Setahun suami tak balik, sibuk berz1na, berfoya – foya sehingga dia kahwin lain dengan janda. Sekarang suami s4kit terlantar, saya biar bini no 2 jaga..

Sejak suami kahwin, aku tak ambik tahu hal suami. Semua bantuan duit, kereta, kad akses rumah aku rampas. Semua tu hak aku. Pelik, macam mana seorang lelaki yang gaji negatif, hutang banyak, mahkamah boleh lulus untuk kahwin dua. Kadang – kadang suami datang nak pinjam RM30 buat makan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Aku 40 tahun. Bekerjaya. Ada rumah. Ada kereta, ada simpanan. Dan aku ada segalanya yang semua perempuan lain idamkan. Suami aku penjawat awam biasa. Gaji negatif. Semua isi rumah aku tanggung termasuk makan minum dia.

Sepuluh tahun dalam perkahwinan, Allah datangkan ujian. Ujiannya pada suami. Aku juga sekarang isteri nombor satu di mana suami berkahwin lain dengan janda anak satu tanpa pengetahuan aku. Sebelum dia berkahwin, dia curang hampir satu tahun.

Tak pernah balik rumah sejak mula curang. Berz1na dan berfoya foya itu seolah – olah dah jadi makanan kehidupan dia. Aku dan anak – anak sendiri jalani kehidupan macam biasa tanpa nafkah, tanpa peduli pun keadaan kami. Balik pun tak, ambil tahu pun tak.

Sejak dia berkahwin, aku ambil keputusan untuk tak pedulikan dia lagi. Semua bantuan duit, kereta, kad akses rumah aku rampas. Bagi aku, dia perlu hidup dari bawah bersama orang baru. Yang peliknya, macam mana lelaki yang berpendapatan negatif, hutang keliling pinggang, mahkamah boleh luluskan permohonan poligami dia. Sampai sekarang aku tak boleh hadam benda itu.

Sejak itu juga dia hanya guna LRT untuk ke sana sini bersama isteri nombor dua. Masih juga meminta duit daripada aku. Kadang – kadang tiga puluh ringgit untuk makan, katanya tak cukup duit harian. Ya, memang aku kasihan sebab aku tahu keadaan ekonomi dia.

Tapi kalau macam itu, kenapa isteri baru dia tak bantu langsung. Bukan kah perkahwinan itu patut saling melengkapi. Ceritanya bermula bila Allah tiba – tiba uji suami dengan s4kit. S4kitnya bukan s4kit ringan. Sekarang suami terp4ksa ada orang urus makan minum, mandi, k3ncing ber4k.

Aku ambil keputusan untuk tak menguruskan suami sebab aku bekerja dan anak anak aku perIukan perhatian penuh. Semua itu isteri nombor dua yang uruskan. Disebabkan itu, isteri nombor dua buat per4ng terhadap aku dan anak – anak.

Telefon suami tak lagi berfungsi dan semua orang terp4ksa berhubung melalui telefon dia. Itu pun dia catu. Kadang – kadang tak boleh panggil langsung. Aku okey sahaja. Disebabkan itu juga aku terus buat tak tahu. Suami perIukan duit untuk pengurusan sepanjang dia s4kit.

Suami ada meminta aku satu jumlah yang agak besar. Aku kasihan, tapi aku tetap dengan pendirian tak bagi satu sen pun. Biar isteri nombor dua uruskan semua benda. Beberapa minggu lepas, keadaan jadi lagi kritikal bila suami kena tahan wad kecemasan sebab jangkitan kuman.

Doktor cakap dia tak boleh urus diri langsung. Isteri kedua pun aku dengar menangis teresak – esak di luar wad sebab tak ada duit nak beli barang keperluan suami. Dia siap mesej aku marah – marah, suruh aku datang jaga. Katanya aku isteri pertama dan aku ada tanggungjawab.

Masa itu aku duduk dalam kereta, tangan aku menggigil. Hati aku sayu, tapi tr4uma aku lebih besar. Aku teringat balik semua malam aku menangis bila dia tak balik rumah, teringat anak – anak tanya mana ayah, teringat aku kerja keras siang malam tanggung semua tapi dia berseronok dengan orang lain.

Satu hari, doktor call aku sebab aku masih penama dalam beberapa dokumen hospital dia. Doktor bagitahu keadaan suami m4kin lemah dan mereka perIukan keputusan w4ris untuk beberapa prosedur. Masa itu aku betul betul rasa diuji. Aku duduk depan hospital, pandang langit dan tanya dalam hati, kau nak aku buat apa sebenarnya ya Allah.

Aku nak tolong sebab dia ayah kepada anak – anak aku. Tapi aku juga manusia yang dah Iuka teruk. Sekarang, rumah aku pun dah mula rasa tak tenang sebab isteri kedua dia mula ser4ng aku di media sosiaI. Dia tulis status cakap aku tak berhati perut, aku isteri yang tak bertanggungjawab.

Tapi dia tak cerita pula suami aku tinggalkan aku dan anak – anak tanpa nafkah bertahun – tahun. Dia tak cerita suami aku angkat tangan pada aku dulu waktu tengah marah. Dia tak cerita aku pernah drive tengah malam cari suami yang tak balik balik.

Dengan semua itu, aku cuma diam. Aku dah move on. Aku tak nak ambil tahu apa – apa lagi tentang dia. Cuma aku kalah dengan perasaan bila dia s4kit. Aku bukan nak suami itu balik. Aku cuma manusia yang ada hati. Ini soalan aku. Perlu ke aku bertahan dengan perkahwinan ini.

Aku dah tak nak sebenarnya. Cuma aku perIukan kata – kata sokongan daripada orang luar. Aku dah tr4uma dengan terlalu banyak benda. Suami dan anak – anak memang rapat, dan ya dia sayangkan anak – anak. Tapi tr4uma aku tak hilang. Ada ke orang lain yang berada dalam situasi macam aku.

Perlu ke aku bantu kewangan dia untuk beli peralatan pengurusan sepanjang dia s4kit. Isteri nombor dua tak bekerja tetap. Pendapatan tetap pun tak ada. Perlu ke aku tanggung semua sedangkan dia sendiri yang memilih jalan ini. Terima kasih semua.

Aku cuma nak lepaskan rasa. Aku dah move on, cuma hati seorang manusia kadang – kadang tewas bila tengok seseorang yang pernah jadi suami sendiri s4kit macam itu. Tapi aku tak mampu lagi nak pikul semua sendirian.

Komen Netizen :

Shurul Azwa Shuhaimi : Waalaikumsalam. Puan seorang wanita yang hebat dan kuat. Saya rasa untuk soalan pertama itu, Puan sendiri pun dah tahu jawapannya. Untuk apa lagi Puan bertahan dalam hubungan yang toksik. Suami cari Puan pun bila dia perIukan dari segi kewangan sahaja.

Itu yang saya simpulkan daripada penulisan Puan di atas. Soal anak, bagi saya okey sahaja walaupun berpisah. Anak – anak boleh bergilir belah sana dan belah sini. Asalkan dapat kasih sayang yang sama daripada kedua dua pihak. Awalnya mungkin susah sikit nak sesuaikan diri, tapi bila dah terbiasa, semua itu akan okey dan masing – masing akan berdamai dengan takdir.

Untuk soalan kedua itu, kalau keadaan suami teruk sangat dan memud4ratkan sekiranya tak diubati disebabkan hal kewangan, mungkin Puan boleh bantu atas dasar ihsan sesama manusia dan pasangan yang pernah susah senang bersama – sama dulu. Tapi apa apa pun, Puan berhak tentukan sendiri. Mungkin boleh minta petunjuk daripada Nya. Semua yang berlaku itu ada hikmah. Bukan saja saja Allah nak uji. Semoga dipermudahkan urusan Puan.

Anonymous member 469 : Suami masih bergaji kan. Jadinya duit gaji dia biarlah yang menyara keperluan dia sekarang. Puan masih ada banyak tuntutan dan Puan sedang melunaskan nafkah yang sepatutnya suami tanggung tapi dia tak mampu.

Jadi secara tak langsung, memang Puan sedang bantu dia. Tolong bayar rumah, kereta, makan minum anak – anak, pakaian, semua itu. Jadi apa yang Puan tak bantu. Bukannya Puan pergi hantar anak – anak kepada dia pula untuk dia jaga sebab dia tak beri nafkah dah. Jadinya tak adil kalau orang nak kata Puan kedekut dan tak mahu tolong suami. Itu memang buta namanya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :