Masa tengah bagi mandi anak asuhan, tiba2 aku terasa ada benda putus kat dalam perut. Aku dah tak sedap hati

Pertama kali jadi pengasuh aku hanya upah RM1.50 sejam! Sebulan aku boleh dapat bawah RM200. Aku terp4ksa catu makan anak beranak sebab nak bagi anak asuhan makan. Sehinggalah aku mengandung, aku terp4ksa jaga seorang baby. Masa bagi mandi baby, tiba-tiba aku rasa bunyi benda putvs dalam perut..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca semua. Nama aku Maz. Aku tak nak cerita pasal isu – isu panas antara pengasuh dan ibubapa. Yang tu dah ada orang highlightkan kat confession lain. Korang carilah sendiri.

Yang aku nak cerita ni, pengalaman tak seberapa aku ni je. Sekadar hilangkan bosan aku terperuk kat rumah tak ada hala tuju. Huhu! Tapi, kalau tak berminat tak apa boleh skip baca. Tak ada p4ksaan. Aku sekadar nak berkongsi pengalaman aku sebagai pengasuh di rumah selama 7 tahun.

Sekarang dah 3 bulan officially aku jadi surirumah menganggur. Haha! Tak pernah terfikir langsung dalam hidup aku mengasuh anak orang demi mencari rezeki. Tapi, begitulah takdir Allah dalam 7 tahun ni menentukan segalanya.

Aku mula terjebak dalam dunia asuhan disebabkan terdesak untuk membayar hutang pelajaran negeri yang aku gunakan ketika belajar master dulu. Dengan 2 kali dapat call dari pegawai pelajaran tu buat aku tak tidur malam.

Kehidupan masa tu suami berpendapatan RM1800 dengan hidup di tengah bandar besar dengan anak seorang umur 2 tahun. Aku dah pergi banyak interview tak kira yang swasta ataupun kerajaan dari guna kelayakan SPM hingga master. Gagal!

Aku kira silap aku yang tak cukup praktik skill interview bercampur dengan emosi tak keruan tiap kali interview. Di samping tertekan dengan harapan orang sekeliling agar aku dapat kerja. Maklumlah master holder kena lah kerja yang best – best. Kononnya!

Dengan keadaan em0si yang rapuh, down dan terdesak akhirnya, aku ambil keputvsan untuk jaga anak kawan aku berumur 1 tahun lebih. Kebetulan kawan aku (Minah) ni sambung Phd jadi kadang – kadang dia minta jagakan anak dia kejap.

Aku masa tu okey je sekurangnya anak aku ada kawan main. Hinggalah aku tawarkan diri untuk jadi pengasuh dia. Lagi lah dia suka. Haha! Aku sebenarnya takut nak jaga anak orang. Ibarat jaga nyawa. Tapi aku tekad aku teruskan je asalkan dapat duit.

Aku dah tak peduli apa kata orang belajar tinggi – tinggi jadi pengasuh je! Mulanya aku malu sangat – sangat bila family, kawan – kawan atau sed4ra mara tahu aku mengasuh tapi aku tebalkan juga muka ni. Lagipun bukan diorang pun nak bagi duit bayar semua komitment aku.

Ah! sekadar ayat sedapkan hati sendiri. Kesilapan terbesar aku masa awal – awal aku mengasuh ialah, aku tak tahu do & don’t sebagai pengasuh. Tak ada pengalaman lagi kan. Aku main tadah, redha dan iya kan je apa ibubapa nak sebab aku sedar ilmu mengasuh aku zero.

Hanya redah guna logik akal dan em0si aku je. Begong betul bila ingat balik! Hahaha! Bermula dengan masalah, aku tak tahu nak letakkan harga upah memandangkan Minah akan hantar bila perlu sahaja. Aku search di facebook rate harga pengasuh sebulan RM300 – RM450.

Takkan aku nak caj harga sebulan. Aku study rate yang dicadangkan dalam group pengasuh di fb tapi aku masih buntu / lost. Malah, aku ada pm sorang pengasuh otai, admin fb tu untuk mintak pendapat tapi tak ada respond.

(Zaman ni, fb group pengasuh kurang rancak lagi, jadi aku tak cukup info). Jadi, sudahnya aku caj per jam. Tak silap aku caj RM1.50 – RM2.00 per jam. Sebab kawan aku kadang – kadang hantar sekejap tengah hari dah ambik anak, lama kelamaan lepas magrib baru ambik anak.

(Masa ni aku sedih sebab dah ambik waktu aku rehat bersama anak dan suami. Huhuhu! ) Overall, purata sebulan aku dapat upah bawah RM250 sebulan ikut rezeki. Ada masa tak sampai RM100 pun sebulan. Lagi kerap dan lagi lama jam Minah hantar anak dapat lah upah lebih bulan tu.

Bersungguh aku jaga anak orang lebih dari anak sendiri. Bila bersungguh, maka letihnya Tuhan je yang tahu. Dengan keadaan masa tu, aku catu makanan keluarga sendiri dibahagi dengan makanan anak asuh lagi. Aku rasa tak cukup dengan upah yang dapat.

Aku dah str3ss. Str3ss duit kurang cukup, nak beli barang makan lagi, nak bayar hutang lagi. Hinggalah pada suatu hari Minah tanya nak jagakan tak baby 3 bulan. Iaitu is, baby Si Daud. Daud ni junior aku. Masa tu, circle anak asuhan aku hanyalah dari kenala n- kenalan je. Alhamdulillah, rezeki.

Mula – mula aku tolak sebab takut. Baby kot! Baby is fragile! Ko giIa apa! Jadi apa – apa anak orang, ke tirai besi jawabnya! Itulah yang aku pikir masa tu! Tapi bila kira – kira aku boleh dapat purata RM400 lebih sebulan kalau jaga baby tu.

So, nak tak nak aku terp4ksa ON! Bermulalah fasa aku jaga 2 anak orang, 1 anak sendiri. Anak sendiri dah macam anak tiri dah. Sedih bila ingat balik. Maafkan ibu, nak! Waaa! Baby 3 bulan comey giIer tapi demand asyik nangis je.

Dengan aku sekali nangis sebab terlalu str3ss. Aku memang burnout habis masa tu. Bangun pagi je aku rasa nak nangis mengharap baby tu tak dihantar pagi tu. Masa tu aku baru tersedar rupanya tak mudah nak jadi pengasuh.

MentaI fizikaI kena kuat. Terutama mentaI. Aku betul – betul exhausted mentaI. Tapi aku cakap kat diri aku, “setakat ni ko tak ada pilihan, Maz. Nak tak nak ko kena bertahan! Huhuhu! Dalam aku jaga 2 anak asuh ni, lama – lama aku m4kin kenal dengan sikap ibubapa iaitu kawan dan kenalan aku.

Memang mereka ni kawan tapi hanya kawan touch and go sahaja masa aku belajar dulu. Ala… macam dah sampai kampus kita ‘hye’, dah habis waktu kampus kita ‘bye’. Biasa lah life postgraduate budak research sebahagiannya begitu.

Mesti ade kalangan pembaca yang faham aku cuba cakapkan ni. Sikap serah bulat – bulat semua benda pada pengasuh antara benda yang paling meny4kitkan hati. Aku dulu memang bersungguh – sungguh jaga anak asuh.

Anak asuh demam sikit aku beria lah mandikan air lemon bagai, sapu minyak, buatkan bubur extra garlic, extra sayur gitu gini yadaa! yadaa! Aku happy je buat tu semua, tapi tapi lama – lama jadi tak best bila ko tak nampak usaha, kerjasama, toleransi ibubapa untuk anak.

Usahkan untuk anak, untuk pengasuh ko jangan harap ea! Mentang – mentang ko dibayar untuk jaga anak dia waktu sekian – sekian. Jangan harap nak toleransi ambik awal kalau balik kerja awal. Jangan harap nak toleransi bagi full payment kalau ko ada mintak cuti s4kit, urusan penting, balik kampung walaupun sehari.

Jangan harap hujung bulan ko dapat sikit kudap – kudapan atau stok dapur untuk bekalan anak asuh. Nehhi kabbi nehhi! Eh, Maz, ko keje tak ikhlas ni, ada ke patut mengharap gitu kat parent. Ko dibayar sesuai dengan perkhidmatan ko bagi lah. Ni, dah lebeyyy!

Ok, fine aku sedar diri aku hanyalah bibik. Jadi, bila aku dah ada sedikit perasaan tak best gini, aku pun mula start study case cerita pengasuh – pengasuh dan ibubapa di fb group pengasuh untuk jadikan guide. Masa zaman ni fb group tu dah mula aktif rancak – rancak berd0saaa dengan post – post mintak pendapat, kecaman, bawangan dan luahan perasaan sebagainya.

Mana yang baik, aku ambik jadikan pedoman. Mana yang negatif pandai – pandailah tepis. Lepas dari tu, aku dah confident sikit, aku mula kuatkuasa caj harga baru, aku cuti 1 – 2 hari aku tak tolak payment (tapi ni berg4ntung pada budi bicara aku biasa aku tolak je sebab sentiasa lembut hati),

Aku mula minta ye orang bekal kudapan anak – anak (hakik4tnya jarang sangat bagi, segan nak pesan banyak kali), caj OT (kalau banyak sangat ot aku siap bagi diskaun). Dengan penguatkuasaan rules baru ni, aku sikit lega.

Rasa macam aku dapat balik rasa hormat pada diri sendiri. Dan aku just nak diorang rasa hormat dengan masa aku, tenaga aku, usaha aku walaupun hakik4tnya tak pun. Tak terdetik di hati aku ambik kesempatan buat duit kaw kaw pun terhadap diorang.

Bagi aku, cukup aku nak bayar hutang aku dan duit dapur je dah memadai. Untuk saving, memang tak ada. Dan aku pun dah berani buka iklan cari anak asuhan memandangkan si Minah jarang hantar anaknya. Jadi, menpengaruhi pendapatan bulanan aku.

Dapatlah sorang anak asuh baru, anak Si Lisa umur 2 tahun. Alhamdulillah! Fix pendapatan bulanan dalam RM750 gitu. Agak selesa aku nak bayar hutang lebih – lebih sikit. Sempatlah juga aku merasa dapat 1k bila Si Minah kerap hantar anak.

Tu paling banyak aku pernah dapat selama aku mengasuh. Tapi bagi korang, celah gigi je 1k tu, kan. Hahaha! Dengan upah yang bagi aku agak selesa tu, aku mula buang tebiat nak buat kuih untuk jualan. Aku dah lama teringin nak bisnes kecik – kecik macam ni.

Dengan terliur tengok orang pacak gerai sebeIah rumah aku jual nasi lemak, aku beranikan diri hantarkan kuih kat situ. Walau hakik4t aku belum mahir buat kuih. Alhamdulillah, dari tak nampak bentuk karipap sampai dah elok comel nampak bentuk karipapnya aku berjaya jual.

Sehari 30 biji dah satu kejayaan besar bagi aku. Lepas tu aku upgrade buat sejenis kuih lagi. Masa tu seronoknya aku berjaya sibukkan diri dengan aktiviti menjana ekonomi. Walaupun penat sangat, tapi aku rasa happy dan rasa hidup aku berguna. Hahaha!

Masa pun terus berlalu, bila baby si Daud dah capai umur 2 lebih tahun. Ada satu kejadian kecik dan remah terjadi, tapi disebabkan kejadian tu hati aku cukup – cukup terkilan. Tidur malam tu dalam kesedihan, tau! Mungkin sebab dah lama pendam dengan hal – hal yang tak menyenangkan selama aku jaga anak dia.

Esoknya, Allah Maha Baik, Dia pujuk hati aku dengan sebuku roti bekalan anak Si Lisa. Kebiasaannya dalam semnggu 2 – 3 kali akan ada kudap – kudapaan Lisa sediakan untuk anaknya. Tapi, ntahlah pagi tu mata aku berkaca dengan sebuku roti tu mampu memujuk kesedihan aku dari peristiwa semalam.

Terima kasih Lisa, you are the best mom ever. Haha! Akhirnya aku reject anak Daud. Aku bagi alasan tak boleh bagi komitment sebab lepas ni nak kena balik kampung kerap menyusahkan diorang plak nak kena cuti je. Aku sedih nak lepaskan anak Si Daud ni.

Yela, dah bela dari baby kan mana tak sayang oi. Tapi bila hati dah tak ikhlas, dah tak boleh go on, just let it gooo! let it goooo! Sila nyanyi macam Elsa Frozen. Huhuhu! Hari terakhir aku dengan baby Si Daud pun berlalu seperti hari kebiasaannya, bezanya ada ucapan extra terima kasih dan extra maaf. Itu sahaja.

Aku ingatkan dapatlah perhargaan gula sekilo ke, kain batik lepas sehelai ke. Gurau, okeh! Hahaha! Walaupun aku dah hilang 1 pendapatan, tapi aku lega sangat macam lepaskan batu besar kat bahu aku. Cerita Si Lisa ni pulak dia stranger.

Sebelum ni aku tak berani langsung nak jaga anak orang yang aku tak kenal. Takut weh! Aku nervous nak hadap orang luar sebab rasa keyakinan aku memang kelaut dalam. Kebanyakan ibubapa yang datang, aku akan minta diorang datang tengok keadaan rumah aku dulu sesuai ke tak.

Tapi main pointnya, aku nak diorang tengok aku ni sesuai ke tak jaga anak diorang. Sebab aku fizikaI kecik macam budak – budak. Malah cara bercakap dan tone suara aku pun kebudak – budakan. Bukan aku perasan ye, tapi ramai yang cakap gitu.

Huhu! Ini salah satu sebab kena keyakinan aku merudum. Lisa dan suaminya datang jumpa aku sebelum hantar anak. Bagi aku ibubapa yang datang dan sanggup terima aku seadanya ni memang aku akan hargai sungguh – sungguh. Sebab aku sedar diri aku siapa.

Mereka yakin dan percaya pada aku, jadi of course aku hargai kaw – kaw dengan jaga anak diorang sebaiknya. Ada ibubapa yang datang jumpa tapi lepas tu tak ada update jadi hantar ke tak, tu kita faham – faham sendiri lah.

Tapi rugiIah tak hantar kat aku sebab aku memang tak jaga ramai. Dah lah baikkkk! (Done perasan, hahaha!) Anak si Lisa ni sebenarnya lasak giIer dengan badan tegap macam budak umur 4 tahun. Fuh, kali ni menc4bar fizikaI kudrat tenaga dan mentaI aku berganda – ganda. Aku letih.

Tambahan dengan aktiviti aku buat kuih. Tapi aku bertahan demi Lisa dan suaminya. Mereka ibubapa yang Allah hadirkan untuk aku terus belajar bertahan, dihargai dan menghargai. Layanan mereka cukup baik. Walaupun anak sorang, masih muda, tak belajar tinggi ke tahap phd tapi cukup menyantuni aku seadanya.

Aku cukup kagum dengan diorang. Aku jaga anak Lisa dalam 2 tahun sahaja sebab dia nak hantar anaknya ke taska. Kebetulan masa tu aku mintak rehat sebulan sebab keguguran. Aku rasa macam dia rasa bersalah kot sebab fikir anak dia punca aku keguguran.

Dia tahu anak dia lasak. Tapi, sebenarnya bukan berpunca dari anaknya. Puncanya sebab aku mandikan baby 3 bulan. Kebetulan, ibubapa baby tu minta tolong aku jagakan 3 hari je. Masa mandikan baby memang kena extra hati – hati.

Pegang kuat, kejap takut terlepas dari tangan jadi perIukan tenaga lebih. Ntah macam mana, tiba – tiba aku terasa ada benda putvs kat dalam perut. Ah, sudah! Aku dah tak sedap hati. Esoknya, dah mula start keluar d4rah sikit – sikit.

Dan, akhirnya tak ada rezeki setelah 5 tahun menunggu anak ke 2. Sedih juga, sekarang aku boleh faham perasaan orang try to concive (ttc). Sob! Jadi, masa ni dah start aku slow down dalam mengasuh, hanya ambik sorang je anak asuh baru.

Anak Si Ani. Si Minah pulak dah beranak 2. Masih rutin yang sama, kadang – kadang je hantar. Aktiviti buat kuih aku terhenti sebab budak pacak gerai dah tak meniaga dah. Sedih juga, sebab tu je pendapatan tambahan aku untuk cover duit mengasuh.

Sedar tak sedar, kewangan suami pun alhamdulillah sem4kin baik dengan adanya bisnes kecilan di shopee. Mungkin masa tu keadaan hidup aku lebih bertenang, gembira dan em0si terkawal, Allah izinkan aku mengandung lagi.

Alhamdulillah. Aku mengasuh seperti biasa dan tak ada rancangan nak tambah anak asuh lagi dengan mengambil iktibar kejadian keguguran sebelum tu. Sampailah hujung tahun aku nak bersalin ngam – ngam Si Ani bagitahu nak berentikan anaknya.

Aku okey je sebab dah bersedia. Sebelum bersalin tu aku memang rancang nak berhenti terus mengasuh termasuklah anak – anak Si Minah. Akhirnya, selepas 7 tahun aku beranak sulung merasa lagi beranak nombor 2.

Alhamdulillah! 8 bulan lepas bersalin, aku try juga bisnes karipap frozen. Ada rezeki sikit – sikit tapi aku tak tahulah macam mana nak handle anak kecik 8 bulan yang asyik nak melekat je. Baru pegang tepung dah melalak.

Aku kalah dengan anak sendiri walau hakik4tnya aku seorang pengasuh. Waa! Sungguh hebat ya, para ibu – ibu homebaker yang boleh bekerja dengan anak – anak masih kecil. Mohon titipkan tips di ruangan komen, boleh? Aku perIukan kekuatan dan sokongan! Huhuhu!

Dalam pada tu, anak – anak Si Minah ada datang juga. Ntahlah, aku masa tu tak mampu nak tolak sebab fikir rezeki datang tak baik tolak. Huhu! Padahal hati aku dah tak best nak mengasuh. Aku serba salah nak bagitahu Minah aku tak nak jaga anak – anak dia dah. Sebab kawan kan.

Lagipun dah bertahun jaga anaknya, dia pun dari awal phd hingga dah habis phd pun. Tapi sebab kawan lah aku pejamkan mata je orang buat lebih kurang je kat aku. Huhu! Akhirnya, aku bagi kata putvs nak berhenti. Tak ada lagi istilah nak hantar sehari, dua hari, separuh hari, sejam, 2 jam.

Aku pun tak pening dah menunggu orang datang tak datang, tak tentu masa. Maka, dunia mengasuh aku dah pun berakhir. Alhamdulillah, ntah kenapa aku rasa lega walaupun aku dah tak ada pendapatan lagi. Apa jadi dengan hutang aku?

Alhamdulillah, dah selesai beberapa bulan yang lepas. Ada rezeki aku Allah bagi jalan selesaikan saki baki yang ada. Syukur. Pandangan aku terhadap kerja mengasuh ni bertukar 100%. Bukan semua orang boleh buat kerja ni.

Aku sendiri pun tak mampu bertahan dalam masa yang lama. Tabik hormat aku pada semua pengasuh otai – otai di luar sana. Jika dulu aku malu, tapi sekarang aku bangga jadi seorang pengasuh. Opss! Bekas pengasuh. Huhu!

Sekarang 3 bulan aku menganggur dan membawa rezeki anak nombor 3, tatkala anak nombor 2 berumur setahun lebih. Pantas juga rezeki kali ni! Namun, perjuangan aku belum selesai, aku ada misi yang sama iaitu selesaikan hutang terakhir aku.

Hutang ni menc4bar sikit. Bagi orang lain biasalah tu. Tapi untuk orang otak old – school macam aku ni, rasa menc4bar dan berat sikit tapi aku yakin possible boleh selesaikan macam orang lain jugak. Sungguh, aku kena bermula dari bawah semula walaupun belum pasti hala tuju aku mencari rezeki ke arah mana.

Waktu dan saat ketika ni, kewangan suami aku nampak agak tegang seolah – olah kembali ke waktu aku mula – mula berjinak dalam dunia asuhan dulu. Maklumlah ekonomi dah start tak cantik sekarang ni. Mohon doakan kami suami isteri dan anak – anak dapat teruskan hidup dengan lebih baik.

Dipermudahkan lorong – lorong rezeki aku untuk kembali mencari rezeki lain selain mengasuh sebab aku dah tak sanggup mengasuh lagi! Buat pengasuh – pengasuh di luar sana yang masih bertahan dan enjoy mengasuh, anda memang terhebat! Wira wanita berkain batik yang tak didendang! Tahniah! Maafkan aku tak sekental diri mu semua. Sekian. (Bekas pengasuh yang tak cukup kental)

Psst! Tolong ya, sesiapa rasa macam kenal aku, jangan tag aku. Aku malu. Ko pejam mata buat – buat tak nampak je, ok! – Maz (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Miz Atom : Saya sekadar tolong mom mengasuh anak orang start umur 9 tahun. Habis sekolah kena jaga anak orang sampailah umur saya 20+. Kadang – kadang terfikir jadi fulltime pun ada tapi hasil upah semua di tangan mom.

Saya belajar di situ dari arw4h mom bagaimana nak deal dengan parent. Mom agak cerewet skit nak pilih anak orang coz dia akan interview sendiri one by one. Saya pernah jumpa layanan si ibu baby kepada mom saya macam hanjing, gara – gara anaknya tergigit nyamuk saja punnn.

Masin mulut mom saya, nyamuk gigit seluruh keluarganya gara – gara banjir di kampungnya dulu. Belom lagi isu mommy hantar anak pepagi buta, malam – malam buta baru nak ambik. Bila my mom nak naikkan harga, si mommy itu buat muka masam bagai.

Mommy budak adakala over, bapak budak ok je. Mom dan saya, memang dah set timing, main bila tidur bila makan bila mandi bila bla bla. Setiap kali parent datang ambik, anak – anak semua dalam keadaan wangi dan bersih!

Harga upah dulu – dulu di kampung rm250/bulan utk baby. Rm300/bulan untuk budak besar sikit. Upah itupun pada saya langsung tak berbaloi coz makan minum adakala susu pampers terp4ksa mom dahuIukan duit sendiri sampai tak larat nak claim!

Saya pernah tanya kat kawan – kawan. Ada kawan hantar ke taska rm500/month. Kawan non-muslim hantar ke rumah selalu dalam harga rm800-900/monthly untuk satu baby. Sekarang ni, saya nak mengasuh balik rasa malas pulak coz mommy sekarang nak upah mengasuh murahhh, nak anak kena jaga tiptop bersih sedia, macam – macam lahhh.

Sayang pulak rasa skill mengasuh saya ni dipendam saja tapi itulah renyahhhh kerja mengasuh niiii. Itu blom lagi, al-kisah saya pernah bekerja sekejap di taska dulu, tengok bagaimana pengasuh di sana jaga anak – anak terlalu ramai sampai lalat mengurung berbau busukkkk.

Norazlina Nayan : Memang tak mudah jaga anak orang ni. Kena ikhlas menjaga. Saya dibesarkan dengan mak yang menjaga anak orang dari kami kecik sampai dah tua ni pun. Membesar denagn adanya anak orang di dalam hidup kami.

Memang rasa terpinggir walau kami anak kandung. Mak akan lebihkan dan utamakan anak asuhan. Kadang – kadang bila fikir rasa tak baloi upah yang dibayar dengan kerja yang mak saya buat. Masakkan makanan, extra care bila anak asuhan tak sihat, provide makanan – makanan sampingan lain, jaga lebih masa, etc.

So sesiapa yang dapat pengasuh yang ikhlas jaga anak anda, hargai lah cukup – cukup dan jangan pernah berkira. Serious bukan senang. Aku tengok sendiri pun rasa penat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.