Aku jenis yang akan penuhkan permintaan isteri, kalau dia nak makan apa – apa aku akan cuba cari, cuba masakkan. Bila dekat rumah aku tolong dia buat kerja rumah. Orang kata kalau mudahkan urusan isteri, rezeki senang masuk. Tapi mana rezeki aku?
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Aku amat hargai jika confession aku ni dapat disiarkan. Aku nak sangat orang baca apa yang aku rasa ni. Aku seorang lelaki yang dah berkahwin selama 2 tahun lebih. Kami belum dikurniakan anak lagi.
Umur aku sekarang dah 30 tahun dan bekerja di sebuah syarik4t swasta di KL dalam bidang IT. Gaji yang sedang – sedang ataupun dengan bahasa kasarnye, CIPUT! Setiap orang mempunyai c4baran dalam hidup dan c4baran aku adalah dari segi kewangan.
Setiap bulan, rutin bulanan aku selepas dapat gaji adalah untuk surv1ve hingga ke hari gaji seterusnya. Mula – mula aku masih lagi positif, tapi lama kelamaan, aku m4kin muak dengan rutin ni dan aku mula menyoalkan macam – macam perkara.
Aku rasa sedih dan rasa tak berguna dengan hidup aku. Aku rasa macam hidup aku ni sangat b0doh dan path3tic. Setiap bulan lepas bayar segala komitmen, duit aku hanya tinggal berapa ratus je untuk mengharungi hari – hari seterusnya.
Bila dah setel beli dan bayar barang – barang rumah, lagi lah sikit duit untuk aku hidup. Kadang kala aku terp4ksa pinjam duit kawan sebab terlalu terdesak. Kadang – kadang aku ni miskin sangat sampai nak potong rambut pon aku akan berkira.
Betapa teruknya hidup aku. Aku sejenis yang sentiasa memenuhi permintaan isteri aku. Kalau dia nak makan itu ini, aku akan cuba cari atau paling tak pun, aku akan masakkan. Kononnya orang kata, kalau layan isteri baik – baik, rezeki bertambah.
Tapi, mana rezeki aku? Masih lagi sesak. Aku sentiasa tolong isteri aku buat kerja – kerja rumah, aku masak, aku penuhi permintaan dia. Aku bahagiakan isteri aku. Dan aku MASIH sesak. Kadang – kadang aku sedih kalau aku tak dapat penuhi permintaan isteri aku.
Aku rasa macam suami yang takde guna, takde fungsi sebagai ketua keluarga. Aku takut kalau ada laki lain yang mampu beri ape yang isteri aku nak. Aku rasa path3tic. Konon kalau bahagiakan isteri, rezeki bertambah. Macam mane aku nak bahagia kan isteri aku kalau aku sendiri tak mampu.
Duit untuk mak ayah setiap bulan aku bagi rm100 setiap sorang. Untuk berkat, murah rezeki. Bertahun tunggu, masih sama. Masih sesak. Masih path3tic. Apa salah aku? Aku tak layak hidup senang ke? Aku perIukan jawapan semua ni.
Aku dah cuba cari side income. Buat business kecil – kecil tapi maIangnya langsung tak laku. Bukan aku tak usaha, aku dah usaha macam – macam tapi semua tak menjadi. Padahal aku cari duit dengan cara yang halal. Jujurnya sekarang, aku tak nampak point jadi baik.
Walaupun aku solat cukup 5 waktu, takde ape yang berubah. Aku tolong orang tapi aku sendiri tak stabil. Sekarang aku macam acuh tak acuh dengan benda – benda wajib. Aku tak rasa macam nak buat semua tu. Sebab aku penat.
Aku stuck dengan hidup aku. Aku kesian dengan isteri aku dapat suami tak guna macam aku. Aku tak paham. Ape masalah sebenarnya. Kawan – kawan aku semua happy. Berduit. Kerja bagus – bagus, gaji ribu – ribu, siap dapat bonus setiap tahun.
Diorang boleh bawa bini dan anak – anak pergi berjalan, bercuti. Diorang ni aku tengok tak pernah solat, tak jaga aur4t bini, gaul bebas. Tapi mereka hidup senang, takde pun masalah duit macam aku ni. Kawan – kawan dekat ofis aku yang menggatal sana sini padahal dah kahwin, gaji diorang tak pernah habis pun.
Aku? 2 hari gaji, papa kedana terus. Aku buat confession ni sebab aku tak tahan. Aku dah sampai kemuncak aku. Tadi bini ajak makan luar, aku tengok dompet aku, tinggal RM5. Minyak kereta tinggal 2 bar. Akaun bank tinggal berapa belas.
Macam mana aku nak surv1ve? Macam mana aku nak sediakan yang terbaik untuk bini aku. Mana rezeki aku? – I Give Up (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Hafiz Lokman : Sabar bro, dugaan tebesar dalam rumahtangga ni tak lain tak bukan pasal duit. Tipulah kalau cakap duit bukan segalanya. Zaman sekarang ni semua perIukan duit tapi bro jangan la letak diri bro seh1na – h1na insan hanya sebab duit.
Bro jangan pandang orang yang lebih tinggi lebih mampu dari bro. Bro tundukkan pandangan bro ke bawah. Ye, bawah ke arah insan – insan yang makannya bercatu, makan sisa – sisa makanan, rumah beratap langit, berlantaikan tanah. Di situ bro akan tahu betapa bertuah diri bro sebenarnya. Sabar bro.
Syarifah Hazwani : Bukan awak sorang, ramai lagi yang alami masalah macam ni. Tapi mereka sembunyikan semua masalah. Diorang bercuti, awak nampak mereka happy tapi struggIe diorang simpan duit untuk dapatkan percutian tu mungkin awak tak tahu.
Pohonlah pada Allah agar rezeki awak dimurahkan. Setiap kali dapat gaji, ucapkan syukur, setiap kali memberi pada isteri dan mak ayah beri seikhlas hati. Kerja niat mencari rezeki kerana Allah, insyaAllah ada jalan untuk awak keluar dari masalah ini.
Mashitah Mashie : Ramai yang begini sebenarnya tapi saya nak share 1 perkara ni, kebetulan baru – baru ni tanyalah ustaz tajuk yang sesuai untuk kes awak ni. Ikhlaskah kita? Bila dengar penerangan ustaz tu baru saya clear dengan benda ni.
Buat apa – apa kebaikan kita kena niat lillahitaala, bukan niat untuk nakkan baIasan. Macam awak persoal kenapa kawan – kawan yang ingkar perintah Allah tapi hidup masih senang, lagi senang dari awak. Pernah dengar ISTI’RAJ??
Haa itu la yang sedang mereka lalui. Nikmat yang Allah bagi supaya mereka m4kin JAUH dengan Allah. Cuba awak ikhlaskn hati. Niat segala yang awak buat tu kerana Allah dan rasa tanggungjawap. Hubungan suami isteri ni perlu ada tolak ansur, perlu ada komunikasi.
Bincang elok – elok, belanja ikut yang kita ada. Janganlah sedia – sedia je nak makan kat luar, bimbing lah isteri sebaiknya. Benda boleh bincang buat apa diam? Buat apa pendam?
Siti Hajar Rosli : Jangan buat kerja Tuhan. Setiap orang dikurniakan rezeki masing – masing. Betulkan niat confessor. Jangan diungkit setiap pemberian kepada orang yang kita sayang. Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah. Mohon isteri dan ibu doakan rezeki yang mencukupi buat confessor dan family.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.