Demi pertahankan maru4h mak, aku reIa digeIar cucu derh4ka dan dipandang serong oleh orang kampung

Mak aku ni memang miskin sebab dia yang sara adik – adik dia yang masih balajar. Mak aku ni terp4ksa ikut kehendak nenek bila ayah meninggaI dunia. Yang aku geram bila adik – beradik mak aku balik, nenek aku akan pura – pura demam pura – pura s4kit, terus tak larat bangun, baring je atas katil. Padahal, bila diorang balik. Nenek aku boleh lari marathon keliling rumah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada semua pembaca – pembaca setia. Sejak kebelakangan ni aku selalu sangat baca confession pasal keluarga yang bermasalah. Yee.. aku salah sorang daripadanya. Terlintas untuk tulis pengalaman hidup aku sebab ada terbaca luahan pasal nenek ( mak kepada ayah ) yang sangat benci dengan mak dia. Aku faham perasaan confessor. Sangat faham! Tapi situasi aku, nenek aku tak suka mak aku. Padahal anak kandung dia sendiri. Tahu sebab apa? Sebab mak aku miskin! Selalu mak mentua yang tak suka menantu kan, ini mak sendiri.

Nenek aku tak suka orang miskin. Nenek aku suka orang kaya je. Orang yang boleh bagi dia duit ratus – ratus setiap bulan. Sampai sekarang nenek aku tak suka orang miskin, asal kau hidup susah, tak mampu nak bagi macam – macam pada nenek aku. Makanya, kau secara autom4tik termasuk dalam list ‘orang yang tidak disukai’. Tapi, bila kau dah kaya, nama kau akan autom4tik di buang dari list tu.

Nampak permainan dia? Mak aku tak macam anak – anak dia yang lain. Tahu kenapa mak aku miskin? Sebab dia kena kerja sara adik – adik. Lepas mak aku kahwin, kahwin dengan ayah aku pun sebab nenek aku p4ksa. Lepas tu mak aku ikut tinggal dengan ayah aku. Waktu aku umur 3 tahun ayah aku meninggaI, har4m nenek aku nak datang ziarah.

Seminggu lepas tu tiba – tiba nenek aku ajak mak aku balik tinggal dengan dia atas beberapa alasan. Kononnya nenek aku takut tinggal sorang sebab dia selalu nampak bayangan arw4h ayah aku dekat rumah dia. Haaa terima! padan muka dia! padahal alasan dia je tu. Menyampah aku. Mak aku pun, baik hati. Dengar je cakap nenek aku. Ikut balik, tapi akhirnya kena duduk dekat dapur rumah nenek aku. Adik – beradik mak aku balik, nenek aku akan pura – pura demam pura – pura s4kit, terus tak larat bangun, baring je atas katil. Padahal, bila diorang balik. Nenek aku boleh lari marathon keliling rumah.

Nenek layan mak macam orang gaji. Bukan main depan orang dia cerita, dia la yang tanggung makan minum kami. Dia la yang bayar itu ini. Kami ni makan je tahu, padahal ibu aku yang bagi aku makan. Ibu aku yang cari duit kerja tanggung aku dengan adik aku makan. Bila aku dah besar, depan aku nenek mengata arw4h ayah aku. Ingat aku nak diam? Dari situ aku mula meIawan. Waktu aku tingkatan 3 aku dah mula pandai untuk Iawan balik semua yang dia kata dekat kami. Dia c4ci m4ki mak aku, aku Iawan. Selalunya mak aku akan diam. Tak meIawan sangat apa yang nenek aku cakap. Tapi aku bukan bod0h nak tengok mak aku kena m4ki kena c4ci, aku Iawan balik semua yang nenek aku m4ki. Sampai la bila aku member0ntak, aku ajak mak aku pindah.

Bila mak aku bagitahu kat nenek yang kami nak pindah. Korang tahu apa nenek cakap? ” kalau kau pindah. Kau bukan anak aku lagi. Aku m4ti. Kau jangan datang tengok aku” . Jadinya, mak aku pun tak jadi la pindah. Sekarang umur aku dah 20 tahun. Korang bayangkan dari kecik aku dah dengar c4ci m4ki nenek aku dekat mak aku. Nenek aku jaja cerita kutuk mak aku dekat semua orang yang datang rumah. Bila aku dah besar, tugas nenek aku pun bertambah. Dia jaja cerita aku ni cucu derh4ka sebab aku la yang suka meIawan kata dia. Orang pun percaya cakap nenek aku. Tapi, sikit aku tak heran. Aku tahu aku berd0sa. Tapi, aku tahu Allah tu tak zaIim. Allah tahu semua yang org lain tak tahu.

Waktu nenek s4kit, tak ade pulak anak dia yang lain sanggup tidur rumah nak jaga dia. Ber4k kenc1ng dia, ibu aku yang basuh. Ada anak – anak kesayangan dia datang rumah jaga? Tak ade! Diorang datang sejam dua tengok, lepas tu ber4mbus. 2 tahun kebelakangan ni je yang aku tahu rupanya makcik – pakcik aku ade je yang tak suka dekat nenek aku. Ade je cucu nenek aku yang lain cakap dekat aku, kalau diorang jadi aku, diorang hantar je nenek tu dekat rumah orang tua. Entah la weh. Aku pun pening dengan perangai nenek aku. Sampai sekarang tak berubah. Suka cari salah mak aku. Lantak la. Aku dah penat. Aku dah malas nak pertahankan semua benda. Peduli apa orang nak kata. Memang aku tahu aku cucu derh4ka. Aku derh4ka dekat nenek untuk pertahankan mak aku sendiri.

Memang ramai yang cakap “ala nenek sendiri. Maafkan jela.”. Cakap memang senang. Bukan aku tak nak maafkan. Dari dulu lagi aku cuba untuk maafkan. Tapi bila aku dah maafkan, nenek aku akan buat balik perangai dia. Ni waktu aku tengah menaip ni, nenek aku tengah mengata kami anak – beranak. Aku dah tak ade hati dah nak layan perangai nenek aku. Sekarang aku tengah fokus belajar, nak habiskan degree. Lepas tu aku nak bawak mak aku pergi jauh dari nenek aku. Tapi aku ni ade nenek ke lagi? Sebab dulu dia dah cakap yang aku dengan adik – adik bukan cucu dia. Entah la woi. Pening kepala hadap benda ni. Tapi kepada org luar yang selalu salahkan kami cucu yang meIawan ni, korang kena tahu satu benda. Kami yang lalui, kami yang rasa benda ni. Kami yang hadap semuanya. Tak senang nak maafkan, jauh sekali nak lupakan.

Daripada korang menghukvm tanpa usul periksa, baik korang jaga keluarga korang sendiri. Doa banyak – banyak supaya perkara ni tak jadi dalam family korang. -Didi

Komen Warganet :

Reez : Adik didi, pertama sekali nak ucap tahniah sebab adik berani meIawan (demi tegakkan hak mak adik). Tak ada la macam banyak confession yang  abam baca, mereka macam pasrah dan redho je tengok parents diperkotak Рkatikkan oleh ahli keluarga mereka. Kedua, kalau abam boleh bagi cadangan: Sebab nenek tu pernah kata yang wajah arw4h ayah adik muncul kan. So apa kata di suatu malam adik menyamar jadi macam arw4h dan sergah nenek adik dari belakang pintu. haaaa ni baru betol Рbetul meIawan punya dik. Silap Рsilap tak cukup oksigen org tua tu nak sedut dan baru dia tau erti penyesalan sebenar.

Mazidah Omar :  Bukan nak sokong la tapi goooooodd job! Orang tua kalau tak habih belajar sekolahkan jer. Dah banyak kes macam ni..

Maimunah Haron : Sabar le awak.. Saya pun dulu merasa gak camnie, dipandang h1na family sendiri. Susah bila ada orang tua yang mindset cmnie. Nak pandang orang kaya je.

Apa kata anda?