan anak dalam rumah ni. Saya kesiankan anak saya, saya tertekan.

Komen Warganet :

Sazlina ZA : Confessor, go find your own happiness. Lagipun bertahan hanya buat suami bertambah berd0sa. Sis punya sebab yg kuat untuk berpisah andai itu jalan terakhir:

1. Suami gagal memberi nafkah tempat tinggal;

2. Suami gagal jalan tanggungjawab sebagai suami. Suami wajib menunaikan nafkah kepada diri sendiri, isteri, anak dahulu baru ibu bapa dan adik – beradiknya;

3. Anak akan jadi hak ibu. Tak perlu pun f1ght pasal itu. Paling tidak pun suami hanya akan dapat hak melawat saja.

Pergi ke pejabat agama terdekat dan buat aduan serta dapatkan nasihat dari mereka. Teruskan sehingga habis jangan separuh jalan. F1ght for your own happiness. Jangan buang masa hidup dlm dunia t0ksik dan sia – siakan masa depan dengan anak tu nanti. Sekarang u mend3rita, akan datang anak u akan turut sama d3rita mentaI & em0si bersama u. Fikir untuk diri & anak dulu. Clearly suami u tak pernah fikir untuk kebahagiaan u sekeluarga. Adios.

Schanour Dianza : Kalau dah dia ugvt macam tu apa lagi bungkus kain baju kau terus. Duduk je dengan mak kau. Masa depan kau terjamin, tempat tinggal pun bersih, tak ada la duduk macam dalam reban ayam. Tentang anak tu nombor 2, kau selesaikan masalah sendiri dulu. Kalau nak bersalin, kau diam – diam. Jangan bagi tahu dia, habis pant4ng kau dok jauh – jauh dari dia, bIock no dia. Dalam masa yang sama kau failkan penceraiaan ko, kalau dia nak anak, kau boleh f1ght balik. kau ingat mahkamah akan lepaskn anak kecik bagi kat bapak dia yang tak guna macam tu. Lepastu duduk dekat rumah yang kotor. Tak reti jaga kebersihan langsung. Malam ni kau bungkus kain baju kau, kau keluar dari umah tu

Kamilah Sobri : Allahu, sedih baca kisah puan. Rasanya tak ada yang tahan duduk serumah dengan mertua kalau begitu caranya. Perkahwinan puan belum pun cecah satu tahun. D3rita sepanjang masa, sanggup kah puan hidup begini hingga akhir hayat? Takut puan murung nanti. Seeloknya puan bgtau ibu puan, mintak nasihat apa yang harus puan buat. Kalau tak, puan pergiIah je pajabat agama. Benda ni masih di peringkat awal, jadi fikir elok – elok ye

Ina Zul : Balik je rumah ibu adi, buat ape nak pertahankan rumah tangga kalau dah sampai macam tu. Awak muda lagi dik, boleh berkeja lagi untuk besarkan anak nanti. Suami sepatut nya faham keadaan diri awak, bukannya nak bertambah masalah lagi pada diri awak. Fikir la masa depan diri adik kalau terus selamanya tinggal disitu. Kalau saya di tempat adik dah lama saya tinggalkan suami kat situ.

Miey Hayati : Silap di sini perbincangan sebelum berumah tangga. Salah suami, yang tak berterus terang pasal keluarganya. Nak nikah tapi tiada persediaan untuk menjadi imam dan pemimpin.. Nak jadi suami tapi tidak menyediakan kemudahan. Bina hidup sendiri, berdikari. Biarlah rumah kecil pun asal isteri dapat keselesaan.

Zaman hidup bersama mentua dan ipar duai pastinya bagai ner4ka bagi situasi seperti kes ini. Baru 8 bulan kawin, belum beranak pinak lagi. Si isteri dari awal hidup terbiasa dengan kebersihan dan ketelitian dalam segala hal. Sudah pasti lah akan merasa tertekan dan lama kelamaan timbul masalah kekeluargaan. Entahlah.. Nak tolong tak boleh, harap bersabar dan cuba berbincang dengan suami sebelum menular virus “Mertua vs menantu’