Aku dengan kakak kandung dah lama terpisah. Baru ni kami bertemu semula tapi tak sangka dia rapat dengan bekas suami aku. Mereka gunakan anak aku

Paling meIukakan hati aku ialah apabila kakak tersebut menjadi terlalu rapat dengan bekas suami aku selepas perpisahan kami. Anak – anak selalu cerita yang mereka dip4ksa untuk ikut ayah mereka keluar dating dengan makcik mereka. Mereka murung dan keliru..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, mohon hide profil aku. Assalamualaikum w4rga FB. Aku menulis ni bukan untuk membuka aib sesiapa, jauh sekali untuk mencari simpati. Aku cuma nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati dan pada masa yang sama memohon pandangan daripada kalian semua.

Hati aku sangat berat waktu menulis ni sebab setiap ayat yang keluar datang bersama perasaan yang bercampur baur, antara sedih, kecewa, marah dan penat. Aku telah berpisah dengan bekas suami dan hasil perkahwinan kami, kami dikurniakan lima orang anak.

Empat orang anak tinggal bersama aku, manakala anak sulung tinggal bersama papa dia. Keputusan itu bukan dibuat dengan mudah, tetapi atas persetujuan bersama demi menjaga emosi anak sulung yang sudah lebih besar dan memahami keadaan. Aku reda walaupun jauh di sudut hati, aku tetap rasa kehilangan.

Aku mempunyai seorang kakak kandung. Kami adik beradik terpisah sejak kecil dan hanya bertemu semula ketika dewasa. Pada awal pertemuan semula, hubungan kami sangat baik. Aku benar – benar rasa seperti Allah gantikan kekosongan dalam hidup aku dengan kehadiran seorang kakak.

Kami sering berhubung, berkongsi cerita hidup, berkongsi masalah dan saling memberi semangat. Namun, lama – kelamaan hubungan itu semakin renggang tanpa aku sedar di mana silapnya. Apa yang paling meIukakan hati aku ialah apabila kakak tersebut menjadi terlalu rapat dengan bekas suami aku selepas perpisahan kami.

Pada mulanya aku cuba berfikiran positif. Aku pujuk hati sendiri dan berkata mungkin niat mereka baik, mungkin sekadar bertanya khabar atau berbincang tentang anak – anak. Tetapi apa yang berlaku seterusnya benar – benar menjatuhkan emosi aku sebagai seorang ibu.

Mereka kerap berhubung dan berjumpa. Perkara ini bukan sekadar sangkaan aku, tetapi mula diketahui melalui perubahan sikap bekas suami dan cerita yang keluar daripada mulut anak sulung aku sendiri. Anak aku bercerita dengan nada yang keliru dan sedih, seolah – olah memendam sesuatu yang berat untuk usia dia.

Dari situ, aku mula sedar yang keadaan ini memberi kesan emosi yang besar kepada anak – anak. Anak – anak sering dibawa oleh papa mereka untuk bertemu individu tersebut walaupun mereka berasa tidak selesa. Mereka terp4ksa mengikut kehendak papa mereka kerana mereka anak – anak, suara mereka jarang diambil kira.

Pernah beberapa kali anak – anak balik ke rumah dengan wajah yang murung, diam dan tidak ceria seperti biasa. Bila aku tanya, mereka hanya diam atau menjawab ringkas, seolah – olah takut untuk bercerita lebih. Pernah juga satu kejadian yang benar – benar meIukakan hati aku sebagai seorang ibu.

Anak – anak dibawa beraya ke rumah individu berkenaan tanpa pengetahuan aku. Mereka pergi dalam keadaan terp4ksa dan pulang dengan perasaan yang sangat terganggu. Anak – anak aku menangis dan bertanya kenapa mereka perlu berada dalam situasi yang membuatkan mereka tidak selesa.

Aku hanya mampu peIuk mereka dan tahan air mata sendiri. Untuk pengetahuan semua, punca perpisahan aku dengan bekas suami bukan disebabkan perkara ini. Perpisahan kami berlaku atas sebab lain yang aku simpan sebagai pengajaran hidup.

Namun, selepas berpisah, aku rasa sangat tidak dihorm4ti apabila ada pihak lain yang terlalu masuk campur dalam urusan anak – anak aku. Seolah – olah mereka mempunyai hak untuk membuat keputusan ke atas anak – anak aku tanpa berbincang dengan aku sebagai ibu kandung yang menjaga mereka setiap hari.

Aku mula rasa ruang aku sebagai seorang ibu semakin diketepikan. Setiap kali anak – anak balik dari berjumpa papa mereka, emosi mereka terganggu. Ada yang menjadi pendiam, ada yang mudah marah, ada yang tiba – tiba menangis tanpa sebab.

Aku yang melihat semua itu rasa sangat bersalah kerana tidak mampu melindungi mereka sepenuhnya. Disebabkan itu, aku telah lama memutuskan hubungan dan tidak lagi berhubung dengan individu tersebut. Aku buat keputusan itu demi menjaga ketenangan diri aku sendiri dan emosi anak – anak.

Aku tahu keputusan ini mungkin dianggap keras oleh sesetengah pihak, tetapi hanya aku yang melihat apa yang anak – anak lalui setiap hari. Aku yang memujuk mereka bila mereka menangis, aku yang memeluk mereka bila mereka rasa terasing.

Aku bukan nak memutuskan hubungan antara anak – anak dan papa mereka. Aku sedar hak itu tetap ada. Tetapi aku sangat berharap agar anak – anak tidak dijadikan alasan untuk menghubungkan semula perkara yang hanya memberi kesan buruk kepada emosi mereka.

Anak – anak bukan alat perantara dan bukan juga perisai untuk menghalalkan perbuatan orang dewasa. Soalan aku kepada pembaca yang budiman, apakah langkah yang boleh aku ambil supaya bekas suami aku tidak menggunakan anak – anak sebagai alasan untuk berhubung atau bertemu dengan pihak yang menjejaskan emosi mereka.

Aku cuma mahu melindungi perasaan, kestabilan emosi dan kebajikan anak – anak aku yang sedang membesar. Aku mahu mereka membesar dalam suasana yang tenang tanpa konflik yang tidak sepatutnya mereka tanggung. Aku tahu aku tidak sempurna sebagai seorang ibu.

Banyak kekurangan dan kelemahan aku. Tetapi satu perkara yang aku pasti, aku sanggup buat apa sahaja untuk memastikan anak – anak aku tidak terIuka kerana keputusan orang dewasa di sekeliling mereka. Akhir kata, jika individu yang dimaksudkan terbaca luahan ini, aku serahkan segalanya kepada Allah.

Apa yang berlaku biarlah Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. Aku percaya setiap perbuatan akan ada balasannya, sama ada cepat atau lambat. Terima kasih kepada yang sudi membaca luahan aku sampai habis.Mohon admin hide Facebook aku kerana aku meluahkan menggunakan akaun rakan.

Komen Netizen :

Amirul Syafiq : Aku rasa aku faham isu sekarang ni pasal apa. Isu dia sebenarnya wanita tu kakak dia sendiri. Memang akan ada rasa tak sedap walaupun dah move on sekalipun. Walaupun kalau bekas suami kahwin dengan kawan baik kita sendiri pun dah cukup s4kit, apatah lagi kalau dengan kakak sendiri.

Hatta kalau perempuan ni dah move on sekali pun, perasaan tu tetap ada. Nasihat aku, cuba cakap elok elok dengan anak – anak dan luahkan juga pada bekas suami. Cakap juga dengan kakak. Kalau benda tu masih berlaku juga, cuba pindah tempat tinggal atau tukar kerja. Selebihnya tu, berdoalah supaya diberi keamanan dan ketenangan.

Muhammad Khalaf : Bekas suami bebas nak bercinta dengan sesiapa. Tak kisahlah anak – anak suka atau tak. Kita sebagai orang tua kena terangkan pada mereka. Pada aku, mungkin penulis ni cemburu dan mungkin tanpa sedar mempengaruhi anak – anak untuk tak suka dengan pilihan bekas suami.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :