Satu hari, aku berhenti beli goreng pisang tepi jalan. Terjumpa isteri kawan aku kat situ, dia dengan anak – anak dia. Suara lembut dia, cara dia bercakap, semua tu buat aku cair. GiIa ke aku ni? Umur dah 45, angau macam budak remaja..
#Foto sekadar hiasan. Aku sebenarnya ada masalah yang berat, tapi aku tak tahu nak luah kat siapa. Aku dah tersuka isteri kawan sejawat aku sendiri. GiIa kan? Kalau aku simpan lama – lama, takut nanti aku buat benda b0doh, jadi baik aku kongsikan dekat sini.
Bukan untuk apa – apa, cuma nak tengok balik diri aku, nak sedar sikit. Mana tahu ada yang sudi bagi nasihat, kecaman sampai aku tersedar balik dari lamunan giIa aku ni. Aku ni dah kahwin. Isteri aku ni jenis t0mboy sikit, dia suka hiking, panjat bukit.
Kami ada dua orang anak, dah besar – besar dah. Dulu aku pilih dia sebab aku suka perempuan yang ada prinsip. Kami sama – sama kerja dalam bidang profesional, jadi hidup kami stabil lah. Kira dari segi duit dan kerja, semuanya okay, takde masalah.
Dalam organisasi tempat aku kerja, ada tiga bos besar, dan aku salah seorang. Kawan sejawat aku pun salah seorang bos besar ni juga. Staff kami ada lebih seribu orang. Kepala aku botak fikir pasal kerja, tapi aku suka sebab kerja aku menc4bar.
Masalah aku sekarang, aku tersuka bini kawan sejawat aku ni. Aku tak pernah curang selama 17 tahun kahwin, record aku memang bersih. Ni pun bukannya aku nak curang, cuma ada perasaan yang aku tak boleh nak buang. Aku pun tak tahu kenapa susah sangat nak hilangkan perasaan ni.
Isteri kawan aku ni sederhana je. Dulu dia kerja tapi lepas suami dia kena pindah luar negara, dia letak jawatan. Bila balik Malaysia, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Walaupun dia biasa – biasa, tapi dia tetap menarik pada pandangan aku.
Kadang – kadang dia datang pejabat, pakai kebaya, make up nipis je. Tak heavy langsung, tapi cukup untuk nampak menawan. Pandai cakap, pandai ambil hati. Itulah masalahnya, hati aku pun dia ambil sekali! Fizikal dia masih maintain walaupun umur dia sama dengan bini aku, 40 tahun. Dia nampak sangat kemas dan presentable.
Sebenarnya, aku jarang sangat cakap dengan dia. Dia lebih rapat dengan isteri aku. Bila ada apa – apa majlis dekat pejabat, tiga bini bos ni akan datang. Dia suka borak dengan isteri aku, siap masuk bilik pejabat aku pun nak cari isteri aku.
Tapi aku perasan perfume dia, tak kuat tapi cukup untuk aku ingat sampai ke malam. Wangi dia boleh buat aku teringat – ingat. Kadang – kadang aku rasa, dia pun tak perasan aku selalu curi tengok dia. Kawan sejawat aku ni sebaya aku.
Dari rupa, dia biasa – biasa je. Tapi bini dia, cantik dan sejuk mata memandang. Sejuk perut pulak sebab tiap – tiap hari dia masakkan bekal untuk suami dia. Rajin betul. Anak – anak dia pun bawak bekal ke sekolah. Aku dengar cerita, anak – anak dia ni semua pelajar cemerlang. Anak sulung masuk SBP, semua dapat nombor satu dalam kelas.
Satu hari, aku berhenti beli goreng pisang tepi jalan. Tak sangka jumpa dia kat situ, dia dengan anak – anak dia. Kami bertentang mata, dan dia tegur aku. Entah kenapa cara dia layan anak dia buat aku rasa… alahai, kalau boleh nak tukar jadi anak dia pun aku sanggup! Suara lembut dia, cara dia bercakap, semua tu buat aku cair.
GiIa ke apa aku ni? Umur dah 45 tapi tiba – tiba jadi macam budak sekolah angau. Selama ni aku tak pernah ada perasaan macam ni kat mana – mana perempuan selain dengan isteri aku dulu. Tapi sekarang, aku rasa kacau bilau. Nak buat kerja pun susah, asyik teringat kat dia. Macam giIa bayang, angau tu.
Komen W4rganet:
Ramadeyah Debon : Pakcik mesti banyak masa lapang. Ini sebenarnya dalam istilah omputih limerance. So pakcik google kalau jumpa pakar psiki4tri boleh je bincang hal limerance ni. Dia bukan perasaan cinta tapi masalah hormon otak. Takde kena mengena hati dan perasaan tambahan pakcik jenis suka c4baran. Memang best lah cetan ibIis nak goda.
Afdzan Sharmeen : Pakcik suka bunga kertas, jadi pakcik tanam bunga kertas. Satu hari pakcik tengok laman jiran pakcik tanam bunga orkid, pakcik rasa macam “eh cantik bunga orkid, kalau lah aku tanam jugak mesti elok”.
Tapi pakcik, rupanya laman pakcik cuma sesuai tanam bunga kertas. Sebab laman pakcik jenis untuk tanam bunga yang lasak. Walhal jiran pakcik punya laman ada tertutup sana sini untuk lindungi bunga orkid. Disebabkan pakcik gatal mata sibuk jenguk laman yang tertutup, pakcik lupa yang laman pakcik sebenarnya selain ada bunga kertas, ada lagi bunga – bunga kecil yang tumbuh dan perlu dijaga.
Kadang – kadang bunga yang cantik di laman orang kerana rapi dijaga hingga kita lupa jaga bunga di laman milik kita. Entah – entah jiran pakcik pernah jenguk laman pakcik dan berkata “Kan senang kalau bunga yang aku tanam macam dia, tak susah untuk dijaga” Eh tapi ni bukan cerita pasal bunga kan? Hehe..
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.