
Saya tak cakap banyak. Saya memandu pergi ke tempat kerja anak lelaki saya. Saya tunggu dekat tempat parking pejabat dia. memang nampak kelibat anak saya dengan perempuan tu tengah jalan bergelak sakan. Saya terus keluar dari kereta. Saya tak pandang pun anak saya. Saya terus tuju dekat perempuan tu.
#Foto sekadar hiasan. Saya seorang mak, umur pun dah masuk fasa nenek. Anak – anak semua dah besar, ada yang dah berkeluarga dan ada cucu yang masih kecil. Hidup saya sekarang lebih banyak dihabiskan dengan tengok anak cucu membesar dan cuba jadi orang tua yang adil.
Saya bukan jenis suka campur rumah tangga anak, tapi kalau sampai ada yang teraniaya, saya takkan duduk diam. Ada satu petang tu, cucu saya yang masih sekolah tadika telefon. Suara dia macam sayu saja. Dia cerita dekat saya,“Nenek, mama selalu nangis sorang – sorang dalam bilik bila malam. Tapi pagi – pagi mama pergi kerja macam biasa pula.”
Hati saya mana tak luruh dengar suara cucu macam tu. Terus saya terfikir, apa hal pula dengan menantu saya ni. Padahal menantu saya tu jenis yang tak banyak ragam. Jadi esoknya saya telefon menantu. Mula – mula tu saya buat – buat tanya pasal masak apa hari ni, sihat ke tak. Borak – borak kosong saja.
Lama – lama lepas saya pujuk, barulah dia buka mulut. Rupanya dia tengah makan hati dengan per4ngai anak sulung lelaki saya, suami dia sendiri. Saya pun terus nasihatkan dia,“Sabar ya nak, jangan terlalu tunjuk sangat kamu cemburu tu. Nanti dia makin besar kepala, makin menjadi – jadi pula dia buat hal.”
Walaupun yang buat hal tu anak jantan saya sendiri, tapi dalam hal ni saya memang sebelah menantu. Rupanya puncanya adalah anak saya ni hari – hari bagi seorang perempuan tumpang kereta pergi balik kerja. Dah jadi macam satu kewajipan pula nak kena ambil dan hantar perempuan tu, sedangkan menantu saya pula bawa kereta sendiri sebab tempat kerja mereka jauh beza arah.
Siapa tak s4kit hati tengok suami sendiri jadi pemandu tetap perempuan lain. Tak tunggu lama, saya terus tanya dan nasihat anak lelaki saya melalui telefon. Tak ada nak basa – basi lagi dah. Saya bagi amaran keras dekat dia,“Kalau along tak reti nak cakap tak dekat perempuan tu, biar mak sendiri yang pergi ser4ng dia biar dia malu. Awak tu kerja kerajaan, badan gagah, imam keluarga, dah jadi bapak orang pun. Takkan benda macam ni pun mak kena tolong selesaikan. Malulah sikit.”
Mendengar saya dah mula nak meng4muk, barulah dia kecut perut dan berjanji takkan buat lagi. Alhamdulillah, masalah selesai serta – merta. Ingatkan dah setel, rupanya dalam seminggu tu saya perhati saja. Saya tanya menantu diam – diam, rupanya anak saya ni masih lagi bawa kawan pejabat perempuan dia tu. Alasan dia,“Kesian, rumah dia sehala.”
Eh, sehala ke apa ke, kalau mak dah kata jangan, janganlah. Bila saya tahu anak saya masih buat pekak badak, d4rah saya memang terus naik. Saya ni jenis kalau dah bagi amaran sekali tak jalan, memang saya sendiri yang akan turun padang.
Satu pagi tu, saya tak cakap banyak. Saya memandu pergi ke tempat kerja anak lelaki saya. Saya tunggu betul – betul dekat tempat parkir kereta dia sebelum waktu balik. Bila sampai waktu balik, memang nampaklah kelibat anak saya dengan perempuan tu tengah jalan bergelak sakan menuju ke kereta.
Perempuan tu pun satu, dah tahu lelaki orang, masih lagi tersengih – sengih nak menempel. Saya terus keluar dari kereta. Terk3jut anak saya bila nampak mak dia ada depan mata. “Eh, mak? Mak buat apa dekat sini?” tanya anak saya, muka dah pucat.
Saya tak pandang pun anak saya. Saya terus tuju dekat perempuan tu. Saya pandang dia dari atas sampai bawah. Saya cakap kuat – kuat bagi orang sekeliling dengar. “Oh, inilah perempuan yang tak ada duit nak beli kereta sendiri sampai kena menumpang lelaki orang hari – hari. Kamu ni tak ada rasa malu ke nak menempel dekat suami orang. Tak ada maruah?”
Perempuan tu terus muka merah padam. Dia cuba nak jawab,“Eh makcik, kami kawan sepejabat je.” Saya terus p0tong, “Kawan sepejabat ke, kawan biasa ke, saya tak peduli. Kau dengar sini baik – baik. Kalau saya nampak lagi kau ada dalam kereta anak saya, bukan setakat dekat sini saya cari, sampai rumah mak bapak kau saya pergi. Saya ni mak dia, saya yang lahirkan dia. Saya tahu macam mana nak ajar anak saya dan orang yang cuba nak jadi penyondol macam kau ni.”
Anak saya cuba nak tarik saya. “Mak, jomlah balik mak. Malu orang tengok.” Saya tepis tangan dia. “Tahu pun malu. Masa kau buat isteri kau menangis dekat rumah, kau tak fikir malu. Masa kau abaikan pesanan mak, kau tak fikir malu. Sekarang kau pilih, kau nak hantar perempuan ni balik atau kau nak mak buat kecoh sampai satu pejabat ni tahu per4ngai korang.”
Perempuan tu apa lagi, terus pergi dari situ serta – merta. Tak cukup tanah dia lari sebab malu kena marah depan orang ramai. Sejak hari tu, anak saya memang taubat. Tak berani dah nak bagi sesiapa tumpang kereta. Menantu saya pun dah mula nampak ceria semula, dah tak ada lagi drama menangis malam – malam.
Memang kadang – kadang anak lelaki ni kalau dah kena simpuk dengan perempuan luar, dia tak jalan dengan nasihat lembut. Kena bagi sentuhan keramat mak – mak juga baru dia ingat dunia. Zaman sekarang ni memang ramai perempuan yang suka sangat sondol lelaki orang. Tak tahulah apa yang mereka nak sangat.
Sebab itu saya bagi amaran terakhir dekat anak saya. Saya suruh dia ingat Allah, ingat anak yang tengah membesar, dan ingat isteri yang setia dekat rumah. Saya cakap dekat dia,“Jangan sekali – kali kamu sia – siakan isteri kamu tu. Cuba kamu tengok dia, kurang apa lagi. Dahlah cantik, baik, bahasa pun sopan, lemah lembut, sabar pula tu. Kerjaya pun hebat, keluarga pun orang baik – baik. Kalau kamu rasa nak sangat makan sampah dekat luar sana tu, lepas ni jangan berani nak jejak kaki atau tunjuk muka depan mak lagi.”
Ulasan pembaca :
Miera Azuera : Terbaik tindakan makcik, puan, kak. Saya pun sejenis sokong menantu. Bila anak lelaki sulung saya g4duh dengan isteri dia, saya akan tanya dua – dua pihak apa punca berg4duh. Kalau rasa memang anak saya yang jadi punca, awal – awal saya bagitahu,
“Kalau mama tahu kau kasar atau pukuI isteri kau, mama sendiri akan beIasah kau balik. Kalau kau ceraikan tanpa sebab munasabah, mama sendiri akan usung isteri kau pergi buat tuntutan dekat mahkamah. Lepas tu jangan tunjuk muka depan mama lagi.” Alhamdulillah, lepas tu dah kurang mereka berg4duh. Kita ni kadang – kadang kena jadi orang tengah juga untuk perbetulkan hidup anak – anak yang kadang silap buat keputusan.
Ann Wahab : Tabik hormat aunty. Kita perIukan lebih ramai mak macam ni dekat dunia ni. Sekurang – kurangnya berkurang penyondol yang suka bagi alasan kawan pejabat, rumah sehala, boleh tumpang pergi balik, kereta rosak masuk bengkel setahun tak siap, tak ada telefon pintar nak tempah e-hailing sendiri. Perempuan pula tolonglah jadi mahal, jangan nampak murahan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.