Hari pertama jejak kaki ke rumah mertua, mak mertua dah sound tak bagi panggil ‘mak’

Lepas kahwin barulah saya tahu mak mertua ada calon menantu pilihan yang lain selain saya. Baru je jejak kaki ke rumah mertua, dia tak bagi panggil dia mak. Satu hari entah macam mana, mak mertua cakap pasal ayah saya akan m4ti cepat sebab pernah hisap r0kok dulu. Sekali saya baIas terus dia terdiam..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, minta tolong hidekan profile saya ye. Saya betul – betul buntu dan perlukan pertolongan dari para pembaca. Saya dah tak mampu nak fikir apa lagi cara untuk saya selesaikan masalah saya dengan keluarga mertua.

Macam ni, dulu masa hari pertama saya jejak kaki ke rumah mertua lepas kahwin, barulah saya tahu rupa – rupanya saya bukan menantu pilihan dan tak diundang pun di rumah tu. Dia ada pilihan sendiri yang jauh lebih baik dari saya tapi suami saya tolak mentah – mentah sebab saya.

Bayangkan hari pertama lagi mak mertua saya dah warning, “jangan panggil mak, panggil makcik!”  Bila dia tengok suami saya sebeIahkan saya dia cakap, “nak panggil mak sangat? Panggillah. Jangan harap mak nak terima!”

Lepas tu bermulalah semua benda yang saya buat tak kena. Dia memang sengaja siasat itu ini sebab nak cari salah saya dan tuduh saya macam – macam. Banyak benda yang jadi, dia pernah ketuk meja depan saya suruh saya bayar sendiri lepas kami makan satu family kat kedai.

Untuk makluman semua, mertua saya boleh dik4takan keturunan berada, memang tak setaraf la dengan saya yang miskin ni. Salah satu ceritanya, dulu bapak saya per0kok tegar tapi lepas saya kahwin dia dah berhenti mer0kok, itupun boleh jadi isu cakap nanti bapak saya m4ti cepat sebab mer0kok.

Saya pun jawablah silap haribulan mak tu yang m4ti dulu, eksiden ke apa. AjaI m4ut bukan kita tentukan. Terus dia terdiam. Dia jugak pernah sound saya, “Jangan harap satu sen pun harta mak, mak lambat lagi nak m4ti!”

Padahal saya tak harap pun harta dia. Lagi satu, saya bekerja shift dan mengandung. Jadi rumah memang sangat tak terurus memandangkan saya ada alahan yang teruk sepanjang mengandung. Ditambah dengan masalah kesihatan lagi.

Rumah kami memang kucar kacir. Jadi dia salahkan semua tu pada saya, anak dia suami saya tu dia tak salahkan pulak. Padahal suami saya pun tak tahu buat kerja rumah sangat. Sampai saya sound dia kalau tak suka jangan datang rumah saya, pergi balik.

Masa saya mengandung dia suka tanya apa saya suka makan dan tak suka makan. Lepas tu dekat rumah dia, dia sentiasa masakkan makanan yang saya tak suka makan tu. Depan suami saya dia cakap panggillah isteri makan tapi kat belakang suami, dia sound saya siapa suruh makan?

Silap saya kot tak pernah cerita semua ni pada suami dan ibu bapa saya. Sejak kami ada anak, mertua saya dah kurang tak sukakan saya tapi saya tahu dia tak kisah pun pasal saya. Dia cuma nak perhatian suami dan anak – anak saya je.

Saya rasa tertekan sangat sekarang. Baru – baru ni saya dah tak boleh tahan dan saya luahkan semua pada suami saya, dia terk3jut sangat. Dia kata kenapa tak beritahu dari awal? Dia memang sokong saya dan saya yakin bila tengok cara dia layan saya dan mak dia cuma saya rasa dah tawar hati sangat dengan mak mertua.

Suami saya kata dia memang sokong saya tapi dia tak nak lupakan terus mak dia, berd0sa. Katanya balik sekejap – sekejap pun jadilah. Tapi entahlah hati ni dah s4kit sangat. Belum habis s4kit hati, kami suami isteri diuji dengan sih1r.

Sampai kena pergi berubat ke darulsyifa semua. Akhirnya dapat tahu sebenarnya selama ni adik mak mertua saya dan adik ipar suami saya yang sih1rkan supaya kami suami isteri bercerai dan buat mak mertua saya bencikan saya sebab nak bolot harta mertua saya.

Entahlah, saya sebenarnya langsung dah tak boleh lupakan apa yang mak mertua saya buat sebelum ni walaupun sekarang dia dah ok sikit. Tapi sikit je la. Dia dah tak k3jam macam dulu tapi dia masih anggap saya ni orang luar.

Saya nak lari dari suami dan family dia jauh – jauh tapi sejak ada anak saya dah berhenti kerja. Kalau para isteri semua di tempat saya apa yang anda akan buat?

Komen Warganet :

Nori Othman : Ye sabarlah sis banyak – banyak. Mohon pada Allah swt semoga 1 hari nanti mak mentua akan sedar. Jangan ikut kata hati. Masing – masing punya eg0. Memang la perbuatan mak mentua tu kadang – kadang tak masuk akal.

Macam Iagak mak tiri . Depan kita lain belakang kita lain. Tapi ini smua dugaan sis. Allah Maha melihat setiap apa juga yang dia lakukan. Mak mertua pun manusia biasa. Apa yang dia buat k3jam dan sgala perbuatan yang tak elok pada sis tu ada baIasannya nanti.

Jadi saya harap sis kuatkan semangat. Jangan cepat mengalah. Ini ujian buat rumahtangga sis. Dan nasib baik juga suami sis masih dengar ape yang sis katakan. Dia masih berpihak pada sis. Jadi sis patut bersyukur juga. Kadang – kadang sis maybe ada juga buat kesalahan – kesalahan kecik yang sis tak perasan.

Ya lah kita ni manusia biasa kan. Tak tau samaada kita pernah buat silap atau tidak di mata orang lain. Macam sis cakap tadi. Bila mak mentua kata harap ayah sis m4ti cepat. Sis dengan cepat menjawab ntah – ntah mak yang m4ti dulu. Maaf sis.. bagi saya sis jawab macam tu pun dah tak elok sis. Percayalah.. biar mulut dia jahat jangan kita ikut macam dia jugak.

Mia Zahra : Ujian ujian ujian dan akan melarat bila dibiar, apa salahnya bersemuka sama – sana antara puan dan famili suami juga famili puan (mak ayah je cukup la) so bawa bincang la seboleh – boleh jelas di situ semua, kalau nak diam dan biar memang sampai bila – bila macam tu (ini pendapat saya).

Lagi elok famili first yang tahu masalah ni dibanding orang luar. Pilih MACAM ni sebab smua terlibat antara menantu dan mentua. Saya tak galakkan pisah cerai berai ke g4duh ke baIas sih1r ke apa sebab saya setakat baca kisah je.

Sometime memang ada orang tengok kita benci walau kita tak salah. So bersemuka la dan bawa la bincang sebaik – baik mungkin, yang paling penting suami kena ada skali.

Ease Elias : Ntahla.. kalau saya tak kahwin da. Dulu saya pernah bertunang dengan orang lain. Saya cuma tak serasi dengan bakal biras. Then saya minta putvs sebab malas nak libatkan diri untuk uruskan em0si. Masa bertunang ni masa untuk kenal keluarga.

Sebab saya memang family women. Keluarga tak ok, saya reject sekali dengan bf tu sekali. End up yang serasi dengan saya orang yang dah kehilangan both parents. Masalah macam awak ni makan masa juga nak pulih. Yang penting jangan meIawan dan selalu kreatif untuk amik hati.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.