
Hampir setiap kali mak telefon, soalan yang keluar mesti sama. Dah bercerai ke belum. Pada mak aku, anak – anak tiri itu satu beban. Setiap kali jumpa, mak buat muka ketat. Pernah satu hari mak datang rumah aku tanpa beritahu awal. Mak terus masuk bilik dan buang barang – barang arw4h isteri suami aku…
#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Aku berkahwin bulan Februari hari itu. Aku berkahwin dengan seorang duda yang mempunyai tiga orang anak. Isterinya meninggaI dunia enam tahun lepas kerana komplikasi melahirkan anak bongsu. Umur aku 30 tahun dan suami aku pula 36 tahun.
Aku nak cerita dari awal supaya orang faham keadaan sebenar. Sebelum berkahwin, aku ada perniagaan beauty spa dan salon. Aku usahakan bisnes itu sejak umur aku 19 tahun. Dari kecil aku memang jenis berdikari. Aku bina semuanya dari bawah, cari pelanggan sendiri, urus pekerja sendiri, simpan duit sendiri.
Tapi masa kovit19, aku terp4ksa tutup bisnes buat sementara waktu. Bila dah habis PKP, aku ingat nak buka semula perniagaan. Masalahnya, suami aku tak benarkan. Dia kata kerja aku berjumpa terlalu ramai orang, melibatkan sentuhan dan berisiko.
Dia risau keselamatan aku dan kesihatan keluarga, terutama anak – anak. Aku faham niat dia. Jadi aku ikutkan sahaja permintaan suami walaupun hati aku berat. Sampai hari ini bisnes itu masih ditutup. Untuk pengetahuan semua, dengan bisnes itulah aku mampu beli rumah, beli kereta dan buat simpanan hampir setengah juta dalam ASB.
Jadi memang bukan senang untuk aku lepaskan begitu sahaja. Sepanjang bisnes ditutup pun, masih ramai pelanggan lama hubungi aku, siap datang ke rumah minta aku buat rawatan. Tapi aku tolak sebab aku hormat keputusan suami. Sekarang aku cuma buat bisnes online kecil – kecilan. Untung pun sikit sahaja.
Masalah sebenar bermula bila mak aku asyik p4ksa aku sambung kerja lama aku. Mak cakap jangan berg4ntung pada suami sahaja. Aku faham maksud mak, tapi cara mak bercakap buat aku tertekan. Hampir setiap kali mak telefon, soalan yang keluar mesti sama. Dah bercerai ke belum. Aku sendiri tak faham apa motif mak tanya soalan macam itu.
Mak aku memang dari awal tak suka aku berkahwin dengan suami aku. Sebab suami aku duda dan ada anak. Pada mak aku, anak – anak tiri itu satu beban. Tapi bagi aku, anak – anak tiri aku budak baik, lembut dan pintar. Aku sayang mereka sepenuh hati. Aku cuba jadi ibu yang adil dan penyayang. Aku tahu mereka pun masih tr4uma kehilangan ibu kandung.
Kami sekeluarga merancang untuk pindah ke rumah baru yang agak jauh dari mak. Rumah itu suami aku beli untuk masa depan kami. Tapi bila mak tahu, mak cakap dia nak ikut tinggal sekali. Mak kata dia nak tinggalkan ayah dan duduk dengan aku.
Aku betul – betul buntu masa itu. Ayah aku masih ada. Mak aku pun masih sihat dan muda. Ayah aku pula ada pencen dan bukan orang susah. Untuk pengetahuan semua, dulu masa aku bisnes besar, aku beri mak RM1500 sebulan. Aku tak berkira sebab mak besarkan aku.
Sekarang aku cuma mampu beri RM500 sebulan sebab pendapatan aku tak macam dulu. Aku perasan sejak jumlah duit itu berkurang, sikap mak pun berubah. Nada suara mak lain, ayat mak kasar dan sindiran makin kerap. Yang lebih buat aku takut, mak langsung tak suka anak – anak tiri aku.
Setiap kali jumpa, mak buat muka ketat. Anak – anak itu jadi takut. Pernah satu hari mak datang rumah aku tanpa beritahu awal. Mak terus masuk bilik dan buang barang – barang arw4h isteri suami aku. Gambar – gambar lama pun mak buang.
Anak – anak tiri aku menangis ketakutan. Mereka berpeIuk sesama sendiri dan lari masuk bilik. Hari itu aku betul – betul tergamam. Aku marah tapi aku tahan sebab itu mak aku. Suami aku pun terk3jut dan kecewa, tapi dia masih cuba berlapang d4da.
Sejak kejadian itu, anak – anak tiri aku jadi takut setiap kali dengar nama mak aku. Nampak mak aku dari jauh pun mereka akan lari dan bersembunyi. Aku bukan tak sayangkan mak. Aku sangat sayangkan mak. Setiap minggu aku tetap balik jenguk mak.
Aku tetap hulur duit setakat mana aku mampu. Tapi sikap mak buat aku sedih. Aku tersepit antara mak dan rumah tangga aku sendiri. Aku takut kalau mak duduk dengan aku, rumah tangga aku akan porak peranda. Aku takut anak – anak tiri aku makin tertekan. Aku takut suami aku terIuka walaupun dia tak luah.
Aku pernah tanya suami secara jujur. Suami kata kalau aku setuju, dia boleh terima. Tapi aku kenal suami aku. Dia jenis simpan perasaan. Aku tak mahu keputusan aku meny4kiti ramai orang. Aku juga sedar rumah yang mak ayah aku duduk sekarang itu rumah aku.
Aku hadiahkan pada mereka tanpa syarat. Tapi aku tetap tak faham kenapa mak masih nak ikut aku tinggal bersama. Aku perIukan pendapat. Perlu ke aku bawa mak tinggal dengan aku? Atau aku patut tegas demi rumah tangga aku sendiri? Aku bukan anak derh4ka. Aku cuma tak mahu masalah makin besar dan meIukakan hati semua pihak.
Komen netizen :
Faezatul Amira : Hmm memang la mak melahirkan kite tapi lepas kawin syurga bawah tapak kaki suami. Mak awak pon ada suami lagi biarlah dia duduk dengan suami dia dan awak stay dengan family awk. Mungkin mak awak terkesan sebab dapat RM 500 je.
Nur Intan Abdul Kadir : Macam ni lah, sekarang Puan dah kahwin kan? Jadi syurga Puan pada suami Puan.. yang mak tu bincang elok – elok. Rasanya kalau per4ngai mak Puan macam tu, baik tak payah bawak tinggal sekali dengan korang semua sebab mak Puan pun masih ada suami.
Lagipun Puan dah kahwin, jika duduk serumah dengan mak, akan mengeruhkan lagi keadaan. Baik elak sebolehnya, cakap elok – elok nanti jumpa. Sebab mak yang baik tak akan tanya macam tu, dah cerai ke? Akan beri sokongan moral pada Puan.
Beruntung Puan sebab mempunyai suami dan anak tiri yang baik. Saya tak kata mak Puan tak baik, cuma sekarang mak Puan patut faham yang Puan dah kahwin, tu jaa. Harap mak tu berubah hati kelak. Saya doakan hubungan Puan dan suami kekal hingga Jannah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.