Balik kampung raya suami saya mesti akan dipinggirkan sebab dia bukan lelaki kaya

Suami hanya orang biasa, kerja kilang. Masa saya kahwin mak langsung tak nak buat kenduri beIah keluarga saya. Tapi bila adik bertunang majlis mengalahkan orang nak kahwin sebab tunang adik orang kaya. Tapi sekejap je dah putvs tunang. Yang buat saya terkilan, mak ayah boleh tuduh saya bagi ilmu hitam konon sebab cemburu.

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum… Saya serba salah untuk meluahkan di sini, tetapi akibat terlebih pend4m. Em0si saya menjadi tidak stabil dan hampir menjadi orang kurang waras. Saya berharap kisah saya menjadi pengajaran buat semua dan juga mendapat nasihat daripada semua.

Saya anak sulung daripada tiga adik – beradik. Dijadikan cerita saya belajar dalam bidang lelaki, saya seorang perempuan. Dug4an faham ajelah, jadi saya ambil keputvsan untuk berkahwin. Jumpa pula suami hanya orang biasa, kerja kilang. Jadi bincang dengan ayah, ayah kate ok. Tanya mak, dia kate kalau nak kahwin lelaki kena bagi RM 8k itu bukan duit hantaran tapi nilai dia jaga saya selama ni. Mau tak terk3jut.

Majlis akad nikah tetap berjalan suami pun serahkan RM 3K cash kat ayah. Duit itu serah sepenuhnya pada ayah tanpa buat apa – apa majlis. Bagi saya tak kisah, janji buat mana yang wajib. Mak mertua pula kalau boleh nak adakan majlis, lepas nikah.

Saya dan suami pun tolong mana yang mampu, sampai hari majlis itu. Mak dengan ayah pun datang tapi mak, belum sempat apa – apa lagi dia tarik tangan saya suruh salam semua adik – beradik dia yang sampai. Time itu mata dah berair nak menangis, suami pujuk “bersabar”. Kami atas pelamin tak lama pun, dia dah panggil ajak makan, kesian kat sed4ra mara suami tak dapat bergambar dengan kami.

Lepas makan, dia sibuk nak ambil bunga telur. Mak andam pun tak tahan. Majlis pun selesai, itu mak mertua yang sponsor, malu sangat rasa. Mak call dia cakap “mak tak suka lah majlis along tu, makanan kampung”. Rasa macam batu hempap atas kepala, cik suami kat sebelah terdengar mengucap panjang. Sampai sekarang dia ungkit benda ni.

Tiba turn saya, dia tanya saya. BeIah perempuan tak nak buat majlis ke? Saya cakap kalau dalam RM 6K tu adalah. Dia baIas, “Nak buat majlis biar ada RM10K kalau tak ada jangan buat”. Jadi memang beIah perempuan tak buat langsung. Suatu hari dengar berita adik perempuan nak bertunang, kata anak orang kaya. Korang tahu tak mak saya sanggup berhabis duit buat majlis pertunang mengalahkan majlis kahwin. Sebab “dapat menantu kaya”.

Sekarang diorang dah pun putvs tunang dan mereka buat cerita saya putvskan tunang diorang sebab jeles. Siap ayah call tanya saya hantar ilmu hitam ke? Time itu saya tengah mengandung, memang teruk betul pemikiran. Belum campur nombor telefon tak kenal masuk m4ki hamun saya. Kata macam macam perempuan jaIanglah perempuan murahanlah. Nak sibuk mengata m4ki hamun orang tu, tahu ke cerita sebetulnya. Disebabkan itu juga saya hampir kehiIangan anak saya kerana tertekan. Suami saya ambil keputvsan untuk pegang telefon saya risau benda buruk jadi pada saya.

Masa bersalin, mak langsung tak jaga saya, katanye nak mengasuh budak. Cari duit. Alhamdulilah dapat mak mertua yang baik, sepanjang tempoh berpant4ng dia jaga. Keluarga suami saya kaya dengan kasih sayang.

Balik kampung raya suami saya mesti akan dipinggirkan sebab apa? Dia bukan orang kaya, tak kerja bagus. Kena perIi dengan sed4ra mara saya. Mak cik cakap kuat “Lin kalau nak kahwin biarlah kahwin dengan orang kaya tua pun tak ape janji berduit”, sepupu saya yang itu pun tergelak – gelak. Nie dapat tahu sepupu saya nie pun bakal berkahwin dengan orang kaya, lepas kahwin tak payah kerja katenye. Suami tak bagi kerja.

Baru je lepas balik raya hari itu, ingat semua dah insaf. Tak jugak, tambah perisa cerita baru pula. Kata dengan gaji saya tak cukup bayar duit kereta dengan beli susu baby, ayah saya yang tanggung semua. Mentang – mentang cik suami berhenti kerja buat biz online semata – mata berk0rban jaga baby. Mak cik semua ingat dia tak kerja langsung, try cakap depan. Boleh gayang mulut masing – masing dengan cili.

Mak dengan ayah saya dah berbulan – bulan tak tanya khabar cucu depa. Time bila datang jenguk belikan susu? Yang pasal bayarkan duit kereta, no akaun pinjaman kereta pun ayah saya tak tahu. Saya sendiri call tanya khabar mak dengan ayah pun diorang m4tikan telefon. Sebab depa ingat saya nak mintak duit, iyalahkan orang susah. Seorang anak pun rindu pada mak dengan ayah walaupun orang tua berperangai macam tu.

Pada mak dengan abah, sekarang mak dengan abah diuji dengan kemewahan dunia. Sampai tak nampak anak dan cucu di sini. Along tak mengharapkan pun harta mak dengan abah walaupun keluarga yang along bina sekarang serba sederhana Along cuma nak kasih sayang dari seorang ibu dan ayah. Cucu mak dengan abah pun cume nakkan kasih sayang daripada nenek dan atuk dia. Iya, suami along bukan orang kaya. Sekurangnya dia jaga along dan cucu mak dengan abah dengan baik.

Mungkin salah along pilih lelaki serba sederhana, sampai mak dengan abah buang along. Along berharap suatu hari nanti mak dengan abah dapat terima kami dengan hati yang ikhlas. – Nur

Komen Warganet :

حانيس عزمي : Cerita hang lebih kurang tapi ni berlaku kat ayah saya. Dulu ayah saya kerja pangkat besar tapi ayah saya tukar kerja sebab banyak kes rasuah. Sed4ra mara mak saya cukup memandang rendah kat ayah. Kawan – kawan mak saya pun ada perIekehkan keluarga saya konon kami tak cukup makan, jiran depan rumah saya pun memandang rendah kat kami. Tapi kami tak ambil peduli dengan pandangan orang lain. Tapi tu dulu. Orang masih nampak kami macam tak berkemampuan tapi hak1katnya kami hidup senang lenang.

Azila Amirah : Tak ape awak. Alhamdulillah awak dikurniakan suami dan keluarga mertua yang sangat baik.. Ramai lelaki yang kaya harta tapi berapa ramai yang kaya budi bahasa dan hormat isteri macam tu. Doakan yang baik – baik untuk ibu bapa awak. InsyaAllah suatu hari Allah bukakan hati mereka. Awak dah buat yang terbaik untuk semua orang. Awak bukan anak derh4ka, kahwin pun atas persetujuan mak ayah kan. Sekarang tanggungjawab awak bawah suami awak.. Nikm4ti hidup yang awak ada sekarang dan abaikan mereka yang cuba s4kitkan hati awak tu. Cuma doa banyak – banyak. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk h4mbaNya.

Nora Syikin Alias : Kata orang, kalau family kita sendiri wataknya antag0nis, mungkin Allah hantar keluarga mentua yang pr0tag0nis, baik. Masya Allah hebat kuasa-Nya. Mungkin tidak berada di tempat confessor tapi jangan putvs berdoa agar dilembutkan hati dan diterangkan hati untuk orang tuamu. Kami juga turut berdoa semoga hidup awak sentiasa di jalan- Nya dan tabah .

Zainab Nafsiah Jenab : Tak ape. Rahsia Allah kita tak tahu. Allah bagi awak mak ayah yang pandang harta, tapi dia kurniakan awak mertua dan suami yang sayangkan awak dan bertimbang rasa. InsyaAllah ada ganjaran di atas kesabaran awak. Tak atas dunia ni, mungkin di sana kelak. Mak ayah awak, tak perlu la awak fikirkan sangat. Kalau diorang cucuk – cucuk, cool je. ingat ganjaran Allah je.

Basyirah Bt Talib : Kasih sayang Allah itu indah, sangat – sangat indah.. Mereka tetap mak ayah kita, doakn yang terbaik buat mereka… Allah swt pasti akan kurniakn kehidupan yang terbaik buat Sis sekeluarga dunia dan akhir4t.. Indahnya sabar kerana Allah swt, besar ganjarannya. Sis orang yang terpilih, terus tabah dan berkasih sayang kerana Allah swt. Sedekahkan banyak Al-Fatihah buat mereka jangan pernah putvs asa untuk berdoa, hati mak ayah milik Allah swt, hanya Allah swt sebaik – baik Penyantun dan Pengurus buat kita.