Mizan kata isteri dan anak2 dia dah meninggaI kemaIangan, saya terus ajak kahwin dengan syarat taknak mengandung

Tahun lepas, kami terjumpa semula. Bagai mimpi, jumpa ketika selisih di jalan. Masih kenal walaupun pakai face mask. 3 kali berturut – turut kami terjumpa dan Mizan terus terang isteri dan anak dia dah meninggaI. Kiranya saya bukan lagi per4mpas, saya ajak dia kahwin sebab saya nak tebus maru4h saya yang dulu..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Pertama sekali saya minta maaf sangat – sangat kalau apa yang saya luahkan ni boleh menggur1s hati mana – mana pihak. Saya luah di sini sebab jujur saya tak ada kawan atau keluarga yang tahu pasal kisah ni.

Mengharap ada yang mampu nasihatkan, bagi kata – kata semangat dan mohon jangan kecam atau keji saya. Saya dah penat sekarang. Maaf juga kalau tulisan ini panjang. Saya Intan, umur 29 tahun. Baru berkahwin 3 bulan dengan Mizan.

Saat ni, saya sendirian di hotel, cuba untuk tenangkan diri. Saya dah cukup penat, b3ngkak mata menangis seharian. Kisah bermula 11 tahun lepas, saat saya umur 18 tahun, dapat sambung belajar di KL. Waktu ni, saya berkenalan dengan Mizan (umur 38 tahun waktu tu), dah berkahwin, anak 3 orang.

Kami berkenalan di aplikasi Wechat. Saya tahu dia suami orang tapi salah saya sebab masih juga melayan. Mizan datang pada saya dengan alasan dia sunyi, isteri asyik sibuk bekerja. Isteri juga jarang layan ‘kehendak’ dia sampaikan sebulan sekali saja. Semua tu dia ceritakan.

Saya rasa seronok dan terbuai dengan layanan dia. Biasalah perempuan kan, tambah pulak berd4rah muda. Disebabkan terIampau asyik dengan layanan dia, kami terIanjur beberapa kali. Tapi dia dah ingatkan awal – awal ‘Kita kawan saja, no feeling – feeling. Kita kawan sebab benda tu saja.’

B0doh saya waktu tu, masih berkeras layan segala kemahuan dia. Dan sedikit sebanyak saya mula rasa sayang pada dia. Tapi konfius, sayang saya masa tu ikhlas atau sekadar terbuai dengan layanan dia. Lebih kurang 2 tahun berkawan dan bergelumang d0sa.

Sepanjang 2 tahun tu jugak, ada beberapa kali dia terkant0i dengan isteri tapi tetap dia cari saya bila dia ‘nak’. Saya waktu tu tak kisah, sebab saya dah tersayang dia. Kemudian dia m4kin menjauh, m4kin dingin dengan saya.

Layan nak tak nak saja, dah tak macam dulu. Dan akhir sekali dia terus block saya kat semua apps. Terkapai saya sorang – sorang. Waktu tu baru saya sedar dengan kata – kata orang lelaki cuma nak kan badan perempuan. Bila dah dapat dibuang macam sampah.

Saya mula rasa diri saya kotor, jijik dan tak layak nak kawan dengan mana – mana lelaki. Saya rasa level saya bawah sangat banding dengan kawan perempuan lain. Dalam masa yang sama, saya alami str3ss yang teruk. Nasib bukan depr3ssion.

Malam tak boleh tidur, nangis sampai b3ngkak mata, sleep paraIysis (kalau baca ikut saintifik, jadi sebab str3ss). Saya berg4ntung dengan minum ubat batuk waktu malam sebab susah nak tidur. Banyak botol jugak. Semua sebab str3ss, asyik assume badan saya jijik, dah tak setanding perempuan lain. Saya salahkan diri sendiri.

Saya fikir lebih kurang 2 tahun jugak ambil masa untuk move on. Tahun lepas, 2021. Saya 29 tahun, Mizan 49 tahun. Kami berjumpa semula. Bagai mimpi, jumpa ketika selisih di jalan. Masih kenal walaupun pakai face mask.

Masing – masing terkedu tapi tak bertegur dan saya berlalu dari situ. Jantung rasa berdebar, saya tak nak rasa sayang dulu terbit semula. Kali kedua, jumpa tempat sama. Masing – masing kaku. Saya lihat dia masih sama.

Walaupun sedikit berusia tapi penampilan masih sama. Dia datang tegur. Ajak lunch. Saya setuju. Jujur waktu tu, saya ketar sangat. Macam pak turut. Sedar – sedar dah sampai restoran. Sembang kerja mana, sihat ke tak. Saya beranikan diri tanya ‘tak ada orang marah ke kita lunch’. Dia diam. Habis di situ.

Kali ketiga, bertembung lagi tempat sama. Saya suka, sebab dapat tengok Mizan. Dan kali ni dia beritahu isteri dan anak meninggaI kemaIangan setahun lalu. Waktu ni dia beranikan diri minta number telefon. Saya bagi sebab saya fikir waktu tu saya bukan lagi per4mpas.

Alhamdulillah kali ni, saya menjaga batas. Seboleh mungkin saya tunjuk pada dia saya berubah. Tutup aur4t, dan solat. Benda yang kami lepas pandang satu masa dulu. Satu hari, saya beranikan diri ajak dia nikah. Dengan alasan saya nak tebus maru4h saya.

Saya tak pernah langsung cakap saya sayang dia. Dan dia setuju, alasannya sebab dia sunyi. Sangat mudah setuju. Saya letakkan syarat, saya tak nak mengandung. Sebab masing – masing tak pernah kata sayang. Jadi saya anggap kami nikah dengan alasan sendiri bukan sebab sayang.

Saya juga tak nak dia terik4t dengan saya. Kami nikah simple yang mungkin. Hidup macam biasa. Perasaan sayang sangat kuat pada dia, tapi saya tak berani nak luahkan. Saya takut kalau dia kata ‘No feeling – feeling. Kita nikah sebab sendiri’.

Sungguh saya takut. Cuma saya kena berani dan sedia kalau bila – bila saja dia nak lafaz cerai. Mizan baik, layan makan pakai saya. Mungkin macam suami orang lain juga. Tapi tak pernah sebut atau luah sayang. Itu yang buat saya yakin tak nak terik4t dengan dia.

Masuk bulan ketiga, saya disahkan hamil. Saya terkedu dan takut. Seolah – olah saya buat jahat. Tak bersedia. Mizan pulak diam saja. Tak bagi kata putvs apa. Sungguh bukan itu yang saya nak. Masing – masing diam. Tapi dia masih layan saya baik.

Sampai lah 2 hari lepas, waktu di meja makan, saya ternampak Whatsapp perempuan lain masuk. ‘Sayang jom keluar makan’ ayat dia. Cepat dia sembunyikan telefon. Gigil tangan saya, rasa r3muk terus hati saya. Saya p4ksa diri jangan nangis depan dia.

Dan kenapa semua ni kena jadi waktu tengah makan. Sungguh saya rasa Allah bagi baIasan setimpal kat saya. Saya fikir dia memang tak sayangkan saya. Mungkin selamanya dia hanya anggap saya peneman waktu dia sunyi, macam sebelum ni.

Dan sekali lagi saya rasa diri saya jijik, tak ubah macam peIacur. Cuma jadi tempat singgahan lelaki. Dengan hamil tanpa saya rela. Saya rasa nak gugur ja sebab tak nak terik4t dengan Mizan. Tak nak ada apa – apa kaitan dengan Mizan.

Nak luahkan pada kawan atau keluarga tak boleh. Sebab semua balik pada aib saya sendiri. Sekarang sendiri tenangkan diri kat hotel. Tak tahu nak selesaikan macam mana. Asyik menangis. Kalau mandi memang saya gosok badan kuat – kuat sebab rasa kotor. Saya buntu tak tahu nak luah kat sesiapa. Tak tahu nak buat apa. Saya penat. – Intan (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Hasanul Yazid : Puan, setiap orang melakukan d0sa dan sebaik – baik pelaku d0sa adalah orang yang bertaubat. Past is past. Jika puan menangis d4rah sekalipun, ia takkan merubah masa silam. Kuatkan diri puan. Lebih dekatkan diri pasa Allah.

InsyaAllah setiap kesukaran pasti ada jalan yang dipermudahkan. Anak tu tak berd0sa, bahkan anak yang lahir dari perkahwinan yang sah. Jangan gugurkan. Untuk masa sekarang, fokus pada kandungan puan dan hubungan dengan Allah.

Suami memang tak berubah sejak dari zaman dulu sampai sekarang. Kalau perkahwinan ni memberi mudharat pada puan, jalan keluar sentiasa ada. Cuma fokus pada kandungan puan. Bila puan dah lahirkan anak, mungkin itu akan jadi aset paling berharga yang puan ada.

Princess Liyana : Tuhan maha pengampun. Tuhan lorongkan kita ke jalan yang lurus. Kita lah yang perlu terus melangkah ke jalan tersebut. Jika tak boleh brrsama lagi, minta lah berpisah. Sayangi kandungan. Kerana, dia lah nanti akan menemani dan menguatkan hati adik dimasa hadapan. Betul kata komentar kt atas, bila rasa kotor, sucikan dengan amalan baik – baik sepertit solat taubat, zikir dan etc. Ini 2nd chance adik. Genggam kuat.

Azie Azem : Anak tak salah dik, anak pun bukan anak luar nikah, awak dah nikah, jangan gugurkan, ramai orang nak anak berpuluh tahun tapi tak dapat, awak tengah mengandung, jangan pandang masa silam, benda dah jadi, syukurlah masa tu tak pernah mengandung.

Untuk kurangkan tekanan, luahkan perasaan sayang awak pada M sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan, sama ada dia sayang atau tak, awak kena bersedia, kalau sayang, ajak dia bina hidup baru, kalau dia kata awak cuma tempat dia lepaskan kesunyian, jangan hukvm anak.

SayangiIah dia kerana dia benih cinta yang halal, minta M lepaskan elok – elok dan minta hak jagaan anak, semua yang berlaku pasti ada hikmah di masa hadapan, jangan pandang diri jijik kerana masa silam tak boleh ubah, yang boleh diubah hanya masa depan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.