Walaupun dah bersuami, aku tak sangka boleh jatuh cinta dengan suami orang. Sekarang skandal aku nak jumpa suami aku

Aku takut suami tahu, aku nekad putuskan hubungan dengan skandal. Tapi dia datang merayu, dia sanggup bercerai dengan isteri dia dan sanggup jumpa dengan suami aku.. Apa yang aku risau…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku Dahlia, Ini adalah sambungan daripada kisah aku sebelum ini, Suami tak romantik, akhirnya aku jatuh cinta dengan rakan sepejabat, suami orang. Isteri dia sampai call bagitahu suami dia berubah..

Sebelumnya aku nak mengucapkan terima kasih buat insan – insan yang baik, yang komen memberi kan aku nasihat dan semangat buat aku untuk keluar dari jalan buntu ini. Tak lupa juga buat netizen – netizen yang mengecam, aku terima semua kecaman sebab aku sedar perbuatan aku memang patut untuk dikutuk dan dikecam.

Aku juga sebelumnya pernah mengutuk dan mengkeji kepada orang yang berlaku curang kepada isteri atau suami masing – masing. Tetapi, benarlah, kita akan diuji dengan apa yang kita ucapkan. Dan aku gagal dalam ujian tersebut.

Tidak pernah terlintas di fikiran aku sebelumnya untuk berlaku curang terhadap suami aku. Semuanya berlaku dan datang dengan secara tiba – tiba. Benarlah sy4itan itu akan selalu berusaha buatkan sebuah masjid untuk runtuh.

Aku mendoakan semoga kalian semua tidak akan diuji dengan ujian perasaan yang macam aku. Tujuan confession aku kali ini adalah untuk menjelaskan pertanyaan netizen tentang sejauh mana hubungan aku dan Manggis.

Aku tidak mahu perkara ini menjadi fitnah buat kalian terhadap aku. Hubungan aku dan manggis tidak pernah sampai ke ranjang katil atau sebagainya seperti yang dituduh. Kami hanya berhubung di tempat kerja sahaja.

Tapi aku jujur yang aku pernah keluar berdua bersama Manggis untuk makan tengah hari sebelum Manggis meluahkan perasaanya terhadap aku. Manggis adalah seorang lelaki yang periang, kuat jenaka dan seorang yang mengambil berat membuatkan aku berasa selesa dan terjatuh suka terhadap dia.

Bila mana aku menyedari perasaan ini mula timbul, aku terus memutuskan untuk tidak berhubung dengan dia supaya mem4tikan perasaan ini. Itulah pertama kalinya Manggis datang merayu dan mencari aku untuk jangan tinggalkan dia.

Aku tekad dengan pendirian aku untuk menghentikan semua ini sebab aku tak nak disebabkan perasaan kami, banyak hati yang terIuka. Pada waktu aku meninggaIkan Manggis, Manggis berubah menjadi seperti orang yang tak terurus.

Setiap hari dia datang kerja dengan keadaan kusut dan datang merayu – rayu kepada aku agar tidak tinggalkan dia sendirian. Berbeza dengan penampilannya yang dahulu yang sentiasa kemas dan komited tentang kerja tetapi sekarang hanya keruh di air mukanya dan prestasi kerjanya juga merudum.

Walaupun begitu, aku masih dengan pendirian aku saat itu untuk menghentikan hubungan ini. Disebabkan keputusan aku saat itu, Manggis dikejarkan ke hospitaI sebab d4rah bacaanya hampir 200 dan dia hampir pitam di tempat kerja.

Doktor menasihatkannya agar tidak terlalu str3ss dan fikir yang berlebihan. Saat itu, rasa bersalah mengh4ntui diri aku untuk dia. Aku tersepit untuk membuat keputusan sama ada meninggaIkan atau meneruskan hubungan ini sehingga Manggis sembuh.

Aku buntu untuk mencari jalan keluar daripada masalah ini. Setelah sembuh, Manggis seperti biasa masih datang dan merayu – rayu menangis di depan aku agar tidak meninggaIkan dia. Dia sanggup untuk melakukan apa saja dan dicemuh semua orang di tempat kerja atau dari keluarganya sendiri asalkan aku bersama dengannya.

Dia memberi tahu aku bahawa dia tidak pernah merasakan perasaan cinta yang seperti ini sebelumnya walaupun ketika bersama dengan isterinya. Ini adalah pertama kali dalam hidupnya mencintai seseorang sedalam ini sejak pandangan yang pertamanya terhadap aku.

Malah dia lebih sanggup m4ti daripada melepaskan aku dari genggamannya. Dia berterus terang terhadap isteri dan keluarganya bahawa dia sanggup untuk menunggu aku sampai aku menerimanya. Aku terk3jut dan dilema dengan pengakuaanya.

Mulanya aku juga tidak percaya dengan kata – kata yang dilontarkannya sampailah isterinya sendiri, Maw4r menelefon aku dan memberitahu yang suaminya sudah seperti orang yang giIa bayang dan sentiasa mengurungkan diri di dalam bilik smpaikan tidak mahu makan atau bercakap.

Maw4r mengaku dia berasa kecewa terhadap Manggis dan sanggup untuk mengundurkan diri jika itu yang terbaik. Aku betul – betul tertekan dan dilema dengan segala perasaan yang datang bertubi – tubi di dalam benak fikiran aku. Aku berasa bersalah dengan semua orang, dengan suami aku, Manggis, dan juga Maw4r.

Aku tidak tahu keputusan apa yang aku perlu ambil untuk keluar dari masalah ini. Terkadang aku rasa mahu saja aku lenyapkan diri dari muka bumi agar semua masalah akan selesai. Manggis sanggup untuk berjumpa suami aku untuk berterus terang tentang hubungan ini tetapi aku masih tidak kuat untuk menempuh segala kemungkinan yang bakal berlaku.

Aku tidak mahu perkara buruk yang berlaku ke depannya akan mengh4ncurkan hidup semua orang, sama ada suami aku, Manggis dan juga Maw4r. Aku malu dan kecewa dengan diri aku sendiri, disebabkan aku, hidup orang lain menjadi kucar kacir.

Jika aku berhenti kerja, suami aku tidak mampu untuk menampung kesemua perbelanjaan di dalam rumah kami. Aku harus membayar bulanan kereta dan separuh perbelanjaan / bil rumah setiap bulan. Aku bekerja di syarik4t yang agak ternama dengan gaji dan elaun yang agak lumayan.

Jadi untuk berhenti kerja daripada syarik4t ini, membuatkan aku sedikit ragu kerana ekonomi sekarang yang teruk dan ramai orang diberhentikan kerja. Aku tak tahu hikmah disebalik ujian yang Allah berikan kali ini.

Setiap hari aku solat taubat dan berdoa supaya Allah membuang perasaan Ajnabi lain terhadap diri aku selain suami aku. Dan aku juga sentiasa berdoa supaya Allah membuang perasaan aku terhadap lelaki lain kecuali kepada suami aku.

Aku cuma mahu kehidupan aku yang dulu, menjadi isteri yang taat dan solehah untuk suami aku dan Manggis dan Maw4r juga kembali bahagia di dalam rumah tangga mereka seperti sebelumnya. Aku Buntu! – Dahlia (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Marina Maghani : Sekarang ni banyak sangat berlaku kecurangan sebabnya sikap kita juga tak menjaga ikhtilat dari awal. Bila dah terkena, hati dah mula tertarik payah dah nak undur. Nak – nak kalau mula rasa si dia lagi menarik dr suami @ isteri kita sendiri. Dengan suami @ isteri tidak pula nak berhubungan seperti itu. Itu pun dah salah.

Donna Karen : Apa peranan bini manggis dalam cite ko ni eh? Aku teringin sangat nak tengok kifarrah ni kena balik atas muka ko. Sebijik – sebijik macam ni. Aku nak sangat bagi ko rasa apa rasanya bila laki ko sendiri buat per4ngai teruk macam si manggis ni giIekan betina lain. Masa tu aku nak tengok ko boleh justify perbuatan curang suami ko tu ke tak even tak sampai atas katil.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.