Tiba2 suami dpt mesej ada hutang kereta 2k, sedangkan suami tak pernah beli kereta

2 bulan lepas kahwin ada satu nombor ofis call, tapi suami tak nak angkat. Bila aku belek mesej dia, rupa – rupanya ada tunggakan kereta 4 bulan. Masalahnya bila suami aku beli kereta? Rupa – rupanya mak mertua guna nama suami beli kereta untuk adik dia. Suami tak pandai, jadi biar aku yang marah..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Mila, umur aku 26 tahun. Aku dah 4 tahun kahwin dan Alhamdulillah dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel berumur setahun lebih sekarang ni. Yang lagi sorang masih dalam perut.

Aku kenal suami aku masa kami sama – sama belajar. 5 tahun bercinta dan kitorang buat keputvsan untuk kahwin. Sepanjang bercinta tu aku memang tau la pasal keluarga dia yang nama dah blacklisted dan ada banyak hutang. Boleh katakan keluarga dia jauh sangat beza dengan keluarga aku.

Keluarga aku ni jenis tak suka berhutang. Hanya berhutang bile perlu je macam loan kereta atau loan rumah macam tu. Dan kalau buat loan ke ape ke memang bayar tetiap bulan cantik je. Tapi aku terima dia seadanya sebab mak bapak dia yang banyak hutang, dia ni okay je.

Yela dah nama pun cinta, cinta tu kan buta. Dia kerja pun gaji dia aku yang manage sebab kitorang plan nak kahwin dah kan, jadi nak simpan duit sendiri. Aku tolong manage je tapi semua duit kat akaun dia. Aku pulak kerja sendiri, pendapatan aku sebulan dalam 15k – 20k.

Kumpul punya kumpul, duit dia masa tu ade la dalam 10k. Tiba – tiba mak bapak dia nak pinjam nak buat bayar hutang tu la hutang ni la. Dia ni memang jenis anak yang baik, yang memang jenis tak meIawan, jenis ikut cakap mak bapak semua tu.

Dia pun bagi la duit dia semua tu kat mak bapak dia. Aku tak tau benda ni okay, aku cuma tau dia bagi dalam 1k – 2k camtu je. Mak bapak dia ni dua – dua bekerja, jadi aku taktau la duit tu pergi mane. Aku pernah pergi rumah dia, mula – mula pergi tv besar, kali kedua pergi dah pakai tv kecik.

Rupanya tv kene tarik sebab tak bayar. Dah la beli tv pun nak berhutang, lepas tu hutang tu pun tak mampu nak bayar. Haih. Itu baru bab tv, yang lain tak payah cakap lah. Agaknya kalau seluar dalam tu boleh hutang pon diorang hutang agaknya.

Kemudian sampailah tahun yang sepatutnya kitorang plan nak kahwin. Aku mula – mula tak nak tunang dan aku nak buat majlis pun simple je sebab dok fikir kehidupan lepas kahwin tambahan plak, aku tau yang dia pun tak banyak duit mana.

Tapi akhirnya, kitorang bertunang jugak sebab keluarga beIah aku dan beIah dia nak ada majilis tunang. Kitorang ikutkan je la, kira merisik skali tunang. Itu pun aku takdenye buat pelamin ape bagai, hanya pakai lawa – lawa sikit, mekap pun kak saud4ra aku yang mekapkan.

Masa tunang aku cakap tak payah dulang – dulang hantaran semua tapi biasalah orang – orang tua nak jugak. Bukan keluarga aku eh, keluarga aku paling sporting diorang tak kesah pun. Tapi korang tau tak yang best ape? Cincin tunang tak beli lagi ni.

Lagi seminggu je nak tunang. Gile ke ape? Aku m4ti – m4ti ingat dia dah beli. Tanye punya tanya rupanya dia takde duit nak beli sebab dah bagi mak bapak dia semua duit tu. Dan mak bapak dia lagi la takde duit. Huh. Last – last aku keluarkan la duit aku sendiri untuk beli cincin tunang sendiri.

Yela takkanla nak cancel last minit kan. Tapi mak bapak dia cakap diorg akan ganti balek. Aku pun ye kan je la. Kemudian masa carik cincin, diorg ikut skali. Aku nak satu cincin je cincin tunang, tapi diorg sebok suruh beli cincin risik sekali.

Katanya kang diorang bayar balik. Hurm aku pun cuba la jadi bakal menantu yang baikkan so aku ikut jee. Lepas selesai sudah majlis tunang kitorang. masa tu dah discuss kahwin 10 bulan lepas tu. Wuu wuuu. Excited campur sedih campur risau semua ada.

Lagi 10 bulan tu la kitorang kumpul duit habis – habisan huhuhu. Majlis kenduri beIah aku memang buat besar – besaran la sebab aku sorang pompuan dan parents aku yang nak buat besar – besaran, aku on je la. Aku nak bagi duit sikit untuk tambah – tambah buat majlis tu diorang tak nak.

Last – last aku cakap okay takpe la bab pelamin, andaman dan baju kahwin biar aku yang settle, diorang pon okay. Aku takde risau sangat bab duit hantaran sebab kalau suami aku tak. Cukup, aku tambah lah gituu. Sebab aku tak nak pun sebenarnya duit hantaran, tapi risau orang kampung bising tu la ni la, jadi buat jela.

Tiba masa majlis perkahwinan kitorang, alhamdulillah semua berjalan lancar. Kemudian sed4ra mara aku semua tanya, bile majlis beIah laki. Yela biasenye kan lepas seminggu lepas majlis beIah pompuan, beIah laki pulak. Pulak tu kitorang dok dalam satu negeri je tak jauh mane kan.

Aku memang diam krik krik la sebab mertua aku tak pernah bagi tau bile nak buat majlis beIah sana. Parents aku pun selalu tanya. Untuk pengetahuan, aku tak pernah bagi tau kat family aku pasal family laki aku ni camne. Aku just bagi tahu yang baik – baik je.

Ye laa kalau aku bagi tau kompem diorang tak bagi kahwin punya. Sudahnye memang tak buat pun majlis beIah laki. Sebulan lepas kitorang kahwin, laki aku berhenti kerja. Yela lepas kitorang bincang – bincang, aku ni bisnes sendiri so waktu tu sendiri.

Dia pulak kerja pegi pagi balik malam. Sebab tempat kerja dia jauh dari rumah aku. Oh yaa kitorang duk rumah parents aku. Sebab kat rumah parents aku besar plus memang parents aku suh duk situ dulu, dah beli rumah sendiri nanti kalau nak keluar, keluar la.

Lepas dia berhenti kerja, dia kerja sendiri jugak tapi dalam bahagian sales. Aku masa tu alhamdulillah dapat tau aku pregnant. Income aku sebelum ni dari 15k – 20k m4kin menurun sebab aku m4buk teruk masa pregnant. So aku takde mood nak buat bisnes.

Tu semua staff – staff aku yang uruskan. Okay berbalik pada laki aku tadi. Dia buat sales tu memula semua okay. Tapi ntah macamm mane m4kin lame dia m4kin malas buat kerja. Mentang gaji aku banyak pastu aku tak pernah mintak dia nafkah ke duit belanje ke.

Kemain dia goyang kaki. Tapi salah aku jugak sebab mase dia nak berhenti keje tu aku cakap, tak payah bagi nafkah duit belanja semua. Malah aku cakap fikir untuk diri dia sendiri je dulu. Aku ade income aku. Lebih dari cukup, jadi tak perlu risau.

Dia pon okay. Lebih dari okay pulak tu yang sampai goyang kaki tak fikir pasal gaji. Aku kan bisnes, aku tak penah buat pinjaman apa-apa hanya pinjaman kereta je. Macam bisness tu modal semua dari bapak aku. Okay mase 2 bulan lepas kahwin macam tu, ade satu nombor office ni selalu call fon dia.

Tapi dia tak angkat, aku curious kat situ. Aku belek – belek fon dia jumpe mesej yang ade tunggakan kereta RM2000. Aku memang terk3jut giIa la sebab bila masanye dia beli kereta? Kalau ade manenye? Dan dah 4 bulan pulak tu tak bayar.

Tanya punye tanya rupenye mak dia guna nama dia sebab belikan kereta untuk adik dia. Masa ni bile aku tau aku menc4rut habis dalam hati. Nama suami aku jadi masuk ccris / ctos semua ade. Entah – entah dah blacklisted. Dah tau mak dia tuu takde duit buat la cara takde duit.

Ni lagi belikan adiknya kereta untuk belajar kat U sana. Aku dulu time belajar parents aku tak belikan pape pun walaupun diorang mampu. Ni dahlah takde duit, nama diri sendiri dah blacklisted lepastu nak blacklist kan nama anak pulak haih.

Korang tolong aku c4rut skit. Lepas aku dapat tau memang aku beng4ng la. Tapi tengah pregnant kan masa tu, jadi tak boleh nak marah sangat takut menurun kat anak hurmm. Tak lama lepas tu bapak mentua aku berhenti keje. Mula – mula aku dapat tau yang ni memang ketawa habis la.

Dah la korang banyak hutang, lepas tu berhenti keje haih. Rupanye dia berhenti keje ambek VSS. So dapat la dalam 300k lebih. Aku macam hah legaaa settle la hutang – hutang dia gamaknye dan clear la nama suami aku. Tapi takkkkkkkk!!

Korang nak tau sebelum dia berhenti kerja, dia pergi jual rumah. Pastu pergi menyewa RM800 sebulann. Ni aku taktau la nak panggil cerdik ke ape. Dia kena jual rumah tu sebab dah berapa bulan tak bayar rumah. Memang bank amik dah.

Jual rumah tu memang dia dapat la dalam 100k camtu. Campur duit VSS dia dalam 400k. Lepas bayar hutang – hutang semua ade la lebih dalam 80k agaknye. Tapi guysss diorang bukan menyimpan guysss diorang joIi sakan sampai habis duit tu guysss.

Aku malas nak ambil tahu dah sebab aku dah happy konon – konon nama suami aku clear dah. Aku sangka kan panas hingga ke petang. Rupanya hujan di tengahari. Tak lama lepas tu dapat mesej dari bank lagi ada tunggakan kereta.

Jomlah kite berhuhuhuhu. Masa ni memang aku menyirap habis. Dah ade duit bukannye nak bayar habis hutang – hutang tapi korang boleh berjoIi sakan pulak haih. Marah memang aku marah. Suami aku tu tak pandai marah jadi aku la tolong marah kan.

Aku forward kan je mesej tunggakan tu ke mak metua aku. (Guna fon suami aku lerr). Tapi dia buat tak tahu je. Beberapa bulan lepas tu aku tengok diorang macam sengkek balek. Dah habis ke berjoIi sakan tuuuuuu. Hurmm tak lama lepas tu diorang call suami aku nak pinjam 5k sebab baru perasan hutang tak habis lagi.

Baru perasan guysss. Setelah dah habis kau berjoIi baru perasan ehhhh. Tak sudah kau blacklistkan nama anak kau, kau mintak duit lagi. Lepas tu aku kesian, sebab aku kan menantu yang baik. Jadi aku bagi laa. Tapi diorang ingat tu duit suami aku.

Diorang taktau anak, diorang takde duit. Kalau mengharapkan duit anak diorang tu m4ti kebuIur aku anak beranak. Pastu korang bila duit banyak sikit kemain tukar fon baru beli yang mahal – mahal. Time takde duit balek korang jual balek kan.

Aku taktau nak cakap. Diorang ni jenis ape. Aku tau kau bagi anak kau kahwin dengan aku konon boleh selesaikan semua hutang kau ke? Mentang – mentang family aku berada. Kau gunakan anak kau pulak. silap besar la haaa. Suami aku a.k.a anak kau dah bagi duit belanja tetiap bulan kat korang berdua.

Yang sebenarnya duit belanja tu duit aku, sebab anak kau tu income sikit. Cukup makan mulut dia je. Aku yang tanggung semua okayyy. Dahlah anak kau tak bagi nafkah kat aku dan anak, korang tambah pulak dengan hutang – hutang b0doh korang tu.

Masa ade duit tak beragak nak selesaikan hutang tapi korang berjoIi kan. Lepastu nak bagi anak kau yang lain hidup mewah, kau guna nama suami aku. Lepas tu kau tak bayar dan nama suami aku blacklist. Banyak cantik muka korang.

Konon alasan nak bagi anak hidup mewah sanggup berhutang. Tu namanya bod0h tau takk. Bukannya berk0rban untuk besarkan anak – anak, tapi kau lagi merosakkan anak – anak ade la. Lepas tu baru ni call suami aku nak pnjam nama nak beli moto pulakkk.

Kau dah blacklist kan nama dia lagi nak guna nama dia lagi. Lepas tu suami aku bagi tau la kan ke nama dia dah blacklist. Tapi diorang boleh jawab yang diorang ada member boleh buatkan loan walaupun dah blacklist. Lepas tu nnt jadi apa? Lepas dah bagi guna nama korang tak bayar pulak kan?

Nak biar suami aku muflis agaknya. Then kitorang punya hidup jadi tak tenang sebab mertua aku asyik minta duit. Aku tau korang pembaca ni cadangkan kitorang untuk cerai kan? No no. Suami aku adalah suami yang terbaik di dunia.

Mungkin dia tak berharta tapi bab – bab lain dia terbaik. Tak perlu aku bagitahu sini. Kang jadi tajuk ‘suami aku the best’ pulekkk. Hurmm. Sekarang aku mngandung anak kedua. Insyaallah hujung bulan 12 ni bersalin. Sekarang suami aku sama – sama buat bisnes dengan aku.

Alhamdulillah m4kin maju dan berjaya. Kitorang pun tengah cari – cari rumah nak beli. Mak bapak mertua aku? Suami aku hanya bagi duit belanja tiap – tiap bulan. Banyak bagi 1k sorang sebulan. Dan suami aku dah nasihat diorang jangan berhutang apa semua lagi sebagai hutang – hutang diorang semua suami aku dah selesaikan.

Kalau ada hutang lagi suami aku cakap suami aku tak akan ambil tahu dah. Dan mak bapak dia mer0yan. Yela takkan aku nak ajar suami aku benci mak bapak sendiri. Kitorang pun jarang balik sana, bukan apa, sebab dua – dua sibuk kerja.

Takdela jarang mane, sebulan paling busuk pun mesti ada sekali balik. Anak – anak aku pun bibik dok jaga, kitorang pun tak banyak luangkan masa sangat, sebab yela muda lagi ni nak cari ape anyg termampu. Sebab tak nak jadi macam mentua aku tu kan.

Ini kan pulak diorang mer0yan tak dapat jumpe cucu.  Cam tu la ceritanya. Aku singkatkan je sebab kalau nak cerita betul – betul panjang sangat. Aku just nak nasihatkan, kalau korang nak kahwin tu, tolong la siasat dulu family beIah suami / isteri korang.

Jangan jadi macam aku okay. Macam aku ni nasib baik suami aku okay. Cuba korang bayangkan kalau suami aku jenis macam mak bapak dia jugak? Haa.. aku bersyukur dan redha atas apa yang jadi, pengajaran untuk diri aku supaya lebih berhati – hati dan sampaikan kat korang.

Tolong la, sebab bila kau kahwin kau bukan kahwin dengan isteri / suami korang je, korang kahwin dengan family dia sekali. Sebab tu aku cakap siasat dulu sebelum kahwin. Dah kahwin lagi payah. Okaylah sampai sini je kisah aku dan mertua. – mila

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?