Satu hari dia kata dia nak kahwin satu lagi dengan bekas kekasih dia. Saya sedih tapi saya setuju dengan syarat. Saya dah bersedia nak masuk meminang, tiba – tiba kekasih suami hantar gambar..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Memandangkan isu kahwin dua beberapa artis influencer tengah hangat, saya teringat kisah saya 11 tahun lepas. Cerita kahwin 2, tapi ada plot twist di akhir cerita. Intro, saya seorang isteri yang bekerja dari sebelum kahwin lagi. Saya memang kerja kuat. Buat OT banyak – banyak.
Bila dah bertunang, lagi kerja kuat. Nak kumpul duit lebih untuk beli barang rumah. Senang bila dah kahwin, selesa sikit barang dah cukup. Rupanya sementara saya bekerja siang malam tu, suami (boyfriend lagi masa tu), bercinta dengan budak ofis dia. Alasan dia ada girlfriend lain ada 2 sebab.
Satu sebab saya sibuk bekerja, malam – malam tak de nak call lama – lama, sekadar tanya khabar je. Alasan ke 2 dia bosan dengan saya sebab saya budak nerd. Tak reti nak sembang pasal business ni. Untuk pengetahuan semua, saya tahu pasal dia ada kekasih lain masa 3 hari sebelum kami nak nikah.
Tiba – tiba dia kata tak nak balik kampung. Dia str3ss. Lepastu, barulah dia cerita yang dia dah ada kekasih lain. Saya tak fikir panjang. Saya pujuk dia kata nanti saya bagi kahwin lagi satu, barulah dia nak balik kampung.
Sehari sebelum akad nikah, baru saya terfikir apa yang saya cakap tu. Memang tak masuk akal, belum kahwin lagi saya dah izinkan suami kahwin lagi satu?? Saya minta cancel nikah tapi dia bawak satu family pujuk saya untuk teruskan nikah.
Memandangkan saya kesian dekat kedua – dua family, saya setuju untuk teruskan. Saya tak nak kedua dua family malu dengan orang sekeliling bila cancel kahwin sebelum majlis. Kekasih dia pun masa tu undur diri selepas kami berkahwin.
2 tahun berlalu selepas berkahwin, saya pun mengandung anak pertama. Tiba – tiba, bekas kekasih dia datang cari dia balik. Rindu la, tak boleh lupa la. Suami pun apa lagi mulalah angau balik. Tak lalu makan, tak lena tido.
Satu hari dia kata dia nak kahwin satu lagi dengan bekas kekasih dia. Dia rasa bersalah buat bekas kekasih dia macam tu sebelum ni. Perasan masa tu, sedih, rasa nak giIa semua adalah. Lepas doa, buat solat istikharah, barulah saya tenang.
Saya beritahu yang saya benarkan. Tapi dengan syarat. Kahwin betul – betul. Saya sendiri akan masuk meminang. Apa lagi senyum sengih suami bila dapat tahu. Hari – hari tersenyum bila baca massage. Kemuncak cerita ni…
Saya pun direct dm message dekat fb gf dia ni. Dia block. Saya pelik. Kata nak kahwin. Kenapa block saya. Saya fikir mungkin dia benci saya. Tak apalah, saya dm family dia plak. Sekali saya kena marah kata saya giIa. Takkan adik dia nak kahwin dengan laki orang.
Saya kata betul. Suami saya memang tengah rancang nak kahwin. Saya cakap la kalau adik awak tak nak kahwin kenapa masih contact suami saya. Kalau takde hubungan, putuskan. Saya hanya restu untuk perkahwinan sahaja. Takde gf bf dalam ni.
Lepas tu saya pun ceritalah dekat suami yang saya kena marah dengan family. Saya cakap elok – elok. Saya nak masuk meminang macam mana ni. Suami bila dapat tahu. Dia dah resah gelisah. 6 bulan suami dengan kekasih dia tu bersemut manis bagai, rupanya kekasih dia tengah rancang kahwin dengan orang lain. Haha..
Hari dia nikah tu, dia hantar gambar kahwin dengan orang lain dekat suami saya. Lepas tu dia block dekat fb, whatsapp semua tentang suami saya. Sebelum dia block. Dia beritahu, s4kit hati kan bila kena tipu hidup – hidup?
Rupanya perempuan tu nak baIas d3ndam, buat sebijik macam suami saya buat dekat dia masa dia nikah dengan saya. Terduduk terdiam suami saya bila baca semua tu. Murung sebulan. Saya hanya mampu tergelak dalam hati. Padan muka suami. Hahaha. Setepek Allah bagi balik.
Sekarang bekas kekasih dia bahagia dengan suami dia. Saya bersyukur kerana dia bahagia selepas suami saya kecewakan dia. Saya tak berd3ndam dengan dia, dia pun tak tahu kewujudan saya. Sekarang bila bab nak kahwin 2 ni. Dia diam je.
Bab Abang Tsla ni, dia cuma cakap, itu hidup dia, biarla kat dia. Pesanan untuk semua bila ada masalah jangan lupa doa dekat Allah. Asbab doa ibu mengandung. Allah bagi saya ketenangan dan kesabaran yang sangat tinggi selepas tu.
Apa pun masalah pun saya tenang je. Itu sahaja coretan saya… Semoga bermanfaat untuk isteri – isteri yang ada masalah sekarang. Semoga dipermudahkan segala urusan. – Bunga Kertas (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Joanita : Terbaik TT! Jadikan cerita TT ni sebagai iktibar. Jangan kalut, jangan gelabah. Tenang – tenang jer. Allah kan ada… Allah akan beri jalan penyelesaian. Akak doakn semoga rumahtangga tt kekal bahagia selepas drama ini dah berakhir hingga ke syurga. Aaamiinn.
LaSignora Eir KhaiRatul : Alhamdulillah, semoga masing – masing bahagia dengan family sendiri. Kalau suami awak tak learn the lesson juga, lepas ni awak je ceraikan dia. Hehehe gurau Sis. Tapi memang kena berhati – hatilah dapat laki sejenis tak reti nak setia ni. Sekali dia buat, dia akan buat berkali – kali.
Nafisa Laila : Bila nak cancel perkahwinan kenapa ek mesti fikir malu kedua – dua family.? Pi lantakla orang nak kate ape. Dah terang – teang suami dia curang sebelum kahwin. Aihh..
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.