Adik menangis masa aku mandikan dia. Penuh dengan Iebam biru, Iuka lama dan baru. Kalau kebajikan tahu mesti dah kena

Adik berubah masa masuk sekolah rendah. Dia jadi pendiam, langsung tak senyum. Setiap malam dia akan nangis sambil tengok kipas syiling. Sehinggalah makcik aku kenalkan ‘perawat’ untuk adik. Mak ayah aku perlu sediakan duit syiling 2 sen dan tak dibenarkan melihat “cara pengubatan” dijalankan.

#Foto sekadar hiasan. Hi, hari ni aku nak kongsi sikit pengalaman handle adik aku yang didampingi sesuatu dan disyaki dis4ntau. Haa bila ingat balik pengalaman 4 tahun lepas, aku akan ingat macam mana peritnya hidup kami sekeluarga.

Waktu kejadian, adik aku masih bersekolah rendah. Adik aku ni agak lain dari kami adik beradik. Kami yang lain memang rapat antara satu sama lain. Apa yang dibuat pasti bersama – sama kerana kami semua lelaki. 6 orang semuanya

Awal dulu aku fikir adik aku memang jenis pendiam. Tapi aku ada perasan sesuatu yang lain dari adik aku ni. Dari kecil memang per4ngai dia pelik. Tiap malam akan menangis sambil menghentakkan kepala di dinding.

Bayangkan semua ahli keluarga tengah tidur, dia bangun, tengok kipas syiling sambil nangis. Kemudian menghentakkan kepala dengan kuat di dinding. Cuba hentikan tapi macam tak terkawal. Kami dah bawa berubat di serata tempat.

Bila tiba di tempat perubatan, adik aku akan jadi normal macam kanak – kanak lain. Bayangkan adik aku benci giIa kalau nak snap gambar dia. Setiap gambar tak pernah senyum dan akan meng4muk teruk. Sump4h aku cakap, adik beradik aku yang lain memang bencikan adik.

Benci sampai tahap semua pulaukan dia. Kitorang pun tak tahu kenapa. Asal tengok muka adik, kami semua akan jadi meluat, marah. Sampaikan masa adik aku berumur 5 tahun, abang aku pernah kata baik tak payah lahir sebab mak aku kerap s4kit.

Keadaan rumah jadi lain. Kerap g4duh, rumah suram, ayah meng4muk dan lain – lain. Per4ngai adik aku sem4kin lama sem4kin pelik. Suka berseorangan, duduk dalam gelap, kerap meng4muk sampai habis pecah dan rosak semua barang dalam rumah. Sekolah jangan cakap lah.

Memang kerap tak pergi sampaikan dia sanggup berlari ke arah jalan raya semata – mata tak nak ke sekolah. Banyak lagi benda yang dilakukan adik sampaikan aku juga pernah berdoa semoga adik aku “m4ti”. Kemuncak kepada permasalahan ini sewaktu adik aku berumur 11 tahun.

Makcik aku memperkenalkan seorang b0moh. Allahu masa ni adalah punca kepada masalah besar yang berlaku. Keluarga aku memang tak percayakan b0moh – b0moh ni sebab memang tahu karut. Entah kenapa mak aku setuju untuk guna perubatan b0moh.

Aku rasa mungkin masa tu mak ayah aku dah burn out. Hampir 9 tahun bertahan dengan per4ngai adik aku. Aku pulak masa ni tengah kerja part time, jadinya memang tak tahu apa – apa. Balik saja kerja, abang aku bagitahu yang ada seorang b0moh datang.

Aku memang terk3jut besar la waktu ni. Nak marah, meng4muk semua ada. Tapi aku diamkan sebab mak dengan ayah aku seakan takut kalau aku tahu. Aku tanya details apa yang dilakukan oleh b0moh tersebut. Mak ayah aku perlu sediakan duit syiling 2 sen dan tak dibenarkan melihat “cara pengubatan” dijalankan.

Di sini aku dah mula rasa tak sedap hati. Yang buatkan aku lagi suspicious, b0moh ini seorang wanita, tidak menutup aur4t, berseluar pendek sewaktu melakukan perubatan. Yang aku tahu adik aku munt4h teruk. Aku tak tahu kenapa keluarga aku boleh terpedaya dengan semua ini.

Malam tu, terus aku cari balik duit 2 sen. Merata – rata aku cari. Langsung tak jumpa. Aku yang baru berusia 17 pada masa itu hanya mampu berserah sebab benda dah jadi. Sebulan awal kami nampak perubahan pada per4ngai adik aku.

Dia mula bersembang tapi aku perasan anak matanya seakan tiada reaksi. Paham tak macam orang yang tengah bersembang tapi minda kosong. Sekolah pun dah mula pergi. Rajin bersembang tapi masih tidak senyum. Tapi hanya bertahan sebulan, bulan seterusnya adik aku jadi seperti yang lama.

Tapi kali ni m4kin teruk. Sampaikan cikgu di sekolah p4ksa berhentikan adik aku sekolah. Masa ni memang aku nampak keluarga aku kusut teruk. Mak m4kin tak sihat, ayah m4kin kerap marah tanpa sebab. Kenapa aku tak ambil tindakan? Aku pun tak tahu.

Bila masuk waktu subuh, adik aku akan membongkok seperti orang tua di atas katil. Untuk pengetahuan semua. Dalam keluarga, aku yang paling kuat semangat. Abang dan adik – adik yang lain agak penakut. Jadinya bila nampak perkara sebegitu berlaku.

Aku akan membaca ayat al quran. Adik memang takut dengan aku. Aku perasan tu. Bila dia meng4muk, dia tak akan berani dekat dengan aku. Perkara ini berlarutan sehingga adik aku masuk umur 12 tahun. Tapi mak ayah aku masih tidak mengambil sebarang tindakan. Abang aku?

Abang aku banyak berdiam. Tak seperti abang aku yang sebelumnya. Abang aku seorang yang sangat caring dengan keluarga tapi dia seakan tidak mempedulikan adik aku. Bohonglah kalau abang aku tak pernah angkat tangan kepada adik aku.

Tiap kali adik aku buat per4ngai, pasti sep4k ter4jang abang aku bagi. Sehinggalah hujung tahun, waktu adik aku kena ambil upsr, cikgu p4ksa adik aku pindah sekolah. Banyak kali mak aku dipanggil ke sekolah. Aku pula dah menyambung pelajaran ke kolej.

Mak ayah aku decide untuk berubat ke darul syifa. Dari sini kami dapat tahu penyebab. B0moh tersebut menghantar 3 jiin mendampingi adik aku. Dan memang ada jiin yang dampingi adik aku dari kecil. Bohonglah kalau kami sekeluarga tak terk3jut.

Rasa sedih, marah, dan kasihan pada adik aku bercampur. Usia kecil dah kena macam – macam. Ingtkan lepas dah jumpa ustaz semuanya kembali normal, rupanya tak. B0moh tu hantar jiin lagi sebab mak aku tolak untuk beli produk dia.

Tau tak apa? Air m4ni gajah. Suruh adik aku minum. Ko giIa ke siaI benda kotor nak kasi adik aku minum. Terus kami block nombor b0moh tu. Keadaan baik untuk beberapa bulan. Adik aku m4kin baik selepas follow up dengan pusat darul syifa.

Tapi b0moh siaI tu datang balik. Dia hantar melalui panggiIan telefon. Macam karut kan? Ia jadi lepas tiba – tiba mak aku mendapat panggiIan asing dari seseorang tapi nak ditakdirkan adik aku yang jawab. Ayat nya “ni **** ke?” bila adik aku jawab YA, terus adik aku rebah.

Esok pagi, adik aku meng4muk teruk sambil kata, “aku benci keluarga ni menyusahkan hidup aku” sambil menjerit. Tapi suara adik aku garau padahal baru berumur 12 tahun masa kejadian. Bertubi – tubi adik aku kena dengan abang dan ayah aku.

Segala kaki tangan naik dekat tubuh kecik adik yang berumur 12 tahun. Kalau aku lambat bertindak, mungkin adik aku dah tiada sekarang. Semua orang seakan hilang kawalan. Mak menangis. Adik – adik kecil yang lain menyorok sambil menangis.

Suasana pagi yang sangat kelam kabut. Adik aku terus berlari keluar rumah. Mak ayah dan abang aku masing – masing perlu pergi kerja. Kalau ditanya kenapa nak pergi juga? Sebabnya dah banyak cuti diambil sebelum ni sebab nak bwak adik aku berubat.

Aku ponteng kolej, aku cari adik aku merata tempat. Sebabkan rumah aku, rumah kampung. Jadinya agak susah untuk cari. Lepas 2 jam baru aku jumpa adik aku. Tengah menangis di busut besar di sawah hadapan rumah aku.

Kejap aku nak nanges bila ingat keadaan adik aku masa ni. Muka Iebam, baju terkoyak, Iuka – Iuka kecil di badan sebab berlari masuk sawah. Muka polos tengah menangis sambil ketakutan. Untuk pertama kalinya aku nampak “adik” aku yang sebenar.

Aku nangis di situ. H4ncur hati lihat adik aku sebegitu. Perasaan benci marah semua seakan lesap. “Angah, kenapa badan adik s4kit? Kenapa adik ada kat sini? Angah, adik takut” Ucap adik aku lemah sambil menangis.

Mukanya bingung dengan keadaan. Perlahan aku peIuk adik aku. Aku peIuk erat dan menangis semahunya. Aku papah dia pulang ke rumah. Kau baru umur 12 tahun dah kenapa hadap sebegini rupa. Sungguh aku sayu.

Aku mandikan adik aku. Sangat berhati – hati aku jirus. Adik aku merengek sebab s4kit bila aku cuci badannya dengan sabun. Aku belek seluruh badan adik aku. L3bam lama, Iebam baru, Iuka lama dan Iuka baru. Ni kalau badan kebajikan tahu, mau dituduh adik aku did3ra.

Untuk pertama kali juga adik aku bersembang sambil tersenyum. Sump4h aku kaku kejap. Wajah adik aku berseri. Tak lepas aku pandang wajahnya walaupun ada kesan Iebam. “Angah, kenapa badan adik s4kit,” dia bertanya sewaktu menjamah bubur.

Aku agak hairan. Takkan dia tak sedar apa yang dia dah buat. “Adik tak ingat apa – apa ke?” aku tanya. Dia geleng. “Adik buka ja mata adik dah ada dekat tempat gelap. Adik takut masa tu ngah. Adik dengar angah panggil tapi bila adik jawab, angah tak dengar. Angah pun dah banyak kali lalu depan adik. Tapi angah tak tengok pun adik” ujarnya perlahan.

Aku akui. Banyak kali aku lalu di kawasan busut tersebut. Lepas aku baca al fatihah dan ayat kursi terus aku nampak adik aku. Lepas je adik aku makan, terus dia baring di paha aku. Lena. Yaa, dia lena. Sambil menyapu ubat di tubuhnya, air mata aku tak henti mengalir.

Betapa s4kitnya adik aku rasa. Tubuh kecil dan kurus tersebut aku tepuk perlahan. Tapi sewaktu semua ahli keluarga aku yang lain pulang, adik aku seakan takut. Lama dia menyorok di bawah katil. Aku cerita kan apa yang terjadi dan malam tu juga mak ayah aku bawa adik aku berubat.

Walaupun prosesnya tak mudah dan memakan masa. Alhamdulillah, adik aku sembuh. Kini, adik aku lah yang menjadi penceria dalam keluarga. Dia seakan tidak ingat langsung apa yang terjadi. Adik aku bagaikan orang yang baru.

Kami semua menyembunyikan perkara yang terjadi daripada pengetahuanya. Sentiasa senyum, gelak tawa, ringan tuIang dan paling suka jika bergambar. Dan adik aku sangat rapat dengan aku. Apa sahaja pasti dikongsi bersama aku.

Aku bersyukur, adik aku dah pulih sepenuhnya. Tapi aku masih mengekalkan langkah berjaga – jaga takut si b0moh siaI tu datang balik. Nak tahu? Aku hampir bakar rumah b0moh tu bila aku dapat tahu dia punca. Nasib abang aku halang.

Memang aku dah hilang pedoman. Dengan makcik aku sekali aku m4ki. Jadi sedikit perkongsian dari aku petang – petang ni. Maaf ayat agak berterabur sebab menaip sambil berkerja hahaha. Tak curi tuIang ya. Sekarang lunch hour.

Adik aku pun dah tingkatan 4 kut. M4kin ceria, dan tak berhenti vc aku malam – malam sebab aku kerja di negeri lain. Keluarga aku, alhamdulillah, m4kin harmoni dan sentiasa pasang ayat suci al quran. Adik, angah sayang adik sangat – sangat. Sekian, hehe. – Angah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Wan Zamzahidi Wan Zahid : Sewaktu arw4h kakak saya kena buatan orang, dan kami tahu siapa yang buat, saya dan adik berniat untuk ser4ng rumah orang tu. Tapi arw4h ayah saya larang. Katanya, orang tu buat, kita tak ada bukti, tapi kalau kita ser4ng, bukti nyata.

“Bak tak nak waktu sorang anak sedang s4kit, ada pula dua orang anak duduk lokap sebab ser4ng rumah orang, kita dah lah tengah susah, tolong jangan tambahkan susah”. Terus kami tak jadi nak ser4ng.

Zetty Azura : Semoga Allah meIindungi kita semua. Moga pahala mengalir buat angah. Saya pun pernah kena gangguan. Pergi berubat tapi bertambah teruk. Anak – anak keluarga dalam keadaan kusut, jumpa orang yang salah.

Syukurlah suami sabar, suami nekad pergi interview jadi perawat di Darul syifa. Belajar selama setahun dengan arw4h tuan guru haron din . (Al fatihah). Dengan ilmu yang ada rawat keluarga. Alhamdulillah dengan izinNya. Keadaan bertambah baik.  Anak – anak berjaya. Maha Baiknya Allah. Jika ada yang s4kit gangguan berubatlah dengan perubatan islam.

محمد نور شافق : Betul la tindakan sembunyikan cerita tu, itulah sebaiknya. Takut adik tu jadi berd3ndam kalau dapat tau dia pernah jadi pvnching bag untuk keluarga yang tak tahu bersabar dengan sabar yang betul.

Setiap keluarga ada ujian tersendiri, cuma jadi pengajaran untuk kita yang lain kat sini dari perkongsian saud4ri ni. Bila berhadapan dengan situasi kita tak biasa / asing, bukan m4ngsa saja yang diuji, tapi sabar kita pun diuji.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?