Orang luar nampak ayah aku baik, kopiah dekat kepala tapi kami dekat rumah dalam neraka. Adik kena jumpa psikiatri sebab ayah

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Bapak aku seorang yang keras kepala. Skandal dah tak boleh nak kira. Tengok video tu pula dah jadi mainan hidup. Mak pulak suka pecah belah keluarga. Dia akan buat sepah dekat rumah, lepas tu tuduh anak anak yang buat.. Dia akan mengadu dekat anak yang lain, biar semua bergaduh..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum admin, harap sangat boleh postkan confession aku kali ni. Terima kasih. Pembaca sekalian, hari ni aku dicop anak derh4ka lagi. Untuk kali ke berapa aku pun dah tak tahu. Disebabkan dia seorang bapak, disebabkan dia konon ada kuasa, habis semua anak diderh4kakan.

Aku dah tak tahu apa perasaan aku kali ni. Aku dah kahwin, anak dua orang. Buat masa sekarang aku dekat rumah keluarga sebab suami aku terpaksa kerja jauh. Faham – faham la bila duduk satu rumah, jauh bau wangi, dekat bau taik. Apa yang kita buat semua dah tak nampak.

Adik aku seorang dah terpaksa jumpa psikiatri sebab masalah keluarga dari kecil lagi. Air mata aku rasa dah kering, kepala aku dah tepu nak fikir masalah ni. Bapak aku seorang yang keras kepala, ego tinggi melangit. Bagi dia, dia seorang je betul, orang lain salah. Skandal dah tak boleh nak kira. Tengok video tu pula dah jadi mainan hidup.

Orang luar cakap bapak kami baik, kopiah atas kepala. Tapi hakikatnya anak – anak dan bini je tahu macam mana terseksa. Kisah hari ni, bapak aku belasah adik aku. Sebab buat salah? Tak. Sebab mengigau. Dia ketuk kepala, naik kaki dekat adik aku depan mata aku.

Serius aku cakap aku naik angin. Kalau budak tu salah aku tak kisah, tapi budak tu tak sedar, dia mengigau. Aku jerit dan tengking dia sebab tindakan dia dah melampau. Melampau sangat. Terus dia cakap aku dah banyak derh4ka dengan dia. Apa nak buat. Secara rasminya aku dah derh4ka la kot kan.

Untuk pengetahuan, bapak aku ni tak boleh ditegur elok – elok. Lagi lembut kita tegur, lagi teruk kita disumpah. Jadi penyelesaiannya, tegur cara maki. Baru dia boleh fikir. Jiran – jiran kawasan rumah ni dah bosan kot sebab hari – hari dengar suara orang dalam rumah ni menjerit. Tapi apa nak buat. Dah sebati dah.

Dulu masa aku bujang, aku pernah dihalau dari rumah. Sebab? Mak mengadu dekat bapak aku, katanya aku dekat rumah tak kemas rumah dan tak tolong dekat dapur. Hakikatnya aku bermandi peluh kemaskan rumah, tapi bersepah balik sebab masa tu adik – adik masih kecil.

Masa aku sarat mengandung, aku pernah nak kena halau dari rumah dengan anak aku yang sulung. Sebab? Aku tegur benda kecil je. Tapi ditengking tengkingnya aku. Dalam pantang pun aku pernah dihalau juga. Alasannya sebab rumah aku bersepah.

Aku nak tak nak kadang – kadang terpaksa bergantung dengan keluarga aku sebab laki aku selalu takde dekat sisi. Komitmen dia tinggi dengan kerjaya. Kadang – kadang aku malu dengan anak – anak aku. Tinggi – tinggi suara depan anak – anak aku. Aku tak nak besarkan anak – anak aku dalam suasana negatif. Tapi terpaksa.

Untuk pengetahuan pembaca, kenapa aku boleh balik kampung? Laki aku takde dekat sisi aku lebih kurang enam bulan. Tiga bulan pertama aku dekat rumah sendiri sebab dah biasa semua usaha sendiri. Satu hari bapak aku pergi rumah aku dan pujuk aku balik kampung duduk dengan dia.

Katanya rindu cucu. Okey, aku ikut. Ingat dia dah berubah, tapi hakikatnya sepanjang balik ni ada je benda tak kena di mata dia. Dari anak – anak aku sampai la aku. Aku bukan duduk saja. Sewa aku bayar, lauk pauk aku beli. Kadang – kadang kalau belikan makanan untuk anak – anak aku, aku beli untuk satu keluarga. Tapi ada lagi yang tak kena di mata bapak aku.

Tu kisah bapak aku. Mak aku pula suka pecah belahkan adik beradik aku atau anak – anak dia. Sekarang masing – masing dah besar dan dah tinggal jauh – jauh. Lagi best dia mengadu macam – macam. Contohnya, adik aku yang tinggal dekat rumah tertidur dan terlepas buat kerja rumah.

Dia telefon adik aku yang duduk jauh tu pula dan mengadu macam – macam. Bila yang jauh ni pergi marah dekat yang duduk dekat rumah, dia macam suka. Lagi satu, dia suka sepahkan rumah lepas tu tuduh anak – anak yang buat. Dia meniaga, kadang – kadang bekas yang digunakan untuk meniaga tak dibasuh dan dibiarkan berlambak. Bila anak basuh dan susunkan, dia cakap anak hilangkan barang – barang dia.

Contohnya, pagi dah basuh dapur dan siap mop. Petang penuh dengan sampah yang tak masuk bakul sampah, kulit bawang penuh dekat sinki dan minyak dekat lantai melekit – lekit. Bukan kami tak tolong. Kadang – kadang kesian sangat, tapi apa kami buat semua tak timbul, dikeji lagi ada.

Jadi sekarang banyak yang kami biarkan mak aku buat kerja seorang. Dia suka mengumpat pasal orang dan tak solat. Bila suruh solat, macam – macam alasan dia bagi. Aku dah tak tahu nak buat apa dengan keluarga aku ni. Adik – adik aku ada tiga orang yang masih sekolah.

Biasalah, macam mana si mak dan si bapak, macam tu la si anak, tak sembahyang. Hal aku dan adik – adik habis dicanang. Dia cakap anak tak guna sampai aku dan adik – adik dipandang serong oleh jiran – jiran dan saudara mara. Yang aku perasan, kalau ada anak yang hulur duit dan senangkan mak aku, dia akan baik dengan anak tu.

Yang tak senangkan dia akan dipulau. Aku balik kali ni, aku yang jadi pemandu ke mana – mana dia nak pergi. Aku tak kisah, dia nak makan apa aku belikan, jadi dia baik dengan aku. Tapi kisah dia burukkan adik – adik aku, hari – hari aku dengar.

Bila aku mula tegur dia tentang tak sembahyang dan jaga mulut, dia mula pulaukan aku balik. Penyelesaiannya satu je, keluar dari rumah, duduk jauh dan jarang balik. Tu yang terbaik buat masa sekarang. Tapi laki aku tak balik lagi. Jarak kampung dengan rumah aku makan masa enam hingga tujuh jam.

Aku tengok orang lain boleh je baik – baik dengan mak bapak. Aku ni kalau buat baik macam mana pun, belakang aku mesti mak bapak aku cerita buruk pasal aku. Tengok post dekat Facebook kena buat baik dengan mak bapak. Tapi apa yang aku dapat?

Dari kecil aku dan adik – adik disumpah. Anak tak guna, anak menyusahkan, anak bodoh. Caci maki dah jadi mainan kami adik beradik. Tapi aku tengok kata – kata mak dan bapak aku macam tak bagi kesan sebab adik aku dapat kerja bagus dan aku pun kerja bagus.

Komen netizen :

Liokza Kardiben : Nasib kita sama, sis. Mak bapak aku pun lebih kurang dengan mak bapak sis. Panas baran, suka menyumpah, benci dengan menantu dan lain – lain. Aku pula duduk berjiran dengan mereka. Terkadang duduk fikir juga kenapa Allah beri cubaan yang berat ni. Dengan kuasa yang dia ada, aku pun dicop anak derh4ka. Allahuakbar.

Ida Ida : Sebab tu bila tengok anak yang hantar mak ayah dekat rumah orang tua, jangan terus kecam. Kita tak tahu kisah hidup dia. Mungkin masa kecil dia dilayan macam sampah, dipukul, dihina dan hidup dalam tekanan. Kerana ada mak bapak yang jenis ni.

Memang betul, buruk atau baik dia tetap orang yang lahirkan kita dekat dunia ni. Tapi kifarah tu ada. Waktu muda buat anak macam lembu, sepak terajang. Tapi masa tua baru kau sedar siapa nak jaga kau kalau dah sakit terlantar. Bukan ke anak tu juga yang kau harapkan? Ingat zaman sekarang anak – anak tak macam zaman dulu. Tunduk, takut dan hormat. Zaman sekarang mereka memberontak dan berdendam. Hati – hati kalau nak mengajar anak.
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5124 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.