Suami sesen pun tak bagi saya nafkah katanya tak cukup duit tapi dekat mak mertua bagi sampai RM2000 sebulan

Dulu saya kerja dengan gaji RM6K tapi sebab taat suami saya berhenti kerja. Sekarang dia dah pandai mengeIuh kata saya tak cantik, tak wangi macam dulu. Bila saya minta nafkah kata tak cukup duit sehinggalah saya cek sendiri akaun bank suami, terk3jut tengok jumlah amaun yang dimasukkan untuk mak mertua…

#Foto sekadar hiasan. Hi semua pembaca. Saya nak kongsikan kisah yang berlaku dalam rumahtangga dan kini memang betul – betul dah buntu.

Saya seorang isteri yang hanya menjadi suri rumahtangga sepanjang 4 tahun berkahwin. Kami ada 2 orang anak yang comel. Saya sebenarnya ada kelulusan master degree. Pernah bekerja dulu dan gaji dalam RM6k sebulan. Berhenti kerja pun atas permintaan suami untuk ikut dia bertugas. Kerana sayang dan patuh suami, saya turutkan.

Suami kerja hebat. Gaji dalam 5 angka. Namun sepanjang berkahwin tak ade duit belanja diberikan pada saya. Sesen pun sangat berkira. Saya str3ss sampai mer0yan sebab dulu saya yang cantik, kemas dan bergaya sekarang jadi seIekeh, sememeh dan buruk. tak ade keyakinan diri langsung.

Pernah mintak duit belanja dengan suami, tapi mak mertua bising dan marah saya. Mak mertua kata saya nak kemewahan. Saya jawab balik pada mak mertua, kalau betul saya nak kemewahan, apa yang ada di badan saya yang mak nampak mewah? Saya pakai serba serbi yang ada sahaja dan beli di pasar malam yang harganya RM5 ke RM10 sahaja.

Saya ada access akaun m2u suami tanpa pengetahuan dia. Saya tengok semua transaksi. Mak mertua dapat paling sikit RM500 – RM2000 sebulan.

Bila saya tanya suami, ada tak duit belanja saya? Dia selalu suruh saya tunggu kalau dia ada duit lebih tapi sampai kesudah memang tak ade duit belanja. Tapi dia pandai kompIen, saya tak cantik macam dulu, tak wangi, serba serbi tak kena depan dia.

Tapi dia sedar tak saya jadi macam ni sebab saya bukan ada duit macam saya kerja dulu. Pergi spa, facial, dan sebagainya untuk cantikkan diri.

Saya down, saya bukan mata duitan, saya cuma nak duit sikit je untuk belanja diri sendiri hurm. Saya tak pernah p4ksa suami bagi berapa. Saya pon faham belanja ni ikut kmampuan suami. Tapi kalau mak boleh bagi banyak, kenapa saya sesen pon tak boleh. Saya jaga rumah, anak anak, makan pakai minum dia semua. BagiIah penghargaan sikit kat saya.

Saya pernah tanya suami sama ada dia berhutang dengan mak? Tapi dia tak ade hutang apa apa dengan mak. Maksudnya duit dia bagi bulan bulan pada mak mmg duit belanja untuk mak. Saya tetkilan sangat.

Persoalannya :

1. Salahkah saya meminta duit belanja?

2. Dengan siapa saya boleh mengadu bab ni? Pihat jabatan agama?

Komen Warganet :

Sheila Sunam : Tak faham setengah lelaki ni, nak kahwin dengan perempuan ada kelulusan tinggi tapi tak bagi dia kerja. Lepas tu tak pula bagi duit belanja sedangkan dia mampu. Pandai pula komplen kalau bini dah tak maintain macam mula – mula kenal dulu. dia ingat time isteri masih bujang dulu bergaya tu semua ambik dari kedai free ka?

Rizal Rodzuan : Saya cadangkan mengadu kat parent supaya parent boleh tarbiah kat suami dan keluarganya sekali, cakap dulu suami suruh berhenti tapi tak bagi nafkah, lepas tu kutuk tak cantik selekeh dan sebagainya. Kalau tak berkesan, buat aduan pejabat agama untuk kaunseling, tak jalan juga puan jarakkan kandungan lepas ni, cari kerja dan hantar anak kat pengasuh, lepas tu upgrade diri puan balik macam dulu biar suami rasa terancam dan pulun puan balik.

ربيعة عدانن : Berhenti kerja,memang satu kesilapan besar, walau apa pun alasannya, mohon JANGAN BERHENTI KERJA GIRLS. Kita tak akan tahu apa akan jadi pada masa akan datang, kita tak akan tahu berapa jauh hati suami kita akan berubah. Pekerjaan itulah penyeIamat diri anda, esok lusa jadi apa – apa, pekerjaan itu yang akan membantu. Kalau tak ada kerja, nak jadi apa?? Nak meIukut tepi gantang? H4mba abdi seumur hidup? Wake up girl, berdiri atas kaki sendiri. Carik kerja, carik duit untuk hantar anak pada pengasuh, doa banyak – banyak semoga Allah peIihara dan jaga anak baik – baik. Insya Allah everything will okay. Cantikkan diri, jangan r0sakkan diri semata kerana orang lain yang tidak menghargai dirimu.

Azie Nur : Beginilah nasib, bila belajar tinggi – tinggi mak ayah hantar untuk kesenangan diri. Tapi redha bila suami minta berhenti. MaIang bila suami berkira rezeki sedangkan dalam rezeki dia ada untuk isteri dan anak. Sanggup isteri tak bermewah untuk kurangkn beban suami tapi suami masih belum paham hak nafkah seorang isteri. Taat pada ibu itu perlu tapi jangan lupa tanggungjawab yang ada di bahu. Puan bincanglah dengan suami, mudahan dia mahu faham tapi jika tak boleh. Cubalah niaga online, sikit – sikit pun tak apa asal boleh buat belanja sendiri. Inshaallah

Masri Masreeza : Salah satu kes penceraian apabila suami tidak tahu tanggungjawab dan tidak bertanggung jawab. Keperluan nafkah zahir sering diabaikan hingga menyebabkan keperluan isteri terabai. Antara tanggungjawab anak lelaki kepada ibu dan isteri. Dalam soal ini kekeliruan dan memahami keperluan keluarga menyebabkan suami tidak mengendahkan keperluan itu sehingga hendak beli barang dapur dan susu anak tidak dipedulikan. Campur tangan pihak ketiga menjadi punca rumahtangga h4ncur di tengah jalan.Dalam soal ini puan kena mengadu di pejabat agama atas nafkah yang tidak diberi.. dan pengabaian keluarga. Puan kena tahu hak sebagai isteri… Semuga puan tabah dengan dug4an ini dan berusaha dan berdoa.