PukuI 5 pagi boss call aku suruh dtg rumah dia. Sampai sana aku kena p4ksa kahwin dgn anak d4ra dia

Boss mintak aku datang rumah dia pukuI 7 pagi. Sampai je sana, dia merayu suruh aku kahwin dengan anak d4ra. Dia tak nak tanggung malu majlis nikah tak jadi. 3 bulan aku langsung tak sentuh isteri aku, aku nak ‘siasat’ isteri aku mengandung atau tak..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, hai warga FB. Maaf, aku pakai fb isteri aku. Aku nak cerita sikit kisah rumah tangga aku  dan isteri yang mungkin boleh dijadikan iktibar. Alhamdulillah bulan 8 ni cukup 2 tahun aku berkahwin dengan isteri aku.

Aku kahwin dengan isteri aku bukan atas dasar suka sama suka atau pun mudah faham aku tak kenal pun dengan isteri aku dulu. Okey, jom kita mengimbau kisah 2 tahun lalu. Masa tu umur aku baru 24 tahun dan umur seusia tu aku dah kehilangan ibu bapa aku.

Aku cuma ada abang dan akak itu pun mereka dah berkawin. Jadi tinggallah aku sorang dekat rumah orang tua aku. Masa tu pulak aku dah dapat kerja di Johor, aku kerja biasa ja sampailah dekat 9 bulan aku kerja dekat situ dan ada satu pagi aku terima call dari bos aku pukuI 5 pagi.

Terk3jut jugak aku boss call pukuI 5 pagi, dia call dan dia nak mintak tolong dengan aku sangat – sangat. Dia mintak aku datang ke rumah dia dalam pukuI 7 pagi. Jadi aku pun tak fikir panjang, aku pergi je rumah dia waktu tu.

Masa aku sampai tu memang ada ramai orang dekat rumah dia tapi macam ada kecoh – kecoh la. Boss datang dekat aku, dia bisik mintak aku jadi suami kepada anak d4ra dia. Untuk pengetahuan korang hari tu merupakan hari pernikahan anak d4ra bos aku sebab masa tu pulak bakal menantu boss aku buat per4ngai tak nak kahwin dengan anak dia.

Rupanya lelaki tu dah pernah mintak putvs dengan anak dia dah lebih 10 kali sebelum tarikh pernikahan dorang. Lelaki tu dah banyak kali mintak putvs, dan malam sebelum dorang menikah barulah anak perempuan dia cerita dekat keluarga dia yang lelaki tu nak batalkan pernikahan dorang.

Korang bayangkan lah, hanya tinggal beberapa jam je sebelum majlis esoknya, disebabkan semua sudah selesai, catering semua dah tempah, jemputan pun dah panggil jadi bos aku tak nak batalkan pernikahan tu dan dia mintak aku untuk ganti tempat lelaki tak guna tu.

Memandangkan bos aku cakap aku dah takde sesiapa lagi jadi dia mintak untuk aku jadi suami anak dia. Yelah, aku kan dah takde mak ayah, mungkin dia fikir mudah la nak kahwin aku tanpa perlu persetujuan dari mak ayah kandung.

Bunyi macam kelakar kan tapi tu lah hakik4tnya. Aku sampai ke rumah bos aku tu memang aku tak tahu langsung ada pernikahan pagi tu, aku memang pakai baju simple dan bos aku cakap dekat aku jangan risau sebab semua pakaian dah ada.

Nasib la badan aku sama size dengan lelaki tak guna tu. Jadi tepat pukuI 9 pagi aku sah jadi suami kepada isteri aku. Memang benda tu berlaku sepantas kilat, aku tak sempat nak bagitahu abang dengan kakak aku. Sebenarnya, aku tak mampu nak fikir pun sebab boss aku tu merayu kat aku.

Dan untuk pengetahuan korang, boss aku ni sangat baik sebab tu aku jadi tak mampu nak tolak. Selesai semua majlis, barulah keluarga isteri aku tu cerita kisah yang sebenar secara detail dekat aku. Ya, kadang – kadang aku terfikir aku ingatkan macam drama je jadi macam ni, sebenarnya reality pun ada jugak.

Aku bersyukur sebab bos aku, isteri aku, keluarga isteri aku terima aku yang hanya kerja biasa dan seorang anak yatim piatu. Kebetulan masa tu aku baru 3 bulan putvs cinta, Hahahah padan muka ex aku. Sorry lari topik, aku geram sebenarnya tapi pada masa yang sama aku bahagia.

Okey, berbalik kisah aku tadi lepas aku kahwin, boss bagi seminggu untuk aku cuti dan waktu tu lah aku beranikan diri bawa isteri aku balik Kuala Lumpur jumpa abang dan kakak aku serta mak bapa saud4ra aku.

Alhamdulillah, dorang semua boleh terima isteri aku. Isteri aku ni pun walaupun dari keluarga yang berada tapi dia macam orang kebanyakan jugak. Jadi takde masalah la untuk dia bergaul dengan ahli keluarga aku. Cuma lepas kami berkahwin aku tak pernah sentuh dia selama 3 bulan sebab aku nak tahu sama ada dia mengandung ke tak.

Bukan apa, takut jugak kalau aku ni kahwin jadi pak sanggup ke kan. Alhamdulillah, lepas 3 bulan tu aku tengok takde apa yang mencurigakan, aku apa lagi. On saja la! Sekarang isteri aku tengah mengandung anak sulung kami.

Aku yang tak kenal isteri aku, sekarang dah kenal. Tak menyesal aku terima dia jadi isteri aku, seorang yang sangat cantik, baik, manja lemah lembut, hormat aku, family aku dan paling penting tak sama macam cerita petang – petang korang tengok tu.

Kena kahwin p4ksa, salah sorang eg0, panas baran, kaki pukuI dan macam – macam la. Terima kasih sayang jadi isteri abang, semoga perkahwinan kita kekal sampai akhir hayat kita. Dan untuk bekas suami tak jadi isteri aku tu aku nak cakap kat dia, padan muka. Rugi ko lepaskan dia dulu. Hahaha, doakan aku bahagia. Amin.

Komen Warganet :

Masnah Angduan : Ada lagi nikah macam ni. Buat semua juga tapi urusan tu dibuat lepas nikah. Nikah tergesa-  gesa sebab nak tutup malu keluarga tapi bincang dengan tok kadi. Ada separuh tempat ok. Ada separuh tempat tok kadi tangguh nikah tapi ikut pada keputvsan tok kadi lah bleh nikah time tu or tak tapi slalu bila nikah dan majlis besar dalam hari yang sama tok kadi nikah kan juga pasangan tu.

Nor Nazirah : Bagi aku logik je cite dia datang terus kena kahwin tanpa kursus dan segala apa yang kita rungsing nak kahwin sekarang. Asalkan ada IC sudah. Lepas settle nikah urus lah balik surat – surat ujian HlV dan kursus kahwin. Korang je buat pening cite dia.

Emma Mohd Yusoff : Ala takyah persoalkan lerr menyibuk sungguh. Doakan dorang bahagia. Sebuk ujian HlV laa kursus nikah laa. Yang dok beIasah bini dan dok ada scandal tu semua pergi kursus seminggu ada yang 3 hari ending up buat per4ngai macam harey.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?