
Dia selalu menyanyi lagu Melayu dan English yang dia dengar semasa bercinta dengan bekas teman wanita. Ibarat masih mengenang masa lalu. Sebab lirik lagu yang dia nyanyi semua lirik patah hati. Aku sampai sekarang jadi tak suka bila dia menyanyi lagu Melayu atau English kecuali lagu nasyid.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada semua yang ada dalam grup ini. Boleh aku kongsi cerita berkaitan pasangan dan minta pendapat, tak kisah daripada lelaki atau perempuan. Semoga dapat komen yang positif saja, tak negatif. Amin. Terima kasih kepada semua yang sudi respon.
Aku bernama Cik P, berumur 26 tahun. Belum berkahwin tapi sudah ada pasangan. Kami kenal pada 28 Jun 2023 sebagai kawan, mula bercinta pada 2 Ogos 2023. Sekarang hubungan sudah masuk tahun ke tiga tapi belum genap.Dia selalu menyanyi lagu Melayu dan English yang dia dengar semasa bercinta dengan bekas teman wanita.
Ibarat masih mengenang masa lalu, nampak macam nak kembali semula tapi ego sebab kesalahan bekas teman wanitanya yang pernah curang. Aku sampai sekarang jadi tak suka bila dia menyanyi lagu Melayu atau English kecuali lagu nasyid.
Bila aku dengar dia menyanyi lagu Melayu atau English, aku jadi emosi dan sentiasa anggap dia sedang ingat masa lalu bersama bekas teman wanitanya. Sebab lirik lagu yang dia nyanyi semua lirik patah hati. Contohnya lagu Kekasih Bayangan, Mesin Waktu, Perfect, A Thousand Years, Ringgit Berjuta dan banyak lagi.
Dia selalu bandingkan dan samakan aku dengan bekas teman wanitanya, padahal tak sama langsung. Malah ajak aku couple tarikh 2 Ogos atau 2/8 iaitu tarikh lahir bekas teman wanitanya, 2/8/1998. Dia selalu cakap nak beli kereta Waja, Alza, dan kebanyakannya w4rna biru.
Mungkin w4rna tema kesukaan mereka berdua sebab aku tengok Instagram dan gambar profil bekas teman wanitanya tudung w4rna biru, motor mereka dalam gambar pun biru. Kereta Waja pula selalu dia pinjam kereta kawan untuk keluar dating sebab ada seorang kawan yang ada Waja. Alza pula, mak bekas teman wanitanya ada Alza.
Dia selalu bawa aku ke tempat yang mereka pernah dating dulu sekitar tahun 2022 hingga 2023. Malah selalu lalu depan atau belakang rumah bekas teman wanitanya bila kami pergi mana – mana. Aku buat tak tahu walaupun perasan dan tahu.
Aku paling tak suka ada pasangan yang tak move on dengan masa lalu. Aku pernah cakap, “kau tak move on kita break, jangan bagi aku buang masa dengan hubungan t0ksik ni.” Tapi sampai sekarang dia tak mengaku langsung walaupun kelakuan dia sangat jelas tak move on.
Dia pernah ada hubungan tubuh dengan bekas teman wanitanya sebelum bercinta dengan aku. Mula – mula mengaku tak pernah dengan siapa – siapa, bila kantoi baru mengaku. Masa awal kami bercinta, dia tuduh aku pernah buat semua itu dengan bekas teman lelaki pertama aku padahal tak pernah langsung. Sampai aku bawa pergi hospital untuk buat pemeriksaan sebagai bukti.
Dia selalu tuduh aku curang, ada skandal, materialistik. Padahal aku terima dia masa dia kosong tak ada apa – apa. Selain bekas pertama dan dia, semua lelaki lain aku tolak walaupun kerja bagus, ada harta, rupa elok. Aku tak pernah minta duit lelaki. Dibayar makan pun aku tolak. Kalau aku materialistik, lama aku terima saja lelaki yang senang hidup.
Kuat mer0kok dan isap d4dah. Mula – mula tak mengaku, lepas kantoi jumpa alat dalam kereta dan tandas baru mengaku. Sekejap kawal, lepas itu ulang balik. D4dah pula setakat ini setengah bulan aku tak nampak tanda dia ambil, sebab biasanya kalau dia ambil, dia tak pergi kerja dan lama dalam tandas sambil tengok video Iucah.
Tak menjaga pandangan. Ket4gihan tengok video Iucah. Cakap nak berhenti tapi masih ada tanda. Bila keluar, mudah sangat pandang perempuan sana sini, terutamanya yang s3ksi dan cantik. Terlalu peramah. Aku tak kisah kalau berbual pasal kerja, tapi jangan sampai ramah melampau dengan senyum manis dan gelak tawa. Bila ditegur, dia tak mengaku dan putar belit. Pernah kantoi sembang dengan perempuan India dan Melayu di kilang dengan gaya mesra.
Tak jujur. Selagi tak kantoi, selagi itu dia tipu. Bila kantoi baru mengaku, itu pun kadang – kadang tak. Suka sangat play v1ctim dan tuduh aku buat benda yang dia sendiri buat. Kalau aku tahu awal dia pandai isap d4dah, baran dan suka play v1ctim, aku mungkin takkan teruskan.
Baru – baru ini dia play v1ctim, tuduh aku simpan nombor dua orang lelaki yang sebenarnya penjual d4dah. Padahal nombor itu dia yang simpan dan kenalan dia sendiri. Baran, kasar dan t0ksik. Dia baik bila mood dia baik. Bila baran, dia pukuI barang, baIing barang, maki aku, jerit aku.
Pernah t4mpar, c3kik, tolak aku sampai jatuh. Pernah buang makanan aku sampai aku tak makan langsung. Pernah kasar depan kawan dia. Dia juga maki aku dekat mak dia sebab aku suruh dia jauhkan diri dengan adik angkat yang sudah berkahwin. Lepas mak dia nasihatkan, barulah dia block nombor adik angkat itu.
Sekarang aku memang dah tak ada rasa nak bagi peluang. Peluang terakhir tahun 2026. Aku rasa dia tak layak ada pasangan. Dia lebih sesuai hidup dengan kawan – kawan atau bekas teman wanitanya yang per4ngai sama. Aku tak d3ndam. Aku cuma meluah dan minta pendapat. Selama ini aku pendam.
Aku tak nak cerita aib dia walaupun dia belum jadi suami aku. Aku jenis fikir masak – masak sebelum buat keputusan. Soalan aku, patutkah aku teruskan dengan lelaki yang susah berubah dan ulang kesalahan sama. Kalau sampai 2026 masih tak berubah sekurang – kurangnya 70 peratus, aku takkan teruskan.
Aku jenis setia. Aku terima pasangan seadanya asalkan ada niat berubah. Aku pernah bertahan hubungan pertama 8 hingga 9 tahun sebelum tinggalkan sebab masalah sama berulang. Aku bukan jenis pilih harta, rupa, pangkat. Aku cuma nak pasangan yang baik, jujur, amanah, bertanggungjawab dan ada sedikit ilmu agama. Hidup sederhana, bersyukur dengan apa yang ada. Terima kasih kepada semua yang sudi baca dan beri pendapat.
Komen Netizen :
Anonymous member 573 : Sebenarnya awak boleh buat pilihan sendiri, tak perlu tanya orang. Selebihnya tanya diri sendiri. Boleh hadap atau tak, kalau tak boleh hadap pandai – pandai fikir. Kalau awak pilih untuk stay, fikir apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Soal kahwin ini bukan sehari dua, jadi fikir secara matang. Jangan sebab awak sayang, awak yang akan mer4na nanti.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.