Mak nampak kakak geli nak basuh kain batik mak yg terkena naj1s. Dalam diam mak mengadu dekat ayah

Entah berapa banyak kali mak sep4k aku, suruh aku bangun tido tolong ambilkannya air. Kurang tidurnya aku masa itu, kena marah, kena m4ki, kena pula cuci naj1s. Masa dekat hospitaI aku tengok banyak anak lepas tangan biar nurse yang cuci naj1s mak mereka. Mereka kata tu tanggungjawab nurse..

#Foto sekadar hiasan, Tadi aku terbaca status dari salah seorang aktivis Malaysia mengenai anak yang tak sanggup nak cuci naj1s ibu mereka sendiri. Ini adalah kisah aku pula. Ketika aku berumur 18tahun, waktu itu aku menyambung pelajaran di form 6.

S4kit emak telah mula bertambah teruk. Aku yang pada mulanya bersekolah di sekolah yang jauhnya sejam perjalanan dari rumah, kerana hanya sekolah itu sahaja yg menawarkan aliran sains. Maklumlah aku benar – benar mahu menjadi doktor.

Akhirnya aku tinggalkan cita – cita dan pindah sekolah yang berhampiran dengan rumah yang menawarkan aliran ekonomi.Hanya kerana aku nak menjaga emak. M4kin lama s4kit mak bertambah teruk. Ketika aku menghadapi peperiksaan STPM, kesihatan mak merosot hingga ke tahap tidak dapat mengawal pembuangan air kecilnya dan kesukaran membuang air besar.

Setiap kali mak bangun, mak akan terkencing tanpa sengaja. Dan aku akan bantu lap air kencing tersebut. Kadangkala adik – adik aku akan bantu. Selepas peperiksaan STPM berakhir, aku pujuk mak untuk pergi hospitaI. Dan emak ditahan di wad, akulah nurse peribadi mak.

Beberapa hari aku di hospitaI, di wad, badan – badan aku s4kit kerana tidur sambil duduk di kerusi. Dalam beberapa hari itu juga aku jadi kurang selera makan. Kerana baru je nak makan, aku terdengar orang termunt4h, terlihat orang bawa bekas buang air besar, pes4kit yang bawa bekas air kencing.

Loya sangat aku masa itu. Setelah seminggu, aku jadi lali. Makan macam biasa walau aku terdengar bunyi macam – macam atau nampak yang meIoyakan. Namun di hospitaI, doktor berikan sejenis ubat kepada mak. Ubat yang buat mak mudah buang air besar, sebab sebelum ini, jika mak ingin buang air besar, mak akan rasa sangat s4kit hingga beliau menangis.

Satu malam, mak terbuang air besar atas katil. Habis pampers yang yang mak pakai, bocor hingga kain dipakai serta cadar pun terkena sekali. Aku ketika itu agak rasa kotor. Tipu sangat kalau aku rasa tak kotor. Geli mulanya.

Namun aku kata pada diri aku, aku dahulu masa kecil, ber4k merata – rata, mak tak pernah merungut atau kata kotor mahupun rasa geli. Kenapa aku perlu geli terhadap orang yang melahirkan aku. Jadi aku yang cuci. Aku yang lap kotoran itu, tukar pakaian mak, tukar cadar di malam hari.

Sejak itu, aku lah yang bersihkan segalanya. Ketika aku di hospitaI, aku dapat lihat ramai anak – anak yang harapkan nurse cuci naj1s mak kandung mereka. Kata mereka, itu kerja nurse. Sedarlah yang tugas itu sebenarnya tugas seorang anak.

Tak malu kah kita biarkan orang luar yang cucikan bahagian sulit mak ayah kita sendiri. Anak jenis apa ni. Aku bukan hanya katakan kepada orang lain. Akak aku sendiri geli nak cuci kain batik mak aku yang dipenuhi naj1s.

Dipanggilnya aku supaya aku yang cuci. Bila dah tiada naj1s dan tak berbau, barulah dia ambil dan masukkan dalam mesin basuh. Hal ini mak aku sendiri lihat. Mak tak merungut tentang ini depan aku. Tetapi merungut pada ayah.

Ayah beritahu pada aku, mak kata, seorang anak tak boleh jaga seorang mak. Tapi mak boleh jaga anak – anak seramai 6 orang. Kini telah 10 tahun mak meninggaI dunia. Aku rasa lega dan bangga menjadi jururawat peribadi mak sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Aku akui, memang kena tahan sabar bila jaga orang s4kit. Entah berapa banyak kali mak sep4k aku, suruh aku bangun tido tolong ambilkannya air. Kurang tidurnya aku masa itu, kena marah, kena m4ki, kena pula cuci naj1s, sedih sebab tahu mak tak sihat.

Semua itu aku lalui tanpa merungut pada sesiapa. Itulah masa terbaik yang pernah aku lalui demi mak. Jadi, sebgai seorang anak, cuba hargai jasa seorang ibu dan ayah. Janganlah hargai dengan kebendaan sahaja. Jika dahulu mereka besarkan kita tanpa kenal erti geli, kotor, janganlah kita pula rasa jijik dengan mak dan ayah kita sendiri.

Hidup ini bagaikan roda, jika sekarang kita geli untuk cuci k3ncing ber4k ibu ayah kita, kelak anak – anak kita pula akan buat sama seperti yang telah kita lakukan terhadap mak ayah. – Cik delima

Komen Warganet :

Emma Halim : Berharap sangat akan ade lebih ramai manusia kat luar sana yang macam sis ni. Saya bekerja sebagai nurse jarang sangat nampak anak – anak yang sanggup cuci ber4k k3ncing mak ayah. Belum yang nak tadah munt4h lagi. Alih – alih panggil nurse yang cuci. Tak rasa malu ke sebagai anak bagi orang luar yang tengok aur4t mak ayah kita. Tak rasa berd0sa ke?

Jamilah Nur Annissa : Saya pernah jaga mak mentua kakak di hospitaI. Dia kena tahan wad sebab nak p0tong jari kaki akibat diab3tes. Disebabkan kakak saya nak uruskan hal anak – anak dia sekolah dan hal kat rumah mak mentua dia sebab anak – anak mak mentua dia semua keja, yang lelaki bongsu plak tengah study.

Saya plak baru habis exam kat matrik UIA PJ masa tu. Jadi balik cuti kakak minta tolong jagakan mak mentua dia. 3 hari kat sana saya kena jaga makan pakai dia, waktu kencing pun saya kena bawakan bekas kencing tu.

Beratnya bekas tu, cuma air besar je saya bawa dia ke toilet guna kerusi roda sebab saya yang jaga dia. Tunggu dari awal pagi sampai petang sementara tunggu abang ipar dan kakak dia balik kerja. Sampai ada nurse dan doktor yang rawat makcik tu ingat saya anak kandung dia sebab sanggup jaga dia.

Pada mulanya mak keberatan nak bagi saya jaga, sebab anak – anak dia ada tapi kakak saya beria minta tolong, jadi saya tak sampai hati nak hampakan kakak. Saya harap suatu hari biar saya boleh jaga mak kandung saya lebih baik daripada tu lagi dan mungkin jaga nanti dapat jaga mak mentua sendiri plak.

Mohd Khir Hamim Ahmad : Hanya mereka – mereka yang mengetahui, merasai bahawa peng0rbanan besar ibu. Tak dapat dijadikan ukuran masa, duit dan tenaga. Sebab itulah “syurga itu di bawah tapak kaki ibu.”

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.