Isteri cikgu datang sekolah cari aku, dia kata aku nak r4mpas suami dia, cikgu ramli

Masa nak dekat final exam, cikgu BM aku panggil aku. Dia tanya sambil pegang tangan aku, awak ada affair ke dengan cikgu Ramli? Dia cakap isteri cikgu Ramli datang sekolah dan cari siapa ketua pelajar perempuan. Katanya per4mpas suami dia..

#Foto sekadar hiasan. Hello semua. Panggil je aku Putih. Sebenarnya kulit aku gelap, saja nak naikkan keyakinan diri, jadi aku suka orang panggil aku Putih walaupun muka je putih, tangan hitam. Kahkah dah macam iklan yob.

Umur aku dah 35 tahun. Yela tua dah, tapi sebab badan aku kecik renek, tak berapa nampak ketuaan aku ni. Apa aku nak cerita ni berkisar zaman sekolah dulu. Sebab sekarang banyak kisah pasal per4mpas. Aku nak cerita macam mana aku sendiri dituduh jadi per4mpas laki orang.

Banyak – banyak benda, dituduhnya aku mer4mpas laki dia. Nauzubillah. Tuduhla r4mpas mcd kau ke, ayam goreng cheese ke, haih. Sejak Tingkatan Satu, aku tak ramai kawan perempuan. Kenapa? Sebab aku tomb0y. B0yish.

Tapi bukanlah sampai s0ngsang. Kawan aku ramai lelaki, termasuklah pakcik guard, abang dewan makan, pakcik cleaner, dan sehinggalah cikgu lelaki. Dengan cikgu perempuan aku kawan jugak. Tapi lagi ramai cikgu lelaki. Kenapa?

Sebab aku banyak pegang jawatan dalam tingkatan, sampailah Tingkatan Enam, aku Ketua Pengawas, Ketua Pelajar, dan sebagainya. Yang mengetuai sekolah, cikgu displin, cikgu kelab debat, cikgu sukan, kebanyakannya cikgu lelaki, jadi sebab tu la aku ramai kawan dengan cikgu lelaki.

Amboi kau, kawan dengan cikgu lelaki. Kata mulut puaka makcik sebeIah rumah. Masa tu zaman pergi sekolah, balik sekolah, jadi berkawan tu maksudnya banyak pasal sekolah, pertandingan itu ini, tu je. Kalau berkawan istilah zaman sekarang ni, melepak kedai kopi hipster, jalan dalam mall, ha tu takpelah kau nak bawangkan. Dan aku tahu halal gap.

Berkawan dengan cikgu banyak kelebihan. Aku tak bijak mana, selalu berdebat je lebih, tapi cikgu ni banyak bantu. Buat kelas tambahan. Aku dengan kawan – kawan rajinlah pergi kelas tambahan ni sebab sedar ke diri, kata orang kampung koi.

Dahla tak cerdik mana, jadi tak boleh la pemalas kang mak aku katok dengan kerusi malas dia. Nak dijadikan cerita, ada cikgu baru masuk. Dia ajar Ekonomi Asas Rumahtangga, Ekonomi Asas. Okay cikgu ni ajar kelas aku.

Cikgu Ramli nama dia. Garang jugak suka katok siku orang. Ayat paling aku ingat adalah satu frasa kos lepas, ‘nak mendapatkan sesuatu, kena melepaskan sesuatu’, ah sesuatu sangat ayat ekonomi ni. Aku ni memang suka belajar ekonomi ni, dia taklah sekejam add marh, sorry aku kurang sikit bab mengira.

Tapi bab teori, hafal fakta, bagi aku. Aku cop. Kau ambik math. Kau la kau, yang tengah baca ni. Haha. Okay gurau. Jadi lama kelamaan, cikgu Ramli ni macam sedar kelebihan aku pasal ekonomi asas ni. Sebenarnya ada mengira jugak tapi berbentuk fakta sebab aku suka subjek ni. Best.

Keraplah dia point aku untuk subjek ekonomi ni. Siap lantik aku ketua untuk presentation kat kelas lain. Haah, kena present dekat kelas lain untuk beberapa topik. Kira macam study group besar – besaran gitu. Aku takde hal la kan dah aku suka, sampai cikgu pendidikan seni aku jealous sebab aku m4kin teruk melukis, sibuk dengan ekonomi asas je haha sorry cikgu seni.

Pada suatu hari yang dingin, aku pergi sekolah macam biasa. Tiba – tiba cikgu Ramli ni panggil aku ke bilik dia. Dia tanya aku ada boyfriend ke. Eh apehal kan. Aku pun cakaplah mak aku marah, tak bagi. Dia gelak. Aku tengok sampai henjut bahu dia gelak, amboi bukan main suka dia dengar jawapan aku.

Sekali dia tanya, kalau ada cikgu suka aku, aku macam mana. Ek eleh cikgu ni, sekali aku lesing. Aku diam dan cakap tak berminat dan nak bangun nak blah, sekali dia macam serius beb, dia suruh aku duduk. Dia diam hela nafas dan cakap dia suka aku.

Aku diam la, yela suka apa nya, ramai je cakap suka kawan dengan aku. Dia cakap suka macam suka sebagai seorang kekasih gituu. Ah sudah. Apehal kan. Aku diam dan tinggalkan dia macam tu je. Sejak hari tu, cikgu Ramli dah tak bercakap dengan aku.

Dia pilih kawan aku untuk lead untuk subjek ekonomi. Aku takpe je, tenang je sebab takde rasa apa. Cuma rasa tak syok la kan. Cikgu Ramli pelik, kejap dia macam okay, kejap dia tak bercakap dengan aku. Masa tu tak ada whatsapp lagi, kadang – kadang dia sms aku.

Biasanya aku tak baIas sangat sebab aku pelik apehal cikgu ni. Apooo. Masa tu aku kan budak lagi. Sampaila masa tu raya, dia tanya rumah aku dekat mana. Aku bagitahu la, dan ya dia datang. Dia bagi duit raya banyak jugak.

Dan ada kad raya bunyi – bunyi tu. Lepas tu diam berhari – hari tak sms aku. Sampaila nak dekat final exam, cikgu BM aku panggil aku. Dia tanya sambil pegang tangan aku, awak ada affair ke dengan cikgu Ramli? Eh apooo, terus aku jawab takde la.

Dia cakap isteri cikgu Ramli datang sekolah dan cari siapa ketua pelajar perempuan. Katanya per4mpas suami dia. Allahuakbar, aku langsung tak tahu cikgu tu dah kahwin, anak dah lima beb, isteri dia baru je bersalin anak ke lima tu.

Muka aku pucat t0reh tak berd4rah. Bukan sebab aku bersalah, tapi aku takut mak aku tahu pasal ni. Aku pun jujur dengan cikgu BM aku ni, aku tunjuk sms cikgu Ramli tu di mana aku tak baIas sangat. Aku tunjuk juga berapa banyak misscall yang aku tak jawab.

Cikgu BM aku ni nasib jenis faham. Dia call semula isteri cikgu Ramli dan ajak jumpa aku sekali. Jadi kami berjumpa. Isterinya bertudung labuh. Senyum dan salam. Dia peIuk aku dan minta maaf sebab tuduh aku per4mpas.

Dia dah tahu cerita sebenar, di mana suami dia yang banyak ganggu aku, bukan sebaliknya. Cikgu BM aku backup aku kaw – kaw. Memang aku tak salah. Aku memang bukan melayan. Kan aku cakap aku pelik cikgu Ramli tu kejap okay kejap tak.

Rupanya isteri dia cakap dia ditukar ke sekolah aku sebab kes sama di sekolah lama dia. Dia ganggu pelajar perempuan. End up, cikgu BM report to Pengetua. Dan cikgu Ramli turut ditukar sekolah, sampai sekarang aku tak tahu apa jadi dengan dia.

Ye, cerita dah lama tapi setiap kali aku baca pasal isu mer4mpas dir4mpas per4mpas, aku teringat. Usia muda aku dah dituduh. Ape kau rasa jadi per4mpas eh? Aku yang dituduh ni pun rasa b3ngang. Yang memang terbukti per4mpas tu, jangan kau hairan esok lusa orang lain pula r4mpas hak kau. Apoo? Tak must4hil beb.

Saja aku cerita ni sebab macam syok pula bila ramai baca. Nanti aku cerita kisah lain kalau ada masa. Ni ada masa sikit sebab boss aku takde kahkah. Till then, bye bye. – Putih (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ara Nanami : Aku pernah kena gangguan dengan ramai suami – suami orang tak sedar diri jugak. Bini dorang lawa – lawra oiii. Siap ada degree apa bagai tapi pilih jadi surirumah sebab nak jaga anak – anak. Itu pun tak bersyukur.

Aku memang tak layanlah. Sebab aku sedar dari keluarga cerai berai. Selagi boleh elak, aku elak. Kepada per4mpas ni kau jangan fikir kebahagian dan hati kau sorang. Hati anak – anak paling penting. Kau ingat seronok ke hidup tak lengkap salah sorang ibu bapa.

Syuhada Norizan Kahar : Dari sudut positif kan, rasanya isteri cikgu tu nak selamat kan pelajar perempuan tu sebab takut terjerat sebab kadang – kadang yang jenis gatal merenyam ni pantang orang suka dia. Mula terkikik kikikk lagi – lagi kalau diajak makan free, bagi macam – macam hadiah etc. Budak kan. Tu yang dia datang sekolah. Tu je la, nak selamatkan, sebab tu dia mention kena tukar sebelum ni sebab kes sama.

Jane : Aku dulu masa study pun pernah kena m4ki hamun free – free. Dituduh per4mpas. Padahal kawan aku pinjam fon abang angkat dia. Aku sudah explain dengan wife dia tapi tak percaya. Macam – macam la dia m4ki aku. Aku suara lelaki tu pun aku tak pernah dengar. Dengar – dengar usia lelaki tu masa tu dekat – dekat 40an juga. Erkk sorrylahh. Aku ni tak layan lah orang tua.. geli geleman aku masa tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?