Suami suruh saya bagi duit isinar nak jamin abg ipar, bila tak bagi saya kena cerai taIak 3

Saya anak yatim piatu, suami kata autom4tik syurga saya jatuh bawah ibu mertua. Semua gaji saya kena serahkan pada mak mertua dan juga kakak2 ipar. Satu hari keluarga mertua datang ser4ng saya sebab saya tak nak bagi duit i-sinar. Kerana i-sinar saya diceraikan dengan taIak 3..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca, pertama sekali maaf andai luahan saya ini akan dikecam. Bukan niat saya nak menagih simpati tetapi hanya sekadar luahan rasa. Kepada admin, terima kasih kalau sudi siarkan kisah saya ni, saya terp4ksa gunakan akaun kawan saya supaya tidak dikenali oleh sesiapa.

I-sinar telah memalapkan pend3ritaan saya dan memberikan kehidupan semula kepada saya. Ada sebab kenapa saya cakap macam tu. Sudah beberapa hari saya diceraikan hanya kerana I-sinar. Selepas kerajaan umumkan tentang pengeluaran duit KWSP, saya dan suami sama – sama memohon keluarkan duit i-sinar.

Pada mulanya saya tak nak, tapi bila fikir balik, mungkin boleh membantu sekiranya ada kec3masan, saya mohon juga. Alhamdulillah, permohanan saya lulus, permohonan suami juga lulus tapi ini pula yang terjadi. Mula – mula suami takde masalah pun sehinggalah kakak ipar  saya call suami dan cakap yang dia nak pinjam duit atas alasan nak jamin suaminya di balai.

Saya pun tak tahu sebab kes apa. Suami suruh saya bagi duit saya dekat kak ipar. Saya tak nak bagi, buat apa saya nak bagi duit saya pula dekat dia. Maka bermulalah campur tangan dari mak mertua dan kakak – kakak ipar.

Suami saya ni ada 4 orang adik beradik dan suami saya anak yang bongsu. Mereka ni setiap masa call dan whatsapp saya, saya tertekan sangat dan em0si saya benar – benar terganggu. Macam – macam kata yang diIemparkan pada saya.

Suami plak, bila balik kerja langsung tak nak tegur saya dan bila saya masak pun dia tak nak makan. Dia cakap yang saya ni tak kenang budi. Untuk pengetahuan pembaca, saya ni sebatang kara, tak ada mak ayah. Sedih sangat bila mereka buat macam tu dekat saya dan akhirnya saya pun dah tak tahan.

Saya baIas balik segala apa caci m4ki yang mak mertua dan kakak – kakak ipar Iemparkan pada saya. Mereka datang ser4ng saya di rumah dan kebetulan juga suami baru balik dari tempat kerja. Mereka caci m4ki hamun, tunjal kepala saya macam saya ni patung.

Nasib baiklah ada abang ipar dan kawan baik saya yang datang untuk redakan keadaan. Ketika itulah, di depan mereka suami, suami saya telah ceraikan saya dengan taIak 3. Ketika itu apa yang saya rasa? Menyesal tidak, sedih tidak sama sekali, malah saya lega, lega selega – leganya.

D3rita yang saya tanggung sepanjang perkahwinan ni dah terlepas. Suami saya seorang yang baran dan kaki pukuI. Selama ni saya hanya luahkan pada kawan baik saya je. Lepas dia lafazkan cerai, saya siap – siap kemas baju nak keluar dari rumah tu tapi suami halang saya keluar selagi masalah kami tak selesai.

Lagi pun ke manalah saya nak pergi, saya tiada saud4ra mara yang terdekat dengan HP saya pun dah dir4mpas oleh mereka. Kebetulan duit I-sinar saya, awal – awal lagi saya minta kawan baik saya tolong simpankan, maka selamatlah duit saya tu.

Semalam , alhamdulillah dengan kuasa Allah yang maha berkuasa, tiba – tiba saya bIeeding dan waktu tu kawan baik saya atang untuk tengok keadaan saya. Kawan saya ugvt suami untuk benarkan saya keluar kalau tak dia akan buat laporan polis dan akhirnya suami terp4ksa akur.

Kawan bawa saya keluar dengan baju – baju dan terus pergi ke kIinik. Ketika itu doktor sahkan saya telah keguguran sedangkan saya tak sedar pun yang saya tengah mengandung. Bertambah sedih hati ni, besar betul dugaan yang saya sedang hadapi tapi saya cuba untuk berfikiran positif.

Ada hikmahnya, mungkin Allah SWT tak izinkan saya ada anak sekarang tambah lagi dalam keadaan yang huru hara macam ni. Kawan baik saya bawa baik tumpangkan saya di rumahnya dan sekarang memang dia lah yang jaga saya.

Menangis hati ni bila saya lihat kesungguhan dia cuba untuk pujuk dan tenangkan saya. Dia lah penguat saya dan saya dah anggap dia macam kakak kandung saya sendiri. Nur.. terima kasih sebab selalu ada di sisi aku ya. Aku dah takde sesiapa pun.

Dari dulu sampai sekarang dah banyak yang kau bantu, dah banyak yang aku susahkan kau dan suami. Sebenarnya, dia yang cadangkan saya untuk luahkan dekat sini. Mungkin katanya, saya boleh dapat nasihat yang lebih baik daripada dia.

Mungkin ada pembaca yang pernah alami dan memahami sesama wanita boleh bagi kata2 semangat. InsyaAllah, saya akan kuat untuk hadapi semua ini. Doakan saya terus maju jaya ya. Sesungguhnya saya bukan sedih sebab diceraikan oleh suami tapi saya cuma terkilan kerana tak dapat selamatkan nyawa anak saya.

Kakak – kakak ipar saya pun ada dalam group nie. Buat kalian, terima kasih menjadi punca saya dibebaskn tanpa perlu berju4ng m4ti – m4tian. Kalian semua tau apa yang saya hadap selama ni tapi kalian cuma pejamkan mata dan pekakkn telinga.

Selama ni saya turutkan je apa yang kalian suruh. Saya abadikn diri saya pada keluarga kalian sedikit pun saya tak mengeluh. Kata suami syurga di bawah tapak kaki ibu, apalagi bagi saya yang yatim piatu tiada mak ayah maka syurga saya juga di bawah kaki bondanya. Semua duit gaji saya serahkan pada bonda dan kalian.

Takpelah saya maapkan kalian dan saya halalkn semuanya dan berdoa semoga Allah swt maapkan kalian di atas apa yang dilakukan kepada saya. Benda dah lepas saya tak nak ungkit-ungkitkn lagi. Maaf andai saya buka aib kalian di sini dan maaf juga saya ceritakan hal saya di sini.

Lagi skali terima kasih kerana sudi membaca luahan saya. Terima kasih pada yang memberi semangat, terima kasih pada yang mendoakn saya. Semoga allah swt berkati pembaca semua. Terima kasih Nur sebab bagi aku coretkan luahan di sini. Terima kasih admin..

Komen Warganet :

Nur Farhana Mustaffa : Sis kalau bercerai kes macam ni saya nak sebut Alhamdulillah sangat. Sampai bila sis nak jadi m4ngsa pukuI dia? Nanti dah ada anak, sis tak kesian ke anak pula dipukuI suami sis? Allah taala Maha Mengetahui.

Duit isinar tu hak sis. Kenapa pula kena bagi kat ipar? U are doing the right thing sis. Suami dan famili mertua sis tu nak perh4mbakan sis sebab depa tau sis anak yatim takdak sapa nak bekap. Ishhh geram nyaaaa akuuuu!!!

Yang penting pegi report polis, jabatan agama semua bagi cepat setel isu cerai ni. Kalau dia datang kacau lagi, minta restriction order. Jangan toleh belakang sis. Move on!!

Anisah Zakaria : Allah merestui taIak yang jatuh tu maka terjadinya keguguran adalah hikmah di sebaliknya. Kalau tak keguguran sis masih isterinya sehigga melahirkan anak. Jadi kuatkan semangat. Banyak dah sis berk0rban untuk keluarga tak guna tu. Semoga sinar menanti di hadapan.. Amin! ramai yang doakan sis akan lebih bahagia nanti.

Mysara Mu’minin : Alhamdulillah.. Allah mendengar doa h4mbanye yang terani4ya. Jangan sedih sangat ye atas kehilangan zuriat awak, anggap ia satu hikmah. Saya tak faham perasaannye bila keguguran. Saya tak pernah aIami, awak dan orang yang aIami je faham perasaan tu.

Tapi bila fikirkan balik, kalau zuriat tu masih dalam kandungan awak. Nanti – nanti mesti ade cerita lain melibatkan anak awak pulak. Jadi, Allah beri hikmah terbesar dengan terus putvskan hubungan awak dengan keluarga tu tanpa ade sebab musabab untuk bertemu kembali.

Semoga awak sentiasa diIindungi dan dirahm4ti Allah. Terus kuat untuk kehidupan awak yang akan datang ye. Suri – suri kat sini semua berpihak pada awak. Awak bukan keseorangan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.