Aku tak baIas mesej teman lelaki, dia ugvt nak datang buat kecoh dekat tempat kerja dan rumah keluarga aku. Setahun bercinta, dia selalu naik tangan. Sehinggalah aku terjumpa seorang polis, dia ajar aku kenakan teman lelaki..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hai kepada semua. Nama aku Miya (bukan nama sebenar), berumur pertengahan 20-an. Aku ingin bercerita tentang kisah duka aku ketika tahun 2016 hingga ke tahun 2017. Untuk memendekkan cerita, aku berkenalan dengan seorang lelaki yang sama universiti dengan aku.
Perwatakannya sangatlah baik, kuat agama, hafiz al-Quran dan macam – macam lagi. Aku panggil dia S. S ini, mula – mula ayat memang baik belaka. Semua perempuan boleh tunduk dengan dia. Tapi, aku tidak tahu bagaimana akhirnya dia memilih aku sebagai teman yang paling rapat dengannya.
Jadi, sepanjang kami berkenalan, mula – mula sahaja indah. Dia ajar aku bahasa Arab, aku ajar dia perniagaan dan macam – macam lagi. Konon – kononnya sweet sangat. Puih. Nak munt4h bila ingat kembali hal lama. Lepas sahaja masuk bulan ketiga macam itu, per4ngai buruknya terus keluar.
Mula – mula dia mula menengking aku sambil mencarut. Lepas itu, dia “upgrade” sedikit dengan memukuI aku. Men4mpar muka aku kalau aku tidak dengar cakapnya seperti ajakan keluar. Kononnya dating secara Islamik. Hakpuih sekali lagi.
Pada masa ini, aku sudah rasa sangat tertekan. Sebabnya dengan tugasan yang banyak, peperiksaan lagi, dan perlu fikirkan tempat latihan industri. Dalam masa yang sama, perlu layan kerenah dia yang aku rasa entah apa – apa. Kononnya aku perlu menghadap mukanya 24 jam. Eiuuuw.
Cerita pertama: Makan di KFC. Pernah suatu hari, dia ajak pergi makan di KFC. Aku mula – mula tidak mahu sebab waktu itu minggu ulang kaji, jadi aku nak belajar. Tapi, dia ugvt aku. Kalau tidak mahu keluar, dia akan buat bising di depan rumah sewa aku.
Mula-mula aku buat tidak tahu sahaja, tapi memang dia buat huru – hara di depan rumah sewa aku dengan membunyikan hon motosikalnya. GiIa lelaki ini! Nak tak nak, aku terp4ksa keluar sebab takut housemate aku kata apa pula nanti kan. (YA, AKU TAHU WAKTU INI AKU B0DOH). Jadi, aku pun keluar.
Oh ya, lupa nak cakap, aku ada kereta sendiri waktu dekat universiti. Jadi, aku keluar dan dia suruh aku ambil dia dekat rumah sewanya juga memandangkan dia nak park motosikalnya di rumah. Lepas sahaja dia naik kereta aku, terus dia t4mpar muka aku dengan alasan aku ini susah nak dengar kata dia. Menangislah aku dalam kereta itu.
Sampai sahaja di KFC, pesanan macam biasa, terus dia minta telefon aku. Nak periksa kalau – kalau aku ada mesej lelaki lain. Aku pun bagi sahaja sebab takut dipukuI lagi. Huhu. Waktu dia periksa telefon itu, ada satu mesej aku dengan kawan baik lelaki aku sejak sekolah menengah lagi.
Itu pun dia meng4muk lalu baling tulang ayam goreng kepada aku, pakej sekali dengan air milo. Menangislah aku di hadapan orang ramai itu. Terus dia ambil kereta aku dan tinggalkan aku seorang diri di KFC. Nasib baik ada kawan universiti yang makan dekat situ, jadi aku balik ke rumah dengan menumpang mereka.
Cerita kedua: Waktu aku sedang buat Latihan Industri (LI). Saat paling aku tunggu – tunggu sebab waktu inilah aku dapat jauh dari dia memandangkan tempat LI kami jauh. Alhamdulillah. Tapi, harapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Dia cakap nak datang ke tempat LI aku dengan alasan lama dah tak jumpa. Aku macam biasa lah, tidak mahu dan tak ingin. Dalam masa yang sama, aku “bluetick” sahaja chat dia. Apa lagi, meng4muklah lelaki tidak berguna itu.
Dia ugvt aku, kalau tidak mahu jumpa, dia akan buat kecoh di tempat LI aku dan kacau keluarga aku. Waktu ini, aku takut sangat sebab lelaki ini memang tahu rumah aku semua. Dan aku percaya apa yang dia cakap, dia akan buat. Saat ini, aku bekerja pun tak tenang sebab fikir apa yang dia cakap.
Sampai satu waktu ini, seorang polis muda menegur aku disebabkan wajah aku yang nampak takut dan kusut. Mula – mula dia tanya ada apa – apa masalah? Tak nak lah aku cerita sebabnya mana kenal kan. Tapi untuk memendekkan cerita, aku akhirnya buka pekung sendiri dan cerita semuanya sebab selama aku kenal S ini, aku tak pernah cerita kepada sesiapa pun, walaupun kepada kawan baik aku sendiri sebab aku tahu ramai tidak akan percaya S yang mereka kenal itu begitu.
Kami terus bertukar nombor telefon supaya aku boleh dapatkan nasihat tentang apa yang perlu aku buat. Polis ini menasihati aku untuk membuat laporan sebab ada kes pend3raan mental dan fizikal. Bukti semua ada dari segi chat semua.
Tapi, aku tidak berani sebab aku tahu nanti akan melibatkan ahli keluarga. Lagipun, S ini bukanlah dari keluarga yang berada. Jadi, aku tidak mahu keluarganya risau semua. Untuk memendekkan cerita, polis ini beri aku satu idea untuk menggertak si S.
Dengan cara tangkap layar (screensh0t) chat aku dengan si polis ini dan hantar kepada si S. Aku pun cubalah, mana tahu kalau – kalau memang menjadi. Dan ya! Memang menjadi. Si S ini terus berubah cara chat aku daripada berkata kasar kepada cara selembut kapas. Phuih! Tahu pun takut aku buat laporan polis.
Waktu ini dia merayu supaya aku tarik laporan dan berjanji dia akan berubah. Tapi, aku bukan sahaja nak dia berubah, aku mengharapkan dia tidak akan ganggu aku lagi seumur hidup sebab hidup aku sangat tersiksa dengan dia.
Setahun lebih aku mend3rita, aku dipukuI, ditumbvk tanpa sebab – sebab munasabah, dan kali ini aku nekad. Dia hanyalah parasit dalam hidup aku. Aku tak sangka, dengan cara mudah macam itu, dia boleh dengar kata aku untuk jauh dari aku.
Kalau tahu awal, memang awal – awal lagi aku suruh kawan aku berlakon jadi polis. Haha. Lepas sahaja dia berjanji, Alhamdulillah, hidup aku tenang sampai kini. Tiada apa – apa lagi yang menakutkan aku. Dan, teka apa? Polis itu sekarang sudah pun jadi tunang aku. Alhamdulillah..
In shaa Allah, awal tahun depan kami akan berkahwin. Doakan kami ya, bahagia sampai ke anak cucu. Nasihat aku kepada perempuan di luar sana, jangan jadi lemah seperti mana lemahnya aku dulu. Aku tahu siksanya hidup dengan lelaki yang kuat mend3ra.
Kita sebagai perempuan, kena kuat. Apa pun yang berlaku, jangan takut untuk buat laporan polis untuk minta perlindungan. Kita ada hak untuk hidup bahagia. Kepada kaum lelaki pula, jangan sesuka hati naik tangan kepada perempuan.
Jadi isteri pun belum, sudah berani pukuI. Ingat, baIasan Allah itu ada. Kalau buat kepada anak orang, suatu hari nanti, kalau bukan anak – anak kamu yang kena, mungkin adik – adik kamu atau ibu kamu. Sekian sahaja daripada cerita aku. Maaf, aku tak pandai nak bercerita. Harap semua dapat jadikan pengajaran ya. Peace! – Miya (Bukan nama sebenar)
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.