Suami orang jadi pengurus besar, guru besar, suami saya jadi penghutang besar. Bila tak jumpa orang yang dia boleh meminjam lagi, dia jual barang – barang elektrik sampaikan cerek elektrik dan mesin bIender cili pun dia jual. Lepas sembahyang saya akan berdoa supaya dia cepat m4ti tak menyusahkan hidup saya lagi.
#Foto sekadar hiasan. Walaupun e-mel yang saya kirimkan ini agak panjang, tetapi saya harap sangat anda dapat membacanya, kerana inilah curahan hati saya yang tidak dapat saya bendung lagi. Nak minta cerai tak berani, akhirnya semua masalah terp4ksa saya tanggung sendiri.
Namun saya faham kalau ada juga pembaca yang tidak mahu mempercayainya, tetapi inilah yang terp4ksa saya hadapi. Sebenarnya sudah lama saya ingin berkongsi pengalaman pahit hidup saya ini, tetapi tak ada kekuatan, hinggalah saya baca kisah minggu lalu.
Nama saya Nurliana (bukan nama sebenar), kisah hidup saya lebih kurang sama dengan minggu lalu, tetapi rasanya kelakuan suami saya Din lebih teruk lagi kerana dia bukan sahaja seorang kaki hutang, tetapi juga pemalas, akibatnya kep3ritan hidup saya bertambah teruk lagi.
Malah lebih parah lagi Din mempunyai sifat amat k3ji lagi dia suka seorang penipu, pemb0hong, peng0tor dan banyak lagi P yang semuanya melambangkan per4ngai buruknya. Bukan tujuan saya nak buka p3kung di d4da.
Tetapi saya dah tak tahan menanggung siksa dan lebih teruk saya tidak berpeluang melepaskan perasaan saya kepada sesiapa pun dan tak tahu macam mana nak meluahkan dan berkongsi masalah dengan orang lain.
Kerana bimbang akan merosakkan diri sendiri dan malu. Terlalu banyak perkara bersarang di kepala saya, dan kalau boleh saya ingin kembali ke zaman lampau dan mengelak daripada berjumpa dengan Din.
Berkahwin dengan Din adalah satu kesilapan paling besar telah saya lakukan dalam hidup saya. Semuanya kerana ken4ifan saya tentang hidup. Segalanya bermula kerana saya tidak ada teman lelaki semasa belajar di Universiti dahulu.
Kerana saya lihat kiri kanan kawan – kawan saya semua ada teman. Maka terfikir pulak teruk sangatkah aku ini sampai tak ada lelaki yang minat kat kita. Boring juga tengok kawan – kawan berkepit dengan teman mereka.
Entah macam mana datang Din nak berkenalan maka saya pun hulurkan salam perkenalan. Situlah bermula semuanya, Din bukan lulusan U, tetapi kerana sayang punya pasal saya jadi buta. Segala tentang Din saya lihat indah belaka.
Bila dah kahwin barulah saya sedar banyak yang tak kena tentang diri Din yang saya tak usul periksa sebelum ini. Tak baik nak ungkit kisah lama tapi sebagai pengajaran hidup kepada orang lain saya akui ini semua kerana salah saya juga walaupun sudah j0doh, tapi saya harus salahkan diri sendiri dalam hal ini kerana buta mata bila bercinta.
Baru enam tahun berkahwin sudah terasa amat siksanya. Kalau boleh nak berpisah sekarang jugak, tapi memandangkan banyak hutang terp4ksa saya tanggung, saya jadi bingung. Kadang – kadang saya rasa menyesal kahwin dengan Din.
Ramai kawan – kawan saya masih bujang lagi tapi mereka happy aja. Yang dah kahwin semua pakai kereta besar, baju cantik, rumah ada barang kemas ada. Saya usahkan kata nak beli rumah nak beli baju mahal pun susah.
Punca saya berhutang kerana Din tidak pernah kekal bekerja, dia lebih suka tak bekerja. Sejak enam tahun berkahwin sudah lima kali dia bertukar kerja, dan kalau dikumpulkan jumlah hari bekerja tak sampai pun tiga tahun. Yang lain melepak.
Bila suruh cari kerja, dia kata susah nak dapat, dah dapat kerja kata transport tak ada susah nak pergi jauh. Desak belikan motor. Dah ada motor berhenti jugak kata gaji kecil tak pulang modal dengan kerja yang dibuat.
Dulu janji belikan motor guna nama saya dia kata akan bayar lepas dapat gaji, tapi bila dapat gaji, kata pulak gaji tak cukup. Saya jugak yang kena bayarkan. Sebagai isteri sanggupkah kita tengok suami tidur bergulung dalam selimut, sedangkan kita pagi hari dah pergi bekerja, cari duit bayarkan hutang dia dan bagi dia makan.
Menitis air mata setiap pagi tengok dia sebelum pergi kerja. Apalah nasib saya jadi macam ni dapat suami yang tidak ada tujuan hidup . Bila dia duduk rumah pun menyusahkan saya, entah siapa dia telefon sampai bil melambung beratus ringgit.
Tak masuk akal betul. Nak selamatkan diri dan duit jadi k0rban saya sorokkan gagang telefon. Bila tak dapat telefon dia k0rek tabung anak – anak saya yang dua orang tu. Tabung pulak terp4ksa saya sorokkan, tapi dia jumpa jugak, habis duit dik0reknya. Sedih sungguh.
Bukan itu aja duit saya pun terp4ksa disorokkan, sebab dia suka sel0ngkar beg tangan saya kalau jumpa sesuka hati dia ambil duit saya macam duit dia sendiri. Bayangkanlah betapa tak sempurnanya hidup saya dalam rumah sendiri, semua kena sorok, saya jadi takut dan tak percayakan suami sendiri.
Kerja dalam rumah tak pernah membantu, yang dia tau duduk tunggu makanan dihidang di meja makan. Habis makan tengok tv, sehari suntuk pun dia sanggup, kartun pun kartun lah, kalau anak menangis dia tak ambil peduli.
Bila saya minta tolong jagakan anak, dia boleh naik d4rah marah kerana ganggu ketenteramannya. Kalau boleh dia nak makan tidur dan tengok tv sahaja tak payah buat kerja lain. Kalau di rumah tak jaga penampilan langsung, kadang – kadang tu pakai tuala aja ke hulur ke hilir.
Kalau berkain pelik4t ada kalanya diik4t sampai meIeret ke lantai, ada masa sampai nampak kepala lutut. Sesuka hati dia aja. Kalau suami tak suka tengok isteri berkemb4n, macam tu jugak saya benci tengok suami bertuala, tak berbaju.
Di sini saya nak nasihatkan gadis – gadis semua, kalau nak kahwin selidik dahulu asal usul bakal suami, tengok rumahtangga emaknya, kalau terjaga sempurna eloklah anaknya, kalau tidak lupakan aja.
Macam kes Din bukan nak mengata, rumah mertua saya memang kotor, kain baju bertimbun – timbun entah mana bersih entah mana kotor, pingan mangkuk periuk tak berbasuh, lipas berkeliaran, tilam bantal berbau h4pak.
Kalau ikutkan hati memang tak mahu balik ke rumah mertua saya. Tapi saya dip4ksa ikut. Balik pasal kisah kami, sentiasa ada masalah bayar sewa rumah, sedangkan duit tak cukup. Din nak sewa rumah yang selesa, tapi duit tak ada.
Pernah saya minta tolong bayarkan sewa rumah, dia gunakan duit tu untuk diri sendiri. Bila dah tertunggak dua bulan saya terp4ksa berhutang selesaikannya. H4ncur hati saya. Kalau tak bekerja duduklah di rumah tolong bersihkan rumah, memasak ke atau mencuci pakaian, ini tidak masih nak enjoy tak ada duit dia pinjam kat orang.
Mula – mula dengan kawan – kawannya, bila kawan ramai dah lari dia tebalkan muka pinjam pada adik – beradik saya kadang – kadang tu sampai seribu ringgit. Lepas tu dia suruh minta saya bayar. Malu punya pasal saya terp4ksa bayarkan.
Memang dia dah lemak. Bila tak jumpa orang yang dia boleh meminjam lagi, dia jual barang – barang elektrik sampaikan cerek elektrik dan mesin bIender cili pun dia jual. Saya mengamuk pun tak guna, bila saya marah dia keluar jadi saya meng4muk sendiri.
Untuk s4kitkan hati saya lagi dia jual motorsikal di kedai besi buruk, sebab tak ada geran kerana ansuran motor belum selesai lagi. Bayangkan betapa jahat hatinya. Untuk s4kitkan hati saya lagi, dia pergi ke pejabat saya dan pinjam pada kawan sepejabat tanpa pengetahuan saya.
Lepas beberapa bulan kawan saya tanya mana Din, kerana dia asyik bertanya, saya p4ksa dia ceritakan apa dah terjadi, terb0ngkarlah kisah Din meminjam duitnya. Entah berapa kali malu punya pasal saya kena bayar.
Bila dia berhutang dengan kawan – kawan saya dia suruh rahsiakan. Kononnya saya malu nak pinjam. Sebenarnya perbuatannya suka meminjam membuatkan dia hilang ramai kawan. Ialah siapa nak kena tipu selalu.
Sekarang ni peny4kitnya dah merebak kepada orang yang dia baru kenal dua tiga hari. Akibatnya orang datang rumah minta hutang, ramai juga ugvt nak lapor polis. Mana saya nak letak muka? Perbuatannya menyebabkan saya tak ada duit langsung.
Malah saya terp4ksa meminjam untuk menyelesaikan hutangnya. Sebagai isteri saya rasa tak ada siapa boleh bersabar. Sikapnya membuat saya bertambah bencikan dia.
Bukan itu aja, dia juga suka menipu, suruh dia pergi servis kereta, dia pergi cuci kereta aja, duit lenyap, tau – tau kereta kita kering tak berair, tak ada minyak hitam. Nasib kita periksa balik kalau tidak kereta rosak kena keluar duit lagi.
Dia tak peduli semua tu, yang penting dia dapat duit, isteri dan anak – anak nak m4ti dia tak kisah. Bab suka menipu ni saya tak dapat nak nasihat lagi, dia buat marah kita balik. Memang saya simpan duit dan buku bank di pejabat tetapi sekali tu saya terlupa terbawa balik.
Bila saya mandi dia ambil buku bank saya dia tekan keluar sampai habis RM800. Itulah aja simpanan saya. Meng4muk menangis pun tak guna lagi. Per4ng mulut selalu terjadi. Untuk memaIukan saya bila ditegur dia menjerit marahkan saya sekuat hati.
Bila dia marah dengan suara kuat dia tahu saya akan diam sebab saya malu pada jiran. Kadang – kadang tu bila saya meIawan dia mulalah angkat tangan nak pukuI saya. Kalau tidak anak – anak jadi sas4ran penangannya.
Suami orang jadi pengurus besar, guru besar, suami saya jadi penghutang besar pembohong besar. Kerajaan pun dia tipu tak pernah ada lesen motor. Tapi motor ke kereta ke semua dia bawa. Kadang – kadang tu lepas sembahyang saya berdoa supaya dia cepat m4ti tak menyusahkan hidup saya lagi, sebab hidup kami tak sama hala tuju.
Pernah saya terfikir untuk mencari kerja tempat lain atau negeri lain lepas tu saya bercerai, sebab saya tak mahu dia ikut saya lagi, dan tak ada gunanya suami macam ni, bukan untuk menyenangkan dan membimbing kita dunia akhir4t, tapi buat banyak d0sa aja.
Dan saya tak sanggup lagi menanggung hutangnya yang banyak tu. Sepatutnya sebagai wanita berkelulusan dan bergaji tinggi macam saya tidak seharusnya tinggal di rumah dan hidup dalam ketakutan seperti ini, tetapi inilah nasib saya kerana tersalah pilih suami.
Dapat lelaki yang mengh4ncurkan hidup saya, sungguh saya tak sangka. Ibu dan ayah juga sedih dengar cerita saya, tapi mereka kata semuanya terletak di tangan saya. Bila saya baca ramai wanita mend3rita siksa hidup berumahtangga gara – gara lelaki.
Kalau boleh saya ingin jumpa dengan wanita maIang di luar sana nak berkongsi perasaan dan saya nak minta nasihat apa patut saya buat nak lepaskan diri dari suami saya ini. Saya rasa tak ada masalahnya kalau ramai wanita kini tak kahwin.
Zaman dah berubah, tak macam dulu, lelaki sekarang tak macam ayah kita zaman dahulu, suami kini ramai yang tak boleh diharap lagi. Saya sedih dengan nasib yang saya aIami sekarang. Cemburu tengok orang lain bahagia.
Sebab utama masalah saya, kerana suami pemalas, penipu dan kaki hutang. Susah saya nak percaya kaum Adam lagi. Saya inginkan rumahtangga sempurna. Tapi dalam masa yang sama saya serik dengan lelaki.
Memang ramai wanita yang menghadapi masalah yang sama, dimanakah silapnya? Adakah kerana wanita terlalu baik, malu pada jiran, mahu masuk syurga, berd0sa meIawan dan engkar cakap suami!
Memang betul kalau suami kita bertanggungjawab dan baik, tapi macam mana pulak yang sebaliknya? Apa patut si isteri lakukan? Benarkah kegagalan rumah tangga kerana kesalahan wanita saja? Bagaimana dengan kaum lelaki?
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih!
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.